CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KAULAT

[BEST]Tetamu Tak Diundang- Volume 2 - KAULAT.

  [Copy link]
Post time 19-9-2013 10:45 AM | Show all posts
assalam..
saya dah khatam vol.1

mmg epik!
smp teringat2 kat rumah...

@chefmizan punya kisah mmg real dan menyeramkan. bila nak sambung lagi ni?

TT pun senyap je...ada kisah menarik lagi nnt kongsikan yer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2013 01:51 AM | Show all posts
Assalamualaikum w.b.t..

Kisah ni berlaku masa saya dalam perjalanan nak ke Bandar Muadzam Shah melalui Gambang sebab saya datang dari Terengganu. Masa kesana atas urusan kerja la macam biasa. Saya drive manakala kawan saya dah lena diulit mimpi. Masuk je tol Gambang saya cari stesen minyak n lepak2 hisap rokok dulu. Al maklum la nak menempuh jalan gelap gelita didepan tu nanti macam tak syok la pulak nak buka tingkap. Siap isi minyak full tank, pekena air semua bagai sekitar jam 1.30pagi kami gerak. Sebelum tu sempat la sembang dengan brother driver lori kat stesen minyak tu. Pesan beliau tadi hati2.

Perjalanan ni adalah kali kedua saya. Tapi sebelum ni saya lalu jalan ni siang hari. So takde la apa2 sangat. Lepas 1 setengah jam perjalanan, masa tu memang pecut sekitar 140kms tiba2 kereta rasa berat. Aircond jadi panas. Yang kawan saya ni tadi tengah syok2 tidur terjaga. Sebab aircond tadi panas dan mengeluarkan bau hangit. Saya pun slowkan kereta nak cari port untuk berhenti. Kawasan masa tu memang gelap gelita. Sebiji kenderaan pun takde lalu. Kawan saya mula la pikir macam2. Dia mati2 tak bagi saya berhenti bila saya bagitau nak check kereta. Maybe fobia kes Kluang Mersing haritu kot hehe.

Bila jumpa kawasan landai sikit, saya pun bagi signal berhenti tepi. Saya pesan kat kawan saya tu supaya duduk diam2 dalam kereta. Oleh sebab terlalu takut agaknya, dia nak ikut jugak keluar. Kami pun pasang torch light pegi la buka bonet depan nak tengok apa masalahnya. Check punya check takde apa problem pun. Then saya minta kawan saya start balik kereta dan pasang aircond. Saya pulak masa tu mengubah kedudukan berdiri disebelah bonet depan bahagian pemandu. Masa start kereta agak susah sikit. Tapi berjaya. Alhamdulillah. Then dari arah berlawanan sebuah lori lalu sambil bunyikan hon 2,3kali. Saya pun bagi signal melalui lampu suluh tanda everything is ok hehe.

Lepas lori tu hilang dari pandangan kawan saya tadi saya tengok tengah kaku memegang kipas aircond. Rupa2nya ada yang tengah melepak kat kerusi belakang yang dia nampak melalui cermin. Saya masa tu senyum je la sebab klaka tengok dia berkeadaan begitu. Then saya tarik dia keluar. Saya capai air bagi dia minum dan tenangkan dia kejap. Air tu tadi saya bacakan doa dan ayat Quran 2,3 baris saya renjiskan dalam dan luar kereta. Bila cik pon tadi dah keluar dan hilang baru la dia mampu untuk berkata2.

Soalan pertama dia pada saya, 'Sebelum benti tadi abang tak nampak ke?'.. 'Nampak'.. 'Dah tu kenapa abang benti?'..'Sebab abang nak suruh 'dia' keluar'...'Kereta dah ok ke?'...Kereta takde masalah pape pun'... Saya pimpin dia masuk kereta, kami teruskan perjalanan.

