CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14112|Reply: 18

keris dan asal usul tamadun melayu

[Copy link]
Post time 27-2-2013 10:58 AM | Show all posts |Read mode
Salam,

Tengah jalan-jalan cari info terjumpa plak artikel ni, kajian Dr.Sidina Chewan tentang keris dalam alam melayu. Dalam artikel ada dua info - pasal keris dan asal usul tamadun melayu.  sebagai maklumat je ni sebab takde bukti kukuh

Oleh : Dr.Sidina Chewan on October 4, 2010 at 1:52 am

Bila kita  baca orang bicara tentang KERIS macam-macam andaian telah dan sedang di  buat mengenai sejarahnya,penggunaanya, kesaktiannya dan lain-lain. semua  orang mengatakan ianya milik rumpun Melayu, kebanyakan orang kita hanya  tahu bahawa sejarah Bangsa Melayu sejak seribu tahun kebawah,akan  tetapi kebanyakan mereka tidak tahu bahawa tamadun Melayu itu telah  wujud sejak 30 ribu tahun dahulu lagi di Tanah Melayu ini!.Sejarah  keperkasaannya telah di musnahkan oleh musuh bangsa Melayu dari zaman  berzaman,mengikut sejarah kesemua bangsa yang selain darinya adalah  musuh!sebab itu apabila negeri Melayu terjajah kesemua tamadun purbanya  telah di musnahkan oleh bangsa asing.

Di sini ingin saya  menyentuh sedikit sebanyak tentang Keris yang begitu pekat dalam  kebudayaan persenjataan Melayu purba, banyak orang akan mengatakan ianya  satu dongeng kerana telah tidak ada cerita tertulis tentangnya lagi  dewasa ini,kenapa kita tidak ingin penemuan ini sebagai satu kenyataan  untuk membetulkan sejarah bangsa melayu purba yang telah hilang  itu.sepatutnya kita mengkaji semula sejarah bangsa kita mengikut  prespeksi kita sendiri berdasar apa yang telah di tinggalkan oleh nenek  moyang kita.

Saya telah banyak menemui tamadun awal bangsa Melayu  di pelbagai zaman dalam penyelidikan saya yang bermula sejak tahun  1970han lagi kebanyakannya tertulis dalam tulisan Sanskrit.Dari  wujudnya empayar Benua Mu yang tenggelam di Laut Mulayu 14 BC,hingga  Negara Tanjung Pura 7000 BC,Langkasuka 6000 BC. Negara Kuangwan 900 BC  Negara Subrana Bhumi 300 BC Negara Suka Bhumi 90 BC YANG kesemuanya  bernaung di banjaran MAHAMIRU dan LAUT MULAYU dari Suka Bhumilah RAJA  SURAM berhijrah ke BUKIT SIGUNTANG di awal kurun Masihi

Keris  sebenarnya telah di bawa kedalam persenjataan bangsa Melayu dalam kurun  ke LIMA sebelum Masihi dari ilham Paduka Merong Mahamiru pemerintah  Tanjung Pura [Besut] adinda kepada Merong Mahawangsa pemerintah  Langkasuka [Pattani]BAGINDA MAHAMIRU ketika bertapa di gunung Mahamiru  [gunung Tebu] [GUNUNG MAHAMIRU di beri nama sempena nama ayahandanya  AGONG MAHAMIRU.] Baginda mendapat ilham untuk mencipta senjata ampoh  untuk bangsanya baginda adalah penganut agama Allah mengikut sariyat  Nabi Daud.

Dalam munajatnya itu baginda telah di anugerah besi  yang turun dari langit besi itu di picit baginda dengan tangan menjadi  senjata berlok tiga.Ketika memicit lok pertama di bacanya mentra  ;SEJAHTERA IMAN, Picikan lot kedua dibacanya ;SEJAHTERA WATAN dan  picikan lok ketiga dibacanya;NUTU BANGSA setelah selesai di pacangnya  senjata itu didalam batu di permatang gunung Mahamiru selama 44  hari.apabila langsai 44 hari dibawa pulang senjata itu ke KOTA LAKLOK  [Bukit Puteri]. Di Kota Laklok baginda menamakan senjata itu KERIS yang  bererti IBU SEGALA PEMUSNAH mengikut maknanya dalam bahasa kuno.Dan  baginda memerintah supaya ditempa oleh pandai besi untuk dijadikan  senjata keramat bala tentera Negeri Tanjung Pura. Senjata yang di  namakan keris itu tidak boleh diguna melainkan untuk menjaga  kesejahteraan agama,nusa dan menjaga marwah bangsa, beberapa dekad  selepas itu barulah KERIS diguna pakai oleh rumpun Melayu di seluruh  nusantara apabila rumpun Melayu mula berhijrah dari bumi asal Mahamiru  iaitu dari Tanah Balang Sang Mujung [Tanah Melayu] ke utara Laut Mulayu  [Lembah Mekong] dan ke pulau-pulau selatan sumatera, jawa, Borneo dan  kepuluan Sulu.dan lain-lain

