CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hawaq

[Tempatan] Gangguan Air Di KL Dan S;gor. Gangguan sekitar Hulu Langat 30 & 31 Jan

[Copy link]
Post time 7-1-2013 02:40 PM | Show all posts
vista amani bndr sri permaisuri dah lebih 24jam xda setitik air pun. hari2 sblm ni boleh tahan lagi, diorang ada la buka 2-3 jam, boleh simpan air siap2 time tu. arrrgghhhhh tension. aku nak menjalani kehidupan yg normal kembali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2013 03:07 PM | Show all posts
vista amani td tgk dr pg smp skg x putus2 org  tadah air... ada lori air dtg...

condo saya mlm td lori air dtg tgh mlm.. sapa je la tau ada lori air dtg... siang2 x mo dtg... apadaaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 03:08 PM | Show all posts
erin86 posted on 7-1-2013 02:40 PM
vista amani bndr sri permaisuri dah lebih 24jam xda setitik air pun. hari2 sblm ni boleh tahan lagi, ...

sehari boleh thn la... condo saya dh berhari2 setitik air xde... lori air pun xde... terpaksa ambik air kat condo sebelah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 03:11 PM | Show all posts
putehh posted on 7-1-2013 02:28 PM
samala kawasan sama...
khamis - sabtu ada air..
ahad sampai sekarang xde air...

air kat rumah saya mcm biskut... kejap ada kejap xde.. kalau ada pun, 15 min je... waktu lain xde... ni dh 3 hari berturut2  xde langsung air... kalau campur yg minggu lps 6 hari setitik air pun xde....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 04:38 PM | Show all posts
Still takde air?????????????????
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 04:42 PM | Show all posts
Pelik la bandar besar macam kl ni xde airlebih seminggu.. Tak ke bangangnya tu. Aku haramkan duit aku kat syabas kalau betul lah diorang x buat keje betul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2013 10:57 AM | Show all posts
kt permaisuri belum ada air...syabas ckp rabu ada air...
tp my fren kt condo lain kt permaisuri ckp sabtu dan ahad ada notice penutupan air...
adakah janji syabas adalah janji kosong...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 11:21 AM | Show all posts
semoga masalah air di kawasan korang selesai dgn cepat... takder air mmg susah..esp sape2 yg ada anak kecik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2013 11:25 AM | Show all posts
kawasan umah aku dh start jejaga... kawasan sebelah.. bandar sri permaisuri dah seminggu lebey takde air..bebiler masa jeh kawasan aku lak..addoii!!~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2013 02:05 PM | Show all posts
AMPANG - Penduduk di Flat Pandan Utama, Kampung Pandan Dalam resah berikutan tiada tanda-tanda gangguan bekalan air akan pulih dalam masa terdekat.

Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya Zon 15, Ahmad Fauzi Mohd Kamis berkata, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak memberi tempoh sampai bilakah krisis air ini akan berakhir di Ampang.

Menurutnya, sudahlah tidak tahu bila berakhir, penduduk juga resah apabila tidak mengetahui jadual penghantaran air.

“Syabas sepatutnya memberi jadual penghantaran air supaya penduduk dapat mengatur jadual bagi memudahkan mengambil air.

“Syabas pula akan hantar bekalan air sekiranya ada aduan dibuat dan juga mahukan nombor pengadu,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya lagi, di Flat Pandan Utama mempunyai 170 unit dan memerlukan bekalan yang mencukupi setiap hari.

“Ada dalam kalangan penduduk yang mengambil air dari rumah saudara dan pejabat di tempat bekerja,” katanya.

Penduduk, Silafah Sujud, 42, berkata, sejak dia menyewa rumah kira-kira 20 tahun, kes bekalan air terputus kali ini adalah yang paling teruk pernah dialaminya.

Dakwanya, setelah dua minggu terputus bekalan air, Syabas baru menghantarnya pada petang semalam.

“Masalah penduduk di sini adalah penghuni yang tinggal di tingkat atas apabila tidak mendapat air kerana tekanan air yang amat rendah,” katanya.

Irwan Shah Abdul Rahman berkata, pam tangki air flat sudah rosak dan ada penduduk terpaksa mengangkut air.

“Keadaan lebih rumit apabila lif pun turut rosak dan penduduk tiada pilihan apabila terpaksa turun dan menaiki tangga mengangkut air,” katanya.


sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/...rutan-1.119140
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2013 03:39 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Krisis air di Lembah Klang terutamanya di Ampang dan Cheras dijangka berterusan sehingga sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Situasi air di kedua-dua kawasan itu akan dipantau rapi dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) akan memaklumkan kepada penduduk mengenai kedudukan terkini setiap hari.
Pengerusi Eksekutif SYABAS, Tan Sri Rozali Ismail berkata, berikutan itu, SYABAS menempatkan petugas teknikal dan bukan teknikal dari pelbagai jabatan untuk membantu penduduk yang terjejas semasa berlakunya krisis ini.