Cik pon tu tumpang kami dah lama sebenarnya. Cuma mungkin sebab 'dia' bosan agaknya sebab kami tak layan, baru la 'dia' buat hal. Sepanjang 'dia' tumpang sekitar 30minit tu kawan saya tadi memang ada rasa. Mula2 dia tegur pasal bau busuk, jawapan saya, saya terkentut je hehe.. Then bila kereta rasa berat sebab bunyi enjin meneran, saya cakap tertekan pedal minyak so kereta nak capai pick up memang la meneran sikit. Saya cuma tak nak bagitau sebab takut dia pengsan pulak. Tu pasal saya cari tempat berhenti.

Alhamdulillah kami selamat sampai ke Muadzam sekitar jam 5 pagi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2013 01:56 AM | Show all posts
Banyak lagi nak cerita tapi kekangan masa sikit.
In Syaa Allah jika diberi waktu senggang...
Pasti saya akan kongsikan..
Salam ukhwah...
Semoga semuanya sehat2 dan dibawah panji2 kebesaran hidayah Allah s.w.t..
Aminn
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 05:47 PM | Show all posts
chefmizan posted on 29-9-2013 01:56 AM
Banyak lagi nak cerita tapi kekangan masa sikit.
In Syaa Allah jika diberi waktu senggang...
Pasti ...

assalam chef..saya dah lama dah follow cita misteri chef dgn kaulat sejak dr rumah pertama lg..
nanti kalo chef @ kaulat ada mase jgn lupa update cita erk..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 12:23 AM | Show all posts
keep updating your stories bro kaulat & chef
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2013 11:55 AM | Show all posts
aku dah addicted dgn thread ni...arghh @chefmizan we want mo stories! hihi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2013 12:21 PM | Show all posts
aerolz posted on 5-12-2012 12:30 PM
ye la.. macam orang pakai kain sembahyang tapi takde muka. hitam jee.. tapi banyak la. aku nampak  ...

description ko psl ni,pakai kain smbyg dan muka hitam.
aku pon nk tau makhluk apa ni.
sbb ni pon first time aku jumpa h a n t u
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2013 02:43 PM | Show all posts
Ehhh up lagi benang ni..

Mana Bro @KAULAT dengan @chefmizan  ni??? Rindu giler nak dengar story doranggg..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2013 02:45 PM | Show all posts
pudgeown posted on 3-11-2013 12:21 PM
description ko psl ni,pakai kain smbyg dan muka hitam.
aku pon nk tau makhluk apa ni.
sbb ni po ...

huhuu..

ye, tu la first time aku nampak jelas setau aku.. kann.. asal hantu je mesti nak pakai kain sembahyang.. pastu muka hitam.. nanti la nak tanya kat yang boleh nampak hantu ni, tu hantu apa.. tak femes lagi kot kat malaysia nihh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2013 06:51 AM | Show all posts
juragan_malam posted on 10-12-2012 03:06 PM
ingat2 lupa la....malas nak korek2 barang yg dah lama tenggelam....hahhahaha

jin buntingkan ank dara org??? pstu lahir mcm manusia biasa ke?
kdg aku tepikir, ntah2 manusia2 kejam hati kering bunuh2 org tu ank hasil jin-manusia

lg stu kan,
nape toyol x rompak bank?
hari2 sikit2 lama
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2013 05:55 PM | Show all posts
aerolz posted on 3-11-2013 02:45 PM
huhuu..

ye, tu la first time aku nampak jelas setau aku.. kann.. asal hantu je mesti nak pakai  ...

maksud aerolz.. dia pakai telekung sembahyang perempuan punya tu ke.. atau dia pakai jubah macam orang lelaki....

