CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
123Next
Return Post new threads
Show: 4729|Reply: 73

[Tempatan] TERKINI: Kanak-Kanak 2 Tahun Mati Dihempap TV 29"

[Copy link]

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 23-1-2013 12:07 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas set televisyen berukuran 29 inci jatuh menghempapnya di rumahnya di Teluk Chengai, Kuala Kedah, dekat sini.
Muhammad Luqhman Hakim Lazzuan dipercayai menggerakkan sebuah rak logam yang mengakibatkan televisyen itu jatuh menghempapnya.
Ayahnya, Lazzuan Ishak, 37, pemandu bas, berkata, dia ketika itu baru hendak mandi apabila mendengar satu bunyi jatuh yang kuat dari arah ruang tamu.
Saya bergegas ke ruang tamu di mana menjumpai anak lelaki saya dihempap dengan televisyen itu dengan rak logam di sebelahnya.
Ibu saya, Eshah Abdullah yang berusia 70 tahun bersama dengan anak saya tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana insiden berlaku begitu pantas.
Apabila saya mendengar bunyi jatuh berdebap yang kuat, saya dapat mengagak televisyen itu jatuh dari rak itu, tetapi tidak dapat membayangkan ia menghempap anak saya, katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah di sini, Selasa.
Lazzuan berkata, dia melihat kepala anak lelakinya itu berdarah, dan bersama-sama dengan abangnya, yang turut berada ketika itu, mengangkat televisyen itu.
Dia menambah, mereka bergegas membawa Luqhman ke hospital swasta berdekatan, tetapi kanak-kanak lelaki itu disahkan meninggal dunia.
Insiden itu berlaku pada pukul 10 malam pada Isnin sejurus selepas isteri saya, Waidah Kasim, 26, dan saya pulang ke rumah dari makan malam bersama anak lelaki kami.
Isteri saya ke bilik tidur untuk menunaikan solat Isyak manakala saya menjaga satu-satunya anak lelaki kami. Selepas menonton televisyen bersamanya selama kira-kira 30 minit, saya pergi mandi, katanya.
Lazzuan berkata, anak lelakinya merupakan seorang kanak-kanak yang aktif dan kadang-kadang akan menggerakkan rak logam itu, sambil menambah sudah beberapa kali dia memarahi anaknya kerana melakukan perkara itu tetapi kerana masih kecil, anaknya tidak mendengar teguran.
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 23-1-2013 04:08 AM |All posts

jadikan pengajaran dan iktibar supaya anak korang tak jadi macam ni.
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 23-1-2013 06:15 AM |All posts
Lazzuan berkata, anak lelakinya merupakan seorang kanak-kanak yang aktif dan kadang-kadang akan menggerakkan rak logam itu, sambil menambah sudah beberapa kali dia memarahi anaknya kerana melakukan perkara itu


kecuaian sendiri .. "sudah beberapakali"
kalau dah tau rak tu boleh bergerak oleh anak yang sekecil tu ..
tak kan la tak reti2 nak letak kat tempat yang betol2 stabil
http://travianclan2011.blogspot.com/
http://nish90.blogspot.com/
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 23-1-2013 06:42 AM |All posts
takziah untuk keluarga budak kecik ni. Next time letak aje atas lantai, gerenti tak boleh terhempap sape2.
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 23-1-2013 06:55 AM |All posts
Adoi la wartawaannnnn sayanggg.....boleh tak korang tulis benda yang relevent je dgn apa yang korang nak sampaikan???

Ada kah logik korang tulis dlm artikel berita tu, "sambil menambah sudah beberapa kali dia memarahi anaknya kerana melakukan perkara itu tetapi kerana masih kecil, anaknya tidak mendengar teguran" ? Dah budak DUA TAHUN.....apa la yg budak tu faham bila kena marah pun????

Okey la mmg betul bapak budak tu cakap macam tu.....tapi perlukah korang tulis dlm artikel korang semata2 untuk memanjangkan artikel korang? Tak perlu pun statement nie.....

Last edited by Leo_Tigris on 23-1-2013 07:03 AM

Reply

Props Report

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 23-1-2013 06:55 AM From mobile phone |All posts
Takziah ler
Lain kali TV tu gantung jer kat atas ajer xdelah dibuat main dan dihempap
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 23-1-2013 07:01 AM |All posts
betul. baik letak tv atas lantai saja kalau dah tahu rak logam tu tak stabil dan anak pulak hiperaktif. apa2 pun, benda dah jadi, harap keluarga mangsa sabar dan redha. innalillahi wainna ilaihi rajiun.
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 23-1-2013 07:14 AM |All posts
kalau tak tulis macam tu pendeklah beritanya nanti...
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 23-1-2013 07:20 AM |All posts
hmmmm....takziah..
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 23-1-2013 07:40 AM |All posts
Bebudak 2 - 5 tahun dlm proses pembesaran.
Proses pembelajarannya berdasarkan sentuhan dan pergerakan terhadap apa yg dia minat..

Nak harapkan mak yg dah berusia 70 tahun mmg tak larat...

Sepatutnya yg terbaik adalah ajak anak tu skali ke bilik dgn bapaknya... Solat skali pun tak pe..
Mak dah usia 70 tahun mmg masanya utk berehat..

