CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10659|Reply: 56

Minta tolong..... ibu tiriku..

[Copy link]
Post time 13-3-2013 04:21 PM | Show all posts |Read mode
Sebenarnya saya tk tau kemana harus saya letakkan masalah saya nie, samada di bod agama, FD atau MPS. Walaubagaimanapun saya tetap memerlukan pandangan dan bantuan nasihat dari forumer yang arif. Minta tolong MOD letakkan tempat yang sesuai utk masalah saya ini.

Saya ada sorang ibu tiri (sebenarnya adik kepada emak kandung saya), lingkungan umur sekarang dalam 68 tahun (agak-agak aje nie). Ketika emak saya meninggal dunia, saya berumur setahun dan abg yang sulung baru  9 tahun. Saya ada 5 org adik beradik. Sebelum emak meninggal dia sempat berwasiat kepada adiknya dan kepada ayah saya juga. Emak saya berpesan, bila dia dah meninggal nanti, ayah saya hendaklah berkahwin dgn adiknya agar saya berlima beradik ada org yg boleh menjaga. Selang beberapa bulan selepas emak saya meninggal, ayah saya pun berkawin dgn adik emak.

Bukan saya nk aibkan ibu tiri saya tapi tak dinafikan ibu tiri saya nie jenis yg agak garang orangnya, suka cakap ikut sedap mulut dan lepas. Apa yg dia nk cakap, dia akan terus keluarkan tanpa memikirkan perasaan kami. Tapi dengan jiran sekeliling ibu tiri saya pandai menjaga pekertinya, cuma dgn kami berlima sahaja yg dia akan cakap lepas. Bila dia marah, memang teruk saya dan kakak dicubit dan dipukul. Kami akan dicaci maki dgn perkataan yg buruk2, seperti anak sial, anak sundal dan anak haram. Kalau setakat fizikal torture, saya masih boleh terima tapi saya memang  tk  boleh tahan kalau kena mental torture.  Memang saya rasa amat terhina, sedih dan terasa down sangat bila ibu tiri mencaci saya dengan perkataan anak sundal dan anak haram padahal kami ini adalah anak kepada kakaknya.

Masalah saya sekarang ialah : ibu tiri saya sedang sakit, apa yang saya tau dia cuma ada penyakit kencing manis sahaja, selain dari itu  rasanya tak ada penyakit lain. Dalam dua ke tiga tahun kebelakangan ini penyakitnya agak teruk sedikit. Apa yang menjadi musykil pada saya dan adik-beradik yang lain ialah keadaannya yang akan meracau dalam tidur sama seperti orang yg kerasukan, suaranya akan bertukar sedikit garau dan agak menyeramkan dan sesekali dia akan mendengus kasar dan mengeroh macam lembu yang disembelih. Setahu saya keluarga kami tidak mewarisi apa-apa saka. Ibu tiri saya juga mengalami sakit tekak yang teruk dan tk boleh menelan makanan hatta minum air pun dia kata amat sakit sekali. Bila kami sediakan bubur nasi, dia cuma boleh menelan dalam 3-4 sudu sahaja. Untuk bercakap pun dia kata sakit, apatah lagi untuk menelan makanan yang keras. Apa yang dialami oleh ibu tiri saya, memang membuatkan kami semua rasa amat kesian dan sedih. Tubuhnya juga susut dengan mendadak disebabkan kesukaran untuk makan. Kami telah membawanya berjumpa dengan doktor pakar, malangnya setelah diperiksa doktor mengatakan yang tekak ibu tiri saya elok sahaja, tidak ada tanda merah atau sakit.

