CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39576|Reply: 18

Sumpah Seri Gumum di Chini

[Copy link]
Post time 16-12-2012 02:12 PM | Show all posts |Read mode


Tasik Chini yang terkenal dengan lagenda Naga dan Misteri Istana yang hilang di dasar tasiknya. Tasik Chini merupakan tasik semulajadi ke-2, terbesar di M'sia merupakan sebuah destinasi eko-pelancongan yang menarik.  Ia terdiri daripada kawasan hutan seluas 12,565 ekar. Ia terletak di tebing kanan Sungai Pahang dan terbentuk daripada pertemuan 12 saliran air yang juga dipanggil 'laut' oleh masyarakat tempatan.cerita tentang adanya naga di tasik chini bukan hanya diperkatakan oleh orang melayu kita saja.. malah orang luar pun ada jugak yang tau pasal ni..tasik chini ni penah menceritakan kehadiran seorang mamat cari peranchis ni.. yang katanya nak mengupas tentang misteri tasik chini ni... dia kata dia nak cari naga.. bukan lipan.. bukan petai... malah bukan kera... DIA NAK CARI NAGA... setelah puas mengeksplain kepada orang asli yang cuba mempromote petai kepadanya... lalu setelah dizinkan oleh tok batin ni.. duduk lah orang putih tu,, berkampung kat situ..duduk dan menunggu dari hari ke hari.. semasa memancing.. dia terjumpa kelibat seekor ular yang besar nak mampus yang sedang menampakkan tubuhnya... dan ada yang mengatakan naga itu adalah ular besar yang menetap kat tasik ni...lepas 5 tahun kejadian tu berlaku.. mamat peranchis tu dikatakan kiok tanpa sebab.. erm.. macam tak best je cerita orang asli tu kan..?... tak pa.. kita tadah ja tinge ok.naga tasik chini ni juga dikenali sebagai naga seri gumum,seri pekan .. kemunculan naga ini telah diakui oleh kumpulan orang asli jakun yang mana telah menetap di kawasan tasik chini tu setelah sekian lama..malah ada juga yang mengatakan naga tasik cini ni mampu bertukar2.. jadik naga pun boleh.. jadik ular pun boleh.. nak jadik buaya pun boleh.. wah sungguh berbakat naga tasik cini ni kan?lagenda naga tasik cini ni jugak dikatakan,...hanyalah sebuah cerita dongeng yang direka-reka oleh masyarakat orang asli ni yang mana.. cuba untuk menakutkan anak-anak mereka dari mendekati tasik tersebut kerana mampu membuat anak mereka lemas .oo!..btw,..nama kota yg tenggelam tu bernama...Kota Tasek Daksina
Kg. Belimbing , Pekan, Pahang ..menjadi pintu masuk ke Tasik Chini.


Untuk ke kampung Belimbing, dari Lebuh Raya Pantai Timur ambil EXIT 827(Sri Jaya). Kampung Belimbing jaraknya ±30km dari tol sini. Akan melalui Felcra Sri Makmur sebelum tiba ke kampung Belimbing.
Misteri: Sumpah Seri Gumum di Chini
Oleh Sariha Mohd Ali
Empat pancang di kawasan seluas 30 meter persegi dicacak di Laut Gumum sebagai tanda tempat tinggal naga

KETENANGAN suasana di Tasik Chini, Pekan tidak boleh dipisahkan dengan keindahan pemandangan kuntuman teratai yang mekar memenuhi permukaan tasik ketika musimnya tiba antara Ogos hingga September setiap tahun.

Tarikan Tasik Chini yang juga tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera itu, bukan setakat keunikan flora dan fauna yang dimilikinya, malah cerita lagendanya yang penuh misteri turut mempopularkan kawasan berkenaan.

Walaupun cerita seumpama itu sukar dipercayai dan dibuktikan kebenarannya, tetapi penduduk tempatan tetap menganggapnya sebagai sesuatu yang akan terus kekal dalam ingatan dan diturunkan daripada generasi ke generasi.

Berdasarkan cerita rakyat, seekor naga besar dikenali Naga Seri Gumum, dikatakan menghuni Tasik Chini dan kisah itu turut dipaparkan pada papan tanda besar yang diletakkan di Tasik Chini Resort untuk dibaca pelancong yang datang ke situ.

