CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hawaq

[Tempatan] Gangguan Air Di KL Dan S;gor. Gangguan sekitar Hulu Langat 30 & 31 Jan

[Copy link]
Post time 8-1-2013 08:53 PM | Show all posts
saman saja Syabas ni terutama COO , CEO dia tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2013 09:08 PM | Show all posts
perang_saudara posted on 8-1-2013 08:53 PM
saman saja Syabas ni terutama COO , CEO dia tu

aikk mcm pnah lihat je komen ni...copaste dari mana
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 09:11 PM | Show all posts
tebuanharimau posted on 8-1-2013 09:08 PM
aikk mcm pnah lihat je komen ni...copaste dari mana

dari sini: http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=692951&pid=51240534&fromuid=1885023

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 09:13 PM | Show all posts
perang_saudara posted on 8-1-2013 09:11 PM
dari sini: http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=692951&pid=5124053 ...

OK Fine  
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 09:13 PM | Show all posts
Kemungkin lakonan ini ada kena mengena dengan situasi skrg, tapi disebabkan dah kantoi tak boleh digunakan lagi.



Sebuah penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air dijalankan secara 'rahsia' di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya.

Walaupun tahu ia berkaitan masalah air, penduduk yang ditemui rata-rata tidak jelas rancangan sebenar penggambaran itu.

Beberapa pelakon tambahan - sebahagiannya penduduk setempat - juga memberitahuMalaysiakini, mereka hanya diberitahu akan dibayar RM50 dan tidak tahu mesej iklan yang dilakonkan mereka.

Beberapa penduduk, antaranya Dr S Paramananthanmendakwa penggambaran itu mungkin berkaitan isu air Selangor.

Bagaimanapun, pihak produksi pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.

"(Iklan) kempen air. Selebihnya saya tak boleh cakap. Saya harap awak semua hormati tugas saya," kata penerbit iklan itu Cheong Wai Leng ketika ditemui di tapak penggambaran.

Babak beratur dapatkan air

Beliau menjelaskan ia berkenaan kempen penjimatan air.

Bagaimanapun ketika ditanya kenapa babak yang dilakonkan seolah-olah menggambarkan isu masalah bekalan air, Cheong enggan mengulasnya.

"Tak boleh dedahkan (butiran penggambaran). Kalau tak, kita yang akan disaman oleh pelanggan. Kami hanya bekerja dan kita mempunyai pelbagai pelanggan.

"Ini bukan kali pertama kami membuat penggambaran untuk iklan," kata Cheong lagi.

Pemberita juga dilarang merakam keadaan di tempat itu, melaporkan keadaannya dan diminta meninggalkan kawasan penggambaran.

Tinjauan Malaysiakini sejak jam 7 pagi sehingga berita ini ditulis mendapati, kira-kira 200 orang terlibat dalam penggambaran itu.

Kelihatan babak orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air dilakonkan. Mereka juga diminta untuk 'menjerit' dan mengangkat tong air.

Produksi iklan itu juga kelihatan membawa empat lori kontena barangan dan persediaan set.

Penduduk setempat bagaimanapun memberitahu Malaysiakinikawasan mereka tidak mempunyai masalah gangguan bekalan air.

"Ini seperti nak tunjuk yang kita tak ada air," kata penduduk pangsapuri itu Dr S Paramananthan kepada pemberita.
Penggambaran P&C, bukan rahsia
Sementara itu, seorang produser eksekutif di syarikat penerbitan iklan berkenaan Chow Chun Son ketika dihubungi bagaimanapun enggan menjelaskan sama ada penggambaran tersebut adalah untuk menunjukkan berlakunya krisis air di Petaling Jaya.

Ditanya sekiranya penggambaran tersebut dibiayai BN, Chow berkata beliau tidak dapat menjawab perkara.

"Sekali lagi, saya tidak boleh jawab," katanya yang menafikan bahawa penggambaran tersebut dibuat secara rahsia.

"Ia bukannya diselubungi rahsia tapi ianya sulit dan persendirian. Ia adalah garis panduan standard dalam industri ini," katanya.

