CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nescafe_ice

Saka Datuk

[Copy link]
 Author| Post time 24-2-2013 07:33 AM | Show all posts
kikiharris posted on 24-2-2013 03:03 AM
Nescafe,nanti ko sambung cite ni
seram weyh! camne aa kalau ko blk kg atok??especially time raya tu ...

kg atuk aku sejam je dari rumah, kami kalau raya tak bermalam sana. balik hari je. atuk selalu buat kenduri malam, dulu selalu lah tidur sana tp sejak dah 'ada' balik benda-benda tu kami balik rumah sendiri jugak malam-malam pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2013 07:43 AM | Show all posts
Kisah 5 : Ramainya atuk!

Wan tinggal dengan atuk dan anak bujang mereka.
Sebagai isteri, mesti lah wan tahu pasal saka atuk.
Kadang-kadang wan nampak atuk dalam bilik mereka,
Bila wan keluar bilik, atuk ada di bilik air.

Wan berniaga kecil-kecilan.

Pernah sekali wan baru balik berniaga,
Hari dah gelap.
Bilik wan dan atuk jauh dibelakang. (dapur)
Bila wan masuk rumah melalui ruang tamu,
Wan nampak atuk duduk atas kerusi.
Atuk cuma mendiamkan diri.
Wan malas nak menegur, takut 'tersalah' tegur.
Bila wan masuk bilik,
Yaaaa atuk ada dalam bilik.

"baru balik?"

Tanya atuk.

p/s : aku tak pasti atuk ada hantu raya atau tidak. mak cakap takde. tapi kalau yg suka merupa tuan dia tu apa?
Last edited by nescafe_ice on 25-2-2013 01:04 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2013 07:55 AM | Show all posts
Atuk aku baik orangnya.
Kalau dengan cucu, tak pernah nak marah.
Aku dah 20+ tapi kadang-kadang dia suka menyakat aku macam aku ni budak kecik.
Jadi bila teringat yg atuk aku ada membela, aku jd kesal.
Kenapa buat mcm tu?

Yg aku tahu, emak pernah bercerita.
Dulu arwah nenek (atuk pernah banyak kali kawen-meninggal dunia)
Nenek ni mak kpd mak aku. Masa tu komunis kuat.
Keluarga tentera dicari, untuk dibunuh.
Masa ni atuk baru kawen dengan arwah nenek.
Mujur arwah nenek sempat menyembunyikan diri.
Mungkin sebab tu atuk membela.
Untuk melindungi keluarga.
Dan ada salah seorang kenalan atuk, mewariskan belaannya kpd atuk.
Maka disitu lah mula nya, atuk minat dengan benda-benda ni.

Aku sendiri pernah melihat makanan apa yg atuk beri,
Yg aku ingat cuma bertih jagung, kerana masa tu aku masih bersekolah rendah.
Baru-baru ni atuk aku tunjukkan makanan orang dia pd ayah aku.
Aku tanya ayah aku, apa yg atuk tunjuk?

"kaki kijang, bertih jagung"

Lebih kurang lah dengan apa yg aku pernah tengok dulu.
Setakat ni atuk tak mahu buang orang dia lagi,
Itu yang merisaukan kami sekeluarga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2013 08:11 AM | Show all posts
Kisah 6 : Semasa emak kecil.

Aku tinggal di daerah A, atuk di daerah B.
Jarak rumah kami cuma sejam perjalanan.

Lebih kurang tahun 60-an.
Masa emak masih kecil.
Tapi masa ni arwah nenek dah meninggal dunia,
Atuk menduda seketika.

Emak ada 3 orang adik lelaki.
Emak anak sulung.
Arwah nenek meninggal dunia masa emak umur 9 tahun.
Besar tanggungjawab emak, menjaga adik-adiknya.
Masa ni atuk dah bersara dari tentera,
Dah cukup 21 tahun berkhidmat.

Masa ni atuk sekeluarga duduk di daerah aku ni (daerah A)
Atuk suka keluar malam masa tu.
Tinggal lah emak dan adik-adik nya.

Pada suatu malam, jiran atuk nampak seseorang seperti mengendap rumah atuk.
Disangkanya pencuri. Terus di cari atuk.
Atuk tanya jiran, “macam mana rupanya?”

“entah, gelap. hitam je. “

Atuk sekadar tersenyum.
“tak ada apa-apalah” kata atuk.

Orang atuk lah tu.
Sebab tu atuk tak takut tinggalkan anak-anak dia yg masih kecil dirumah.