Menurut cerita orang tua-tua, satu ketika dahulu, sekumpulan Orang Asli suku Jakun datang ke kawasan hutan tebal, lalu meneroka dan membuka tanah di situ untuk bercucuk tanam.

Pada satu hari, ketika kumpulan Orang Asli itu berkumpul untuk bercucuk tanam, tiba-tiba muncul seorang wanita bertongkat dan memberitahu, tempat berkenaan adalah miliknya dan mereka perlu meminta izin sebelum menerokanya.

Bagaimanapun, wanita itu akhirnya mengizinkan mereka membersihkan kawasan itu selepas Tok Batin meminta maaf dan bagi menguatkan tuntutannya, wanita berkenaan mencacakkan tongkatnya di tengah kawasan yang diteroka itu sambil memberi amaran supaya tidak mencabutnya sebelum dia menghilangkan diri.

Kumpulan itu terus bercucuk tanam sehingga tiba-tiba mereka diganggu salakan anjing di pinggir kawasan dibersihkan. Seorang daripada mereka mengambil keputusan mencari puncanya dan terkejut mendapati ia sebatang kayu hitam besar yang lapuk.

Dia membaling tugalnya (kayu tajam untuk membuat lubang tanaman) ke arah batang kayu itu dan terperanjat apabila darah memancut keluar daripada kayu hitam berkenaan.

Dengan gementar dia terus berlari dan menceritakan hal ganjil itu kepada rakannya, tetapi mereka tidak mempercayainya.

Ketika itu juga awan hitam menyelubungi angkasa, diikuti guruh dan kilat sebelum hujan lebat. Kumpulan Orang Asli itu berpecah sambil bertempiaran lari mencari perlindungan dan dalam keadaan kelam kabut, seorang daripada mereka mencabut kayu dicacakkan wanita tadi.

Ketika itu serta merta air memancut keluar daripada lubang itu, bumi mula bergegar dan membenamkan kawasan yang dibersihkan tadi dan takungan air hujan itu menjadi sebuah tasik dikenali sebagai Tasik Chini.

Dongeng orang tempatan mengatakan kayu itu adalah jelmaan seekor naga dikenali sebagai Naga Sri Gumum dan kawasan alur yang terdapat di sekitarnya adalah kesan laluan Orang Asli dahulu ketika menyelamatkan diri.

Cerita lagenda itu menjadi buah mulut daripada dahulu hingga sekarang walaupun Tasik Chini seluas 12,565 hektar termasuk kawasan hutan sekitarnya sudah melalui proses pembangunan sehingga menjadi tempat rekreasi yang menarik.

Kawasan Tasik Chini mempunyai 12 laut mengelilinginya iaitu Laut Gumum, Pulau Balai, Chenahan, Tanjung Jerangkung, Genting Teratai, Mempitih, Kenawar, Serodong, Melai, Batu Busuk, Labuh dan Jemberau.

Bagi Ismail Awang Karim, 70, dari Kampung Melayu, Kuala Chini, cerita naga Tasik Chini diketahuinya daripada datuknya, Beah Itam yang meninggal dunia pada 1950.

"Mengikut cerita orang tua dulu, Naga Seri Gumum ini mempunyai ibu dikenali sebagai Naga Sri Kemboja tetapi mati selepas bergaduh dengan naga lain di Laut China Selatan.

"Dikatakan Naga Sri Kemboja ini ditanam di Kampung Pasir Panjang dekat Tasik Chini dan nama kampung itu diambil sempena kubur naga itu yang panjang," katanya.

Penghulu Mukim Penyor 1, Mohd Bakri Abu Talib, berkata cerita misteri naga Tasik Chini seakan diakui penduduk kawasan itu sehingga mereka mencacak empat pancang kayu di kawasan Laut Gumum.

Kawasan yang dipancang dengan ukuran kira-kira 30 meter kali 30 meter itu menjadi tanda kepada semua pemandu bot supaya tidak melalui kawasan berkenaan kerana dasar tasik di situ dikatakan menjadi tempat tinggal Naga Seri Gumum.

"Pancang kayu itu dicacak sejak 50 tahun lalu dan akan diganti apabila kayu berkenaan sudah rosak.