Jelasnya, syarikatnya akan mengambil tindakan sama sekiranya mana-mana pihak mengupahnya untuk penggambaran iklan.

"Jika kami buat penggambaran iklan untuk Malaysiakini, kami juga akan kata perkara sama," katanya.


Last edited by wiseguy on 8-1-2013 11:53 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2013 09:17 PM | Show all posts
Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menafikan wujud unsur sabotaj berhubung gangguan bekalan air di Ampang, Jalan Semarak dan kawasan-kawasan sekitarnya.
Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Ir Lee Miang Koi sebaliknya berkata, gangguan itu berlaku adalah disebabkan kekurangan sumber bekalan air yang menurutnya masih tidak mencukupi.

Menurut Lee, kekurangan sumber bekalan air adalah disebabkan rumah pam Wangsa Maju menghadapi masalah untuk terus beroperasi dalam keadaan lebih bebanan.

Jelasnya, rumah pam tersebut telah beroperasi melebihi kadar pengepaman dan terpaksa dihadkan kepada 170 hingga 180 juta liter sehari (JLH) berbanding kadar pengepaman biasa iaitu 210 JLH.

"Rumah pam ini beroperasi. Isu pokoknya ialah, dengan kadar pengeluaran ini, masih tidak cukup," katanya pada sidang media di loji pembersihan air Wangsa Maju.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai gangguan bekalan air yang didakwa disebabkan sabotaj oleh SYABAS.

Exco kerajaan negeri Dr Xavier Jayakumar pada 3 Januari lalu menyalah SYABAS yang didakwanya cuai sehingga menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air.

Xavier yang dipetik dalam laporan lidah parti PKR Keadilan Daily pada 3 Januari lalu turut mendakwa, kecuaian itu juga merupakan tindakan sabotaj bagi memburukkan imej kerajaan negeri.

Menurut SYABAS, gangguan bekalan air itu disebabkan kerosakan dua rumah pam iaitu rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru.

Mengulas lanjut, Lee berkata, walaupun dua pam air yang sebelum ini rosak telah dibaiki, bekalan air masih tidak mencukupi kerana tidak mampu untuk menampung permintaan penduduk yang semakin meningkat.

Katanya lagi, kekurangan masalah air hanya boleh diatasi sekiranya loji Langat 2 dibina.

"Jika loji Langat 2 dibina, kita boleh ambil air dari sana bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air.

"Walaupun pam dah pulih tapi tak boleh beroperasi dengan maksimum dan perlukan masa kerana permintaan semakin tinggi," katanya lagi.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/218379
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2013 09:27 PM | Show all posts
hawaq posted on 8-1-2013 09:17 PM
Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menafikan wujud unsur sabotaj berhubung gangguan bekalan air  ...

Orang dah nak ambik alih syabas, tapi syabas masih buat kerja dengan sejujur jujurnya. ade bau ikan
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 09:34 PM | Show all posts
Syabas dah tak capable bagi jelah state gov takeover
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2013 09:41 PM | Show all posts
takde ke sapa2 nak saman SYABAS ....? ....

gangguan bekalan air sampai chinese new year  ... ...

sapa2 yg free takde keje ..pagi lah saman that stupid SYABAS ... tak abis2 isu politik ... rakyat gak yg merana ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 09:47 PM | Show all posts
wiseguy posted on 8-1-2013 09:13 PM
Kemungkin lakonan ini ada kena mengena dengan situasi skrg, tapi disebabkan dah kantoi tak boleh dig ...

"Ini bukan kali pertama kami membuat penggambaran untuk iklan," kata Cheong lagi.

so maknanya, sbelum ni dah banyak la cheong buat 'penggambaran iklan'???????????????   Last edited by oni313 on 8-1-2013 09:50 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 10:56 PM | Show all posts
edry_faizi posted on 8-1-2013 09:41 PM
takde ke sapa2 nak saman SYABAS ....?  ....

gangguan bekalan air sampai chinese ...