Menurut emak aku, beliau tak pernah melihat/ternampak walau sekali pun orang atuk.
Sepanjang hayat emak. Sampai sekarang memang tak nampak.
Mak kata “mak pun tak nak tengok!”
Last edited by nescafe_ice on 25-2-2013 01:05 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2013 08:17 AM | Show all posts
Kisah 7 : Kau tinggal sini ya?

Setahun sebelum emak berkahwin, atuk ajak berpindah ke daerah B.
Kerana kecewa saudara mara tidak mempedulikan anak-anak atuk yg tak beribu.
Sebelum berpindah, atuk tak mahu membawa orang dia.

"Kau tinggal sini, jaga rumah ni!" arah atuk.
Rumah tu sudah dijual kepada seorg org kampung.

Beberapa kali rumah itu berganti tuan.
Orang kampung mula bercerita, ada yang 'ditinggalkan' di rumah itu.
Cuma sejak beberapa tahun yang lalu,
Ada satu keluarga yg kekal duduk di rumah tu.

Dan semasa kami melawat atuk di daerah B,
Atuk katakan pada emak,

"ada org ke duduk rumah lama pak tu?"

Emak mengiyakan.

"pak tinggal 'orang' kat situ, dia dah datang cari pak kat sini" kata atuk.

Aku cuma nak tergelak mendengar,
Sebab atuk berkata dalam nada seperti mengadu.
Dan masa tu aku tak paham sangat pasal benda-benda ni.
Last edited by nescafe_ice on 25-2-2013 01:06 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2013 08:35 AM | Show all posts
Kisah 8 : ditindih.
Ini kisah aku. Tidak menyeramkan, Cuma menjadi tanda tanya.

Malam tu aku dan keluarga tidur di rumah atuk.
Selalu nya mak-mak sedara aku akan berkumpul sekali.
Tapi kerana rumah masing-masing dekat, malas nak tidur rumah atuk.
Aku memang dah tak sedap hati dr awal.
Sebab masa tu aku tengah kemuncak di hantui mimpi menakutkan,
Dan selalu ditindih.
Aku agak, ‘mesti malam ni aku kena’

Aku, emak dan abah tidur di ruang tamu.
Abah memang dah sedap berdengkur.
Dan aku perhatikan emak pun susah nak tidur.

Sayup-sayup aku dengar lolongan anjing.
“awuuuuuuuuuuuuuuuuuu” mendayu dayu.
Aku memang dah gabra.
‘habis lah aku habislahhh!’ terdetik di hati aku.
Dalam antara sedar tak sedar, tiba-tiba aku rasa sesak.
Memang masa tu aku dah tahu,
Memang aku dah terkena.
Aku ditindih. Aku tak boleh bergerak.
Aku pandang emak aku untuk meminta tolong.
Aku cuba menggerakkan jari.
Yang aku pelik, bila aku pandang emak aku..
Bukan emak yg aku nampak.
Seakan akan ada sesuatu di antara aku dan emak.
Aku cuba fokus, ‘siapa tu?’
Seperti ada bayangan yg baring antara aku dengan emak.
Yg menakutkan bayangan ni menampakkan wajahnya.
Wajahnya biasa, Cuma dia tersenyum penuh seram pd aku.
Aku cuba melepaskan diri dari ditindih.
Dah berulang-ulang kali aku membaca ayat kursi dalam hati,
Baru lah aku lepas.

Yang aku pelik, semasa aku ditindih tu..
Aku dengar suara atuk aku membaca Al-Quran.
Jelas aku dengar.

Memang lama jugak aku serik nak tidur rumah atuk.
Padahal sebelum tu elok je aku tidur situ.
Last edited by nescafe_ice on 25-2-2013 01:06 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2013 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
nescafe_ice posted on 24-2-2013 07:29 AM
kalau bakar kemenyan tu untuk apa eh, tau tak? baru-baru ni atuk ada bakar kemenyan. masa tu kami  ...

uik setau aku kwn aku pernh ceta lau org bkr kmenyan ni.ia lg pngil benda2 tu smua.taw...bkn menghalau..e
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2013 02:21 PM | Show all posts
QziraH posted on 24-2-2013 01:34 PM
uik setau aku kwn aku pernh ceta lau org bkr kmenyan ni.ia lg pngil benda2 tu smua.taw...bkn mengh ...

Kan! Aku pun rasa mcm tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2013 02:28 PM | Show all posts
nescafe_ice posted on 24-2-2013 02:21 PM
Kan! Aku pun rasa mcm tu.

tau x pa.... uik...nak tnya mcm mn kita nak chek yg family kita ada saka maka ni???
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 02:50 PM | Show all posts
patot semua cite hantu dalam ni di buat filem. huuuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2013 03:54 PM | Show all posts
QziraH posted on 24-2-2013 02:28 PM
tau x pa.... uik...nak tnya mcm mn kita nak chek yg family kita ada saka maka ni???