kredit to silat-malaysia.blogspot.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2013 11:16 AM | Show all posts
tambahan

dr.sidina chewan on October 28, 2010 at 8:04 am

Terima kasih saudaraku Anak Waris, kerana telah cuba menerima hakikat sebenar keperkasaan bangsa MELAYU dalam siasah dan ikhitas zaman primula yang telah keseluruhannya di lupuskan oleh bangsa-bangsa asing selepas politik dan ekonomi bangsa Melayu di mupliskan kemudiannya! kerana kealpaan jenerasi Melayu pewaris sebelum kita!,Atas dasar mencari hakikat itulah saya telah mengembara dan mempelajari pelbagai bahasa asing dan mengkaji kebudayaan mereka sehingga saya telah mendapat kepastian bahawa bahasa MELAYU PURBA telah menjadi bahasa sumber rujukan kepada bahasa LATIN dan SANSKRIT, kedua-dua bahasa klasik itu telah diwujudkan dizaman kecermelangan bahasa Melayu Purba, bahasa Melayu yang telah wujud puloh ribu tahun lebih awal dari mereka masih terus kekal sehingga hari ini akan tetapi bahasa tiruan itu sudah pupus cuma menjadi sebutan dalam upacara pemujaan agama mereka sahaja!
Satu lagi diantara ribuan sejarah orang-orang Melayu yang telah dilupuskan seperti mutakhirnya; dalam tahun 767 Masihi di era keaggongan mutahhir bangsa Melayu iaitu Raja Sarpini pemerintah empayar Melayu Srivijaya di Laut Mulayu,yang berpusat di kota Takula [Kuala Setiu] telah mendengar ura-ura maharaja China penguasa utara Khemir,mahu memotong kepalanya.Mendengar dari perisiknya itu baginda amat murka langsong tanpa bicara panjang terus memimpin 50 ribu laskar Lautnya menyerang Tanah Besar.[The Malay Fleets attacked China]. sebelum mendarat tentera laut Melayu itu di hadang oleh angkatan Laut China pimpinan Guar Chee.Raja Sarpini berjaya melumpohkan angkatan Guar Chee itu dalam perang besar di Laut Mulayu Utara.
Baginda kemudiannya mengempur Tanah Besar China dan dalam misi itu telah berjaya memotong kepala Raja itu dan akhirnya Raja Sarpini mengepong Tembok Besar China, selepas beberapa lama mengepongnya China minta perdamaian,selepas berdama Raja Sarpini menarik balik laskarnya dari bumi China! itu diantara sejarah keperkasaan Melayu yang sengaja tidak di tulis!

Melayu masa kini bermegah atas kekalahan bangsanya, seperti bermegah-megah dengan kekalahan Melaka ketangan Purtugis,betapa tidaknya cuba lihat di Melaka sekarang!
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 11:44 AM | Show all posts
dulu doeorg buat keris mcmane erk....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 04:33 PM | Show all posts
nuc posted on 27-2-2013 11:16 AM
tambahan

dr.sidina chewan on October 28, 2010 at 8:04 am
.... Raja Sarpini pemerintah empayar Melayu Srivijaya di Laut Mulayu,yang berpusat di kota Takula [Kuala Setiu] ...
Pusat pemerintahan empayar Sriwijaya/Zabag/Sanfotsi ialah Kedah.


