CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44075|Reply: 78

9 Kes Pembunuhan kejam yang berlaku di Malaysia

[Copy link]
Post time 17-2-2013 04:52 PM | Show all posts |Read mode
1. PEMBUNUHAN DATUK MAZLAN IDRIS – 23 Julai 1993
Penjenayah yang terkenal dengan senyuman yang ‘mengerikan’ telah membunuh dengan kejam ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris dengan mengerat Datuk Mazlan sebanyak 18 kerat. Mona bersama suaminya Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantunya Juraimi Hassan telah disabitkan bersalah atas pembunuhan yang dilakukan.

Allahyarham Datuk Mazlan Idris (Baju Biru)
Mona terkenal sebagai bomoh kepada beberapa ahli politik tanahair telah menawarkan Datuk Mazlan tongkat dan azimat yang menurutnya milik bekas Presiden Indonesia, Sukarno dengan harga 2.5juta ringgit. Datuk Mazlan yang menganggap Mona sebagai bomoh peribadinya bersetuju namun beliau membayar terlebih dahulu wang pendahuluan sebanyak RM500,000.Episod ngeri bermula apabila Datuk Mazlan disuruh berbaring dan mengadap ke siling. Mona dan Affendi menyakinkan Datuk Mazlan bahawa ‘duit akan turun daripada langit’. Namun, ia hanya helah Mona dan Affendi. Juraimi yang telah menerima arahan daripada Mona dan Affendi telah menetak leher Datuk Mazlan. Selepas itu, Juraimi secara berseorangan mengerat 18 anggota badan Datuk Mazlan.!
Mona dan Juraimi akhirnya tertangkap apabila dilihat membeli-belah secara rakus hasil wang daripada Datuk Mazlan yang telah dibunuhnya. Tersebarnya kisah pembunuhan Datuk Mazlan yang dikerat 18 telah menggerunkan seluruh rakyat Malaysia tambah-tambah dengan dakwaan bahawa Mona adalah seorang bomoh.
Mona, Affendi dan Juraimi akhirnya telah dihukum gantung sampai mati pada 2hb November 2001 bersamaan hari Jumaat. Mayat Mona dikebumikan di kampung halamannya di Pahang. Paling diingati adalah Mona sempat tersenyum sambil berteriak ‘aku takkan mati’ sebelum beliau dihukum gantung. Ya, beliau sehingga hari ini ‘tidak pernah mati’ dalam kamus jenayah di Malaysia. Jenayah yang beliau lakukan bagaikan penanda aras jenayah kejam di Malaysia.
2. PEMBUNUHAN NORITTA SAMSUDDIN -25 Disember 2003
Kes pembunuhan Eksekutif Akaun sebuah syarikat dan model sambilan sehingga ke hari ini masih lagi diselubungi misteri. Pembunuh sebenar Noritta Samsuddin masih belum terjawab. Miskipun Jurutera awan di sebuah badan kerajaan, Hanif Basree Abdul Rahman, 36, yang dituduh membunuh Noritta, 22, di Unit D-7-1, Kondominium Puncak Prima Galleria di Jalan 17, Sri Hartamas, antara 1.30 pagi dan 4 pagi pada 25 Disember 2003. ditahan dan dibicara, ternyata bukan Hanif yang membunuhnya. Hanif diistisyharkan mahkamah sebagai tidak bersalah dan terlepas hukuman gantung sampai mati akibat kekurangan bukti.
Mayat Noritta ditemui dalam keadaan menyayatkan hati di mana mayatnya dalam keadaaan bogel diikatkan tangannya di belakang dengan wayar dijerutkan ke leher dan mulut disumbat kain. Kaki Noritta juga diikat. Dipercayai, Noritta telah dirogol terlebih dahulu sebelum dibunuh.
Pembunuhan Noritta diselubungi kisah-kisah yang mengaibkan terutamanya kisah peribadinya. Hasil autopsi pihak forensik ternyata terdapat takungan air mani yang banyak. Ini memungkinkan bahawa mangsa telah dibunuh bukan hanya seorang tetapi beramai-ramai. Namun, ia masih menjadi misteri kerana sehingga hari ini, pembunuh sebenar Noritta gagal dikenalpasti.Walaubagaimanapun, pihak polis telah menahan beberapa individu:
1. Bekas kekasih Noritta – Hanif Basree Abdul Rahman, 36. (sumber: The Star, 8 December)
2. Shahfrul Azrin Azman, seorang broker saham mata wang asing (sumber: The Star, 9 December & Harian Metro)
3.Rakan serumah Noritta. (The Star, 9 December)
4. Lim Sean Kea, 38 iaitu teman lelaki Noritta: dilaporkan beliau akan berkahwin dengan Noritta.(The Star, 9 December)
5. Kenneth Michael Yap Teik Huat dan Nor Azora Abdul Hamid, teman serumah Noritta.
