View: 11114|Reply: 22
|
KUBUR olok-olok untuk kebumikan orang hidup,Gombak,Selangor
[Copy link]
|
|
Sheikh Muhammad Nor Al-Kholidi, mewujudkan sebuah kubur olok-olok di bahagian luar mihrab Masjid Sungai Cincin, Batu 9, Gombak, Selangor.
*Masjid Sungai Cincin, Batu 7 ¾ Jalan Gombak, Selangor Darul Ehsan.


Syeikh Muhammad Nor Al Kholidi berketurunan Mendeleng dan berasal dari Penyambongan di bahagian Sumatera Utara indonesia. Beliau telah membuka Kg. Sg. Chinchin 10 tahun selepas ketibaan beliau di Tanah Melayu. Terdapat sumber mengatakan bahawa Kg. Sg. Chinchin merupakan sebidang tanah kurniaan Sultan Selangor kepada beliau.lalu mendirikan sebuah kampung tertutup yang cuba mencontohi kehidupan zaman Rasulullah SAW selagi boleh. Maka di kampung itu, orang lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul bebas seperti di luar dan semua orang mesti menutup aurat selain tidak boleh menghisap merokok.
Melalui ajaran tarikat Naqsabandiyah yang diketuai Sheikh Muhammad Nor, para pengikutnya berpeluang merasai pengalaman ditinggalkan di dalam lubang kubur itu.Bukan setakat itu, lubang kubur itu juga ditutup untuk memberikan kesan yang paling hampir dengan pengalaman sebenar apabila satu-satu jasad itu dikebumikan.
Syeikh Muhammad Nor Al Kholidi. Namanya tersenarai sebagai 7 Wali Melayu, sebaris nama - nama ulama' terkenal seperti Tok Kenali, Tokku Paloh, dan Tn Hussein Kedah Al-Banjari (7 Wali Melayu; Penerbitan Hikmah, 1993).

Malah, dikhabarkan sesiapa yang mencuba pengalaman itu akan dapat merasai alam ghaib seperti yang terdapat di alam kubur.
*kubur-kubur ahli keluarga Sheikh Muhammad Nur

"Daripada cerita orang kampung, cara seseorang itu diturunkan ke dalam lubang kubur itu hampir sama dengan cara sebenar cuma dia tidak dimandikan atau dikafankan.
*Lubang liang lahat olok-olok yang didirikan Sheikh Muhammad Nor.

Individu yang dikuburkn diminta memakai baju putih dan akan diiringi bacaan wirid ketika diturunkan ke dalam kubur itu
Lebih 120 tahun berlalu, kubur itu kini berdinding simen dan dipagar...dan Kawasan perkampungan sekitar Masjid dan Masjid Sungai Cincin itu sendiri dianggarkan berusia lebeh100 tahun .
Tidak ditutup terus kerana mahu memelihara tinggalan sejarah asal-usul Kampung Sungai Cincin, aktiviti menggunakan kubur contoh itu terhenti setelah tiada sesiapa menyambung ajaran tarikat yang dipraktikkan pada waktu itu.
Utk memastikan syariat Islam benar2 terjaga, al-Kholidi mewujudkan petugas2 (polis). Beliau juga membina 4 rumah penjara (4 buah) utk mendidik mereka yg melakukan kesalahan dan kesan bangunan penjara ini masih wujud hingga kini.
Dlm soal melaksanakan hukuman al-kholidi tidak bersikap pilih kasih. Sapa shj yg bersalah pasti akan dikenakan hukuman, bahkan salah seorg drp isterinya sendiri penah jugak dipenjara beberapa hari.
Dengan sokongan urang ramai, Syeik Muhammad Nor dapat membangunkan sebuah pusat pengajian (sekolah agama) yang bukan saja menekankan soal-soal ilmu tetapi juga tarbiah rohaniah. Utk tinggal dan menuntut ilmu di Perkampungan Islam Sg Cincin ini, al Kholidi tidak mengenakan sebarang bayaran. Tetapi mereka digalakkan menanam padi, mendulang bijih dan berkebun.
sostiram:tabloid kosmo & blog farul azri
Last edited by bluezink on 23-11-2012 12:12 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bagus betol ni ... saya setuju sangat lah kalau orang2 yang dihukum sama ada dihukum penjara, denda, penagih dadah, orang2 rosak akhlak, mat2 rempit, perompak, pembunuh, perogol, dan macam2 pe lagi termasuklah yang melakukan maksiat , dimasuk dalam ni utk pengajaran bagi mereka......
save cost wat!!! |
|
|
|
|
|
|
|
kampung ni masih lagi seperti dulu ke??? maksud saya cara hidup??? |
|
|
|
|
|
|
|
kat tanah melayu ni ramai wali-wali. Zaman dulu org boleh kenal, zaman sekarang dah payah nak jumpa kan |
|
|
|
|
|
|
|
megoo posted on 23-11-2012 10:26 AM 
kampung ni masih lagi seperti dulu ke??? maksud saya cara hidup???
cara idop seperti dolu mungkin tak ...kena tanya mrka yg maseh mngikot tarekat almarhum tuan ssheikh muhammad nur Al Khalidi ..nak pegi lokasi msjed Sg Chinchin, Gombak sana ,kena tanya mrka yg doduk berhampiran skola rendah igama Integrasi (SRAI) Sg Chinchin, Gombak.,,kalu jumpa skola tu ..jumpa laa msjed sg chincn ..sbb lokasi kobor olok olok dan msjeid adlh berhadapan skola igma tersebot..w.a |
|
|
|
|
|
|
|
bleh jd insap kalo mcm nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
terasa keseramannya... |
|
|
|
|
|
|
|
megoo posted on 23-11-2012 10:26 AM 
kampung ni masih lagi seperti dulu ke??? maksud saya cara hidup???
dipenuhi dengan org indonesia
cara hidup pun dah ikut peredaran zaman
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau lah kampung macam ni masih wujud sekarang, aku pun nak jugak tinggal dalam tu. huhuuu.. baik bertaubat cepat sebelum sampai masanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Alhamdullillah.....Saya pengamal Tarikat Naqshabandiah kholidiah....Alhamdullillah..
Kat surau kami...bilik suluk just guna petak plywood dgn kelambu bujang je... (buat buat le rasa mcm dlm kubur...tapi siap lapik toto & bantal..hehhee...
kalo buat siap liang macam ni...baru real! |
|
|
|
|
|
|
|
kg sg cincin ni pun dah ramai indon duk berkampung...... |
|
|
|
|
|
|
|
burungantu posted on 26-11-2012 06:52 PM 
Alhamdullillah...
setahu saya....kalau "suluk" naqshabandiah....ianya kira macam "Sesi intensiv ...
oo ye ke..
Tuan dulu bersuluk di mana? Mengambil tarekat ni di mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
tgh bace benang ni, tetibe pintu bilik boleh terbukak pulak...alahaiiiiiiii  |
|
|
|
|
|
|
|
wow bestnya blajar tarekat...nak juga suruh suami gi blajar tarekat...moga2 dibukakan hati |
|
|
|
|
|
|
|
Huhuhu, aku ingatkan waris Mendeleng ni hanya kat Perak je, rupanya kat Selangor pun ada... Huhuhu, mesti ramai sedara aku kat sana nih... |
|
|
|
|
|
|
|
serammmmm...  |
|
|
|
|
|
|
| |
|