CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: idz

RAKYAT KELANTAN LEBIH KAYA DARI MELAYU JOHOR - DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA

[Copy link]
Post time 22-1-2013 02:11 PM | Show all posts
eurasia_nur posted on 22-1-2013 12:39 AM
hahahaha tol2.. pakai kain pelekat duk cocet3...

nie sorang lagi!!!!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2013 04:14 PM | Show all posts
Ramal 1,000kg emas setahun
Wartawan Sinar Harian
20 November 2013

TANAH MERAH - CNMC Goldmine Holding Limited (CNMC) yakin mampu mengeluarkan sehingga 1,000 kilogram (kg) emas setahun dengan pembukaan kilang keduanya di tapak perlombongan emas di Hutan Simpan Sokor, dekat sini.

Pengerusi Eksekutif CNMC, Prof Lin Xiang Xiong berkata, keyakinan itu berdasarkan kemampuan kilang baharu bernilai lebih RM10 juta itu mengeluarkan antara 50kg dan 100kg emas sebulan.

Katanya, dalam tempoh dua bulan setengah beroperasi bermula September lalu, kilang automatik menggunakan kaedah perlombongan ‘heap leach’ itu mengeluarkan lebih 250kg emas.

“Dalam tempoh dua minggu lepas sahaja, kilang ini mengeluarkan 66kg emas, jadi untuk tahun depan dan seterusnya, kami meramalkan pengeluaran antara 800kg hingga 1,000kg emas setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian pembukaan kilang kedua CNMC di tapak perlombongan emas di Hutan Simpan Sokor, dekat sini, kelmarin.

Perasmian disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau Kelantan, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi.

CNMC adalah syarikat induk CMNM Mining Group Sdn Bhd (CMNM) yang mengusahakan tapak perlombongan emas di Hutan Simpan Sokor dengan usaha sama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Menerusi usaha sama itu, kerajaan negeri dan PKINK masing-masing menerima royalti lima dan tiga peratus bagi setiap pengeluaran emas di lombong berkenaan.

Lombong emas itu pernah mencatat sejarah negeri ini apabila menghasilkan jongkong emas pertama seberat 2.975kg bernilai RM400,000 pada 22 Julai tahun lalu.

Xiang Xiong berkata, sejak mula beroperasi di lombong itu pada 2007, syarikatnya melabur lebih RM100 juta dan bercadang meningkatkan lagi jumlah pelaburan pada masa depan.

“Polisi pelaburan kami bukan sahaja untuk perkembangan ekonomi tetapi juga berkongsi tanggungjawab sosial dengan masyarakat dan kami tidak pernah berhenti menjaga kebajikan rakyat setempat,” katanya.

Sementara itu, Mohd Amar berkata, kesungguhan CNMC melabur lebih RM10 juta untuk kilang baharu itu menunjukkan keyakinan syarikat terbabit dengan potensi dan masa depan lombong emas berkenaan.

Menurutnya, pembinaan kilang baharu dengan keupayaan pengeluaran lebih tinggi itu juga diharap membolehkan CNMC membantu negeri ini menempa nama dalam peta perlombongan emas di negara ini.

“Setakat ini, kita (Kelantan) belum ada nama dalam peta pengeluaran emas kerana yang ada cuma Terengganu dan Pahang, jadi kita harap usaha CNMC ini akan jadi permulaan.

“Kita juga harap syarikat perlombongan emas lain seperti di Gua Musang dan satu lagi kawasan di Sokor juga dapat tingkatkan pengeluaran dan boleh beri hasil lebih besar kepada kerajaan negeri,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/ed ... as-setahun-1.222718
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 11:30 AM | Show all posts
milik melayu kan kan ....


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaya ke..sila sila kumpul duit buat ppr..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 05:26 PM | Show all posts
ramai sungguh org2 yg benci tapi rindu dgn kelantan ni ye...kutuk2 bagai nk rak, kelantan pemalas lah, pengotor la..serba serbi lah kelantannya..negeri lain semua baik2 belaka...tapi bila time cuti..berduyung2 bas rombongan pergi kelantan..shopping...mereka2 dari luar ni yg duk makan kat restoran ataupun kedai2 makan yg mereka dok kata kotor tu...huh..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 10:45 AM | Show all posts
abbyhoney posted on 21-11-2013 05:26 PM
ramai sungguh org2 yg benci tapi rindu dgn kelantan ni ye...kutuk2 bagai nk rak, kelantan pemalas la ...

pelik ya ...tapi bonar .............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2013 11:43 AM | Show all posts


rajin nyer batu kikir aka kekeke bukak thread.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
akughi posted on 21-1-2013 01:11 PM
hehehehehehehe tu luaran je atau sebilangan je...kat sane kebanyakan org pompuan yg lebih bekerja  ...

apa masalah kau dgn org kelantan ni?

dari td aku tgk ko dok cari salah je

kalau dah cai tayah tunjuk sgt

ko jela perfect dlm dunia ni kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2013 09:52 PM | Show all posts
rakyat kelantan mmg kaye....negeri je miskin....

negeri lain nampak maju....tak rakyat kayap...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
badri posted on 25-11-2013 09:52 PM
rakyat kelantan mmg kaye....negeri je miskin....

negeri lain nampak maju....tak rakyat kayap...