Manakala Takola pula ketika itu adalah satu dari jajahan empayar Zabag dan terletak di tempat yang kini dikenali sebagai Takuapa

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 02:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 10:33 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 27-2-2013 04:33 PM
Pusat pemerintahan empayar Sriwijaya/Zabag/Sanfotsi ialah Kedah.

bukan sriwijaya asal palembang ker? marah ndon2 nanti...yang aku tau..empayar kedah lebih tua dari sriwijaya...penghijrahan orang2 semenanjung ke sumatera pon byk masa tu..dan sebaliknya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2013 10:38 AM | Show all posts
aku clueless darimane dorang dpt cerite dongeng ni... mimpi kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2013 12:14 PM | Show all posts
rosemary70 posted on 27-2-2013 11:44 AM
dulu doeorg buat keris mcmane erk....

mungkin artikel ini membantu

Terdapat pelbagai jenis keris yang pernah menjadi senjatautama pada zaman dahulu. Ada yang buatan tempatan dan luar negara seperti Bali,Bajen, Picit, Sumatera, Madura, Pattani, Bugis dan Jawa. Setiapnya mempunyaikeunikan tersendiri terutama dari segi bilahnya. Di Semenanjung Malaysia, jeniskeris boleh diperlihatkan melalui tiga jenis mata bilahnya.
Abdul Mazin Abdul Jamil, 60, pembuat keris tunggal di KualaKangsar berkata, tiga jenis keris utama tersebut ialah anak alang (mata bilahpanjang tegak), lok (mata bilah berlekuk-lekuk) dan hukum (mata bilah sepanjang50 sentimeter).
Dia yang mula berkecimpung dengan pembuatan keris sewaktuberusia 12 tahun, pada awalnya mempelajari seni warisan zaman-berzaman itudaripada datuknya yang kemudian diperturunkan kepada ayahnya, Abdul JamilPandak Mat Yunos.
Kini, dia yang turut menghasilkan golok dan parang diBengkel Pandai Besi di rumahnya iaitu di Kampung Padang Changkat, BukitChandan, meraih pendapatan melalui hasil pengkomersialan keris buatannya itu.
Menurutnya, harga sebilah keris yang paling mahal pernahdihasilkan mencecah sehingga RM6,000, namun ia bergantung kepada saiz dankualiti serta bahan asas pembuatannya.

Bapa kepada 12 anak yang berkecimpung sepenuh masa dalampembuatan keris ini mendapat tempahan daripada istana, individu-individutermasuk dari luar negara seperti New Zealand, Amerika Syarikat (US), UnitedKingdom (UK) dan Jepun.

Menceritakantentang pembuatannya, Abdul Mazin berkata, sebilah keris paling cepat dapatdisiapkan dalam tempoh tiga minggu sementara yang berkualiti tinggi bolehmengambil masa selama dua bulan.
“Bahanasas untuk membuat keris adalah besi waja, besi tawar, besi melela yang diikatkemas sebelum dibakar untuk dimampatkan menjadi satu kepingan logam aloi.

“Namun,dari segi petua pula, ia perlu dicampur dengan tujuh jenis besi yang namanyaberpangkal dengan huruf ‘P’ iaitu besi paku, payung, pagar, pahat, puting,pisau dan pencebok,” katanya.
Diaberkata, setiap besi tersebut mempunyai maknanya tersendiri, misalnya, besipaku adalah untuk mempertahankan diri sementara besi pagar bertujuan menjagakeselamatan si pemiliknya.
Malahkatanya, setiap keris mempunyai maksud yang boleh ditafsir dari segipertukangan bermula dari hulu sehingga ke bilahnya.

Berceritadengan lebih lanjut mengenai teknik pembuatannya, katanya, mata keris akan mulaterbentuk apabila besi dibakar dan diketuk secara bertalu-talu sebelum dipotongdan dipanaskan semula berulang-ulang kali.
Diaberkata, apabila mata keris telah terbentuk nyata, ia akan dibakar sekali lagidan seterusnya ditempa secara miring sehingga bentuknya membengkok ke bawah.

“Matakeris yang telah bengkok tadi seterusnya dipalingkan ke arah bertentangan danditempa lagi sama seperti kaedah sebelumnya. Cuma bezanya, kedudukan ia dianjaksedikit ke atas bilah secara berselang-seli sehingga ke hujungnya,” katanya.

Darisegi alatan pembuatan, dapur arang digunakan untuk melebur campuran besi selainandas digunakan sebagai tempat untuk mengetuk dan menempa besi panas.
Selainitu, musang yang juga dikenali sebagai kelubung di Perak, merupakan alatpenting dalam kerja pertukangan besi di mana ia berfungsi menghembuskan anginyang terperangkap masuk ke dalam saluran dapur untuk menempa besi.

Ragumbesar pula digunakan sebagai pengapit mata dan hulu keris bagi tujuanmemudahkan kerja-kerja membentuk bilahnya.

