CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7863|Reply: 31

Julia Zigler jatuh cinta selepas umrah?

[Copy link]
Post time 16-2-2013 03:49 AM | Show all posts |Read mode

Sewaktu Di Mekah, Tuhan Telah Buka Hati Untuk Terima Dia – Julia Zigler

Tahun 2013 boleh dikata tahun penuh kegembiraan dan penuh bersemangat buat pelakon berdarah kacukan Melayu-Jerman-Amerika Syarikat, Julia Ziegler apabila dia kini kembali aktif dalam dunia lakonan setelah hampir sekian lama tidak muncul dalam mana-mana drama mahupun filem.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Julia Bob Fauzi Ziegler ini juga sedang berbunga-bunga hatinya kerana wanita berusia 29 tahun ini mengakui kini asyik bercinta dengan seorang lelaki yang merupakan teman baiknya sendiri.

"Ya, saya bercinta. Dia sebenarnya kawan baik saya. Kami dah kenal selama lapan tahun. Keluarga dia pun saya dah kenal. Selama ni memang dia ada buka mulut nak betul-betul serius dengan saya, tapi saya saja yang tak mahu.

"Sewaktu saya di Mekah semasa buat umrah tahun lalu, Tuhan telah buka pintu hati saya untuk terima dia dalam hidup saya. Alhamdulillah, saya kini bahagia bersamanya", kata Julia ketika ditemui pada sidang media Asmara Songsang bertempat di Istana Budaya, semalam.

Namun aktres itu menjelaskan setakat ini dia dan kekasihnya yang merupakan seorang usahawan itu belum memutuskan untuk membawa hubungan cinta mereka ke peringkat seterusnya. Meskipun Julia mengakui sudah terdetik di hati untuk berkahwin, pun begitu dia tidak mahu terburu-buru.  

"Buat masa ni memang tak ada apa-apa perbincangan pun. Kami take it slow lah. Sebenarnya sejak tahun lalu banyak benda baik yang berlaku dalam hidup saya. Termasuk adik lelaki saya telah berkahwin. Tahun ini, kakak saya akan berkawin.

"Jadi bila melihat adik-beradik saya kahwin, memang terdetik di hati nak berumah tangga. Tapi saya serahkan semua itu pada ketentuan Tuhan. InsyaAllah, doa-doakan lah yang terbaik untuk kami", katanya sambil tersenyum.

Tentang Habis-Habisan Asmara Songsang!
Menyentuh pula mengenai perkembangan terbaru, Julia bakal muncul di pementasan teater muzikal 'Asmara Songsang' pada 1 dan 2 Mac ini.

Memengang watak sebagai Safika, wanita yang menentang gejala sosial lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

"Saya sering diberikan watak-watak jahat. Tapi kali ini saya potreykan karakter seorang wanita yang membantah keras terhadap gejala LGBT.

"Selalu banyak orang menyangka kononnya kalau asal seseorang itu anak kacukan jer, orang selalu kaitkan dengan isu bawa pengaruh negatif pada anak muda remaja. Jadi watak saya ni, gadis kacukan yang nak mengubah persepsi itu.

"Kami dah jalani latihan selama dua minggu. Selain tu cabarannya, saya perlu beri serba sedikit tunjuk ajar pada pelakon-pelakon muda dan pelakon kanak-kanak yang terlibat dalam teater ni. Mereka semua ni baru. Mana yang saya boleh kongsi pengalaman saya dalam teater, saya kongsi bersama mereka," katanya yang pernah terlibat pementasan teater pertamanya, M! The Opera, sekitar tahun 2006.

Dalam perkembangan lain, Julia juga bakal muncul dalam drama Amanah Cinta, drama bersiri Teduhan Kasih dan telemovie Lara Kasih, di TV3). Selain, sedang menanti tayangan filem lakonannya, Aku Akan Muncul, tidak lama lagi. Serta bakal menjalani penggambaran filem Dari Kerana Mata.

"Tahun ni saya nak kembali aktif berlakon filem. Disamping nak mempertingkatkan lagi mutu lakonan saya. Tahun lepas memang saya senyap. Saja... sengaja nak fokus pada diri sendiri. Sebab bila sibuk dengan penggambaran sana sini saya jadi hilang fokus untuk diri sendiri.

"Selama berehat tu saya banyak melancong dan Alhamdulillah berpeluang menunaikan umrah bersama ibu saya", katanya.

- mD

Mod, please close kalau dah ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2013 03:56 AM | Show all posts
kehadiran yg belum ada impak....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 06:37 AM | Show all posts
pada aiols dia berlakon best
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 07:18 AM | Show all posts
dia ni jgnla bagi gelak malam2 hari.sure org ingat ada cik ponti mengilai..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
banyak duit dia boleh relax sambil melancong satu dunia.
ape sumber incum dia. orang
lain sampai tekangkang cari
duit. i m curios about this

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 10:14 AM | Show all posts
shanshero posted on 16-2-2013 07:47 AM
banyak duit dia boleh relax sambil melancong satu dunia.
ape sumber incum dia. orang
lain sampai  ...

dia ni ada interior design firm..tahun lpas kawan aku ada bgtau,yg company dia ni
dpt project renovate ofis 1 floor kt KLCC kalau x silap pasal ofis kawan aku tu masuk tender
jugak untuk renovation project tu tp x dapat..dapat kt ofis julia ziegler ni..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2013 10:28 AM | Show all posts
3dea_mension posted on 16-2-2013 10:14 AM
dia ni ada interior design firm..tahun lpas kawan aku ada bgtau,yg company dia ni
dpt project ren ...

no wonderlah...............lavish kehidupannya ...........