Pada satu hari terlintas difikiran saya, apakah penyakit yang sedang menimpa ibutiri saya ini ada berkaitan dengan sikap dan kata-katanya pada kami sewaktu kami kecil2 dahulu. Mulai dari hari itu setiapkali lepas solat saya akan berdoa dan memohon agar Allah ampuni segala dosa ibutiri terhadap saya dan adik-beradik yang lain. Kemudian saya call abang dan kakak, mohon agar mereka juga ampuni dan maafkan ibutiri saya itu. Alhamdulillah, selepas itu barulah ibutiri saya nmpk kurang sikit sakitnya dan sudah boleh menelan makanan walaupun dalam jumlah yang sedikit tapi sesekali masih meracau juga.
Di sini ingin saya bertanya kepada sesiapa yang arif, apa yang perlu saya lakukan lagi utk tolong meringankan lagi ujian penyakit yg diterima oleh ibutiri saya sekarang nie. Saya amat takut dan bimbang sekiranya sakit yg dialami oleh ibutiri saya ini berkaitan pula dengan arwah kakaknya (emak kandung saya) kerana ibutiri selalu memanggil kami dengan panggilan anak sundal dan anak haram sewaktu kami kecil dahulu. Bagaimana caranya untuk dia minta maaf (sekiranya berkaitan) kepada orang yang telah meninggal dunia sebab saya tk sanggup melihat ibutiri saya terus menderita.

Kepada sesiapa yang arif, saya amat perlukan bantuan anda...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2013 04:50 PM | Show all posts
Mungkin  untuk permulaan, kalau boleh, refer 'ibu tiri' tersebut sebagai emak. Dah lama kan dia mengganti tugas 'ibu' kepada TT dan adik adik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 05:18 PM | Show all posts
kaka reny..
memalam sekup kan dgn bantal saja  
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 06:14 PM | Show all posts
ye lah.... amanah arwah kakak dia utk dia menjaga kelima2 anaknya dgn baik... berdasarkan percaya bahawa adik sendiri akan menjaga anak2nya dgn baik compared to kalau ayah tu kawin ngan orang lain.  exactly hati perut dia kita tak tau, tapi kalu dah mendera serta memaki hamun, as if dia tak ikhlas menjaga anak2 kakak dia walaupun memang darah daging dia... itu hati dia lah may be tak berapa mulia... mungkin gak apa yg dia hadapi ni sebahagian dari penghapusan dosa2 (hanya Allah sahaja yg tau, aku hanya agak jer) bukan mudah memegang amanah dan bukan senang menjaga anak2 yatim dan HAK anak2 yatim ni.... wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 08:32 PM | Show all posts
salam,...selalunya kalau tanda2 mcm tu..ibu tt ni ade sakit gastrik kronik ni..
kalau dia batuk...mcm nak memuntahkan sesuatu...sebab dada tak puas keluarkan batuk..
gi ngurut dulu perbetui urat,kahak xkeluar habis...
kalau nak tgk ibu tt x berdengkur2 pelik2 mcm tt ckp tu,cer terai suh tido mengiring @ meniarap..kalau betui la tekaan saya..saya meneka je,

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 09:17 PM | Show all posts
aku respek kat kau TT...mcm tu punya teruk dia buat kau & adik beradik, kau masih ada sifat belas kasihan & maafkan dia. mak tiri tu tak ada anak kandung ke dgn ayah TT?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2013 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
hurm olahan cerita yg menarik.. walopun dia mak tiri yg sebenarnya dia juga adalah mak sedara kn kalian adik beradik tetap drh dagingnya.. tentang penyakitnya itu tak tahulah nk ckp mungkin juga kerana beliau tidak mnjaga kalian dgn baik tambahan plak kalian ank yatim kan.. tak tanya ustaz2 ke? yg bagusnya kalian tidak berdendam dan membalas segala layanan buruknya dahulu dgn kebaikkan.. itulah yg sebaiknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2013 09:00 AM | Show all posts
scorpionkiki posted on 13-3-2013 04:50 PM
Mungkin  untuk permulaan, kalau boleh, refer 'ibu tiri' tersebut sebagai emak. Dah lama kan dia meng ...

