CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: assafdiyah

mengesan barang hilang

[Copy link]
 Author| Post time 19-11-2012 05:26 PM | Show all posts
cagOO posted on 19-11-2012 03:20 PM
asben tt gadai kot

x berbaloi gadai tablet made in taiwan tu..... org pun x nak baik beli baru....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2012 06:08 PM | Show all posts
assafdiyah posted on 19-11-2012 05:22 PM
swmbahyang kerana Allah bukan sebab nak ingat benda yg lupa ...


betol la kite semyang kerana allah,tapi dalam sembahyang bende2 cm tu menggangu kite.nak khusyuk betol2 mmg susah,

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 06:45 PM | Show all posts
assafdiyah posted on 19-11-2012 05:25 PM
kwn saya tu pulak dia mcm kira tarikh bulan hijrah tapi x de lah guna kaedah yg menyesatkan cuma d ...

TT dah cube cari ker?Tablet tu ade lagi dalam rumah......
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 09:03 PM | Show all posts
TuntungReturn posted on 18-11-2012 09:33 AM
kalau barang letak tak igt kat mana,sembahyang!.dalam sembahyang tu mcm2 bleh igt,elok je angkat t ...


haha....kdang boleh lupa balik bila dah abis sembahyang..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 10:59 PM | Show all posts
biasa saya barang hilang..ikut kata hati..kalau 'hati' kata ada..maknanya ia ada..tapi kalau macam kata takde tu.. takdela..saya selalu amalkan baca fatihah dan sebut ya jami'..sambil bayangkan rupa barang tu..cari pelan2 ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 08:10 AM | Show all posts
Luckman posted on 19-11-2012 06:45 PM
TT dah cube cari ker?Tablet tu ade lagi dalam rumah......

alhamdulillah dah jumpa luckman... ni mesti ada kemahiran ni sebab tahu tablet tu memang ada dalam rumah. anak jumpa dalam beg buku dan mainan dia. mlm tadi jumpa. terima kasih semua kepada sahabat2 yg lain.


kes selesai.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2012 08:24 AM | Show all posts
ninja9 posted on 19-11-2012 09:03 PM
haha....kdang boleh lupa balik bila dah abis sembahyang..

Kalo camtu kena sambung wat solat sunat laa..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 09:18 AM | Show all posts
assafdiyah posted on 20-11-2012 08:10 AM
alhamdulillah dah jumpa luckman... ni mesti ada kemahiran ni sebab tahu tablet tu memang ada dalam ...

alhamdulillah..ada je tu..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2012 09:35 AM | Show all posts
nk cuba jgk petua yg di beri..sbb jam tangan hantaran kawen aku dl hilang huhuhu..sedih tuii..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 04:51 PM | Show all posts
Salam, tertarik pula nak reply bila baca thread ni...

En Luckman atau sesiapa yg terer mengesan barang hilang ni....

Nak minta bantuan sikitlah kalau boleh, InsyaAllah..

Kes 1

Awal2 tahun dulu , di rumah saya kadangkala berlaku kehilangan duit, selalunya tak semua duit yg diambil..
Selalu yg hilang not rm10 macam tu..

Last kejadian hilang duit selepas raya puasa tahun ni yg mana duit raya anak2 hilang dalam sampul raya...banyak tu...
beratus2 jugaklah...walhal tiada sesiapa di rumah selain anak sulung form 1 yg sekolah petang.

So, kami ada minta kawan yg pandai tengokkan kot2 ada toyol ke apa, tapi orang tu cakap takde...drp
cara dia cakap (bukan TUDUH) dia kata mungkin anak saya ada bawa kawan masuk rumah masa
kami takde...tapi bila tanya anak, mati2 dia tak mengaku samada dia yg ambil atau kawan dia ambil.

Dia mengaku ada bawak sorang je kawan datang, tapi dia kata kawannya tu baik...

So kami pun taknaklah sesuka hati tuduh kawan dia tu pencuri..

Lama juga selepas tu kami takde hilang duit lagi...dan kami reda jika dah ditakdirkan duit tu bukan rezeki kami..

Misteri siapa yg ambil duit tu kekal sampai hari ni..

Kes 2

Sampailah baru ni berlaku kejadian yg pelik dan misteri...

Iaitu hilang handphone dan charger sekali...pelik kan..

Handphone tu adalah handphone spare (model baru HTC yg agak rare) yg jarang2 sekali digunakan oleh anak saya ni.

Selalunya memang ada dalam laci ruang tamu di tingkat bawah(anak saya pakai hp ni cuma kalau ada lawatan/tuition ke)

Dah puas geledah satu rumah dah, tapi tak ada jugak...

Dah tanya anak saya, samada dia ada bawak gi sekolah dan hilangkan ke apa ke...tapi
mati2 dia tak mengaku..atau dia ada bawak kawan datang lagi ke rumah pun dia tak mengaku..

Bila saya call utk check balance kredit hp tu, masih sama nilai RM nya setiap hari..kalau dicuri
mesti pencuri dah habiskan kredit tu betul tak ? Kecuali dia buang sim card tu la..

Cuma hati saya kuat mengatakan handphone tu masih ada dalam rumah...atau ada disatu tempat...misplaced ?

Sebab kalau kena curi pun takkanla charger sekali kena curi?

Saya nak buat report kehilangan handphone tu sbb nak request sim card lain, tapi masih bertangguh sbb instinct

saya kata "handphone tu masih ada".......

Ada sesiapa boleh tengokkan ? kalau dah memang takde pun takpelah...bukan rezeki saya dah tu..InsyaAllah saya reda..



Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 05:10 PM | Show all posts
1. Yakin yg rezeki dah ditentukan Allah. Kalau rezeki kita lagi, benda tu akan kita dapat semula.
2. Kes TT hamppir sama dgn anak aku. Dia pi simpan botol susu dia dalam tong mainan...dah beli botol baru, baru jumpa botol lama..
3. siti_sal , mungkin masa berkemas dah terkemas sekali masuk dalam mana2 bekas yg lepas itu kita sorok/simpan, pastu lupa..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 05:26 PM | Show all posts
saya pn tertarik gak nk try...
hubby sy dh tercicirkan rantai leher anak sy..
dia ckp letak kat almari je tp cari xjumpa...
boleh x tolong2 tgk kn???
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 05:29 PM | Show all posts
siti_sal posted on 20-11-2012 04:51 PM
Salam, tertarik pula nak reply bila baca thread ni...

En Luckman atau sesiapa yg terer mengesan b ...

Macam mane TT boleh check balance phone yang hilang tu pulak? Bukan ker kene guna phone tu sendiri unless kalau sim tu gune kat phone lain kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 05:42 PM | Show all posts
siti_sal posted on 20-11-2012 04:51 PM
Salam, tertarik pula nak reply bila baca thread ni...

En Luckman atau sesiapa yg terer mengesan b ...

Cube check kat belah-belah belakang laci tu.......mungkin terselit-selit celah-celah kertas kot atau celah-celah kain.....

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 05:58 PM | Show all posts
satu lagi petua kalau ada barang hilang atau sedang menghadapi masalah besar atau kecil banyakkan beristighfar sambil berusaha mencari brg @ settllekan masalah tu.. kerana Nabi Muhammad SAW bersabda:

Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah niscaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan dan Allah akan memberinya rizki (yang halal) dari arah yang tidak disangka-sangka "
(Imam Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan Al-Hakim)
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 09:18 AM | Show all posts
Salam,
abas8888 --> firasat saya pun rasa macam tu, macam ada di sorok/simpan di satu tempat semasa mengemas...tak di bawa keluar rumah pun (kecuali anak saya tipu kami dan bawa hp tu kemana-mana)...cuma yelah...dah puas cari satu rumah, tapi takde juga..

En Luckman --> kita boleh check credit balance, number tu adalah celcom prepaid. Call je 1300111000. Saya dah buat extended expiry date setahun until 2013...so selagi belum expired date, credit dalam hp tu tetap aktif. Harap maklum.

Nanti saya cuba cari celah2 kain or kertas seperti yg dicadangkan tu...(eh macam tau je org pompuan suka sorok barang celah2 kain2 berlipat...ha ha)

Macam mana dgn kes duit hilang ? Ada firasat apa2 tak ? Curious sangat nak tahu sapa yg ambil sebenarnya...selepas kejadian terakhir hilang duit raya tu, anak2 tak dibenarkan dah bawa kawan2 datang kerumah semasa kami takde...and kami pastikan duit tak di letak merata-merata...ada juga test sekali dua letak RM10 kat tempat2 yg boleh dilihat, tapi tak hilang pulak.

Duit yg hilang sebelum2 tu adalah not RM10 saja - dan setiapkali curi tak diambil semua. Itu yg suspect toyol tu...tapi tanya dgn jiran2 takde plak yg hilang duit secara misteri ni...yg jadi cerita tuduh "benda2 halus" ni sbb selalu sangat lampu bilik bawah ter"pasang" secara misteri..kebetulannya kat bilik tulah juga tersimpannya duit2 RM10 yg selalu hilang samada dalam laci, dlm tabung, dlm sampul dsb..

Cuma kes duit raya tu unik sbb duit yg hilang adalah duit2 not baru RM1,RM5,Rm10,RM50 & RM20...takkanla toyol kot kan..katanya toyol selalu ambik not yg sama je..

Bila minta tlg kawan tengokkan pun, dia kata bukan toyol...kami bukannya apa, kalau betullah kawan anak yg ambil, kami rasa perlu nasihatkan dia supaya hati2 pilih kawan...budak remaja dah 13thn ni kekadang tak dengar cakap parents dia...kawan2 lagi penting..dilema juga as a parent..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2012 11:51 AM | Show all posts
Luckman posted on 20-11-2012 05:42 PM
Cube check kat belah-belah belakang laci tu.......mungkin terselit-selit celah-celah kertas kot at ...

luckman mohon satu lagi pertolongan .... dah dua hari hilang lepas jumpa tablet.... cuba tgkkan adakah benda ni masih dalam rumah.

kami kehilangan pen galaxy note.... suami ckp last dia nampak anak main lukis2...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 01:23 PM | Show all posts
assafdiyah posted on 22-11-2012 11:51 AM
luckman mohon satu lagi pertolongan .... dah dua hari hilang lepas jumpa tablet.... cuba tgkkan ad ...

TT, saya tak pandai bab2 nie sebenarnya. Saya agak2 jer.....kalau ikut tafsiran saya berdasar cerita TT, tablet masih ada dalm rumah tapi ada terselit / tersalah letak sebenarnya. Cube tengok bawah kusyen, atau bawah lemari....last nampak anak main kat mane? cari dekat2 situ......

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 01:44 PM | Show all posts
Zikir sebut Al-Haq sambil niat minta pertolongan Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 05:05 PM | Show all posts
TuntungReturn posted on 18-11-2012 09:33 AM
kalau barang letak tak igt kat mana,sembahyang!.dalam sembahyang tu mcm2 bleh igt,elok je angkat t ...

hahaha! kurang asam. tp ms skolah dlu pun ustazah aku ade ckp, klu ada yg hilang, bwk2 lah solat. lps solat hati tenang, insyaAllah jumpa.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.080210 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list