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2013 07:46 PM | Show all posts
jefrilza posted on 4-11-2013 05:55 PM
maksud aerolz.. dia pakai telekung sembahyang perempuan punya tu ke.. atau dia pakai jubah macam o ...

mula mula nampak dari jauh, ingat pompuan pakai telekung. siap lari lari lagi. bila datang dekat, nampak dorang berdiri tegak. macam pakai telekung la kot.. lebih kurang la jugak jubah rupanya.. sebab labuh dan putih semuaa.. tapi muka hitam.. penah nampak jugak ke??
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
aerolz posted on 4-11-2013 07:46 PM
mula mula nampak dari jauh, ingat pompuan pakai telekung. siap lari lari lagi. bila datang dekat,  ...

ish... tak hingin la akak dik ooooi.... maunye demam seminggu... mmg selalunya uniform depa warna putih kan... tak kisahla telekong sembahyang ka.. jubah ka... baju kurung ka... uniform nurse ka... asalkan putih....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 01:48 AM | Show all posts
jefrilza posted on 5-11-2013 01:41 AM
ish... tak hingin la akak dik ooooi.... maunye demam seminggu... mmg selalunya uniform depa warna  ...

HAhaha. ye la kot. asal menjelma mesti nak putihh.. identiti dorang kot.. trend tak tukar2 ditelan zaman. tak uptodate kata omputih.. putih cantik kot kat mata dorang.. tapi ada jugak yang pakai merah hitam kan.. hehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
aerolz posted on 5-11-2013 01:48 AM
HAhaha. ye la kot. asal menjelma mesti nak putihh.. identiti dorang kot.. trend tak tukar2 ditelan ...

putih, merah ngan hitam... agaknya ada levelkot kan... tapi akak rasa merah ni lebih kepada pendendam... yang hitam... melibatkan sihir...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 05:49 PM | Show all posts
Assalamualaikum w.b.t...

Kejadian berlaku pada 26/10/2013 yang lalu. Semasa saya dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Mersing. Pukul 9 malam bertolak dari Kota Bharu. Kawan saya yang seperti biasanya drive sebab saya terlalu penat dan mengantok. Saya pesan pada dia untuk drive sehingga ke Kuala Terengganu. Saya yang syok sangat tidur sebab hari hujan lebat ni memang tak sedar apa dah. Sampai la kawan saya kejut sebab jumpa exit ke highway pantai timur. Saya bagitau untuk stop dulu sebab seingat saya jalan ni belum buka. Tapi memandangkan banyak lori dan bas yang melalui jalan tersebut, kami nekad untuk ikut sama. Bukan apa, dalam hujan lebat ni kalau ikut laluan biasa agak berisiko sikit, nak speed lebih-lebih pun bahaya hehe..

Kami masuk highway macam biasa. Tol tak kena bayar sebab mungkin dalam tempoh percubaan. Kawan saya dah start mengadu mengantuk so saya suruh cari hentian untuk tukar. Jumpa hentian apa ntah tak ingat, dah hisap rokok sebatang dua, ke toilet bagai, saya ambil giliran untuk drive. Keluar je dari hentian tu, hati saya rasa lain macam. Tapi saya buat tak tau je la sebab kawan saya pun dah hanyut. Saya speed macam biasa memandangkan jam dah hampir pukul 12 tengah malam. Kenderaan makin lama makin sikit, tapi saya faham la highway baru buka memang begitu. Oleh sebab suasana tak berapa nak syok, saya tekan pedal minyak lebih sikit daripada biasa. Sampai la di exit PAKA tak silap saya, jalan selebihnya untuk terus ke Kuantan masih ditutup. So nak tak nak kena jugak exit disitu.

Keluar je dari highway saya masih tak sedap hati. Berhenti kat tepi dulu untuk pasang GPS. Malangnya GPS lak tak dapat search kedudukan saya. Nekad dalam hati untuk follow kenderaan. Hampir sejam perjalanan ntah macam mana saya terpisah dari segerombolan kenderaan tadi. Jam dah masuk 1 pagi lebih. Hati memang berdegup kencang sangat waktu tu. Tapi saya nekad untuk teruskan perjalanan. Sehinggalah saya bertemu dengan sebuah kereta saga BLM warna maroon bergerak perlahan depan saya. Kereta plat Kuala Lumpur. Saya berkira-kira dalam hati kereta ni pun mesti tengah cari jalan ke Kuantan. Untuk makluman sepanjang perjalanan ni bermula dari keluar highway tadi, laluan ni adalah terpencil. Kiri kanan adalah lading kelapa sawit dan hutan.