Apa apa pun sesamalah kita ambik pengajaran..

Safety first!!
Observe n analyze the potential risk as well as hazardous area...


I'm just an anarchist
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 23-1-2013 07:44 AM From mobile phone |All posts
Aku yg bela kucing ni pun dok pikir nk gantung tv kt dinding.riso bulus2 ni main kt tv tu..
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 23-1-2013 07:58 AM |All posts
sedihnya......moral of d story...
haruskah smua rmh perlu TV "leper"...utk krgkn risiko...
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 23-1-2013 08:00 AM |All posts
* sudah beberapa kali dia memarahi anaknya kerana melakukan perkara itu tetapi kerana masih kecil, anaknya tidak mendengar teguran.

statement pelik...ank baru 2 tahun..
knpa x mrah diri sdiri pergi mandi & biarkan ank sdirian...da tahu ank tu aktif..
da takdir nya cam2..redha je la
It is better to be alone than in bad company....
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 23-1-2013 08:05 AM |All posts
yang penting meja tue..jangan la beli yang ringan letak tv yang berat..adoi..nie mmg kasi anak free je memain ngan meja tue
im in lalaland..~prayforGaza
Reply

Props Report

Rank: 6Rank: 6

Post on 23-1-2013 08:08 AM |All posts
anak besar nie mmg tengah aktif..anak inai yang umur setahun 3 bln pun suka tarik2 kipas meja 2, panjat kerusi semua tapi mmg xpernah tinggalkan dia main sorang2 kalau nak mandi mesti bukak pintu biar dia main dpn mata kite sambil mandi..
MAMA SYG AMANI SGT2
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 23-1-2013 08:10 AM |All posts
apa punye statement sengal "anak tak mendengar teguran"???
you're a tw*t!
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 23-1-2013 08:10 AM |All posts
dah ajal.. nak wat cam ner ...
This is how we do ... this is no big deal ...
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 23-1-2013 08:16 AM |All posts
takziah.. kesian kat adik tu
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 23-1-2013 08:17 AM |All posts
takziah kepada keluarga arwah...
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 23-1-2013 08:22 AM |All posts
dah mmg ajal dia camtu. maybe utk ibu bapa dan kita ni muhasabah diri...

maybe sbb ramai org dah asyik 'menyembah' TV 24/7 sekarang ni. Solat & amal ibadat sbg seorg hamba Allah SWT dilupakan.

TV hempap anak tu sbg asbab utk Tuhan tegur. Budak tu mati takpe, dah confirm syurga. Mak Bapak yg masih hidup tapi leka camner la besok kt sana?

Aku ckp ni sbb based on kisah dr mulut kwn aku yg anak dia mati kena hempap tv ari tu. hal tu berlaku dpn mata bini dan dia sendiri yg dekat aje dgn TV dan rak pakaian anak dia masa tu. TV tu mmg dah lama kat situ sejak dulu, tak pernah plak nak jatuh. Kalau ikut logik TV besar tube tu, amat berat dan sepatutnya lebih stabil dan susah nak jatuh berbanding flat TV. Tapi nak jadi asbab, anak member aku kena hempap dgn TV berat tu depan dia aje... sampai sekarang depa masih bersedih...
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 23-1-2013 08:40 AM |All posts
aku speku nie bukan tv yang melekat di dinding nie....

nie jenis tv yang flatron yang besar tu..

last week aku beli tv LED, so aku nak alihkan tv slimfit samsung yang dah 6 thn aku beli....mmg berat wey...rasa nak terpatah pinggang aku time aku cuba nak angkat....

kalo tv yanng melekat di dinding tu masih ringan...

sesapa nak tgk tv slimfit or flatron..mcm nie lah dia..

~somewhere over the rainbow~
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 23-1-2013 08:44 AM |All posts
leylapple posted on 23-1-2013 01:40 AM
aku speku nie bukan tv yang melekat di dinding nie....

nie jenis tv yang flatron yang besar tu..
...

macam tb umah aku..
kalau pindah rumah..aku cadang nak tinggalkan je..sebab berat ya amat tb nie...
hehe...

i'm waiting!
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 23-1-2013 08:46 AM |All posts
underground posted on 23-1-2013 08:22 AM
dah mmg ajal dia camtu. maybe utk ibu bapa dan kita ni muhasabah diri...

maybe sbb ramai org dah  ...
Aku ckp ni sbb based on kisah dr mulut kwn aku yg anak dia mati kena hempap tv ari tu. hal tu berlaku dpn mata bini dan dia sendiri yg dekat aje dgn TV dan rak pakaian anak dia masa tu.


nie precedence case yang mak dia tgh mandi tetiba anak dia kene hempap tv tu kan?
~somewhere over the rainbow~
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 23-1-2013 08:53 AM |All posts
bapa sila ambil perhatian..
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 23-1-2013 09:04 AM |All posts
fatehana posted on 23-1-2013 06:55 AM
Takziah ler
Lain kali TV tu gantung jer kat atas ajer xdelah dibuat main dan dihempap

tv 29" tu bukan tv lcd la nak digantung kan kat dinding....




takziah...

Reply

Props Report

123Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 21-10-2014 04:43 PM , Processed in 0.335819 second(s), 40 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top