CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2293|Reply: 17

[Tempatan] Lelaki dituduh pencuri dipaksa teguk minuman keras

[Copy link]
Post time 23-2-2013 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Sepang: Seorang lelaki yang dituduh mencuri kunci stereng milik majikannya bukan saja dibelasah lapan lelaki malah turut dipaksa minum empat gelas arak.
Ketika kejadian jam 5 pagi di sebuah asrama pekerja di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini kelmarin, mangsa berusia awal 20-an dikatakan sedang nyenyak tidur sebelum dikejutkan kumpulan lelaki berkenaan.

Menurut sumber, kumpulan lelaki itu kemudian bertanyakan kunci stereng berkenaan sebelum menuduh kononnya mangsa mencuri alat itu.


“Mangsa menafikan dan memberitahu tidak tahu menahu mengenai kehilangan alat berkenaan namun gagal menyakinkan kumpulan lelaki terbabit.

“Malangnya pengakuan mangsa menyebabkan dia dipukul dan dibelasah kumpulan lelaki terbabit sehingga mengalami kecederaan parah seluruh badan,” katanya.

Katanya, mangsa dilaporkan cedera di mata kanan, belakang kepala, tangan dan kaki dipercayai dipukul dengan benda tumpul oleh lelaki terbabit.

“Selepas melihat mangsa tidak bermaya, kumpulan lelaki berkenaan kemudian memaksa mangsa meminum empat gelas arak yang dipercayai dibawa bersama ketika datang ke bilik mangsa,” katanya.

Sebelum beredar, kumpulan lelaki itu turut mengambil kunci motosikal dan dua telefon bimbit milik mangsa.

Sumber berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi selepas menerima rawatan di sebuah klinik berhampiran.

Difahamkan, susulan laporan mangsa itu, polis kemudian melakukan operasi besar-besaran sebelum menahan tujuh lelaki berkenaan yang berusia 20-an hingga 30-an dan sedang memburu seorang lagi rakan mereka yang masih bebas.

Katanya, polis turut menemui semula telefon bimbit jenis Sony Ericsson dipercayai milik mangsa dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/23

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2013 11:15 AM | Show all posts
giler arghhhhh...

mohtep suruh laki tu minum arak???
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 11:19 AM | Show all posts
tannik gedega...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 11:20 AM | Show all posts
musti majikan byk stok arak....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 12:09 PM | Show all posts
lau bg mnm air kencing ngn air arak mana lbh najiss?? hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 12:19 PM | Show all posts
tak patut ni..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2013 12:24 PM | Show all posts
MissNigga posted on 23-2-2013 11:15 AM
giler arghhhhh...

mohtep suruh laki tu minum arak???

org2  kaki minum especially cina lah kan..percaya amat amat sgt...kalau org tu berbohong/xnak mengaku ke....tuang minuman keras dlm mulut dia sebyk mungkin...nanti dia akan cerita perkara sebenar,,,

kononnya mrk kata ,org mabuk ni xpernah menipu...tengah mabuk...katanya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 02:09 PM | Show all posts
HannahMontana posted on 23-2-2013 12:24 PM
org2  kaki minum especially cina lah kan..percaya amat amat sgt...kalau org tu berbohong/xnak meng ...

itu cuma spekulasi dari orang yang jenis racist, cakap dan fikir pun style racist,

“Selepas melihat mangsa tidak bermaya, kumpulan lelaki berkenaan kemudian memaksa mangsa meminum empat gelas arak yang dipercayai dibawa bersama ketika datang ke bilik mangsa,” katanya.



dah depa balun mangsa sampai lembik, mungkin motif depa paksa mangsa minum arak supaya
klu ada apa2 yang terjadi kepada mangsa, ramai yang akan terfikir bahawa mangsa mungkin kaki botol,
atau orang lain tidak akan percaya kepada kenyataan mangsa sebab mangsa dipengaruhi alcohol..

Last edited by Darien_Fawkes on 23-2-2013 02:10 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2013 03:31 PM | Show all posts
Darien_Fawkes posted on 23-2-2013 02:09 PM
itu cuma spekulasi dari orang yang jenis racist, cakap dan fikir pun style racist,

ni baghal oii...


sudah ko belasah dia sampai lembik lepas tu ko nak suruh org lain fikir yg dia sebenarnya mabuk dan pulul diri dia sendiri...apa kata ko tuduh dia buat bekam ....hah mcm tu baru xracist...

come on...

ko tu terasa sgtttttttttttttt ,apa hal ko?

mabuk.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 03:56 PM | Show all posts
HannahMontana posted on 23-2-2013 03:31 PM
ni baghal oii...

tengok aje dah tau ko tu jenis racist,, so xyah nak menyalak kuat sangat
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 04:16 PM | Show all posts
HannahMontana posted on 23-2-2013 12:24 PM
org2  kaki minum especially cina lah kan..percaya amat amat sgt...kalau org tu berbohong/xnak meng ...

ooo yer ker... cam logik ler pulok...
cer buat bijan or ahkak pink mabuk, dan suruh mereka citer apa agenda politik mereka sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 04:24 PM | Show all posts
MissNigga posted on 23-2-2013 04:16 PM
ooo yer ker... cam logik ler pulok...
cer buat bijan or ahkak pink mabuk, dan suruh mereka citer  ...

logik la sungguh tu....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 04:27 PM | Show all posts
Darien_Fawkes posted on 23-2-2013 04:24 PM
logik la sungguh tu....

mmg ler logik... pasai tu altantuya kena C4
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 04:28 PM | Show all posts
mcm pelik...ajerrr
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 04:46 PM | Show all posts
Darien_Fawkes posted on 23-2-2013 03:56 PM
tengok aje dah tau ko tu jenis racist,, so xyah nak menyalak kuat sangat

faham sgtlah yg anjing dah cina tu berbeza tiadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....pet kannnnnnnnn

xperlulah ko terasa ko sgt...

atau ko mmg pun menyalak...

mabuk.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 06:09 PM | Show all posts
terserlah lah juga kesyumulan ko tue ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2013 06:10 PM | Show all posts
MissNigga posted on 23-2-2013 04:27 PM
mmg ler logik... pasai tu altantuya kena C4


Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 07:01 PM | Show all posts
syumul..............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.072153 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list