CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10551|Reply: 201

[Tempatan] Yakinlah kepada kerajaan BN - PM

[Copy link]
Post time 13-3-2013 12:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 12 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat Malaysia agar menaruh keyakinan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membawa mereka masa depan yang lebih baik dan negara ke tahap lebih tinggi.

Meskipun Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi yang signifikan dan rakyat meraih manfaat daripada agenda transformasi kerajaan sejak empat tahun lepas, beliau berkata yang terbaik masih belum tiba.

"Ini adalah masa untuk kita menaruh keyakinan terhadap kerajaan yang mempunyai rekod pencapaian kukuh, pelan masa hadapan yang amat jelas dan sebuah kerajaan yang berupaya menunaikan janji," katanya dalam program "Conversation With The PM" yang disiarkan menerusi TV3 malam ini.

Beliau berkata, rakyat tidak seharusnya memperjudikan masa depan mereka dengan membuat ujikaji dengan pakatan pembangkang yang jelas mempunyai agenda berbeza.

"Mereka tidak ada platform bersama, mereka mempunyai... perbezaan ideologi yang sangat bertentangan antara sebuah parti dan parti yang lain," katanya dan menambah pakatan pembangkang terdiri daripada DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat tidak berdaftarpun sebagai sebuah entiti politik.

Najib berkata, mereka malah bertelagah mengenai siapa yang harus menjadi ketua sekiranya mereka membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menyuarakan keyakinan bahawa rakyat memberi sokongan padu kepada kerajaan ketika negara membuat persediaan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang sangat dinanti-nantikan itu.

Berdasarkan penilaian, beliau berkata, rakyat berdiri teguh bersama kerajaan dan berasa lebih selamat dengan BN selaku peneraju.

Najib berkata, beliau menjadi lebih bersemangat berikutan sambutan yang diterimanya ketika menjelajah ke seluruh negara, dengan rakyat keluar beramai-ramai untuk menyambut beliau dalam pelbagai acara.

Dalam nada yang serius, Perdana Menteri berkata, masa depan Malaysia dan rakyatnya sentiasa berada dalam fikirannya memandangkan beliau melaksanakan tanggungjawabnya itu sepenuh jiwa raga.

"Ini kerana saya percaya banyak yang boleh kita lakukan untuk Malaysia, kita boleh membawa Malaysia ke suatu tahap lebih tinggi," katanya, sambil menyifatkan Malaysia mempunyai potensi yang "amat besar".

Mengenai bilakah beliau akan mengadakan pilihan raya umum akan datang, Najib berkata, beliau terlebih dahulu ingin menunjukkan kepada rakyat apa yang sebenarnya dicapai menerusi pelbagai inisiatif di bawah agenda transformasi negara.

Sambil menegaskan bahawa cabaran sebenar telah mengambil tempat sejak beliau menyandang jawatan pada 2009, perdana menteri berkata kerajaan memerlukan lebih masa untuk memastikan rakyat merasai hasil positif daripada agenda transformasi.

"...kerana apabila kami merancang sesuatu, ia memang mengambil masa (untuk menampakkan hasil), namun saya gembira kerana hasilnya positif," katanya.

Ditanya mengenai manifesto pilihan raya pakatan pembangkang, Najib berpendapat janji yang terkandung dalam manifesto itu mustahil untuk ditunaikan.

"Soalnya dari mana pembiayaannya... itu mereka tidak nyatakan dan berdasarkan kepada apa yang mereka telah lakukan, manifesto (pilihan raya umum) 2008 banyak tinggal sebagai janji, banyak janji kosong," kata Najib.

"Pokoknya pembiayaan... tidak ada benda yang percuma di dunia ini, mesti ada pihak yang terpaksa tanggung pembiayaan (bagi) perkara yang hendak diberi secara percuma atau hendak dikurangkan," jelas beliau.

Mengenai janji pembangkang untuk menurunkan harga kereta, Najib berkata kerajaan telahpun mengambil pendekatan langkah demi langkah berhubung perkara itu.

"Pada dasarnya rakyat Malaysia boleh mengharapkan kereta yang lebih murah, tetapi pada masa sama ia tidak akan memusnahkan pasaran kereta terpakai," katanya.

Perancangan kerajaan itu akan turut memberi masa kepada pembuat kereta tempatan Proton untuk menjadi lebih kompetitif, katanya, dan menambah ini akan mewujudkan situasi yang menguntungkan semua dan cara terbaik untuk mara ke hadapan bagi semua yang terlibat. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2013 12:08 AM | Show all posts
ok..... bole laa dari anwar mr mansuh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 12:09 AM | Show all posts
Copeklah buek PRU ni ha tok jib...
Lotih dah ni ha...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 12:09 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 12:09 AM | Show all posts
baik sokong kerajaan langit
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 12:15 AM | Show all posts
aku amat yakin dengan BN...dengan pengalaman lebih 50 taun ,sudah pasti BN mampu menjadi pembangkang yang amat berkesan di semua negeri nanti


yea...go BN go
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2013 12:40 AM | Show all posts
Dengan melihat krediliti pondan brothers nih dan tgk track recordnya Selama Nih..... tgk pulak barisan2 menteri2 nyer... tgk hala tujunya... tgk pulak umno2 bahagian yg dok bergasak semua nak kuasa....jadi Pm Pun Dari Mandat Pak Lah, Bukan Dia...