6. Mikko Kouko Johannes Jarva, seorang rakyat Finland direman 10 hari oleh Mahkamah Majistret di sini semalam berhubung kes pembunuhan eksekutif pemasaran, Noritta Samsudin di kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas, 5 Disember lalu. (Berita Harian, 13 December)
7. Turut dibawa ke mahkamah untuk direman bersama-sama Mikko ialah dua lelaki, Suhaimi Sanusi, 37
8. Khairul Anuar Kamaruddin, 22, yang diperintah ditahan reman selama 10 hari oleh Majistret Arleen Ramly.
Dalam kes Noritta Samsuddin timbul desas-desus bahawa terdapat orang kenamaan yang terlibat sebagai perancang pembunuhan ini namun ia dinafi sekeras-kerasnya oleh pihak berkuasa.
3. PEMBUNUHAN CANNY ONG -18 Jun 2003
Penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.
Pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan merogol penganalisis teknologi maklumat (IT), Canny Ong Lay Kian. Beliau yang belajar setakat tingkatan tiga bergenang air mata apabila hukuman mati dijatuhkan ke atasnya. Difahamkan bahawa, Ahmad Najib membunuh mangsa hanya kerana melihat Canny Ong yang cantik dan ramping.
Plot tragis itu bermula apabila Canny yang ditemani ibunya, Pearly Visvanathan dan adik perempuannya menghadiri majlis makan malam di Restoran Monte di Pusat Beli-belah Bangsar (BSC), tempat di mana Ahmad Najib melihat beliau. Dia kemudiannya hilang dipercayai diculik bersama kereta Proton Tiara bernombor pendaftaran WFN 6871.
Mayat Canny kemudiannya dijumpai dalam keadaan hangus di dalam sebuah lubang pembetungan seluas 1x1x1 meter dengan kedua-dua tangannya bersilang di atas dada dan kakinya terjuntai keluar dari lubang itu.
Mayatnya dijumpai tertanam di bawah dua tayar berisi simen dalam lubang pembetungan itu empat hari selepas dia diculik dari tempat meletak kereta BSC. Kisah pembunuhan Canny Ong telah mengempar seluruh rakyat Malaysia.4. PEMBUNUHAN ALTANTUYAA SHARIIBU -27 November 2006
Wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibu, 28, dibunuh menggunakan bahan letupan di Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Penganalisis Politik, Abdul Razak Baginda,Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar ditahan pihak polis bagi membantu siasatan. Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar adalah daripada Unit Tindakan Khas.
Mayat Altantuyaa ditemui dalam keadaan mengerikan di mana cebisan daging-daging mayat ditemui bertebaran di Hutan Simpan Puncak Alam,Shah Alam, Selangor berhampiran dengan Empangan Tasik Subang. Manakala kesan bakar akibat letupan C4 ditemui di Mukim Bukit Raja. Diakui oleh pihak forensik, bahan letupan C4 digunakan bagi menghapuskan mayat.
Azilah(baju putih) dan Sirul(baju kuning) kelihatan berlegar-legar di Hotel Malaya di mana Altantuya menginap.Pada 9 April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Zaki Md Yasin memutuskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah membunuh Altantuyaa Shaariibu, 28 manakala Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48 dibebaskan tanpa perlu membela diri selepas mahkamah gagal menyabitkan beliau dengan elemen bersubahat.Pembebasan Abdul Razak Baginda memberi 1001 persoalan bahawa siapakah dalang utama dalam pembunuhan Altantuyaa Shariibu kerana pada logik akalnya Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar daripada Unit Tindakan Khas adalah anggota beruniform yang mengikut setiap arahan daripada ‘ketua’ nya. Jadi, apabila Abdul Razak Baginda dibebaskan, siapakah ketua mereka yang sebenarnya?Apa yang penting dalam kes ini, setiap satu perkara diselesaikan, ia menimbulkan persoalan daripada memberikan jawapan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2013 09:55 PM | Show all posts
Percayalah
Setiap perbuatan kita samada baik atau jahat
Akan tiba hari pmbalasannya
Cuma cepat dan lmbat sja..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 04:07 PM | Show all posts
k_a_a posted on 18-2-2013 12:03 PM
IMHO...

