Ini yang dikatakan seorang tok guru dan seorang ulama ?
Puak-puak Pas jaja sana-sini kononnya Nik Aziz ulama pewaris Nabi....
Kalau begini perangainya, itu pe ke namanya....
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini turut mendakwa Umno adalah dalang kepada penyebaran gambar homoseks seorang lelaki mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata tindakan Umno yang tidak berputus asa untuk menjatuhkan Anwar ibarat 'mahu mencincang' Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
"Kerja Umno tuduh orang. Tak puas lagi, dia nak cincang Anwar pula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Expo Kelantan 2013 di Kompleks Karangkraf, malam tadi.
Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata Umno tidak akan berhenti menyekat Anwar kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu mampu melumpuhkan dan mengikis keyakinan rakyat terhadap parti itu.
Bagaimanapun, Nik Aziz yakin Umno tidak akan dapat menyingkir Anwar walau apa cara sekalipun.
"Anwar budak cerdik. Payah kalau Umno tak singkir," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas penyebaran beberapa gambar homoseksual lelaki mirip Anwar yang tersebar secara meluas di laman-laman sosial.
Antara Pos
Seperti yang kita tahu sehingga ke saat ini tidak ada mana-mana pihak yang tampil bertanggungjawab menyiarkan gambar tersebut dan belum ada bukti sahih dari mana-mana pihak yang mensabitkan itu kerja siapa.
Namun Nik Aziz yang selama ini dikatakan sebagai seorang yang alim, seorang tok guru , seorang ulama tiba-tiba tanpa ada rasa bersalah sedikit pun menuduh itu kerja Umno.
Blog yang menyiarkan gambar tersebut pun sepatah tak sebut nama Anwar atau mengaitkannya dengan Anwar. Tapi Nik Aziz sesuka hati dia buat tuduhan yang tidak bertanggungjawab.
Tak ke CELUPAR namanya kalau seorang yang mengaku dirinya ulama boleh main tuduh orang ikut suka hati dia ?
POK NIK WAJIB BERTAUBAT...!
|