CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6769|Reply: 65

[Tempatan] Lebuh Raya Persekutuan sesak teruk tadi..hujan lebat, pokok tumbang

[Copy link]
Post time 14-3-2013 01:06 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Hujan lebat dan angin kencang pada waktu petang dua hari berturut-turut menyebabkan beberapa batang pokok di sepanjang jalan-jalan utama di sini tumbang dan mengakibatkan kesesakan trafik.
Seorang jurucakap jabatan bomba dan penyelamat Selangor berkata, mereka menerima beberapa panggilan tentang pokok yang tumbang pada Rabu.
"Kami menerima panggilan tentang pokok tumbang di sepanjang Lebuh Raya Persekutuan menuju susur keluar Seputeh.
"Kami juga telah dimaklumkan mengenai beberapa pokok tumbang di sepanjang lebuh raya Grand Saga Kajang-Cheras," katanya sambil menambah tiada kecederaan atau berlaku kerosakan kenderaan.
Pada Selasa, hujan lebat dan angin kencang di Kuala Lumpur menyebabkan pokok tumbang di Kampung Baru yang membawa kepada kematian seorang wanita asing.
Dalam ribut itu, wanita berusia 52 tahun itu tidak dapat diselamatkan daripada kecederaan beliau selepas sebatang pokok besar menghempap rumah setinggannya kira-kira pukul 4.39 petang.
Lebih 27 kereta turut rosak akibat pokok tumbang disebabkan angin kencang di seluruh bandar.
Lembaga Lebuhraya Malaysia memberi jaminan kepada pemandu bahawa pokok-pokok yang tumbang di sepanjang KM20.9 dan KM21.7 Kajang-Cheras telah dibersihkan.
Turut dinyatakan bahawa pokok yang tumbang di sepanjang Lebuhraya Persekutuan juga telah dialihkan, tetapi trafik masih merangkak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2013 01:21 AM | Show all posts
tanya sama pokok apa sebab goyang ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2013 01:26 AM | Show all posts
Rain, winds and fallen trees snarl traffic in Kajang
By AUSTIN CAMOENS and YUEN MEIKENG

PETALING JAYA: Heavy rain and strong winds for a second consecutive evening uprooted several trees along major roads here snarling rush hour traffic.

A spokesperson from the Selangor fire and rescue department said they received several calls about fallen trees on Wednesday.

“We received a call about a fallen tree along the Federal Highway headed towards the Seputeh exit.

“We were also notified about several fallen trees along the Grand Saga Kajang-Cheras highway,” he said adding that there have been no casualties or damage to vehicles.

On Tuesday, heavy rain and strong winds in Kuala Lumpur uprooted trees in Kampung Baru leading to the death of a foreign woman.

In that storm, the 52-year-old woman, succumbed to her injuries after a huge tree crushed the squatter house pinning her under its massive weight at around 4.39pm.

More than 27 cars were also damaged as trees were uprooted by strong winds all over the city.

The Malaysian Highway Authority assured motorists that the fallen trees along KM20.9 and KM21.7 of the Kajang-Cheras have been cleared.

It also stated that the fallen tree along the Federal Highway had also been removed, but traffic was still at a crawl.

Meanwhile several netizens also tweeted about the storm. Twitter user @tristupe tweeted: Traffic diverted to OKR as a tree fell at the underpass towards Seputeh from Taman Desa. Fed highway, clear!

@MCMattSally tweeted: Bangsar a mess tonight. Huge tree hit by lightning and fell, totally blocking Jalan Bukit Pantai just up from the hospital.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 01:52 AM | Show all posts
Jgn ada yg kata kiram hantar jin huru harakan kl dah ler
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 06:34 AM | Show all posts
Ala... Federal Hiway tu... saban hari jer sesak .... tak payah nak tunggu angin.. ribut... pokok tumbang bagai
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 07:27 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 14-3-2013 01:21 AM
tanya sama pokok apa sebab goyang ...

nanti bijan jawab..........

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2013 07:31 AM | Show all posts
MissNigga posted on 14-3-2013 06:34 AM
Ala... Federal Hiway tu... saban hari jer sesak .... tak payah nak tunggu angin.. ribut... pokok tum ...

dulu aku duduk kat pantai dalam, depan angkasapuri arah ke shah alam sepanjang masa jem.

depan tm tower arah ke cheras pun sama. waima cuaca baik sekalipun.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 07:43 AM | Show all posts
ruffleen posted on 14-3-2013 07:31 AM
dulu aku duduk kat pantai dalam, depan angkasapuri arah ke shah alam sepanjang masa jem.

depan  ...

jalan tu akan tetap jem dulu... kini .. dan selamanya ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2013 08:04 AM | Show all posts
ala....kat highway cheras kajang pun jem terok ...sedih..dari tol 90 sen da stop.dari lebih kurang kol 6 kat situ..6 lebih sikit kott.. smpai maghrib dapat uturn depan sekolah SAAS teros menghala ke KL....