Betul tu. Aku sendiri orang johor ade rasa iri hati dengan kelantan sebab mereka terkenal dengan sifat berani mencuba dimana mana. Baik yang educated mahupun tidak. Mereka pandai mencari peluang dan ruang untuk berjaya tapi semangat kekampungan mereka jarang berubah. Sifat tolong menolong sesama mereka juga amat kukuh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2015 05:06 PM | Show all posts

Paling merujakan dan ini paling tidak disenangi oleh Umno ekoran pendedahan Syed Ali itu apabila beliau menyebut, orang Melayu di Kelantan lebih kaya dari di Johor. Beliau memberi contoh kekuatan (nilai ringgit) orang Kelantan mereka boleh membeli rumah sehingga bernilai RM200,000. Nilai rumah yang sama besar di Johor mencecah RM1.5 juta.

Dah kena cash dah.....

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 11:56 PM | Show all posts
hehe.. mmg org kelantan ni kaya..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 01:06 PM | Show all posts
kimsa-ra replied at 20-1-2015 11:56 PM
hehe.. mmg org kelantan ni kaya..




DI PETIK DARI
http://respeksgroup.blogspot.com/2012/10/rg2011-skandal-sultan-johor-vs-peguam.html

Peguam Kamal menulis: Negeri Johor tiba-tiba diselubungi suasana kesedihan dengan berita kemangkatan Sultan Iskandar pada 22 Jan 2010. Al-marhum Sultan Iskandar merupakan se
orang Sultan yang "unik" dan mempunyai pendirian serta cara tersendiri sepanjang hidupnya. Beliau tidak pernah sekali pun meminta apa-apa projek persekutuan dan negeri yang dibuat di Negeri Johor bagi kepentingan peribadi. Baginda hanya menumpukan kepada perniagaan perladangan kelapa sawitnya. Baginda juga tidak mahu dan tidak pernah bersaing dengan rakyat Johor untuk berniaga, merebut projek-projek Kerajaan, melobi kontrak-kontrak Kerajaan bagi pihak ketiga/orang asing, tidak mengganggu pegawai-pegawai Kerajaan untuk mendapatkan peluang perniagaan, apakah lagi mengambil bahagian merebut lot-lot kecil perniagaan bersaing dengan peniaga kecil yang disediakan oleh pihak Kerajaan. Inilah Sultan yang bengis wajahnya tetapi lembut dihatinyaserta ikhlas menjadi "Pemimpin" kepada rakyat Johor.

Ini jelas berbeza dengan Sultan Ibrahim, Sultan sekarang, hampir semua projek Kerajaan Persekutuan dan mega projek di Negeri Johor beliau mempunyai kepentingan peribadi sama ada di atas namanya, nama anak-anaknya atau syarikat miliknya iaitu IBZI. Bukan hanya projek-projek besar, projek sekangkang kera dan lot-lot gerai perniagaan pun beliau campur tangan dan menyebabkan ramai peniaga mengeluh dan kecewa. Kebanyakan kepentingan peribadi beliau dan keluarga di dalam syarikat-syarikat di dapati "tanpa mengeluarkan duit....(faham-faham sajalah)". Kalau tidak dapat apa yang dikehendakinya maka "bermusuhlah" dengannya. Kalau nasib baik projek berjaya, kalau tidak tunggulah masalah-masalah yang akan timbul atau tunggulah pengumuman projek akan dibatalkan.

Pernah suatu ketika, beliau sanggup pergi ke Sri Perdana pada satu petang menyatakan ketidak puasan hati kepada Perdana Menteri terhadap pembahagian saham satu projek "Bunkering" yang dikenali sebagai Asia Petroleum Hub (APH) yang mana beliau mendapat saham yang sangat kecil. Apabila balik dari Sri Perdana beliau dengan egonya berkata "Aku dah beri kata dua kepada PM....."

