CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8073|Reply: 8

Seperti apa BENTUK dan RUPA JIN itu ??? ini dia ...

[Copy link]
Post time 24-2-2013 09:49 PM | Show all posts |Read mode
Seperti apa BENTUK dan RUPA JIN itu ??? ini dia ...
PADA dasarnya bentuk rupa Jin tidak banyak berbeda dari bentuk rupa manusia, iaitu mereka memiliki jenis kelamin, memiliki hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sebagaimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga 90 peratus Jin menyerupai manusia.

Hanya perbezaan fisik Jin adalah lebih kecil dan halus dari manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang tinggi dan bermacam-macam warnanya, iaitu putih, merah, biru, hitam dan sebagainya. Jin kafir dan Jin Islam yang fasik itu memiliki rupa yang buruk dan menakutkan. Sedangkan Jin Islam yang soleh memiliki paras yang elok.



Menurut beberapa pendapat, tinggi Jin yang sebenarnya adalah sekitar tiga hasta saja. Pengetahuan mereka lebih luas dan berumur sangat panjang sampai beribu-ribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak melebihi kecepatan cahaya dalam suatu waktu. Kerana Jin terdiri dari mahkluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seperti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh jutaan Jin dan juga dapat merasuki dan menghuni tubuh manusia.

Jumlah Jin terlalu banyak sehingga menurut beberapa pendapat mengatakan bahawa jika jumlah semua manusia dari Nabi Adam sampai hari
kiamat dikalikan dengan haiwan-haiwan, dikalikan dengan batu-batu, dikalikan dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun hanya sepersepuluh dari total Jin.

Sedangkan total Jin adalah sepersepuluh dari total Malaikat. Total Malaikat hanya Allah dan Rasulnya saja yang mengetahuinya.

Alam tempat berdiamnya Jin adalah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal yaitu suatu alam yang terletak diantara alam manusia dan alam malaikat. Jika kita diberikan oleh Allah kemampuan untuk melihat Jin, sudah tentu kita akan melihat jarum yang jatuh dari atas tidak akan jatuh ke bumi, tetapi jatuh dibelakang Jin, kerana sangat banyaknya jumlah mereka.

Oleh sebab itu orang tua kita selalu berpesan agar anak-anaknya segera kembali ke rumah apabila tiba waktu maghrib dan pintu serta jendela rumah harus di tutup, agar tidak dimasuki oleh setan dan Iblis.

Sebagaimana sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Rasulullah: “Bila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebagian malam maka tahanlah anak-anakmu kerana sesungguhnya setan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah (ketika menutupnya) “

Hadist di atas berarti bahwa Jin dan setan tidur di waktu siang dan menjelang petang mereka keluar untuk mencari rezeki dan makanan, baik laki-laki mahupun perempuan, baik yang dewasa atau anak-anak.





p/s : gambar boleh jadi ori boleh juga photosop , sila kira sendiri.....wallahu a'lam bishowab





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2013 11:29 PM | Show all posts
jin kerr tu????
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 01:11 AM | Show all posts
jin pakai toncet
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 10:26 AM | Show all posts
patutla bnyk jin blh masuk dlm 1 badan manusia...siap berkampung lagi tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 10:58 AM | Show all posts
tingginye jin dlm gambo tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 06:47 PM | Show all posts


takdak org yang cerdik pandai dalam bidang ni ke nak komen?? menarik nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2013 09:25 PM | Show all posts
Macam hantu dalam cerita Woman in black
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 10:00 PM | Show all posts
info menarik untuk dikongsi sebab ramai sgt nk tgk jinn kann2..
manusia biase boleh melihat jinn (bukan bentuk asal) dgn terbukanya "hijab" yg tertutup..ada ilmu dan kaedahnya..

"  RUPA DAN BENTUK JIN / SYAITAN "

Memperlihatkan diri dalam bentuk rupa yang asal atau berada dalam sifatnya yang hakiki adalah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan oleh jin ataupun syaitan. Dalam lain perkataan, manusia tidak boleh melihat mereka dalam kewujudannya yang asli, kerana Allah s.w.t telah memperkenankan permintaan bapak jin (ketika mula diciptakan) agar ia dapat melihat tetapi ia sendiri tidak boleh dilihat, “Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari semua tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” (Surah Al-A’raaf:27). Namun demikian, jin pula tidak boleh melihat malaikat kerana malaikat diciptakan daripada cahaya yang sudah pasti lebih hebat berbanding api.

