CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12000|Reply: 54

RAKYAT KELANTAN LEBIH KAYA DARI MELAYU JOHOR - DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA

[Copy link]
Post time 16-1-2013 10:18 PM | Show all posts |Read mode
Pendedahan dibuat oleh Presiden Dewan Peniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Syed Ali Alattas bahawa orang Melayu di Johor paling miskin mungkin tidak menjadi kudis gatal kepada pemimpin Umno Johor. Baik Abdul Ghani Othman, Muhyiddin Yassin apa lagi Ahmad Maslan, fakta itu tidak penting buat mereka asalkan saja mereka senang dan kaya raya.
Peduli apa dengan nasib orang Melayu Johor. Lagi pun orang Melayu Johor versi lama cukup berpuas hati asalkan Umno memerintah negeri berkenaan. Bagi mereka sudah cukup Umno terus mentadbir Johor, jangan peduli apakah nasib mereka dan masa depan mereka, janji Umno masih terus hidup maka mereka juga akan hidup. Umno persis nyawa kepada orang Johor.

Kenapa saya kata begitu, sebab masalah kemiskinan dan keterhimpitan orang Melayu Johor ini bukan perkara baru, ia bukan berlaku sehari dua ini. Ia mulai merebak sejak zaman Muhyiddin Yassin menjadi MB Johor lagi. Ketika itu kerajaan Johor meluluskan dasar orang luar boleh memiliki tanah di Johor seberapa banyak yang mereka ingin. Dasar tanah Johor sangat rapuh berbanding dengan dasar tanah Kelantan yang ketat dan istimewa.

Muhyiddin sendiri menjadi dalang dalam membenarkan tanah-tanah rezab Melayu sekitar Johor dibangunkan kemudian dijual kepad orang asing, Singapura. Perpindahan beliau ke pusat menjadi menteri dan meninggalkan tampuk Johor salah satu faktornya ialah kelemahan dasar pentadbiran di bawahnya yang menyebabkan Johor banyak hilang tanah.

Pembangunan yang dikemukakan Muhyiddin memang untuk membantu mengembangkan ekonomi orang Johor. Tetapi matlamat itu tidak tercapai dan ia semacam ia tergadai apabila projek baik perumahan, gedung perniagaan yang dibangunkan nilai pasarannya tinggi menyebabkan orang Melayu tidak mampu memilikinya.

Akhirnya kesan dari itu bagi mengelakkan lambakan dan kebekuan aset, maka hartanah itu dibuka untuk dibeli oleh warga asing khasnya rakyat Singapura. Hari ini sudah lebih dari lima gedung perniagaan besar di Johor Bahru sudah bertukar tangan daripada "Mahmood Iskandar" kepada "Mah Hong Kong."

Demikin juga dengan rumah kediaman yang kononnya dibangunkan untuk orang Melayu atau rakyat Johor sudah menjadi milik orang asing. Salah satu ialah pembangunan di sekitar Danga Bay.

PAS Johor yang kini sedang menunjukkan ghairah untuk memerintah Johor mungkin ada angka-angka mengenai berapa jumlah rumah, kedai dan berbagai premis yang menjadi milik Singapura. Kalau rajin anda boleh berdiri di Tambak Johor (cross way) kira sendiri berapa banyak kereta plat Singapura yang pagi-pagi sudah keluar ke Singapura atau duduk petang kira berapa banyak kereta plat Singapura masuk ke Johor untuk tidur dan membuat anak di Johor.

Mereka itu adalah rakyat Singapura yang mendapat manfaat dari dasar tanah dan pembangunan Johor.

Syed Ali juga membayangkan kadar atau jumlah kemiksinan orang Johor akan bertambah dengan ramainya orang asing datang ke kawasan pembangunan baru Iskandar Malaysia. Menurutnya 80% tanah di zon pembangunan Johor Selatan itu (Iskandar) adalah milik orang asing.

Menurutnya lagi pada tahun 1800 orang Melayu Johor paling kaya tetapi hari ini menjadi paling miskin. Tidak mustahil mungkin dalam tidak sampai 100 tahun lagi semua tanah di Johor baru akan menjadi milik orang asing. Johor akan menjadi Palestin yang terpaksa berpawah hidup dengan orang asing seperti mana rakyat Palestin berpawah tanah dengan Israel.