mak kata pokok tumbang smpai himpap kereta menghala ke semenyih....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 08:13 AM | Show all posts
smlm aku keluar dr ara damansara 5.30 smpai KL (central market) 7.20
air naik kat certain jalan..itu yg buat jem..sbb kereta berpusu2 keluar 1 lane
ada tengok kereta sangkut dalam air..duh
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 08:18 AM | Show all posts
harap lepas MRT siap.. kurang la jem nya..
klu dikira dalam sebulan nak dekat 3 hari duk dalam jem...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 09:07 AM | Show all posts
MissNigga posted on 14-3-2013 07:43 AM
jalan tu akan tetap jem dulu... kini .. dan selamanya ....

ari ari jem termasuk sabtu dan ahad...pakat pasrah aje la kalo lalu fedral tu...tak jem tu yang luar biasa...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 09:24 AM | Show all posts
MissNigga posted on 14-3-2013 06:34 AM
Ala... Federal Hiway tu... saban hari jer sesak .... tak payah nak tunggu angin.. ribut... pokok tum ...

dulu weekdays je sesak..skang ni weekend pun sesak
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 09:34 AM | Show all posts
semlm hujan mmg lebat, bukan aje hiwei persekutuan yg jammed dgn segala bencana dan musibah, yg jln dlm bandar pun sama, pokok tumbang, air naik then motor berhenti kat bawah jambatan, masa angin bertiup seriau betul, nasib baik x lama hujannya
semlm kat SKVE pun jammed
jd kat lembah klang dan sewaktu dgnnya pabila hujan lebat perkara rutin adalah jammed dan banjir
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 09:37 AM | Show all posts
semalam banyak giler pokok jatuh dari seputeh tu ke kajang....dgn kabel elektrik pon jatuh....pagi tadi pon tak boleh lalu jalan moto kat citu pokok jatuh...ish isshhhhhh
bumbung dekat blok umah iols pon jatuh......riso nyeee.......uuwawaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2013 10:11 AM | Show all posts
Kereta baru beli 8 bulan ranap


Kuala Lumpur: “Saya berasa tidak sedap hati sebaik melihat pokok tumbang di kawasan parkir berhampiran flat kerana meletakkan kereta Perodua Viva di situ dan saya terkejut apabila mendapati kenderaan yang baru lapan bulan dibeli ranap dihempap pokok,” kata mekanik Wan Fadzil Roslan, 27, mangsa ribut di Flat Loke Yew, Jalan Hang Tuah, di sini, semalam.

Difahamkan, empat kenderaan termasuk milik Wan Fadzil ranap dihempap pokok tumbang di flat berkenaan ketika hujan lebat dan angin kencang yang melanda ibu negara hampir sejam mulai jam 5.30 petang.


Menurut Wan Fadzil, dia baru sampai ke flat berkenaan jam 8 malam untuk pulang ke rumah dari tempat kerja di Kampung Pandan menaiki motosikal apabila mendapati ada pokok tumbang akibat ribut di kawasan parkir.

“Mulanya saya tidak mengesyaki kereta saya terbabit kejadian itu, tetapi segera membuat pemeriksaan di kawasan parkir kerana tidak sedap hati.


“Saya terkejut apabila mendapati kereta saya antara yang ranap,” katanya ketika ditemui.


Sementara itu, pasukan kecemasan Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tiba di tempat kejadian selepas dihubungi mengambil masa lebih sejam untuk melakukan kerja pemotongan pokok dan pembersihan jalan.

Manakala, Skuad Penyelamat DBKL memaklumkan sehingga jam 8 malam tadi pihaknya menerima lebih daripada 10 laporan kejadian pokok tumbang termasuk empat kenderaan yang dihempap pokok di Flat Loke Yew.


“Pokok berkenaan tumbang selepas hujan lebat yang disusuli angin kencang selama hampir sejam,” katanya ketika dihubungi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2013 10:15 AM | Show all posts
kawan aku punye status semlm.. pkl 6 kuar opis pkl 11.30 mlm tak smpi rumah lg...

tak tau nk komen ape
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 10:21 AM | Show all posts
ada poto x.  nak gak tgk. maklumler. x dok KL.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 10:25 AM | Show all posts
ala kat bangi pun hujan lebat + ribut gak petang semalam ooo.zink2 sementara utk wat projek perumahan abis terbuka, khemah surau senget sebelah dll, pokok pisang sikit lagi nak rebah dll...Hujan lebat giler dan angin kencang cam nie memang basuh baju aku nak buka pintu pagar rumah
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 10:39 AM | Show all posts
Oh terkenang zaman dok usj uLang alik keje pj hari2 amik anak kat nursery mesti diaorg paling last Balik...dua dua kecik lagi dok berdiri kat grill pintu muka pon sayu smcm..

Sampai rumah bila diaorg dah tido I selalu nangis sorang2 ...

La ni tak Tahu la tahap ke-jem-an usj keluar ke federal hiway menghala PJ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.575686 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list