Sorry To Say.. Good Bye Umno Bn....

Bersedia Laa muhidin Yassin Jadi Ketua Pembangkang Malaysia Lepas Pru13.. Najib Dah pasti Migrate Ke England Lepas Nih...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 01:09 AM | Show all posts
ya, saya yakin BN...yakin untuk jadi PEMBANGKANG yang kuat lepas PRU13 nnti..orang putih pecaya no 13 ni suwey...so, adakah suwey pada BN kali ni??keh3...sama2 kita tunggu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2013 01:42 AM | Show all posts
nak percaya pada najib auww auww nih...??

buat show macam live ropanya record dan kantoi audience bertukar2....


Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 01:42 AM | Show all posts
KANTOI BEB.....
Dihebohkan seluruh negara kata malam ini ada siaran langsung berinteraksi dengan Najib Razak.. Rakyat soal dia jawab secara spontan.

Boleh tanya apa-apa jua soalan tetapi kena hantar soalan terlebih dahulu kepada penganjur...Ertinya soalan kena tapislah beb!!!.. Bukanlah kira secara langsung.

Paling memalukan Najib terkantoi terlondeh terburai terbarai ialah audien yang datang di studio rakaman mendengar jawapan Najib.

Ada dua kelompok yang berbeza duduk dibelakang Najib...WAKENA BEB!!! SUDAH KANTOI MALU TERLONDEH TERBURAI TERBARAI!!!!!...

MANA NAJIB MAU LETAK MUKA....DAPATI SIARAN LANGSUNG ADALAH PENIPU SEMATA-MATA IANYA ADALAH SIARAN RAKAMAN AWAL!!!!!

SAMPAI SIARAN LANGSUNG PUN SANGGUP UMNO MENIPU RAKYAT!!!!

JADI APA JAMINAN PERKARA LAIN UMNO TIDAK MENIPU!!!!!!!,, JENIS SIARAN LANGSUNG SANDIWARA!!!!.. TAK HABIS-HABIS UMNO BERSENDIWARA



Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 01:48 AM | Show all posts
True-X posted on 13-3-2013 12:08 AM
ok..... bole laa dari anwar mr mansuh...


Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 01:59 AM | Show all posts
True-X posted on 13-3-2013 12:08 AM
ok..... bole laa dari anwar mr mansuh...


Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 03:03 AM | Show all posts
tk habis2 menipu je kejanya Umno/BN ni....
lebih2 lagi Presiden mereka yg nampak gagah tpi lembut berbunga...
pergi mampos la dgn Umno/BN ni...
aku berdoa Umno/BN akan jadi pembangkang plk lps PRU13 nti....aminn....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 07:39 AM | Show all posts
slippergombak posted on 13-3-2013 01:59 AM

pemimpim tertinggi PKR (parti anak bini anwar)..PAS(nik aziz x leh sentuh)..DAP(lim kit siang/lim guan eng).... semua nyer tidak memenangi tampuk pimpinan dengan election,,,,

diorg x bertanding pon dah menang.....

sooo itula demokrasi opposition..... anak beranak konker.. x leh sentuh

tuh belum lagi dapat jadi gomen....

sooo ok la ngaku je lah aku buta....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 07:42 AM | Show all posts
tobby posted on 13-3-2013 01:48 AM

negara ini demokrasi.... nak tukar atau tak.. terpulanglaa pada tuan punyer badan...

seperti ahli2 pas yg tak nak tukar kepimpinan biarpon ramai yg lagi muda dan berkaliber serta tidak nyanyuk dalam parti.... tapi ade org tua yg masih nyanyuk yg nak pegang kuasa.... biarla..... kan demokrasi namanyerrr


Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 07:47 AM | Show all posts
True-X posted on 13-3-2013 07:39 AM
pemimpim tertinggi PKR (parti anak bini anwar)..PAS(nik aziz x leh sentuh)..DAP(lim kit siang/lim  ...

sejak bila najib dan isamudin auww auww tuh bukan sedara...?? bapak dorang kedua2nya bukan PM dulu.. mukhriz tuh anak sapa..?? ketua pemuda UMNO titiwangsa bukan anak najib ker..??si ketua pemuda MIC tuh bukan anak samy vellu kaaa..?? khairy bukan menantu pak lah yg juga bekas PM malaysia kaa..??

sembang pasal madey. kena maki berbakul2 tanya apa jasa laa.. apa dah buat laa... tak mengenang budi 22 tahun laa... anwar apa lagik yg tak dibogelkan dari tahun 98 hingga sekarang....?? camna cakap takleh sentuh...??

kat umah ko tarak cermin kaaa....?? malu laa skit... najib dapat mandat pun sebab koruptkan pak lah.... bukan mandat sendiri... Jadi MB pahang dulu.. macam pahang takder MB jah tinggal terkontang kanting sebab gilerkan bini worang.....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2013 07:51 AM | Show all posts
ni kalilah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 07:52 AM | Show all posts
kasi dengarlah lagu "Warisan"tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 07:58 AM | Show all posts
kat kampong pokcik sume sokong lain dari BN..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 08:03 AM | Show all posts
ada yg x leh bezakan antara kuasa seorang PM dengan MB ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.381039 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list