CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: neez_cookies

Misteri Piano di Bilik Muzik

[Copy link]
Post time 16-11-2012 04:03 AM | Show all posts
aiseh...sambung la pulak. baru nak feel pukul 4 pagi ni.

papepun menarik cerita TT ni. fresh. nak tau kisah selanjutnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2012 07:40 AM | Show all posts
kene main baru TT masuk kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 12:52 PM | Show all posts
Santo posted on 15-11-2012 08:39 PM
hai semua, lama ke tunggu, ok aku sambung balik, tadi aku gi kedai runcit beli kentang 5 biji, telur ...

mcm mcm bley buat tu...!!!apa raaa.......!!! misteri apa nya !!! haishhhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 12:52 PM | Show all posts
4,5 kali dah ushar, tak dak jugak!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 02:49 PM | Show all posts
Potong stim toi...dh masuk mood seram blh  lak bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 03:02 PM | Show all posts
Santo posted on 15-11-2012 08:39 PM
hai semua, lama ke tunggu, ok aku sambung balik, tadi aku gi kedai runcit beli kentang 5 biji, telur ...

citer ko lg terasa keseramannya dr citer tt neh..naik lemau aku nak menunggu sambungan citer dia...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2012 03:05 PM | Show all posts
Santo posted on 15-11-2012 08:39 PM
hai semua, lama ke tunggu, ok aku sambung balik, tadi aku gi kedai runcit beli kentang 5 biji, telur ...

hahaaaa... best citer ni... aku penah alaminye jugak kat rumah ni dengan kawan2 aku...memang sentiase menimbulkan kekecohan la...
Last edited by sham-xv1986 on 16-11-2012 03:21 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 03:20 PM | Show all posts
Santo posted on 15-11-2012 06:49 PM
Ok2, sambil menunggu tt sambung cite meh aku cite kisah aku lak yg bertajuk "kisah seram di kedai ru ...

sarcastic betol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2012 03:35 PM | Show all posts
mana citer nyer nih......pasni TT masuk balik, bg alasan apa plak?...jiran sebelah umah minta tolong parutkan kelapa plak ke...tak pun ketua kampung minta tolong panjat pokok kelapa sawit...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 04:19 PM | Show all posts
ni la thread yg memotong ke'stim'man namanya.. memotong rs stim adalah sgt kejam dlm dunia berforum. sekian .. timakasih
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 04:43 PM | Show all posts
mana hantu piano ni??
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 04:44 PM | Show all posts
mane tt ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 04:50 PM | Show all posts
x best la gini... sambung2... best lagi bace citer sham...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 05:00 PM | Show all posts
hadoi....tak sambung2 lagi ke.....
puas menunggu neh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2012 05:28 PM | Show all posts
Sekali lagi mohon ampun. Buat semua maki aku je.. Hehe..
Aku teruskan dengan kisah di bilik muzik

Cerita 3

Kalau nama pun guru muzik mesti la ada bakat sendiri dalam main alat percussion kan.
A sendiri berkebolehan bermain piano dengan baik ala2 Beethoven gitu la, Y pulak bagi je mikrofon memang suara dia persis Broery Marantika. Suara Y memang sedap oo..
Setiap hari A dan Y ni memang tak lekang main piano dekat bilik muzik tu. Siapa yang dengar dorang alunan piano tu memang cair la.. Hehe,sedap dorang main especially A, A ni kalau main piano memang dengan penghayatan sekali. Y tu kadang-kadang datang mood je dia main piano tu untuk mengajar tak pun kalau kami minta dia mainkan. Aku ni pulak kadang-kadang bila tak ada kelas akan melepak tak pun siapkan kerja dekat bilik muzik tu. Maklumlah bengkel bersebelahan je dengan bilik muzik. Request la lagu apa dekat A dan Y, Insya Allah boleh je dorang mainkan. Kebetulan kawan aku request lagu Ombak Rindu itu pon sebab A dan Y ni baru test nak guna piano dan recorder sekali untuk mainkan lagu tu.  Maka, dorang pun alunkan lagu Ombak Rindu tu.. sedap sangat mendayu-dayu. Lepas pada itu, Ombak Rindu tu lagu wajib A dan Y sebab baru dapat key untuk guna piano dan recorder sekali. Hari-hari lagu tu la dorang dok mainkan. Cikgu2 dan student pun terpegun apatah lagi………..

