|
“Saya malu nak tengok,” ujar pelakon cantik, Siti Saleha apabila diminta mengulas mengenai babak romantik serta berahi yang berlaku antaranya dengan pelakon baru, Ali Arami dalam filem terbitan White Merpati Entertainment dan Real Reel Pictures, ‘Kerat 14’.
“Ada banyak syot yang kena ambil ketika itu dan saya hanya fikir secara positif. Saya anggap apa yang saya lakukan ini semata-mata untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelakon sahaja. Saya tak rasa babak itu mencabar kerana saya hanya fokus untuk memainkan watak itu serta memberikan yang terbaik untuk filem pertama saya. Apapun, secara keseluruhan saya berpuas hati dengan hasil lakonan saya dalam filem ini,” kata pemilik nama Siti Saleha Mohd Baharum yang memegang watak sebagai Nurzara dalam filem pertama arahan Arjin Uppal ini.
Mengulas lanjut mengenai wataknya, duta jenama Enchanteur ini memberitahu, “Saya banyak buat rujukan untuk menjiwai watak saya memandangkan Nurzara seorang yang lurus, naif dan sangat sensitif, kontra dengan diri saya yang sebenar. Saya seorang yang berdikari dan boleh hidup tanpa lelaki. Sebab itu saya masih solo sehingga sekarang,” ujarnya sempat bergurau.
Menyentuh mengenai perkembangan kerjaya lakonannya, gadis berusia 23 tahun ini memberitahu, “Alhamdulillah, karier lakonan saya semakin meningkat. Sudah tiga tahun saya berlakon dan kalau boleh sekarang saya nak fokus lebih kepada filem.
Walau bagaimanapun, saya akan seimbangkan antara filem dan drama kerana saya sendiri bermula dengan drama. Tahun lepas saya agak sunyi sikit di kaca televisyen sebab fokus berlakon dalam enam buah filem. Tahun ini saya akan all-out dengan drama pula,” ujar pelakon yang kini sedang popular dengan drama ‘Ruby’ di TV3.
Selain ‘Kerat 14’, Saleha juga bakal muncul dalam filem ‘Mamak Cupcake’, ‘KL Zombie’, ‘Pencinta’, ‘Bravo 5’ dan ‘Pak Pong’. Filem ‘Kerat 14’ turut dibintangi oleh Aaron Aziz, Fouziah Gous, Zamarul Hisham, Ali Arami, Arash Mohamad, Arora Salwa dan ramai lagi. Filem ini akan ditayangkan di pawagan bermula 14 Februari 2013.- Gua.com.my Last edited by skymania on 13-5-2013 10:48 AM
|
|