(ntah aku nak letak kat board politik kang...ada penyanyi. Ikut lah....sorry ya moderator, kalau salah tolong jolokkan) AMK lancar Dokumen Merah, isytihar penyanyi Yasin sebagai duta
17 FEB: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini melancarkan Gagasan Anak Muda Malaysia atau ‘Dokumen Merah’ yang mengandungi lima tawaran kepada anak muda Malaysia sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).
Lima perkara itu ialah gagasan pemberdayaan pendidikan, gagasan kualiti hidup, gagasan kesaksamaan poltitk dan demokrasi, gagasan perumahan strategik dan gagasan merakyatkan kebudayaan dan sukan anak muda.
“Pelancaran rasmi akan dibuat di Melaka oleh Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin,” kata Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip sambil memaklumkan tarikh tersebut akan dimaklumkan kemudian.
AMK turut melancarkan video klip lagu ‘Reformasi’ di ibu pejabat KEADILAN hari ini, nyanyian artis Yasin yang menjadi lagu rasmi kempen AMK di seluruh negara.
“Yasin adalah duta rasmi kempen pilihan raya AMK. Beliau bersama AMK akan bergerak mengelilingi Malaysia dan turun ke setiap kawasan ditandingi calon AMK,” kata Rozan.
Beliau menjangka, selepas berita penyanyi Yasin sebagai ‘duta rasmi’ AMK dan ‘Dokumen Merah’ dilancarkan, undangan persembahan dan jemputan kempen program akan meningkat.
Justeru sebarang komunikasi melibatkan jemputan termasuk kempen pelancaran ;Dokumen Merah’ AMK boleh dibuat melalui Setiausaha AMK, Julailey Jemadi atau Setiausaha Kerja AMK, Syed Badli Shah Syed Osman.
Tonton lagu Reformasi nyanyian, Yasin kat bawah neh... ~ KD
clara_nur posted on 18-2-2013 02:29 AM
skrg ni artis mkin open..tak takut nk bgtau diorg sokong sapa scr terbuka
di USA dah lama dh. masa barrack obama belum jadi presiden dh ramai artis tunjuk transparent support kt dia
mcm oprah,alicia keys, beyonce. xde masalah pun. tuh barulah negara btol2 demokrasi.
Xperlu nak ban2 bagai. hak memilih kan hak rakyat termasuk golongan artis.