CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129059|Reply: 2487

AKASIA : SETIA HUJUNG NYAWA [ADAPTASI NOVEL][Isnin-Khamis jam 7.00 pm] - Part II

 Close [Copy link]
Post time 17-1-2013 12:11 PM | Show all posts |Read mode
Selamat datang ke umah No. II
SETIA HUJUNG NYAWA!



"Tiada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau..
dan tiada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan..."

Pengarah
Amie Maziah

Penulis Skrip
Wan Mahani

Terbitan  
Suhan Movies

Dibintangi oleh :



Amar Asyraf sebagai Zain Hakimi
dan Nelydia Senrose sebagai Ersalina Imani



Talha Harith sebagai Hady



Hairul Azreen sebagai Ikram



Ryzal Jaafar sebagai Zakwan



Raja Ema sebagai Heliza
Zila Bakarin sebagai Datin Adibah
Sherry Ibrahim sebagai Eriza
dan lain-lain..





Mengisahkan :

Pengantin perempuan lari?
Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun.

Zain Hakimi panasaran tatkala tunangannya Sofea melarikan diri ke luar Negara disaat majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung. Datin Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga.

Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Bagai orang menggantuk yang disorongkan bantal, Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu.

Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang.
Demi menyelamatkan maruah keluarga, Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina terpaksa rela untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya.

Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan kedua-dua mereka saling berpandangan. Setelah sah bergelar suami isteri, Zain amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex adalah isterinya

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Zain terkesima bila mana mendengar ersalina disahkan keguguran padahal zain tidak pernah ‘menyentuh ‘ isterinya.

Ersalina terkejut kerana tidak mengetahui situasi dirinya yang hamil. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya mahu mengahwinkannya dengan zain. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni.  Hubungan zain dan ersalina dingin beku selepas kejadian tersebut, Zain hanya berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dilayan seperti orang gaji. Semuanya dibuat atas rasa kecewa dengan penipuan yang dialami. Kerana baginya keluarga ersalina menabur budi apabila menggantikan ersalina untuk majlis tersebut namun rupanya menjadikan dia kambing hitam atas perbuatan ersalina.

Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Walau dicaci dan dihina ersalina tetap melayan zain dengan penuh kasih sayang kerana baginya disitulah syurganya. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa. Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka.

Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali, hubungan yang hampir musnah akhirnya menemui kebahagian apabila zain berjaya mengusir bayangan hitam ersalina dan menerimanya dengan hati yang terbuka.  Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya.

Sekali lagi cinta mereka diuji apabila zain kemalangan dan disahkan koma. Terasa gelap gelita hidup ersalina bila zain tidak sedarkan diri selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Berita kehamilannya mengembirakan semua ahli keluraga namun sahabat zain, hady mempunyai rasa kurang percaya kerana selama ini perhubungan mereka agak dingin. Hady merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh Datin adibah.

Tatkala rahsia hitam Ersalina terbongkar, Datin adibah bertindak menghalang ersalina daripada berjumpa zain. Rapuh hatinya apabila terpaksa berpisah dengan suaminya. Zain akhirnya sedar dari koma dan datin adibah berkeras supaya mereka berpisah. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka.

Datin adibah berusaha menjodohkan anaknya dengan Erniza anak rakannya tetapi zain tetap mencintai isterinya. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi.

“lina janji , setia ini hanya untuk abang. Selagi ikatan ini ada, lina hanya untuk abang” – ersalina

"Tapi abang memang dah tekad, biarpun tanpa cinta abang terima pilihan keluarga. Inilah cinta abang. Abang mula menyayangi lina tanpa sempadan, tanpa syarat” – zain hakimi


“perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya” rupanya zain juga pernah mencemari mahkota perempuan lain ketika remaja dan ini diketahui datin adibah apabila zain tersempak dengan perempuan tersebut. Ini membuka mata hatinya dan menerima ersalina sebagai menantunya. Cinta ersalina dan zain kembali bertaut dan direstui oleh kedua belah keluarga. Happy ending!

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Mohle join

#TeamEL


Bersama kita menyokong & membela nasib golongan wanita teraniaya...   kbai!

Sumber : http://www.anamarzablog.com, budiey.com & suhan movies

  
Last edited by tiewa on 23-1-2013 10:39 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2013 12:18 PM | Show all posts
check in rumah baru..yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 12:22 PM | Show all posts
check in juga
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 12:23 PM | Show all posts
cek in!!!

thanks @tiewa ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 12:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 12:26 PM | Show all posts
check-in..check-in..

Presiden #TeamIkram..



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2013 12:28 PM | Show all posts
hoyeh hoyeh
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 12:28 PM | Show all posts
check in...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2013 12:30 PM | Show all posts
yuhuuuuuu....

bile tengok pic hady tu rase cam nak tepok tepok muker dia
ramas ramas rambut dia kasi rontok.. geram tul

tenkiuk @tiewa buat rumah...chantek haisan
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 12:31 PM | Show all posts
check inn
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 12:40 PM | Show all posts
cek in...!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 12:40 PM | Show all posts
cloudnine_mm posted on 17-1-2013 12:25 PM

sepadan la korang.... uh huuu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 12:44 PM | Show all posts
hamboi TT...kemain lg menjuyah eh..dh umah kedua dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2013 01:00 PM | Show all posts
suffiya.aziera posted on 17-1-2013 12:44 PM
hamboi TT...kemain lg menjuyah eh..dh umah kedua dah

hai perli nampak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 01:08 PM | Show all posts
check in jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 01:16 PM | Show all posts
Wihuuu....check in

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2013 01:22 PM | Show all posts
Yang ni masa episod brapa ye?...

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 01:24 PM | Show all posts
Kata2 motivasi utk wanita...termasuk aku...macm kena ngan el pun ya...isteri, wanita yang serba kekurgn yg perlu bimbingn...


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 01:31 PM | Show all posts
salam...Iols nak chek in jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 01:34 PM | Show all posts
suke cite ni..tp geram lak dengan zain..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 1.170709 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list