Sehinggalah suatu hari, anak kepada guru muzik datang ke sekolah. Anak guru muzik tu aku namakan sebagai N dan guru muzik itu Kak Y. N datang ke sekolah sebab diminta Kak Y untuk belajar piano dengan budak berdua tu A dan Y. Oh,aku lupa nak bagitau.. N ni berkebolehan untuk melihat dan berhubung dengan “benda” tu.. N sebenarnya baru sahaja dapat kebolehan tu kerana didatangi seorang sheikh dalam mimpinya yang merenung mata dia. N dapat mimpi itu setelah keluarga Kak Y ini disihrkan. Hari-hari N boleh nampak apa “benda” yang ada dalam rumah dia. Kesian sangat dengan keluarga Kak Y. Eh, macam panjang pulak aku cite pasal tu. Aku teruskan apa yang jadi waktu N datang ke sekolah.


Waktu tu N naik bilik muzik, tapi A dan Y ada kelasrelief kiranya N sorang je tinggal dalam bilik tu. N rasa macam ada somethingyang tak kena sebab dia nampak rambut panjang sangat dari dalam bilik persalinan.N bukak la bilik tu.. Dia terkejut sangat. Rupanya dalam bilik persalinan tu didiamiseorang “perempuan tua”. Rambut perempuan tua tu kusut dan panjang sangat! Npun berlari keluar dari bilik muzik tapi N anggap benda tu biasa je.. KebetulanA dan Y sampai bilik muzik.. Lagi sekali kejutan buat N kerana dia nampak ada “perempuankorea” yang mengikut A dan Y. N cuba la baca ayat Al-Quran tapi “perempuan korea”tu tetap ikut A dan Y. Ketika itu, N tak bagitau dekat A dan Y lagi sebab tak nakbagi dorang takut.


N cepat-cepat turun ke bilik guru untuk memberitahuKak Y apa yang terjadi dekat bilik muzik. Aku dengan kawan-kawan pula tengahmelepak dengan Kak Y dekat meja bilik pantri. Then N cerita la apa jadi…perghh,semuaterkejut! Kak Y pon call A dan Y suruh turun.. Bila A dan Y turun N pun ceritalah apa yang jadi dan lagi best “perempuan” tu masih ikut dorang. Kiranya waktukami semua ada “perempuan korea” tu pun ada sekali. Semua dah terdiam.. Apatahlagi A dan Y. Untuk kepastian Kak Y bawak la N, A dan Y ke bilik muzik semula.Fuhh,aku waktu tu baca la semua ayat pendinding risau betul!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2012 05:30 PM | Show all posts
Sampai ke bilik muzik, A pula ada kelas..Tak kan nak skip pulak kan. Kena la mengajar macam biasa walaupun sebenarnya A cuak sangat-sangat! Dalam bilik muzik tu ada Kak Y, N dan Y. N pulak cuba la selongkar semua benda yang ada dalam bilik muzik tu. Memang betul la jangkaan N tu. Selesai kelas, N cerita apa yang jadi waktu A mengajar dan benda yang menghuni bilik muzik tu. N ni boleh berkomunikasi dengan “perempuan korea” tu.
“perempuan korea” itu sebenarnya berasal dari piano yang dorang dok main hari-hari tu. Kiranya A ni dah terseru dia dengan tidak sengaja. Macam aku bagi tau A ni pandai main piano. A pulak main piano semua key,jadi salah satu key tu punca A terseru “perempuan korea” tu. Yang lagi best piano tu berasal dari Korea, aku pun boleh baca korea sikit-sikit nampak tulisan dekat piano tu perkataan cinta. Pernah aku bgtau A dan Y dorang cakap piano tu sumbangan orang korea. Hurmm,patut la.