Check sendiri? Idk tp abang aku pernah suruh aku dengar ayat ruqyah. Aku pernah baca dlm laman web pengamal perubatan Islam, kalau dengar ayat tu lepas tu kira rasa panas, pening-pening macam tak selesa mungkin adalah tu. Tp ada risiko nya, jangan sampai benda tu merasuk kita pulak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2013 03:57 PM | Show all posts
theflash posted on 24-2-2013 02:50 PM
patot semua cite hantu dalam ni di buat filem. huuuh

Cerita aku tak sedahsyat cerita kau. Kalau cerita kau buat filem, aku tengok melalui celah-celah jari jela.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 04:03 PM | Show all posts
nescafe_ice posted on 24-2-2013 03:54 PM
Check sendiri? Idk tp abang aku pernah suruh aku dengar ayat ruqyah. Aku pernah baca dlm laman web ...

waaaahh yer ke....ti nak try....lah....tp kemungkinn kami belum ada yg kena lgi sebb stil ada 1 keturunan (mama) kami yang pegang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2013 04:08 PM | Show all posts
QziraH posted on 24-2-2013 04:03 PM
waaaahh yer ke....ti nak try....lah....tp kemungkinn kami belum ada yg kena lgi sebb stil ada 1 ke ...

Mungkin dia saja-saja nak jenguk kot, yelah dah nama pun keturunan pewaris.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 04:22 PM | Show all posts
nescafe_ice posted on 23-2-2013 11:33 PM
kg atuk aku sejam je dari rumah, kami kalau raya tak bermalam sana. balik hari je. atuk selalu bua ...

kalau aku pun tak sanggup ler nk bermalam..haruslah aku tak tido.nak2 dah tau ada entiti lain kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2013 04:51 PM | Show all posts
kikiharris posted on 24-2-2013 04:22 PM
kalau aku pun tak sanggup ler nk bermalam..haruslah aku tak tido.nak2 dah tau ada entiti lain kan: ...

Aku ok je tidur rumah atuk. cuma sekali tu jela rasa tak sedap hati, last2 kene tindih. lepas kejadian tu ada balik tidur rumah atuk, ok je. yg penting jgn lupa baca ayat kursi selalu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2013 05:35 PM | Show all posts
nescafe_ice posted on 24-2-2013 07:29 AM
kalau bakar kemenyan tu untuk apa eh, tau tak? baru-baru ni atuk ada bakar kemenyan. masa tu kami  ...

ye mmg..kalo bakar kemenyan mengundang mende alah tu dtg.. hati2 la wei, jgn sampei syirik plak
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 05:39 PM | Show all posts
nescafe_ice posted on 24-2-2013 04:51 PM
Aku ok je tidur rumah atuk. cuma sekali tu jela rasa tak sedap hati, last2 kene tindih. lepas keja ...

ko sebut pasal tanak blk umah atok ko..aku pun sama gak sbnrnye, moyang aku dah 90 an (tatau secara tepat umo dia) last aku berani balik jumpe dia raya tawun lps, lain sgt rupa dia,, huhu..mmg dgr2 ada gak benda2 cmni, cuma moyang aku ni takdela sampai ngubat2,, bila tanye yg arif pasal ni,, benda tu menjaga kebun2..moyang aku ni mmg byk tanah,,nyanyuk tak usah kira la skg...yg heran, anak cucu cicit tak bape kenal..tp piut sulung dia kenal..sape tak seram weh. kami gi umah dia hanya memandang pada piut sulung dia tu je,,wlopon piut2 lain bersama piut sulung ade skali main depan2 dia..lepas tu , masing2 mcm berat je nak blk jumpe dia...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 05:54 PM | Show all posts
nescafe_ice posted on 24-2-2013 08:51 AM
Aku ok je tidur rumah atuk. cuma sekali tu jela rasa tak sedap hati, last2 kene tindih. lepas keja ...

ok nanti kalau free,sambung lg tau..
mmg best la cite ko ni..bila baca cite ko teringat kt umah atok aku yg besar tp kosong dah bertahun2
perghh mesti da mcm2 entiti dlm tu..sesekali balik jenguk,bersihkan rumah..memang rasa semacam
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 06:23 PM | Show all posts
yedee posted on 24-2-2013 05:39 PM
ko sebut pasal tanak blk umah atok ko..aku pun sama gak sbnrnye, moyang aku dah 90 an (tatau secar ...

sah-sahla piut tu nanti pewaris pilihan... huhuhuhu....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.573831 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list