Untukpembuatan hulu keris pula, kayu terpilih seperti kemuning, surian, sena sertapetai belalang digunakan kerana dipercayai lebih tahan lama selain ia mampumenyimpan ‘keserian’ keris tersebut walaupun sudah lama disimpan.

Abdul Mazin mengakui mempunyai pantang-larang tertentu dalampembuatan keris kini menurunkan seni itu kepada dua anaknya iaitu SaifulHazrin, 23, dan Mohd. Hafiz, 25, yang menunjukkan minat untuk mewarisinya.
Malah, dia tidak lokek untuk berkongsi pengetahuannya itubersama mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang datang ke rumahnyauntuk menjalani praktikal selama tiga bulan.
Dalam pada itu, katanya, keris dan golok mempunyai perbezaantersendiri bukan sahaja dari segi bentuknya, tetapi juga bahan asasnya keranagolok hanya diperbuat daripada sejenis besi sahaja.
Dia berkata, terdapat tujuh jenis golok iaitu golok perakdaun buluh, gedubang, penuh, lampam, jawi pekan, rembau dan tumbuk lada.

“Panjang golok biasanya tidak melebihi 50 sentimeter danyang paling kerap digunakan dalam kerja-kerja seharian ialah golok perakpenuh,” katanya.
Sementara itu, katanya juga, orang ramai turut mulamelupakan tujuh jenis kepelbagaian jenis parang yang dihasilkan pada zamandahulu.
Menurutnya, tujuh jenis parang itu ialah parang buayaberenang, radin, sundek, tengkuk biawak, beletong, bangkung, dan candung.

kredit peminatkeris


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2013 12:16 PM | Show all posts
unekspekted_XII posted on 28-2-2013 10:38 AM
aku clueless darimane dorang dpt cerite dongeng ni... mimpi kot

menurut dr. kajian dia sendiri kat nusantara selama 20 tahun....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2013 12:24 PM | Show all posts
the_killer posted on 28-2-2013 10:33 AM
bukan sriwijaya asal palembang ker? marah ndon2 nanti...yang aku tau..empayar kedah lebih tua dari ...

masih dalam kajian...sesetengah pendapat mengatakan kat semenanjung .

Hipotesis Palembang G. Coedes - Pelembang
Hipotesis Dr Quaritch Wales danR.C. Dr. Majumdar - Utara Semenanjung Tanah Melayu

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 12:29 PM | Show all posts
nuc posted on 1-3-2013 12:16 PM
menurut dr. kajian dia sendiri kat nusantara selama 20 tahun....

biar aku quote balik ape ko cakap:

Tengah jalan-jalan cari info terjumpa plak artikel ni, kajian Dr.Sidina Chewan tentang keris dalam alam melayu. Dalam artikel ada dua info - pasal keris dan asal usul tamadun melayu.  sebagai maklumat je ni sebab takde bukti kukuh
So.. MANE ARTIKEL  NYERR???????

aku tak penah dengar name tu.. saje curious
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 12:29 PM | Show all posts
Keris jenis panjang ada x? mcm pedang?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 11:14 PM | Show all posts
the_killer posted on 28-2-2013 10:33 AM
bukan sriwijaya asal palembang ker? marah ndon2 nanti...yang aku tau..empayar kedah lebih tua dari ...

Palembang hanya teori george coedes saja.

Batu bersurat Kedukan Bukit dengan jelas menyatakan bahawa palembang ditakluk dan dibina oleh penjajah dari Minanga Kamwar yang bermaksud 'Muara Kamwar'. Kamwar seakan nama lama bagi Kampar. Suatu sungai yang terletak di wilayah Riau sekarang.
Seorang sami buddha dari china bernama Yiching yang telah  bermastautin di srwijaya di zaman kebangkitannya menyatakan bahawa negara Malayu telah menukar namanya kepada Sriwijaya. Beliau juga telah mencatat satu senarai negara-negara  di rantau itu dan Malayu adalah antara negara yng tersenarai manakala Palembang langsung tak tercatit.

Maka kesimpulannya ialah Malayu adalah pengasas empayar Sriwijaya dan negara Malayu terletak di satu satunya wilayah  melayu di sumatra iaitu propinsi Riau.