N cerita Ju-On lagi cantik dari “perempuan korea” itu dan yang lagi best “perempuan korea” tu bukan berjalan tapi merangkak. Laju sangat dia merangkak. Waktu A tengah mengajar, N cakap “perempuan korea” tu gedik sangat. Itu pun sebab dia tau N boleh nampak jadi N perhatikan je “perempuan korea” tu dok merangkak-rangkak dekat kaki A. Bila A pergi dekat piano, lagi suka la “perempuan korea” tu. Sebab dia rasa A main piano tu untuk dia dan renungan A tu untuk dia. Kalau orang main piano kan akan pandang ke key yang kita nak tekan tu. “perempuan korea” ni perasan terlebih. Dia akan merangkak naik atas piano betul-betul berhadapan dengan A. Kiranya dia rasa macam A tengah pandang dia la.


Bilik alat percussion dan bilik persalinan pula memang ada penghuni.
Bilik persalinan tu ada “perempuan tua” yang hari-hari sisir rambut dia yang kusut dan panjang tu. N cakap rambut “perempuan tua” tu sebenarnya yang tersangkut dengan vakum A. “perempuan tua” tu marah sebab A dan Y ni sibuk nak kemas bilik muzik. Bilik persalinan tu pula pernah Kak Y kemas tapi bersepah semula sebab “perempuan tua” tu tak suka bilik tu kemas kacau rambut dia. Hurmm..


Bilik alat percussion pula dihuni oleh 2 orang “budak kecik”. “budak kecik” ni la yang sebenarnya main suis kipas dan lampu. Pernah A letak gitar dalam bilik alat percussion tu, tapi tali gitar A putus. Rupa-rupanya kerja “budak kecik” tu. Waktu Y tengah record lagu pulak tiba-tiba suis tertutup pon kerja “budak kecik” tu juga.
Waktu N ceritakan semua yang berlaku tu kami dekat bilik pantry macam tak percaya. Aku sendiri rasa macam cerita dongeng je. Taktau nak percaya ke tidak. Tapi dah macam-macam berlaku kan. N cerita lagi, “perempuan korea” tu jadi pengikut setia A dan Y selama ni. Balik rumah pon dia ikut. A ada jugak cakap patut la bila naik kereta je absorber kereta macam bunyik.  N bagi ayat pendiding dekat A dan Y untuk elak “perempuan korea” tu ikut.  Ingatkan dah setel hari tu.. tapi..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2012 05:48 PM | Show all posts
Kisah tu berlanjutan dekat rumah sewa A dan Y ni. A pula takut terus balik rumah dia dekat putrajaya. Kira malam tu yang ada dekat rumah sewa Y dan 3 lagi housemate dorang. Kisah ni Y yang ceritakan apa terjadi dekat rumah sewa mereka. Waktu tengah siapkan kerja Y dah rasa ada sesuatu tengah pandang dia. Tapi Y ni buat taktau je. Dan yang lagi best salah seoranghousmate Y ni sebenarnya boleh jugak nampak sebab dia nak ilmu tu. Aku namakan dia H. H waktu tu rasa pelik sangat keadaan dalam rumah sewa dorang tu lain macam. H terus pergi ke bilik Y dan H terkejut nampak “perempuan korea” tu dekat bilik Y. H terus panggil housmate dia duduk dekat ruang tamu then ceritakan apa dia nampak. Y pula ceritalah apa jadi dekat bilik muzik tu kan.Kiranya “perempuan korea” tu tak dapat ikut A balik dia ikut Y pulak. Jadinya, “perempuan korea” tu ada je dalam rumah dok merangkak-rangkak dekat dengan dorang. Bila dah macam tu, housmate yang lain ni pun jadi takut la. H beranikan diri berkomunikasi dengan “perempuan korea” tu dekat dalam bilik H ni. Since H jeyang boleh nampak dia nak tau kenapa “perempuan korea” tu ikut A dan Y balik. "perempuan korea" tu tunjukkan muka dia waktu hidup, H cakap cantik sangat macam K-pop. "perempuan korea" tu bgtau dia berasal dari Osan. Haa,korang google la Osan tu dekat mana.