"Mengikut cerita lama, naga itu sepanjang kira-kira enam kilometer berdasarkan gambaran yang kepalanya pernah dilihat di Kampung Charuk Kekura, manakala ekornya di Kampung Mempelas," katanya.

Mohd Bakri berkata, kewujudan naga Tasik Chini menjadikan kawasan di situ sebagai `keras' dan mereka yang melakukan sesuatu di luar batasan akan ditimpa bencana.

"Saya sendiri melihat keadaan itu apabila ribut besar berlaku pada 1988 apabila tiga warga asing mandi berbogel di tasik itu.

"Ketika itu, saya menaiki bot menuju ke Tanjung Jerangkung dan melihat tiga warga asing mandi bogel, lalu menegur perbuatan mereka itu.

"Tiga warga asing berkenaan bergegas naik atas calet terapung di situ dan serta merta berlaku ribut kuat yang menyebabkan ombak besar sehingga semua tali calet berkenaan putus dan hanyut hingga ke Gumum," katanya.

Sementara itu, bagi peneroka Felda Chini 2, Bahasan Abdullah,51, berkata kewujudan naga di Tasik Chini memang benar kerana dia sendiri pernah melihatnya pada 1986.

Walaupun mungkin ada menganggap apa yang dikatakannya itu sebagai dongeng, tetapi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya membuktikan sebaliknya.

"Ketika itu, saya mengangkat jaring ikan di kawasan Laut Gumum tetapi tersangkut ular besar di situ dan berhasrat membebaskannya.

"Bagaimanapun, selepas melihat ular itu seperti melawan, saya kemudian menetak kepalanya hingga terkulai mati.

"Saya meletakkan ular itu dalam sampan dan terkejut kerana melihat darahnya seperti darah manusia, begitu banyak dan kemudian mencampakkannya ke tasik," katanya.

Bahasan berkata, ketika bahagian hujung jaring diangkat, seekor lagi ular daripada spesies sama tersangkut di situ dan dia juga turut membunuh ular berkenaan.

Katanya, ketika menaiki sampan menuju ke pangkalan bot pada kira-kira jam 10 pagi, secara tiba-tiba dia melihat tiga lingkungan badan naga yang sangat besar muncul di permukaan air.

"Walaupun jaraknya jauh dan hanya beberapa minit, tetapi saya melihat jelas badan naga berwarna hitam itu sangat besar dan ombak yang terhasil juga sangat kuat.

"Ketika itu, dua lelaki Indonesia yang sedang mandi di tepi tasik itu turut melihat kejadian itu dan bergegas naik kerana ombak terlalu kuat," katanya.

Bahasan berkata, sekembalinya ke rumah, kepalanya berasa gatal dan pada hari ketiga, kesan gatal di kepala itu akhirnya menjadi seperti debu.

"Tidak lama kemudian, seluruh badan saya menjadi lemah dan dijangkiti penyakit seperti kudis melepuh berair yang berbau hanyir.

"Lebih 30 bomoh saya temui di seluruh negara untuk mengubat penyakit misteri ini tetapi gagal, malah saya pernah dimasukkan ke hospital selama 20 hari pada 1988 tetapi doktor mengesahkan saya tidak berpenyakit," katanya.

Bahasan berkata, penyakit itu turut menyebabkan isterinya lari meninggalkannya.

Katanya, seorang bomoh di Terengganu yang ditemuinya memaklumkan penyakit itu hanya akan sembuh dengan usaha dirinya sendiri.

"Saya menderita penyakit ini selama 13 tahun dan hanya sembuh selepas saya nekad pergi semula ke kawasan saya menemui ular itu dulu.

"Saya berdoa pada Allah dan mengambil air Tasik Chini yang dicampur dengan tanah tasik, kemudian disapu ke seluruh badan.

"Rawatan itu saya buat setiap hari dan bersyukur akhirnya sembuh tetapi kenangan ini meninggalkan kesan mendalam dalam hidup saya yang mungkin terkena sumpahan naga di situ," katanya.

