CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11143|Reply: 74

Zamani Enggan Ambil Risiko keluar Album Baharu

[Copy link]
Post time 6-3-2013 07:07 AM | Show all posts |Read mode


Zamani tunggu masa sesuai untuk tampil dengan album baru.

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Slam, iaitu Zamani tidak mahu mengambil risiko menerbitkan album baru ekoran keadaan pasaran yang tidak menentu ketika ini.
Zamani, 42, berkata, walaupun peminat sentiasa bertanyakan tentang perkara itu, namun dia sedang menunggu masa sesuai untuk tampil dengan karya terbaharu.


"Saya masih belum merancang untuk tampil dengan album atau single terbaharu kerana keadaan industri muzik yang tidak menentu sekarang tambahan pula dengan kemunculan artis-artis baru," jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Zamani berkata, walaupun kelihatan sepi daripada sebarang publisiti tentang diri dan kerjayanya, dia bersyukur apabila masih menerima dengan pelbagai undangan nyanyian.


Malah kata Zamani, dia juga banyak menerima tawaran persembahan di luar negara seperti Singapura dan Brunei.
"Saya sejujurnya memang tidak berapa selesa apabila cerita peribadi menjadi tumpuan dan walaupun kurang publisiti syukur undangan nyanyian masih tidak putus," jelasnya.
Bagaimanapun kata Zamani, dia sentiasa mengemaskan laman Facebook miliknya tentang aktiviti seni untuk perhatian peminat.
Sementara itu, Zamani berkata, selain bakal terlibat dalam persembahan Minggu Setiausaha Kelab Darul Ehsan (KDE) pada 9 April depan, dia juga akan menjayakan tiga persembahan di Singapura pada 15 hingga 17 Mac ini.
Untuk tempahan dan pertanyaan tiket mengenai persembahan Zamani di KDE boleh melayari www.ilassotickets.com atau hubungi 03-41441330, 012-3770579 dan 017-2332243.



ps : zaman download mengdownload ni tak keluar album pun takpe, takut tak balik modal.....
Last edited by kelapad on 6-3-2013 07:11 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2013 08:42 AM | Show all posts
sesungguhnya muka dia amat scary owh.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 09:09 AM | Show all posts
skeleton sgt
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 09:14 AM | Show all posts
budakmanentah posted on 6-3-2013 09:09 AM
skeleton sgt

Tu belum lagi tengok badan dia yang dah macam rangka...kau betul ngisap mamat nih......

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 09:22 AM | Show all posts
alangkah bagus kalau aku boleh sedekahkan lemak2 kat badan aku ni sikit kat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 09:24 AM | Show all posts
ya ampuunnnnn...cengkung gile Zamani skang ni...terkejut bavca suatkabar Kosmo!
Mat Pit sangatt!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2013 09:44 AM | Show all posts
syg lh mcm ni suara sedap2 mcm salim, jamal smua isap benda tu..kalau betul lh dia isap..susah nk cari suara org2 mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 09:55 AM | Show all posts
radhi OAG patut g jumpe dia n bagi nasihat. teruk sgt dh ni. time nyanyi xnmpk pulak stone nya.


masa dia dgn kumpulan slam dulu sgt ensem
Last edited by budakmanentah on 6-3-2013 09:57 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2013 10:07 AM | Show all posts
kesian zamani...cengkungg sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 10:12 AM | Show all posts
Ya ALLAh, kurus nyee zamani nee, dulu hensem lee jugak tp laa nee mcam mayat idup jew.
vokal dio mmg mantop, sayang sekali kan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 10:12 AM | Show all posts
renti renti ambik 'ubat' tu zamani oitt...sedey tgk dah mmg mcm skeleton dah...yg gf tu pon, udah2 le supply mende tu....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 10:20 AM | Show all posts
masa interbiu oleh Melodi...tengok tangan dia pun scary mcm tengkorak kat makmal tu....dia pakai shades jer...nak  cover kot....adoiii kesian tengok..tapi kalau tak kesian diri sendiri lagi susah lah
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 10:36 AM | Show all posts
andainya..ku berseloka... dan asyik..dalam misteri...mencari..nur dan kasihnya... pasti....

sila pilih lagu nur kasih sapa paling best..

SLAM

INTEAM

YASIN TIZ ZAQYAH

kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 10:37 AM | Show all posts
budakmanentah posted on 6-3-2013 09:55 AM
radhi OAG patut g jumpe dia n bagi nasihat. teruk sgt dh ni. time nyanyi xnmpk pulak stone nya.

...

shah tu macam si benji versi westlife plak!
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 11:35 AM | Show all posts
kat paper kosmo jugak zamani ada cakap yg seumur hidup dia pernah  bercinta ngan 2 wanita sahaja.sape ek?
takkan dek frust jadi macam gini.sian plak tgk cengkung sangat.sekeping jer badan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 11:36 AM | Show all posts
snzb_online posted on 6-3-2013 11:35 AM
kat paper kosmo jugak zamani ada cakap yg seumur hidup dia pernah  bercinta ngan 2 wanita sahaja.sap ...

ct nurhaliza ler ...sape lagi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2013 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
budakmanentah posted on 6-3-2013 09:09 AM
skeleton sgt

Dulu aku minat sesgt kt diaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 12:50 PM | Show all posts
perasan x, orang2 yang menghisap ni suara sedap2 kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 12:52 PM | Show all posts
rupa mat pet sangat

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 01:56 PM | Show all posts
kesian sgt. dia tak dpt bantu diri dia. dah umur cenggini lagi susah nak stop
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.072114 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list