CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: rosemary70

Nas Adila ada pengganti

[Copy link]
Post time 12-2-2013 09:06 AM | Show all posts
Relevan ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2013 10:13 AM | Show all posts
dia ni antara artis2 yg tak relevant berada dalam industri hiburan tanahair.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 11:23 AM | Show all posts
tempek pic nas plisss
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 11:58 AM | Show all posts
dia pernah jadi duta produk kan? dah ingat2 lupa dah ngan dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 08:52 AM | Show all posts
up balik.. kompom ngan aliff ni la ye

Nas Adila pilih Aliff bukan Jamal




TIDAK rela melihat Nas Adila murung dan tertekan dek gosip cintanya dengan Jamal Abdillah baru-baru ini, penyanyi Aliff Razali tampil dengan kenyataan memeranjatkan.

Lelaki berusia 27 tahun itu menegaskan bahawa Nas adalah kekasihnya malah merancang untuk membawa hubungan mereka ke peringkat serius.

Kata Aliff, perkenalan enam tahun lalu membantu mereka untuk lebih memahami kehendak pasangan sekali gus melancarkan hubungan sedia ada.

Sementelah masing-masing pernah bercinta dan putus cinta sebelum ini kata Aliff, itu bukan alasan untuk mensia-siakan keserasian yang dibina.

"Saya tidak menyangka jodoh kami kuat. Masa awal-awal bercinta dulu saya sendiri tak pasti yang Nas adalah belahan jiwa yang dicari selama ini.

"Tapi apabila masing-masing sudah tak ada kekasih, tak salah kalau kami bercinta semula," katanya sambil diiyakan oleh Nas yang duduk di sebelahnya pada pertemuan petang Selasa lalu.

Mengulas pendorong utama yang menyebabkan Aliff berani tampil untuk membuat pengakuan hubungan istimewanya dengan Nas, anak kelahiran Pulau Pinang ini ada jawapan.

Kata Aliff, dia sudah tidak tahan lagi untuk mendengar gosip cinta Nas dengan Raja Pop yang kebanyakan tidak betul .

Justeru kata Aliff, dia perlu segera melakukan sesuatu agar maruah kekasihnya itu tidak dipermainkan lagi.

Tambah Aliff, niat utamanya dia mahu menghentikan gosip liar berkenaan dan mengubah persepsi masyarakat.

"Siapa yang boleh tahan apabila orang luar bercerita yang bukan-bukan tentang teman wanita kita?

"Semakin saya senyapkan, semakin hebat pula orang mengata," kata bintang kelahiran rancangan realiti Akademi Fantasia Ketujuh (AF7) berhubung gosip Nas mempunyai hubungan istimewa dengan Jamal.

Tuduhan liar

Nas yang mendiamkan diri di sebelah Aliff kemudiannya menyuarakan perasaan kesal apabila dituduh melebih-lebih sewaktu mendedahkan hubungannya dengan Jamal.

Sebagai wanita normal kata Nas, hatinya terhiris apabila kerap kali mendengar kata-kata cemuhan daripada segelintir wanita yang tidak menyukainya berkasih dengan Jamal.

"Kalau hubungan (artis sesama artis) itu tidak berjaya, pasti artis wanita akan dipersalahkan. Begitu juga dengan saya.

"Saya juga menerima tekanan malah dihina kerana seolah-olah merendah-rendahkan martabat seorang wanita kerana mengejar cinta seorang lelaki ternama.

"Tapi tak mengapalah... Ini adalah pengajaran buat saya," katanya sambil mengakui hubungan cinta dengan lelaki sebaya lebih mudah difahami.

Mengulas tentang sikap Aliff yang membuatkan Nas selesa, wanita berusia 27 tahun ini memberitahu dia terpikat pada keperibadian dan akhlak Aliff.

Kata Nas, tidak semua lelaki memahami, menghormati dan mampu berkongsi perasaan yang dialami mereka.

Namun semua ciri lelaki yang diingini ada pada Aliff justeru kata Nas, dia tidak akan mensia-siakan hubungan sedia ada.

"Cukuplah saya kata yang saya sedang bahagia. Saya berdoa dia adalah jodoh yang ditunggu-tunggu selama ini," katanya penuh makna.

Perancangan


Menyentuh tentang perancangan masa depan, Aliff berkata mereka sudah merakam sebuah lagu duet berjudul Aku Sakit Hati yang berkisar pengalaman cinta mereka berdua.

Lagu ciptaan Aliff manakala lirik ditulis oleh Nas itu mengisahkan kesakitan yang dideritai oleh mereka akibat kekecewaan putus cinta sebelum ini.

"Kami kongsi dana untuk proses keseluruhan rakaman single itu. Tak sabar nak tunggu diperdengarkan kepada umum.

"Kami dah siap rakam sejak awal Februari lalu dan bakal diperdengarkan pada awal bulan depan," katanya.

Sebagai pasangan kekasih juga kata Aliff, dia sentiasa mencari peluang pekerjaan bersama-sama dengan Nas.

Sambil menyelam minum air kata Aliff lagi, tawaran menyanyi di majlis-majlis adalah cara untuk lebih mengenali warna sebenar kekasihnya itu.

Terbaharu mereka berdua menjadi duta kepada produk minuman penuh berserat, D’Apple Fiber. Produk itu sesuai untuk pengguna yang menghadapi masalah perut buncit, sembelit, terlebih berat badan dan nafas berbau.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140302/hi_14/Nas-Adila-pilih-Aliff-bukan-Jamal#ixzz2ur9pLRIu
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 08:53 AM | Show all posts


[ @ ] alif_af6 Mingguan Malaysia (Pancaindera) today..   21h
[ @ ] alif_af6 thanks to @amirahamaly ...tq kak    19h

Read more at http://web.stagram.com/n/alif_af6/#6VcDCCZEArYL9Pe3.99

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2014 08:55 AM | Show all posts
bukan ke alif ni da bertunang? ke da putus?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak kenal. Next!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2014 09:39 AM | Show all posts
Aliff ni kan yang tak dpt gaji dr AUCMS tu? Abis tu ko nak bg makan nas adila dgn apa dik?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 09:46 AM | Show all posts
moga berkekalanlah hendaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 09:46 AM | Show all posts
Artis paling sendu tapi selalu masuk paper. lagu dia pun aku tak pernah dengar, ada ke kat radio?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 09:49 AM | Show all posts
er...aku kenal pun melalui citer cinta drg jer..
apa la..outcome langsung tak ada
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 10:58 AM | Show all posts
bukan nas adilla ni kata dia nak kawin dgn jamal abdillah ke?
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.059824 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list