Tips:
kalau time hujan panas di tasik cini, dikatakan ,ada harapan nak tengok naga...or nak tgk naga " stay sorang2 time kol 4-5 pg kat tepi tasik, waktu tu kabus akan jadi tebal, waktu tu korang akan nampak bayangan istana yang tenggelam...pesanan dari tok jakun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2012 02:58 PM | Show all posts
ada lg tak chalet2 kat situ?
last aku pegi sana ada laa dekat 3-4 tahun lepas
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 03:53 PM | Show all posts
best wooo mancing kat sini.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2012 04:00 PM | Show all posts
ctaz posted on 17-12-2012 03:53 PM
best wooo mancing kat sini.....



ikang apa??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2012 04:07 PM | Show all posts
bluberi posted on 17-12-2012 02:58 PM
ada lg tak chalet2 kat situ?
last aku pegi sana ada laa dekat 3-4 tahun lepas




maseh ada lagikk
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 11:38 PM | Show all posts
tempat jin bertandang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2012 02:21 PM | Show all posts
bluberi posted on 17-12-2012 02:58 PM
ada lg tak chalet2 kat situ?
last aku pegi sana ada laa dekat 3-4 tahun lepas

chalet mmg ada kt tasik chini..
dkat dgn kwsn plkn tu..baru je siap renovate..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 02:24 PM | Show all posts
kwn my hubby ni anak pd tuan resort tasik chini ni..
n dia mmg percaya pd kewujudan naga tasik chini ni..
n arwah ayah tiri sy pernah cerita pasal naga tasik chini ni n kenapa dia x boleh timbul sekarang..
tasik skrng ni da makin kurang kecantikannya d sebabkn oleh pembalakan n perlombongan bijih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2012 02:33 PM | Show all posts
seronok tau bg ikan2 kat situ makan
berebut2 masa bg roti
rasa nak sauk dan dan tu jugak!
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 01:55 PM | Show all posts
ms i pegi dah tak ada chelet pon.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 03:48 PM | Show all posts
macam kat dalam cerita ultraman yg aku penah tgk la..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 06:31 PM | Show all posts
ayucoco posted on 18-12-2012 02:24 PM
kwn my hubby ni anak pd tuan resort tasik chini ni..
n dia mmg percaya pd kewujudan naga tasik chin ...

naga ada ke? dinasour ada lah. naga dalam komek dragon ball dan tarian org cina adalah
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 06:37 PM | Show all posts
aq suka tasik temenggor kt perak. masa pg sana aq terngendap org asli mandi kt tasik mandi open ala2 wet world seyh. tak pakai apa2. tp silap aq juga duk pusing2 pulau sensorang. nk beza pulau org asli n org kafir kristian senang je. org kristian pulau dia ada astro. pulau org islam tak de astro..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 09:27 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 20-12-2012 06:31 PM
naga ada ke? dinasour ada lah. naga dalam komek dragon ball dan tarian org cina adalah

terpulang pd pendapat msng2 la tentang wujud@X menda tu..
maybe ada incident y berlaku menyebabkn timbulnya kepercayaan tu..
n ada stories y penah sy dgr dr org2 tua tntang naga n buaya kt tasik chini ni..
cuma nk percaya tu xtau la kan..sbb blum penah nampak dpan mata..
n cerita ttg tasik ni pun berkaitan dgn makhlus2 halus..
kita wajib percaya dgn menda2 ghaib ni n maybe dia nk merupa dlm bentuk [email protected] knows???

tp harap sgt naga ni wujud, so dia boleh ngap org2 y nk musnahkn tasik tu..

p/s : kalau lepak kt restoran resort lepas hujan kita boleh tgk view tasik + bukit y sgt amazing..speechless



Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 09:45 PM | Show all posts
ayucoco posted on 20-12-2012 09:27 PM
terpulang pd pendapat msng2 la tentang wujud@X menda tu..
maybe ada incident y berlaku menyebabkn ...

kalau ada bagus juga. aq nk suh dia hembus api tahap super saiya 7 org yg rosakkan alam dgn projek nuklear lynas
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 09:58 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 20-12-2012 09:45 PM
kalau ada bagus juga. aq nk suh dia hembus api tahap super saiya 7 org yg rosakkan alam dgn projek ...

haha..
silala ngap manusia2 yang x abis2 nk merosakkan alam neh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2012 04:14 PM | Show all posts
agak2 sulur bidar ada x kat cni?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 12:39 PM | Show all posts
mcm takut je nk g?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 08:17 AM | Show all posts
mistik jgk tasik ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.067841 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list