Paling merujakan dan ini paling tidak disenangi oleh Umno ekoran pendedahan Syed Ali itu apabila beliau menyebut, orang Melayu di Kelantan lebih kaya dari di Johor. Beliau memberi contoh kekuatan (nilai ringgit) orang Kelantan mereka boleh membeli rumah sehingga bernilai RM200,000. Nilai rumah yang sama besar di Johor mencecah RM1.5 juta.

Pendedahan Presiden DPMM itu menjelaskan bahawa dasar pembangunan di Kelantan lebih praktikal dalam memelihara hartanah orang Melayu serta memberi pembangunan kepada rakyat. Hakikat ini tidak dapat ditolak oleh sesiapa pun kecuali Ahmad Maslan akan menafikan dengan sekeras-kerasnya seperti aksinya membela Felda walaupun saham FGVH ternyata merudum tetapi dia masih mengatakan saham itu naik kerana kaedah ukuran Mat Maslan ialah dari bawah ke atas. Songsang.

Perbandingan dibuat Syed Ali ini menjelaskan bahawa PAS yang menjadi pemerintah Kelantan ternyata lebih prihatin dan bersifat membela tanah air -al wataniah. Jadi terbuktilah kini bahawa Umno hanya pandai mendendangkan lagu 'anak kecil main api' tetapi tidak tahu bagaimana hendak memadamkan api yang sedang membakar hartanah Melayu di Johor.

Generasi Melayu Johor harus sedar apa yang berlaku itu, bahawa Umno bukan boat penyelamat lagi. Jangan anggap pendedahan Syed Ali itu hanya sekadar hendak menimbulkan kebimbangan Johor terus akan hanyut kalau kedatangan orang asing bertambah ramai ke negeri itu. Saya tidak fikir dia hendak bermain politik dengan kenyataan itu mahu menggambarkan kalau Pakatan Rakyat menang di Johor, bilangan orang asing akan bertambah dan Melayu Johor akan terhimpit.

Tidak. Generasi baru dan lama di Johor kena memberi keyakinan dan peluang kepada Pakatan Rakyat yang kini sedang dibimbing oleh Salahuddin Ayub bersama rakan-rakanya Suhaizan Kayat, Mazlan Aliman dan rakan-rakannya. Menghayati dan bandingkan dasar pemerintah yang bakal dilakukan sekiranya mereka menang. Yang pastinya PR tidak sesekali akan mengguna pakai sistem pentadbiran digunakan pakai Umno sejak 56 tahun lalau kerana ia ternyata gagal. PR akan tinggal sistem itu sebab ia korup. Sistem atau dasar PR sudah tentu akan mengelakkan rakyat Johor khasnya Melayu terus terjelus dalam lubang maut bikinan Umno.

Apa yang didedahkan oleh Syed Ali itu juga sekaligus menempelak  perdana menteri Ha Najib Razak yang begitu arif mengenai perangkaan, di mana sebelum ini mengatakan Kelantan sebagai negeri termiskin. Apakah dengan keadaan Johor yang rakyatnya disahkan sendiri oleh rakyatnya (Syed Ali) yang termiskin itu tidak memungkinkan yang rakyat termiskin adalah negeri sepupu Najib itu sendiri?

Najib kena perbetulkan fakta itu manakala rakyat Johor kena perbetulkan pemerintah. Pastikan sistem rintahan digunakan pakai Umno terbuang dari Johor barulah rakyat Johor akan terkeluar dari zon paling miskin yang dibimbangi itu. -
http://msomelayu.blogspot.com


****Presiden DPMM ni nk kena 'gantung' ni....macam Ketua Ekonomis Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin****
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2013 11:45 PM | Show all posts
kesian orang Johor tak kaya,

kena usaha lagi, tambah pendapatan, cari jualan lain, jangan harapkan jual getah dan kelapa sawit aje,
            
Rumah milik anak peneroka generasi kedua di  Felda Chemplak, Segamat, Johor,   Masran  hasil pendapatan jualan getah dan kelapa sawit.
     


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2013 12:25 AM | Show all posts
rashiman posted on 16-1-2013 11:45 PM
kesian orang Johor tak kaya,

kena usaha lagi, tambah pendapatan, cari jualan lain, jangan harapka ...

alhamdulillah....sekarang ni memang la nampak semuanya ok walaupun tk ok...
cer baca betul2....