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 10:44 AM | Show all posts

Julia Ziegler Akui Sedang Bercinta

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Jerman-Amerika Syarikat,Julia Ziegler seakan menyepi dari dunia lakonan.

kemunculannya di sidang media teater 'Asmara Songsang' memberi kesempatan kepada pihak media bertanyakan tentang perkembangan terkini heroin 'Jangan Tegur' ini.

Jelas Julia, dia memilih untuk berehat seketika daripada lakonan kerana ingin mendapatkan ketenangan.  Kini, dia sudah bersedia untuk kembali aktif seperti dahulu. Menurut Julia lagi, sepanjang tempoh percutian itu, dia banyak melancong serta sempat menunaikan umrah bersama ibunya. Bahkan, turut mengakui berasa agak tenang selepas menjalani ibadah umrah serta ingin menjauhi segala perkara negatif.

Diminta mengulas tentang penglibatannya dalam pementasan Asmara Songsang, Julia yang memegang watak Safika memberitahu dia akan menggunakan pengalaman berlakon dalam teater M!The Opera pada 2006 sebagai panduan. Jelasnya, dia masih menyimpan ilmu yang diajar oleh Azean Irdawaty suatu ketika dahulu.
Selain berkongsi perkembangan karier, Julia juga tidak lokek berkongsi tentang kisah percintaannya. Melewati usia 29 tahun, Julia mengakui dirinya kini sudah dimiliki oleh seseorang. Jejaka bertuah itu sudah dikenali selama lapan tahun dan hubungan mereka bermula hanya sebagai teman rapat.

“Pintu hati saya terbuka untuk menerimanya ketika menjalani ibadah Umrah pada tahun lalu. Saya lihat dia bersungguh-sungguh dan meminta saya memberikannya peluang. Alhamdulillah kini saya bahagia bersamanya,” ujar Julia berterus-terang.

Tambah Julia lagi, dia selesa berkawan dengan jejaka itu kerana dia seorang yang memahami serta boleh menerima perwatakannya yang 'gila-gila'.

"Dia seorang lelaki yang baik. Dia boleh menerima baik dan buruk saya. Oleh kerana kami sudah lama berkawan, jadi dia juga memahami keluarga saya. Bagaimanapun, kami belum lagi memikirkan tentang perkahwinan memandangkan hubungan kami belum menjangkau setahun," ujar Julia lagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2013 10:44 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 11:50 AM | Show all posts
ye ke dpt tender kt situ? dia firm apa ek? boleh adam minta dia decorate  toilet rumah adam nnti
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 12:41 PM | Show all posts
elok lah da ada someone dpd dengan gambit saifullah tu.atlist jumpa lelaki yang menghargai dia.dah la cantik.aku pnh dengar dia rapat ngan mamat poyo tu.now happy dengar dia da ada bf lain.hihi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 12:55 PM | Show all posts
aku suka tgk dia..
antara retis pan asian yg tidak kebaratan sngt khidupan mrk...
family dia pn baik2..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 01:04 PM | Show all posts
tapi julia ni mcm rempang rempang sikit kan.. aku tgk klu game show dia masuk mmg bersggh dia masuk.. gigih dia g kacau team lawan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2013 01:10 PM | Show all posts
babyridz posted on 16-2-2013 10:44 AM
Pelakon berdarah kacukan Melayu-Jerman-Amerika Syarikat,Julia Ziegler seakan menyepi dari dunia lako ...

Thread hari sama, lewat beberapa jam je.

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 02:44 PM | Show all posts
Dia ni ok la walaupun tak berapa femes.Tak de kontroversi melampau.
Harap2 pasni boleh berubah jadi muslimah sejati.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 03:23 PM | Show all posts
Shes weird...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2013 06:09 PM | Show all posts
Mscapsicum posted on 16-2-2013 03:23 PM
Shes weird...

apa yan weird nya?????????
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 08:22 PM | Show all posts
qislea posted on 16-2-2013 06:09 PM
apa yan weird nya?????????

Tah la.. Tgk cerita dia berlakon dulu mcm pelik noksss.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 08:44 PM | Show all posts
Mscapsicum posted on 16-2-2013 03:23 PM
Shes weird...

jeles le tew
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 09:51 PM | Show all posts
dia ni kokesen tp setiap kali aku tgok muka dia x pernah terlintas dia ni mix org puteh.. coz muka dia ala2 kampung sikit cuma putih.. Last edited by RatuDunia94 on 16-2-2013 09:53 PM

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.088056 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list