Cakap je la sampai PRU, supaya makcik-makcik flat tertekan dan undi BN, kalau BN menang boleh kroni berpesta air langat 2. Isu langat 2 ni melibatkan banyak orang, kroni, kerabat semua tunggu nak lahap jer duit rakyat . Walau kena siksa rakyat tak bagi air pun dia sanggup asal mereka untung.

Dasar penswastaaan apakah yg diguna pakai? Tak pernah baca berita CEO SYABAS menjawab kepada Khalid, walaupun Khalid pergi melawat SYABAS, dia tak pernah ada. CEO jenis apa yg tak hormat pemerintah negeri tempat dia dibayar jutaan ringgit urus air.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 11:47 PM | Show all posts
CEO Syabas dan membuat kenyataan hari, tapi di depan pekerja syabas saja la. By knowing his style, tak akan turun padang untuk melihat sendiri masalah.  Mau kena carut dengan orang ramai.

Tak ada siapa nak anjur demo depan rumah CEO syabas ke?


Pengerusi Eksekutif SYABAS, Tan Sri Rozali Ismail berkata, berikutan itu, SYABAS menempatkan petugas teknikal dan bukan teknikal dari pelbagai jabatan untuk membantu penduduk yang terjejas semasa berlakunya krisis ini.

"Menjadi tanggungjawab kita untuk membekalkan air bersih kepada penduduk, dan memandangkan kita tidak boleh berbuat demikian melalui saluran paip, kita akan mengagihkan air menggunakan lori dan tangki. Kita akan membantu membawa air ke kediaman mereka," katanya.

Rozali bercakap kepada kira-kira 200 petugas SYABAS dalam majlis taklimat sebelum mereka dihantar bertugas ke kawasan yang telahpun ditetapkan, di ibu pejabat SYABAS di sini, hari ini Last edited by wiseguy on 8-1-2013 11:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 12:26 AM | Show all posts
Why dont u go n jump in front of a truck u b.a.s.t.a.r.d ceo
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 01:28 AM | Show all posts
jahanam betul.dianggar lg sebulan pulak dah ye...ni dah 10 hari xde air pun aku hidup x keruan. camane nak tunggu lg sebulan??? siallllllaaaa. masing2 saling menuduh siapa salah. yg deritanya rakyat!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 02:13 AM | Show all posts
sejak projek Langat 2 menjadi isu,aku dah agak menda ni akan jadi, lagi-lagi bila dekat pilihanraya..
dah agak Syabas akan buat menda ni di Selangor/KL..
cuma tak sangka mereka tergamak buat jugak..sory BN,korang bt dosa besar sekarang..
tunggu la akibatnya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 02:24 AM | Show all posts
perang_saudara posted on 6-1-2013 08:57 PM

Jahat nya mb selangor

-Fauziah, Felda Ulu Banat 2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2013 05:50 AM | Show all posts
Khalid just bloody sue the pants off rozali ismail and take over syabas now!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 07:21 AM | Show all posts
Kerajaan Selangor please buat sesuatu!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2013 10:13 AM | Show all posts
Kemampuan rumah pam terhad

Oleh Muhamad Aimy Ahmad
kota@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Lebih 100,000 penduduk daripada kira-kira 28,000 akaun pengguna di wilayah Kuala Lumpur masih belum menerima bekalan air menerusi sistem paip sejak mengalami gangguan pada 29 Disember lalu.

Ketua Pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Datuk Ir. Lee Miang Koi berkata, proses pemulihan di 13 kawasan dalam wilayah Kuala Lumpur mengambil masa berikutan kapasiti rezab bekalan air tidak mencukupi.

Menurutnya, tahap pemulihan di wilayah itu setakat ini hanya mencapai 40 peratus, manakala 95 peratus gangguan di wilayah Gombak sudah dapat diselesaikan.

"Keadaan pemulihan di wilayah Kuala Lumpur yang lambat ini disebabkan oleh pengurangan sebanyak 30 juta liter sehari (JLH) kadar pengepaman air terawat daripada Rumah Pam Wangsa Maju.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... erhad#ixzz2HRMq8Bkk
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 10:27 AM | Show all posts
tade sape2 ke nak berdemo psl ni ek.penat la wehhhh tade air...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.211715 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list