Maka barang sesiapa yang mendakwa dia telah melihat jin/syaitan (dalam keadaan rupa sebenar) maka dia sebenarnya telah berdusta, kecuali dia adalah seorang nabi. Sebab bagi para nabi, melihat jin/syaitan adalah sesuatu mukjizat (bukti kenabian). Al-Qusyairi menyatakan, ‘Allah s.w.t telah menetapkan (mengikut hukum alam) bahawa anak cucu Adam tidak dapat melihat syaitan di dunia’. Manakala Al-Baihaqi meriwayatkan dalam ‘Manaqib Asy-Syafi’e dengan sanad dari Ar-Rabi’’ katanya, “saya mendengar ‘As-Syafi’e berkata, barangsiapa mendakwa dirinya melihat jin (dalam bentuk asli), maka kami menganggap syahadahnya telah batal kecuali ia adalah seorang nabi”.

Apapun mereka yang mendakwa telah melihat jin, mungkin ketika jin telah menampakkan diri dalam bentuk yang memang boleh dilihat (menyerupai atau menyamar dalam bentuk manusia dan haiwan) maka dalam hal ini tidak mengapa, kerana perkara ini ada disebut dalam pelbagai riwayat. Dalam buku ‘Aqidah Islam’ Prof Sabiq menulis, jin atau syaitan itu secara aslinya tidak dapat di lihat oleh mata zahir. Tidak diketahui bagaimana bentuknya dan mereka mempunyai kuasa menjelma diri dalam bentuk-bentuk yang lain. Namun begitu, ada juba yang berpendapat bahawa anak-anak kecil yang berusia 1 hingga 2 tahun dapat melihat jin dalam bentuk yang asli.

Bagaimanapun, di dalam situasi yang tertentu, manusia sebenarnya masih mampu melihat jin iaitu apabila ia dilakukan melalui upacara meminum air sihir tertentu atau pun apabila seseorang manusia itu terkena sihir. Air ini bila berada dalam tubuh seseorang, ia akan membentuk semacam ‘pusat’ besi magnet yang mampu menarik syaitan-syaitan untuk masuk ke dalam tubuhnya. Dengan ini, ia akan memberi gangguan terhadap susunan fizikalnya (kadangkala boleh menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri). Ini seterusnya mampu memberikan kekuatan kepada dirinya untuk melihat, mendengar dan mudah dikuasai oleh jin atau syaitan tersebut.

Penjelmaan dalam bentuk lain seperti menyerupai sahabat terdekat, kekasih atau suami wanita (lebih-lebih lagi untuk waktu yang lama) adalah sesuatu yang sulit dilakukan oleh jin mahupun syaitan. Jin atau syaitan sebenarnya akan menderita kesakitan sewaktu hendak menukarkan jasadnya ke dalam bentuk yang asal. Ini memerlukan masa yang lama dan dalam proses pertukaran ini jin ataupun syaitan sebenarnya akan mengalami penderitaan yang teruk. Disamping itu, ia juga takut akan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan risiko (kerana ia pun takutkan manusia) sama ada tertangkap atau mati dibunuh. Bila tertangkap dan dibaca ayat kursi kepadanya, nescaya ia akan menggeletar sehingga boleh mengalami stres yang berat dan akhirnya mati. Kalau tidak pun ia akan lemah longlai dan menjadi tidak bermaya.

Jenis-Jenis Dan Bentuk Jelmaan Jin Serta Syaitan

Nabi Muhammad s.a.w pernah menyebut mengenai pelbagai jenis jin menerusi sabdanya, “Jin terbahagi kepada tiga kelompok. Satu kelompok mempunyai sayap yang membolehkan mereka terbang ke udara (jin jenis ini tidak makan dan tidak minum serta tidak mempunyai keturunan). Satu pertiga lagi berbentuk seperti ular dan anjing, manakala sepertiga lagi boleh bertukar bentuk dari satu bentuk ke bentuk yang lain,” Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dengan sanad sahih. Dan menurut hadis yang lain, Allah s.w.t telah menciptakan jin itu tiga jenis. Ada yang bertempat di tubuh ular, kala jengking dan rumput-rumput. Ada yang sebangsa dengan angin, terbang di udara. Dan ada juga golongan seperti manusia yang akan mendapat seksaan dan dihisab di Padang Mahsyar.

Syaikul Islam Ibn Tamiyah berkata, “Jin dapat menyerupai bentuk binatang seperti ular (rupa bentuk yang sangat disukai oleh jin), kala jengking, unta, sapi, kambing, kuda, baghal, burung dan manusia berketurunan Adam”. Manakala dalam Bible, ular disebut sebagai penjelmaan syaitan. Menurut kepercayaan mereka yang beragama kristian, syaitan telah menjelma seperti ular untuk menggoda Eva (hawa) supaya memakan buah larangan di dalam syurga. Manakala bagi kalangan masyarakat India pula, ular jenis ‘Cobra Capella’ merupakan makhluk suci.