Kes Datuk Mazlan satu pengajaran, jgn duk cari bomoh utk segalanya.. percaya sgt.. konon  ...

yup2 setuju.. amek sebagai pengajaran.. ltk cctv byk2 spatotnya.. kes2 rogol tu kesian pompuan tu..
yg altantuya tu xtawlaakan.. xbaek lak tuduh2 ni...
ape2 pn gerun baca semua post..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 04:06 PM | Show all posts
pinkyroses811 posted on 19-4-2013 02:25 PM
ade link tak ? .. best juga baca tuk tmbah pengetahuan ...

awak x bile nk copy link..tp ada dlm lagenda,mitos dan sejarah...tajuk diamtragedi pembunuhan yg menggemparkn di malaysia..page 3 klu x silap
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 02:25 PM | Show all posts
Emrymama posted on 17-4-2013 08:05 PM
dah ada thread tuk pembunuhan di malaysia..kt dlm tu semua ada

ade link tak ? .. best juga baca tuk tmbah pengetahuan ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 02:19 PM | Show all posts
                  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2013 05:21 PM | Show all posts
Seriously lepas baca kisah mcm ni jd takut plak semoga kita semua x terlibat dalam kes-kes yang akan datang pulak amin
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 04:55 PM | Show all posts
oh baru tau cerita pokok pangkal peristiwa memali tu
tp betul ke ustaz ibrahim tu produce 'askar2'? ade bukti kukuh ke sebelum lancarkan ops hapus tu..HAPUS?
byk salah faham dan pertelingkahan berlaku antara penguatkuasa kat situ
mcm mane pon hanye org2 terlibat je tau kisah sebenarnye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2013 04:54 PM | Show all posts
k_a_a posted on 18-2-2013 12:49 PM
MEmang betul tu.. Si Juraimi yg buat tu pun dah kena gantung, lebih awal drp mona fendi + suami ny ...

lol dah mcm kes cite sweeney todd plak ye masak daging manusia bagi orang lain makan.. ohhh nyeri
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 04:33 PM | Show all posts
Aku nak nengok pembunuh Nurin tu kena tangkap. Budak yg tak berdosa dibunuh gitu gaya Aku ada ramai anak2 sedara yg kecik2 tu yg sedih bila nengok budak2 besar kena bunuh cam tu.

Pasal Memali tu, akak dgn abg ipar aku pernah gi umrah satu group dgn salah sorang anggota polis yg terlibat dlm kes Memali (sekarang dah pencen).. Orangnya tak makan rasuah..kira clean cut polis lah tapi masa kat Mekah, tiap kali dia masuk Masjidil Haram, dia jatuh sakit sampai tak leh jalan. UStaz yg ikut rombongan tu tanya dia apa kesalahan ke yg dia pernah buat..org tu kata tak de lah...last2 dia bgth dia pernah terlibat dalam kes Memali. Dah bos suruh tembak..dia tembak lah tapi dia tak tahu siapa yg kena tembakan dia. Dia tak tahu dgn siapa dia nak mintak maaf pasal. Utk yg beragama Islam ..kena paham2 lah kat Masjidil Haram tu..you will get the payment of what you have done. Bak akak aku kata... "Fast delivery"
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 08:05 PM | Show all posts
dah ada thread tuk pembunuhan di malaysia..kt dlm tu semua ada
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 05:14 PM | Show all posts
takde ka nak citer pembunuhan isteri kedua raja dihilir perak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 01:06 PM | Show all posts
Pembunuhan oleh suluk di lahad datu.. leh masuk?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 02:28 AM | Show all posts
altantuya

bunuh tapi takde motif

apa..ingat polis 2 orang tu bunuh saja2 nak mengisi masa terluang???


jahanam sungguh kehakiman kat malaysia nih....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 03:07 PM | Show all posts
mendap. soalan iols pun tak de yang menjawab
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 05:42 PM | Show all posts
serius aku tak berapa clear psl tragedi memali tu..sb aku budak2 lg masa tu..barulah aku faham..patutlah aku penah terbaca dulu, arwah2 yang terbunuh masa tu, ketika pengebumian, sultan kedah turun mencemar duli menziarah.. klu depa tu pengkhianat negara, xkan la sultan sanggup turun camtu sekali??Hanya Allah yg maha mengetahui..Al-Fatihah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2013 05:30 PM | Show all posts
betul2 kejam!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 05:09 PM | Show all posts
ada 2 perkara yang iols tak berapa nak tangkap pasal peristiwa memali nih.

1. Di katakan yang pengikut2 Haji Ibrahim Libya yang serang polis dulu (kalau tak silap di balai polis).

" Dalam peristiwa berdarah 18 Nov 1985, empat anggota polis Melayu-Islam dibunuh. Pasukan keselamatan mengambil tindak-balas yang berakhir dengan Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya terkorban bersama 13 lagi pengikutnya."

2. Anggota polis yang terbunuh itu adalah dari kesilapan pihak polis sendiri.

" Ketika itu, komando 69 yang masih mabuk telah melepaskan tembakan secara rambang ke arah mereka. Namun sasarannya tersalah lalu mengenai seorang pegawai kanan, seorang pegawai rendah dan seorang konstabel PPH."

Boleh sesiapa terangkan tak pasal ni? Adakah sebab no 1 itu yang di katakan orang2 islam di Memali sebagai komunis? Atau ini adalah agenda politik Tun Musa Hitam dan Tun Mahathir sendiri pada masa itu?

iols juga pernah terbaca di Bod CI yang mana ada bekas ahli PAS mengatakan yang adanya agenda menculik dan membunuh Tun Mahathir selepas tersebarnya Amanat Haji Hadi pada tahun 1981? Adakah perkara ini (peristiwa memali) adalah rentetan dari perkara tersebut? Last edited by itik_kuning on 27-3-2013 05:12 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 03:54 PM | Show all posts
Al-Fatihah buat saudara seislam yang meninggal dlm kes memali...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2013 12:12 AM | Show all posts
ape bisnes datuk mazlan ni ek sampai ade duit berjuta2.. musykil aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.088261 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list