Saya just follow kereta tadi sehingga la ke 1 persimpangan. Saga BLM tadi membelok ke kiri sebab ada signboard highway. Saya pun ikut dari belakang. 40minit perjalanan belok lagi kekiri dan masuk highway. Yang saya peliknya masuk ke highway ni gelap gelita. Saya pun berhentikan kenderaan sebab was-was. Then saga BLM tadi terus je masuk jalan highway tu. Yang buat saya pelik sebab jalan masuk ke highway tu masih bertutup, gelap gelita dan jalan keluar sebelah kanan masih belum berturap. Memandangkan saya lihat saga BLM tadi confident untuk melalui jalan tu, saya pun ikut lagi. Saya melalui jalan yang dihalang oleh batu perlahan-lahan. Bila saya perhati kedepan saga BLM tersebut dah hilang melangkaui selekoh dihadapan.

Saya pun tekan minyak sikit untuk kejar. Selepas selekoh, saga BLM tadi dah hilang. Saya tertanya-tanya dalam hati,takkan la sekejap sangat boleh hilang. Sebab jarak saya dengan saga tadi tak sampai 100meter pun. Lagipun saya pakai Mercedes. Tapi saya teruskan perjalanan. Saya dah agak memang ada yang tak kena. Jalan lurus lebih kurang 38km. Memang sedap nak speed. Yang tak sedapnya, kelawar bersepah atas jalan seolah-olah jalan tu memang tak pernah dilalui. Nekad. Kereta saya speed sekitar 190km sejam. Allah masih sayangkan kami, dari jauh saya Nampak ada benda putih melintang tengah jalan. Saya break emergency mengakibatkan kereta berpusing 2 kali. Kawan saya bangun sambil mengucap panjang. Saya minta maaf dan suruh dia tengok depan. Dia macam terpinga-pinga sebab terkejut sangat.

Saya pun turun dari kereta untuk tengok keadaan sekeliling. SubhanAllah. Di sebalik batu putih yang melintang tadi adalah gaung. Saya masuk kereta dan buat pusingan U. Kawan saya tadi tak henti-henti mengajukan soalan. Tapi saya tak jawab. Saya cari balik laluan saya masuk tadi. Alhamdulillah kami selamat keluar ke jalan utama sehingga sampai bulatan Jabor-Kuantan-Pelabuhan-Highway MTD. Barulah saya mula bercerita. Jam masa tu menunjukkan hampir pukul 3 pagi. Perjalanan kami diteruskan sehingga selamat sampai ke Muadzam Shah jam 7 pagi.

Akan bersambung kisah dimana saya dicabar untuk memanggil "POCONG" menunjukkan diri di satu kawasan sekitar Mersing. InsyaALLAH.

Sekian, wassalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2013 09:36 PM | Show all posts
chefmizan posted on 8-11-2013 05:49 PM
Assalamualaikum w.b.t...

Kejadian berlaku pada 26/10/2013 yang lalu. Semasa saya dalam perjalanan ...

Salam chef.. Yesss!!!! Chef dah kembali.. Update lagiii... Best best besttt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2013 10:17 AM | Show all posts
Assalammualaikum...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2013 10:26 AM | Show all posts
terbaik cheff...maaf laa lama tak up date...bertukar kerja..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 10:53 AM | Show all posts
KAULAT posted on 13-11-2013 10:17 AM
Assalammualaikum...

waalaikumussalam tt..lame tak nampak tt..
nanti kalo tt ada citer baru tt update erk..huhuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.258942 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list