Al-marhum Sultan Iskandar memang pada zaman mudanya telah melakukan beberapa perkara yang tidak "disenangi" oleh rakyat Johor namun Baginda berubah pada beberapa tahun akhir pemerintahannya sebagai seorang Sultan. Baginda menjadi seorang Sultan yang prihatin, berpandangan jauh serta mengamalkan sikap tidak campur tangan terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri kerana Baginda percaya kepada orang yang dilantik sendiri oleh Baginda untuk menjalankan tugas-tugas pentadbiran Negeri serta menjalankan amanah rakyat. Memang ada sekali-sekala teguran-teguran dibuat oleh Baginda terhadap pegawai-pegawai Kerajaan, tapi yang pasti segala tegurannya dibuat dengan ikhlas dan bukannya "mempunyai udang disebalik batu" atau "bersandiwara".

Semasa jenazah Sultan Iskandar dibawa dari Hospital Pakar Putri Johor Bahru ke Istana Besar, pada petang 22 Jan 2010, saya telah pun berada di Istana Besar menunggu ketibaan jenazah Baginda. Pada masa itu tidak ramai yang ada disitu hanya Sultan Ibrahim, Tun Daim, Dato' Yahya Jalil dan beberapa pegawai Kerajaan dan Istana. Di dalam suasana penuh kesedihan saya telah dipanggil oleh Sultan Ibrahim dan beliau telah berbisik kepada saya, "kau mesti cepat-cepat "back-dated"kan harta-harta bapak aku sebelum adik-beradik aku tau apa yang ditinggalkan oleh bapak aku".

Saya terperanjat dan termenung sejenak mendengar kata-kata itu. Saya berkata kepadanya "kalau harta yang telah ditinggalkan masih atas nama Almarhum Sultan Iskandar, caranya ialah melalui pembahagian faraid atau wasiat jika ada, ini hukum Tuanku". Sultan Ibrahim menjawab "kau dah cukup "lemak" semasa zaman bapak aku, kalau kau nak selamat dan nak hidup senang kau ikut cara aku, FAHAM!!!"

Tidak lama kemudian kakitangan Istana memaklumkan Menteri Besar Dato' Abdul Ghani Othman sudah sampai di Istana Besar setelah bergegas pulang dari luar Negara mengikuti lawatan rasmi Perdana Menteri. Memandangkan jumlah kerusi tidak banyak dikawasan menunggu, Dato' Yahya Jalil telah berkata bahawa beliau hendak bangun dan memberi kerusinya kepada Menteri Besar, tapi Sultan Ibrahim berkata "biarkan Ghani tu berdiri, aku pun nak bagi peringatan dekat dia".

Apabila Menteri Besar sampai dan bersalaman, Sultan Ibrahim terus bercakap kepadanya "kau baru sampai Ghani, bapak aku sakit kau keluar Negara. You never take care of my father. Ghani, aku nak bagiatu kau..this is my era, you have to follow my style not my father style. If you can't follow u can GO..!! i will replace you with other people. You never submit the EXCO paper to me since you became The Menteri Besar. Start from now, you better submit that paper every week without fail".

Dato' Ghani tergamam. "Ada juga beberapa perkara lain, aku akan minta Daing Malik untuk sampaikan pada kau nanti" (Daing Malikhttp://www.mykmujohor.net/index.php?option=com_content&task=view&id=449&Itemid=67 )

Secara peribadi saya tidak pasti cara Sultan Ibrahim, adakah beliau memang penakut atau pun tidak cukup "guts" untuk menegur orang secara berdepan dan sering menggunakan orang lain seperti Daing Malik untuk menyampaikan kehendak dan kerenah beliau.

Selepas Dato' Ghani berlalu dari kelompok kami Sultan Ibrahim telah berkata, "aku nak suruh Daing Malik cakap dengan Ghani supaya bila salam dengan aku MESTI CIUM TANGAN aku. Selama ini dia tidak pernah cium tangan aku pun. Kalau dia rasa nak jadi Menteri Besar lagi ikut cara aku....., kau Kamal, kau pun sama, kalau kau tak nak dengar cakap aku, aku boleh suruh orang lain buat, kau boleh GET LOST.." Saya hanya berdiam diri sahaja dan berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberi petunjuk dan hidayah kepada bakal Sultan pada masa itu. Setengah jam selepas itu jenazah Sultan Iskandar pun sampai di Istana dan suasana menjadi sibuk dengan proses dan istiadat pengurusan jenazah bermula.






Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2015 11:35 AM | Show all posts
bagaimana pimpinan, begitulah rakyat nye... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2015 11:37 AM | Show all posts
catstitch replied at 20-1-2013 03:15 PM
x abis2 citer johor kelantan
xda ke kelantan sgor ke
klantan perlis ke

sebab semangat kenegerian rakyat kelantan n johor ni kemain. puja sangat. cam haper jer.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.069655 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list