"Tidak mustahil mungkin dalam tidak sampai 100 tahun lagi semua tanah di Johor baru akan menjadi milik orang asing. Johor akan menjadi Palestin yang terpaksa berpawah hidup dengan orang asing seperti mana rakyat Palestin berpawah tanah dengan Israel....."
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Itulah impian umno sebenarnya gadaikan tanah sebanyak mungkin...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 01:24 PM | Show all posts
ini semua salah umno sbb jual tanah org melayu kat johor...dalam harakah ade cerita tak? kalo tak de ni fitnah...kalo ade...baru la berita soheh....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 01:25 PM | Show all posts
rashiman posted on 16-1-2013 11:45 PM
kesian orang Johor tak kaya,

kena usaha lagi, tambah pendapatan, cari jualan lain, jangan harapka ...

org johor tak kaye man, org kelantan kaye raye sbb yg keje pompuan je....yg lelaki duk lepak kedai kopi cerita politik hari2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2013 02:26 PM | Show all posts
amboi


igtkann isu johor kelatan kt bola sepak je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2013 11:47 PM | Show all posts
akughi posted on 17-1-2013 01:24 PM
ini semua salah umno sbb jual tanah org melayu kat johor...dalam harakah ade cerita tak? kalo tak de ...

yang tu aku tak tahu....
tpi yang aku pasti Presiden DPMM ni punya statement selepas Majlis Rasmi dengan Muhyidin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2013 11:09 AM | Show all posts
akughi posted on 17-1-2013 01:25 PM
org johor tak kaye man, org kelantan kaye raye sbb yg keje pompuan je....yg lelaki duk lepak kedai ...

KAHKAHKAHKAHKAH

Statement sampah..mcm org die jugak...cuba lar berhujah dgn fakta siket..KAHKAHKAHKAHKAH...bingai..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 11:13 AM | Show all posts
akughi posted on 17-1-2013 01:25 PM
org johor tak kaye man, org kelantan kaye raye sbb yg keje pompuan je....yg lelaki duk lepak kedai ...

tapi yang beli lembu duduk kt kondo tu lagi kaya. Bayangkan lembu duk lepak dlm kondo siap ada flat screen n tido dlm bath tub.

pastu yg sepatutnya buat puspahanas tapi habuk pun tarak. Duit n tanah dah amik.

Namun yang penting mengikut angka Jabatan Perangkaan kadar kemiskinan tertinggi ikut susunan:

1. Sabah - diperintah BN
2. Perlis - diperintah BN
3 & 4. Sarawak dan Kedah - masing-masing diperintah BN dan PAS.

Jadi akughi ko nilai sendiri bebaloi atau tidak penyokong secara buta tuli satu kerajaan yang lemah tapi berlagak mcm pandai
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 11:50 AM | Show all posts
Defcon2 posted on 18-1-2013 11:13 AM
tapi yang beli lembu duduk kt kondo tu lagi kaya. Bayangkan lembu duk lepak dlm kondo siap ada fla ...

ye la...kelemahan dan keburukan menjadi tunjang utama bagi pihak pembangkang....sbb tu kebaikan ditutup rapat supaya keburukan dan kelemahan menjadi keutamaan api kemarahan.....cube ko tgk zaman ko kecik ngan zaman ko skrg ni...ade berubah tak? perubahan tu disebabkan ape? bukan kerajaan semata2...tapi kite semua terlibat.....jadi kesimpulannye....jangan kecikkan mata kite untuk keadaan sebenar....tapi kite buntangkan bile ade kesalahan dan kelemahan

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 03:00 PM | Show all posts
akughi posted on 18-1-2013 11:50 AM
ye la...kelemahan dan keburukan menjadi tunjang utama bagi pihak pembangkang....sbb tu kebaikan di ...

bila da tau salah sila lah belah bro...jgn nk merayu2...tp berubah..ni tidak..songlap tk abes2...kekeke...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 03:44 PM | Show all posts
Don Henley posted on 18-1-2013 03:00 PM
bila da tau salah sila lah belah bro...jgn nk merayu2...tp berubah..ni tidak..songlap tk abes2...k ...

yg kuat songlap tu kebanyakkan dah bla termasuk la ketua dia...la ni UMNO dah semakin ke jalan yg benar..cume rakyat dan pembangkang aje yg menafikan.....cube ko belek belek kisah rasuah dan salah guna kuasa dlm umno...dulu la..pah tu berape ramai yg masih kekal...dulu cerita Tun M...sape org kuat Tun M dlm kerajaan..pah tu ko tgk balik..adekan dia masih mengaut keuntungan atas angin atau kite aje yg masih buat tanggapan tanpa usul periksa
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 03:49 PM | Show all posts
akughi posted on 18-1-2013 11:50 AM
ye la...kelemahan dan keburukan menjadi tunjang utama bagi pihak pembangkang....sbb tu kebaikan di ...