kami berlima beradik sedari kecil tk pernah panggil ibutiri tu dgn panggilan mak tapi kami panggil dia dgn panggilan Makngah saja. Memang agak sukar untuk menukar kebiasaan kepada sesuatu yg lain... mungkin akan saya akan cuba tapi entah bila...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2013 09:01 AM | Show all posts
MeeSai posted on 13-3-2013 05:18 PM
kaka reny..
memalam sekup kan dgn bantal saja

wow!!! ganas tu, nanti tk pasal2 kena 302... hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2013 09:06 AM | Show all posts
zeetacunn posted on 13-3-2013 06:14 PM
ye lah.... amanah arwah kakak dia utk dia menjaga kelima2 anaknya dgn baik... berdasarkan percaya ba ...

betul kita tk tau hati budi orang, tapi disebalik sisi yang kurang baik pasti ada juga baiknya ibutiri saya ini sebab dia mahu juga sediakan makan-minum untuk kami semua disamping menjaga anak2nya sendiri... sebab itulah saya merasa kesian bila tengok dia sakit.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2013 09:15 AM | Show all posts
DumBell posted on 13-3-2013 08:32 PM
salam,...selalunya kalau tanda2 mcm tu..ibu tt ni ade sakit gastrik kronik ni..
kalau dia batuk...m ...

w'salam... terima kasih DumBell

saya tk pasti samada dia ada sakit gastrik atau tidak sebab dia tk pernah mengadu sakit perut dan dia tk batuk pun. Beberapa tahun dulu dia pernah mengadu sakit kepala yg teruk. pernah juga saya nk cuba urut kepala dia tapi dia tk bagi sesiapa pun sentuh kepala dia sebab katanya kalau diurut semakin bertambah sakit. selepas baik dari sakit kepala inilah baru dia mengalami sakit tekak.

Ibutiri saya jarang sangat berdengkur semasa tidur tapi apa yg jadi sekarang ialah dia meracau dlm tidur. semasa meracau itulah yg dia akan mengeruh dan berdengus. pernah terjadi dia meracau dan mengeruh bila dia tak suka sesuatu perkara (kejadian ini berlaku disianghari dalam keadaan dia sedar (bukan tidur).

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 09:26 AM | Show all posts
bagusnya tt skalipun mak tiri tu mmg spesis mak tiri zaman jahiliyah....tp tt ttp berbuat baik pd dia
mungkin jugak tu balasan yg dia trima atas perbuatan n kata2 dia pd tt adik badik /  arwah ibu tt ...tp siapa lah kita kan nak menghukum atau menilai pahala@dosa mreka..
sekalipun tt n adik bradik da memaafkan mak tiri tu....tp mak tiri tu msih x der kesedran ke nak meminta maaf..apa dia xbleh berckp langsung ker..
mana la tau..kan lbih baik@afdal org yg bersalah meminta maaf ..

smoga menjd pengajaran kpd kita smua
jgn menganiya/menzalimi ank2 yatim..

atau cuba la panggil ustaz/ustazah tengokkan mak tiri tt tu
coz kata da bwak ke hospital tp tiada apa2 kan..
mana la tau..mencuba sja..selagi x bertentangan ngan ajaran islam.. Last edited by haryatie on 14-3-2013 09:30 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 10:20 AM | Show all posts
reeny posted on 14-3-2013 09:15 AM
w'salam... terima kasih DumBell

saya tk pasti samada dia ada sakit gastrik atau tidak sebab dia ...

salam...cer gi tanya ustaz...sebab kalau sakit kepala tu..biasanya didampingi JIN..
sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 11:23 AM | Show all posts
reeny posted on 13-3-2013 07:00 PM
kami berlima beradik sedari kecil tk pernah panggil ibutiri tu dgn panggilan mak tapi kami panggil ...