Tapi empayar ini tak bertahan lama. Sekitar 690an Yiching melaporkan sesuatu telah berlaku antara Kedah dan Sriwijaya.
Bila diugkap isi kandungan batu bersurat dari Chola yang kini disimpan di Leyden pula kita boleh dapati bahawa wangsa Sailendra di Kedah adalah penguasa empayar Sriwijaya.

Manakala catatan beberapa penulis Arab seperti
Edrisi 1154 "raja Kalah Zabag dan pulau pulau berhampiran dengannya tinggal di bandar kalah",
Haraki 1132, ''...zabag kalah..."
ibn al Fagih 902 "...zabag kalahbar..."
serta Sulayman 851 "zabag dan kalah ditadbir oleh raja yang sama"

semuanya memberi  gambaran jelas bahawa Zabag adalah empayar milik Kedah dan Raja Kedah adalah maharaja Zabag.

Selain itu terdapat kenyataan bahawa Sri Nata Kalah (Kedah) merupakan raja Zabag di dalam suatu buku oleh Tibbetts .

Sementara ibn Said  916 menyatakan bahawa Sribuza (Sriwijaya) adalah sebahagian dari empayar Zabag.

Dari kesemua  hujah di atas kesimpulan yang boleh diambil ialah Sriwijaya telah ditelan oleh empayar Kedah Sailendra dan empayar Kedah ini segera menukar namanya kepada sriwijaya dan seterusnya kepada Zabag.


Last edited by BotakChinPeng on 1-3-2013 11:16 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2013 12:10 AM | Show all posts
unekspekted_XII posted on 28-2-2013 10:38 AM
aku clueless darimane dorang dpt cerite dongeng ni... mimpi kot

Hahahaha .... Semua cerita dongeng yang mengagong-agongkan bangsa mulayu pastilah Benar ... Apalagi bila menyangkut klaim bahwa asal usul bangsa mulayu berasal dari Tanah Mulayu  (padahal semua ahli sejarah tahu bahwa majority penduduk tanah mulayu pada saat itu adalah bangsa Mon Khmer) .....

Apakah ini Narcism ... atau ... dampak perasaan rendah diri yang berkelibihan dari bangsa mulayu karena kalah bersaing dengan bangsa China dan India?

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2013 01:36 AM | Show all posts
Mulesia posted on 2-3-2013 12:10 AM
Hahahaha .... Semua cerita dongeng yang mengagong-agongkan bangsa mulayu pastilah Benar ... A ...

Lu toksah berkhayal kat sini la woi.

Jelaskan saja kenapa along potong jari lu semalam & simbah darah yang keluar kat pintu flat lu

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2013 01:40 AM | Show all posts
the_killer posted on 28-2-2013 10:33 AM
bukan sriwijaya asal palembang ker? marah ndon2 nanti...yang aku tau..empayar kedah lebih tua dari ...

Bagus la kalau indon marah & rasa tehina.

Itu lagi baik dari membiarkan indon persendakan bangsa melayu; kononnya pernah menjajah melayu menerusi palembang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2013 01:41 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 1-3-2013 11:14 PM
Palembang hanya teori george coedes saja.

Batu bersurat Kedukan Bukit dengan jelas menyatakan b ...

dari mana asal perkataan zabag ni?saje tanya,sebab bahasa melayu kuno atau moden memang takde suku kata yang bermula ngan huruf 'z' ni....

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2013 02:08 AM | Show all posts
cmf_BeachBoys posted on 2-3-2013 01:41 AM
dari mana asal perkataan zabag ni?saje tanya,sebab bahasa melayu kuno atau moden memang takde suku ...

Zabag hanyalah gelaran oleh pihak Arab . Nama empayar kedah ini dalam bahasa melayu masih belum dikenalpasti tapi ana fkir ia tak jauh dari 'zabag/zabaj yang digunakan oleh pihak Arab. Malah seorang sarjana mencadangkan 'Sabak' sebagai nama sebenar empayar ini.

Jika dilihat pula peta lakaran Ptolemy di kurun ke-2  terdapat banyak nama di rantau ini yang berkongsi tema yang sama dengan sabak atau zabaj iaitu : Sabaracus Gulf, Sabaticae Islands, Sabana , Zabae &Sabadibae
  

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 12:46 PM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 2-3-2013 02:08 AM
Zabag hanyalah gelaran oleh pihak Arab . Nama empayar kedah ini dalam bahasa melayu masih belum di ...

melayu ada di merata2..tp jika ada orang kata melayu tu asal indon..tu salah tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.892274 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list