Buat pengetahuan korang H ni minat dengan band Avenged Sevenfold dia tampal posterband tu dekat bilik dia. Kan salah seorang drummer band tu dah mati. Waktu tengah H nak Tanya, tiba-tiba “perempuan korea” tu tanya H, dia minat band tuke? H angguk je la. Then “perempuan korea” tu tunjuk dekat drummer pada poster tu dekat H dan cakap “He’s dead”. Korang tau H terus takut dan koyakkan poster tu. H terus lari keluar bilik. 1 rumah tak boleh tidur. Dan tak pernah dorang tu jemaah kat masjid. Pukul 4 pagi 1 rumah dah turun pergi masjid. Punya takut sangat nak duduk dalam rumah..

Last edited by neez_cookies on 16-11-2012 06:45 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 05:53 PM | Show all posts
tapi???? TT sile sambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2012 06:07 PM | Show all posts
megoo posted on 16-11-2012 05:53 PM
tapi???? TT sile sambung...

Sambungan dekat rumah sewa dorang atas tu...hehehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2012 06:26 PM | Show all posts
Keesokan harinya Y ceritakan apa yang terjadi dekat rumah sewa pada kami. Cuma yang agak kelakar A dan Y yang tak pernah duduk dekat bilik pantry dengan kami terus turun bawah bawak semua alat muzik yang dorang nak guna. A dan Y akan naik ke bilik muzik hanya bila ada kelas. Tu pun berteman, kalau salah sorang ada relief yang lagi sorang akan pergi bengkel tak pun turun ke bilik pantry.

Satu hari dekat bilik pantry tu aku dan kawan aku sedang siapkan kerja. Kawan-kawan yang lain pula ada kelas. A dan Y masuk dan duduk dekat dengan kami. Aku dan kawan aku waktu tu memang cuak sangat dah bayangkan macam-macam pasal "perempuan korea" tu. Nak dijadikan cerita, budak berdua ni pergi pulak main lagu Ombak Rindu yang A dengan keyboard dan Y dengan recorder. Aku pandang je kawan aku dengan harapan suruh dorang stop main. Haa,ada pulak sorang cikgu lalu sebelah bilik kami tu.. "panggg" cikgu tu hentak dinding dekat bilik pantry kami tu. Lepas pada tu aku dengan kawan aku dah start rasa lain.. Budak berdua tu terus stop main.

Tak lama lepas tu Kak Y datang kat kami cerita pasal cikgu tu nampak "perempuan korea" tu tengah duduk dekat sudut bilik pantry tu. Oh ya, cikgu tu pun sebenarnya dah lama nampak "perempuan korea" tu tapi tak nak takutkan kami. Kiranya cikgu tu dan anak Kak Y ni memang nampak benda yang sama. Dan waktu A tengah main keyboard tu, "perempuan korea" tu "duduk" atas keyboard A. Ya Allah, aku dengan kawan aku rasa nak lari waktu tu. Sebabnya Y duduk sebelah aku. A pulak duduk berhadapan dengan kawan aku. Jadinya, mesti la rambut "perempuan korea" tu kena dekat kawan aku. Memang dah fikir macam-macam waktu tu. Aku dengan kawan aku duduk bersila terus atas kerusi memang tak jejak pon kaki dekat bawah meja sebab bila kata "perempuan korea" tu merangkak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 0 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16358 Replies : 431
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8150 Replies : 104
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8029 Replies : 45
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19642 Replies : 23
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.567652 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list