Ular putih merupakan jelmaan jin islam yang sangat jarang ditemui dan ia menyerupai seakan-akan tongkat perak. Bunuhlah semua ular selepas diperingatkan tiga kali iaitu dengan cara melaungkan azan sebanyak tiga kali. Kecuali jin putih yang bentuknya seperti tongkat perak. Dalam sebuah hadis marfu’, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya di Madinah itu banyak jin yang telah masuk islam. Jika kamu sekalian melihat sebahagian haiwan itu (ular itu), maka laungkan azan tiga kali. Dan jika ia tetap menampakkan dirinya ( tidak beredar), maka bunuhlah dia.”

Wahab b. Munabbih ketika menceritakan pertemuannya dengan jin islam di tempat tawaf pada satu musim haji. “Selesai aku bertawaf, kami duduk di halaman masjid. Lalu aku berkata kepadanya, hulurkan tanganmu kepadaku. Ternyata tangannya itu mempunyai kuku seperti kucing dan berbulu halus. Kemudian aku meraba pula bahunya dan terasa seperti ia bersayap.” Penjelmaan jin dalam pelbagai bentuk ini adalah kerana Allah s.w.t telah mengajarkan mereka beberapa kalimah dan amalan tertentu. Apabila dilakukan dan disebut kalimah-kalimah tersebut, maka Allah s.w.t menukarkannya (jin) dari satu rupa kepada satu rupa yang lain. Ini membuktikan bahawa jin-jin itu tidak ada upaya mengubah dirinya sendiri tanpa izin Allah s.w.t. Bagaimanapun, jin yang cuba menjelma bagi kedua kalinya (pada masa yang sama) kepada rupa yang lebih menakutkan dan menggerikan, maka Rasulullah s.a.w menyarankan bahawa ia boleh dibunuh. Berkaitan dengan rupa syaitan yang sebenar ada disebut dalam Al-Quran (As-Safat: 64-65) yang mana Allah s.w.t telah menggambarkan bahawa kepala syaitan itu adalah seperti buah zaqum yang tumbuh di dasar neraka jahanam.

Ada dua jenis ular dari kelompok jin (syaitan) yang sama sekali tidak boleh mengubah bentuk dirinya kepada bentuk yang lain. Yang pertama ialah ‘Al-Abtar’ dan kedua ‘Dzu ath-Thhifyatain’. Al-Abtar adalah ular yang pendek ekornya dan panjangnya sekitar sejengkal, manakala Dzu ath-Thhifyatain pula adalah sejenis ular yang mempunyai garis putih di belakangnya dan berwarna coklat. Namun, yang pastinya kedua-dua ular ini merupakan ular yang sangat bahaya serta boleh mengancam nyawa, kerana itu janganlah teragak-agak untuk membunuhnya. Al-Bukhari telah meriwayatkan dari Ibn Umar r.a, bahawasanya beliau mendengar Rasulullah s.a.w berkhutbah di atas mimbar: “Bunuhlah ular Dzu ath-Thhifyatain dan Al-Abtar, sebab kedua-dua binatang itu menyembur mata (membutakan mata) dan menggugurkan kandungannya.”

Jika selain daripada kedua-dua jenis ular tersebut ( iaitu jelmaan dari jin), kita disarankan agar mengusirnya terlebih dahulu iaitu dengan memperingatkannya sebanyak tiga kali. Jika ia lari perlu dibiarkan, tetapi jika ia degil jelaslah ia adalah makhluk yang jahat. Sebutlah nama Allah dan kemudian bunuhlah ia. Diriwayatkan dari Imam Ibn Abbas r.a, “Anjing juga termasuk dalam golongan jin. Ia juga merupakan salinan jin. Kalau ia mendengus-dengus dekat dengan makananmu, maka lemparkanlah makananmu ke arahnya, sebab ia mempunyai selera terhadapnya.” Jin yang menjelma sebagai anjing ini, dinyatakan sebagai kelompok jin yang lemah serta terdiri dari bangsa ‘Jin Al-Hinnu’. Cara mereka mendapatkan makanannya ialah melalui matanya.

Manakala anjing yang berwarna hitam pekat dengan dua bulatan putih di atas dua matanya pula adalah dari kalangan jin yang sangat jahat dan boleh dibunuh. Jin seperti ini tidak dapat mengubah diri dalam bentuk yang lain lagi. Mereka merupakan salah satu pengikut syaitan terkutuk yang tidak terkira banyaknya.

kreadit pada Priofdar
(http://santaimalam.blogspot.com/ ... uk-jin-syaitan.html)
p/s: aku kopi pasta je..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2013 04:12 PM | Show all posts
info yg sgt berguna..tima kasih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.067928 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list