u umur setahun bila mak u meninggal, tak reti bercakap lagi sangat, so tak rapat korang rasanya sebab tak panggil ibu dan u pun tak belajar sebut ibu. tapi taklah terkejut kalau hubungan mak saudara dan anak saudara tak rapat, banyak aje cita kat sini memasing ramai tulis tak suka anak saudara sebab nakallah itulah ini lah.
seburuk buruk emak u tu, dia jaga u, mak kandung sempat jaga u setahun aje, mak
yang ni jaga u lama.  so pepandailah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 11:34 AM | Show all posts
time dia meracau tu dia tak sebut apa2 ke.. tingat la citer dlm mastika dulu.. dia ni sakit tenat busung semua.. rupanya turns out.. dia ni tamak harta pusaka.. so dia dah sihir salah seorg adik dia yg menerima harta jugak.. biar dia sorg jer dpt harta tu.. time sakit tu meracau2 mintak maaf.. sib baik sempat mintak maaf sblm meninggal... apa2 pun mulianya hati kamu maafkan makcik tu.. tabik spring..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 11:36 AM | Show all posts
nasihat la mak tuh bertobat.... kalu korang adik beradik redha dgn perbuatan dia, yg dia pun tetap kena lerr insaf & bertobat...

moga dipermudahkan hidupnya....

sejahat2 manusia di donia ni, berbuat baik lerr pd anak2 yatim....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2013 11:47 AM | Show all posts
pergi lar cari ustaz, kat sini takda yg lebih arif, board MPS tu ada yg boleh buat scan dari jauh

memaafkan tu lebih mulia, and since ibu tiri aka mak saudara tu dah mcm nak tenat just doakan utk dia

mana bapak you dlm cerita ni?

kenapa lar fikir yg mak saudara you ada buat lebih lagi dari apa yg you dah cerita kat her own family? hmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2013 12:07 PM | Show all posts
haryatie posted on 14-3-2013 09:26 AM
bagusnya tt skalipun mak tiri tu mmg spesis mak tiri zaman jahiliyah....tp tt ttp berbuat baik pd di ...

terimakasih haryatie...Walaupun ibutiri tak pernah meminta maaf kepada kami semua tetapi saya dan adik beradik yg lain mmg telah lama memaafkan dia. Untuk membuka cerita balik kepadanya tentang sikapnya dulu pun kami tak sanggup dan kalau boleh memang kami tk mahu ungkit lagi perkara yang lepas2. cuma bila dia sakit yg kami tk tau penyebabnya, itu yg membuatkan saya kembali terfikir akan sikapnya pada kami dahulu. ibutiri pernah dibawa berubat dgn beberapa org ustaz oleh anak kandungnya tp nampak gayanya belum berjumpa dgn penawar yang sesuai lagi... apa pun kami tetap berusaha untuk melihat dia kembali sihat tapi semuanya berserah kepada Allah.

Siapalah kita untuk menilai dosa pahala orang lain tapi sekiranya ibutiri itu berdosa dengan saya sekalipun, saya cuma boleh memohon agar Allah akan ampuni dosanya dan mohon diringankan sakitnya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2013 12:13 PM | Show all posts
faraway1 posted on 14-3-2013 11:23 AM
u umur setahun bila mak u meninggal, tak reti bercakap lagi sangat, so tak rapat korang rasanya se ...

ya, mengikut kata ayah sewaktu emak meninggal, saya belum boleh berjalan lagi, rasanya bercakap pun tk lagi kot..

walaupun ada sikap bias antara saya dengan anak kandungnya sendiri, namun jauh dilubuk hati, saya tetap berterimakasih pada ibutiri yg menjaga saya sedari saya kecil lagi. kalau boleh memang saya nak tengok dia sihat kembali.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2013 12:18 PM | Show all posts
want2bhappy posted on 14-3-2013 11:34 AM
time dia meracau tu dia tak sebut apa2 ke.. tingat la citer dlm mastika dulu.. dia ni sakit tenat bu ...

masalahnya time dia meracau tu kami tak faham apa biji butir yg dia cakap... entahlah mungkin dia ada mimpi yg bukan2 kot, lagipun dia memang susah nk tido. Kadang2 kami suruh dia tido pun dia tak mau, dia mcm takut nak tido pun ada pada pandangan saya la... waktu malam dia akan terbangun sekejap2, mcm org yg tidur-tidur ayam aje..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 1.036848 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list