"Menjadi tanggungjawab kita untuk membekalkan air bersih kepada penduduk, dan memandangkan kita tidak boleh berbuat demikian melalui saluran paip, kita akan mengagihkan air menggunakan lori dan tangki. Kita akan membantu membawa air ke kediaman mereka," katanya.

Rozali bercakap kepada kira-kira 200 petugas SYABAS dalam majlis taklimat sebelum mereka dihantar bertugas ke kawasan yang telahpun ditetapkan, di ibu pejabat SYABAS di sini, hari ini.

Rozali berkata, sekiranya ada sukarelawan yang ingin membantu penduduk yang terjejas akibat krisis air ini, mereka diminta menghubungi ibu pejabat SYABAS untuk mendaftar sebagai sukarelawan dan ditugaskan di kawasan kritikal.

Kira-kira 1,000 petugas SYABAS terbabit dalam operasi siang malam, termasuk 450 petugas teknikal yang telahpun ditugaskan apabila krisis itu bermula dua minggu lepas.
Rozali turut membayangkan krisis itu akan berpanjangan memandangkan terdapat kekurangan air yang dirawat, peningkatan permintaan dari semasa ke semasa dan penangguhan program CAPEX yang turut merangkumi kerja pembaikan, menaik taraf, atau pertukaran aset dan sistem pengagihan air semasa oleh kerajaan negeri.

Sementara itu, Pengurus Unit Perhubungan Awam SYABAS, Norhaslina Ibrahim berkata, mengenai krisis air yang sedang berlaku di Lembah Klang, pam di rumah pam Wangsa Maju hanya berupaya mengepam 180 juta liter air sehari, 40 juta liter kurang daripada apa yang diperlukan bagi memenuhi keperluan semua pengguna di kawasan yang terjejas.

"Bagi membekalkan air yang mencukupi kepada semua pengguna, pam itu perlu mengepam sekurang-kurangnya 210 juta liter air setiap hari, bagaimanapun kami tidak berupaya berbuat demikian dengan pam sedia ada memandangkan ia terlebih guna dan akan terlebih bebanan hingga mengakibatkan gangguan air lebih besar," katanya. - BERNAMA




Last edited by hawaq on 8-1-2013 03:54 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 05:03 PM | Show all posts
erk...cny?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 05:24 PM | Show all posts
Baru balik dr umah makcik aku kat selangor,kesian xda air.dan aku menyampah isu air ni dipolitikkan.msalhnya air kat kawasan sendiri xterbela,xpulak masuk berita.mcm kat kampung makcik aku yg satu kat kota tinggi.kerap je hokey xda air..serius aku cakap mls pegi umah dia.xda air je.umah beso tp air xda.nak basuh kain,tunggu malam baru basuh kain.nasib suami dia tadah air hujan,masa kenduri seksanya yg amat.xda plak masuk berita.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 08:27 PM | Show all posts
Rozali turut membayangkan krisis itu akan berpanjangan memandangkan terdapat kekurangan air yang dirawat, peningkatan permintaan dari semasa ke semasa dan penangguhan program CAPEX yang turut merangkumi kerja pembaikan, menaik taraf, atau pertukaran aset dan sistem pengagihan air semasa oleh kerajaan negeri.

masalah asal pam rosak je
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 08:34 PM | Show all posts
sam.bulu posted on 8-1-2013 08:27 PM
Rozali turut membayangkan krisis itu akan berpanjangan memandangkan terdapat kekurangan air yang dir ...

meleret2 lak jwpn...maunya upah bangla suh lempaq taik kt umah dia...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 08:43 PM | Show all posts
air memang banyak, tapi SYABAS  buat kerja slow
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2013 08:46 PM | Show all posts
wafeenaulia posted on 8-1-2013 08:34 PM
meleret2 lak jwpn...maunya upah bangla suh lempaq taik kt umah dia...

macam mula mula krisis air dulu la. mula mula kata  air kat empangan kering sebab musim kemarau. tup tup hujan. pastu konar alasan lain pulak. ini bukan cite dari media pembankang tapi media pro bn sendiri. confused aku.
lagi aku confused (walaupun aku tau) kenapa taknak bagitau alasan sebenar kenapa kerajaan pkr selangor bermati matian nk amik alih syabas? dok pong pang pong pang kerana pkr main politik je. bagi alasan lain boleh tak?

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 08:47 PM | Show all posts
takkan rakyat Selangor senyap je.............banyak cantik sampai CNY ...ingat ini zaman 80an ke masalah air sampai berminggu-minggu
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 08:49 PM | Show all posts
trick nak bagi rakyat selangor marah arr ni..dulu PRU 12 rakyat marah Pak LAh sebab rege minyak naik ...ni konon nak trigger kemarahan rakyat lah ni pastu nk salahkan kerajaan negeri
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 08:53 PM | Show all posts
Bertabahlah orang selangor...p la mengadu kat pak najib...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.306720 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list