Kelemahan perlu ditonjolkan supaya diperbaiki. Itu memang peranan pembangkang dalam sistem demokrasi sebagai 'check n balance'. Kalau tiada pembangkang, Kerajaan akan buat sesuka hati tanpa ada akauntabiliti.

Ko kena ingat... kita bukan kerja untuk kerajaan. Tapi kerajaan yang kena kerja untuk kita. Kalau pekerja (kerajaan) kita lemah, kita kena tegur. Sekiranya masih degil dan kekal lemah, kena ambil tindakan buang sebab ia merugikan organisasi (negara).

Ko tengok jauh beza GDP antara Malaysia dan Korea. Ko boleh nilai sendiri kemampuan kerajaan sedia ada mentadbir negara.


Sedangkan kita boleh pergi jauh seiring dengan korea.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 03:52 PM | Show all posts
Defcon2 posted on 18-1-2013 03:49 PM
Kelemahan perlu ditonjolkan supaya diperbaiki. Itu memang peranan pembangkang dalam sistem demokra ...

bukan korea dapat bantuan dan kerjasama dari negara uncle sam ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 03:57 PM | Show all posts
Defcon2 posted on 18-1-2013 03:49 PM
Kelemahan perlu ditonjolkan supaya diperbaiki. Itu memang peranan pembangkang dalam sistem demokra ...

kelemahan yang sangat ketara adalah mase zaman Tun M....masuk pak lah...ibarat tido di dlm parlimen...skrg era najibbul....aku nampak..najibbul cube susunatur sistem sediada dgn lebih baik dan melaksanakan sistem sediada dgn lebih berkesan berbanding zaman Tun M...ape pendapat ko....? aku rase....skrg ni dah cukup sempurna....semua bangsa aman, boleh bekerjasama, pengamal agama pun tak huru hara kalo nak banding kat asia tengah....yg ade skrg ni patut diperbaiki je....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2013 06:07 PM | Show all posts
akughi posted on 18-1-2013 03:57 PM
kelemahan yang sangat ketara adalah mase zaman Tun M....masuk pak lah...ibarat tido di dlm parlime ...

Pandangan aku sebaliknya... aku rase zaman Tun merupakan zaman kegemilangan. Halatuju negara pd masa tu jelas dan ada sedikit kukubesi (kawalan). Sedikit kukubesi perlu untuk negara majmuk seperti Malaysia. Kalau lemah seperti pak lah, perpaduan akan goyah kerana negara sentiasa dipengaruhi perbezaan budaya dan agama.

Zaman Najib hanya lebih baik sedikit dari Pak Lah. Najib bjaya memperkenalkan transformasi, tapi gagal membuat follow up dan mentadbir dengan baik. Yang membuat kerja sekarang hanya Najib dan Muhyiddin. Menteri lain tido. Secara tak langsung Najib gagal menjadi seorang nakhoda kapal yang baik.

Tambahan banyak skandal yang terpalit pada beliau memburukkan lagi reputasi beliau sebagai seorang PM.


Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2013 10:46 PM | Show all posts
Perlu ke buat perbandingan gni
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2013 12:20 AM | Show all posts
idz posted on 17-1-2013 12:25 AM
alhamdulillah....sekarang ni memang la nampak semuanya ok walaupun tk ok...
cer baca betul2....
...


Bukan di Johor sahaja, Kat KL, Selangor, Penang pun harga apartment sama dengan harga sebuah banglo di Kelantan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2013 03:25 AM | Show all posts
rashiman posted on 20-1-2013 12:20 AM
Bukan di Johor sahaja, Kat KL, Selangor, Penang pun harga apartment sama dengan harga sebuah ban ...

alahai Pok Man...
cuba la bgi jawapan yg ilmiah sikit... Last edited by idz on 20-1-2013 03:27 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.295441 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list