|
Isteri penyanyi gelojoh dan tak sedar diri! - PG5 Bini Amy Searc
[Copy link]
|
|
Elak suami dikelentong
2013/03/22 - 06:35:51 AM
Amy dan Nourish bersama anak mereka, Qaqa (kanan) dan cucu, Kheisya Laila.
Tak rela ditipu, isteri vokalis Search tegas urus kerjaya seni Amy
Selama ini dia lebih selesa mengambil sikap berdiam diri dan memerhatikan saja sikap sesetengah pihak yang mengadu-domba dan memburuk-burukkan isterinya, Nourish Hassan, yang juga pengurus peribadinya.
Bagi Amy Search, tak menjadi kudis pun jika tidak dipanjangkan perkara itu kerana sebagai insan seni yang sudah lebih tiga dekad dalam industri, cakap-cakap nakal dan tikam belakang ialah perkara biasa buatnya.
Namun semakin didiamkan, semakin galak orang bercerita dan menuduh kononnya Nourish sangat cerewet, berkira dan bersikap ‘demanding’ dalam menguruskan kerjaya seni si suami. Pastinya cerita negatif seperti itu sedikit sebanyak mengguris hati vokalis kumpulan rock tersohor itu.
Bagi pemilik nama penuh Suhaimi Abdul Rahman ini, Nourish sekadar menjalankan tugasnya dan apa yang dilaksanakan isterinya itu adalah atas arahannya juga.
“Saya tahu ramai yang tak puas hati dengan cara Nourish berurusan dengan mereka. Namun bagi saya, apa yang Nourish lakukan itu semuanya untuk kebaikan saya sendiri. Sebelum ini, saya banyak kali ditipu dan dianiaya penganjur, termasuk oleh sahabat saya sendiri. Mereka mengambil kesempatan di atas sikap tidak kisah saya.
“Jadi apabila mereka terpaksa berurusan dengan pengurus yang tegas dan profesional seperti Nourish, tentunya mereka tidak suka. Biarlah mereka nak kata apapun, asalkan isteri saya menjaga saya dengan baik dan menjalankan tugas seperti diarahkan. Ia sudah memadai buat saya,” kata Amy kepada HIP.
Amy terkilan keikhlasan tak dihargai
Sebagai artis yang sudah lama berada dalam bidang ini, Amy kecewa dengan sikap sesetengah penganjur yang sering memperkotak-katikkan serta mengambil kesempatan atas dirinya. Lebih membuat dia terkilan apabila ada pihak yang bukan saja tidak menghargai keikhlasannya, tetapi sanggup menipunya.
“Saya bukanlah seorang yang tidak boleh dibawa berunding. Jika kena dengan caranya, saya masih boleh bertolak ansur. Tetapi, apabila saya berlembut dan bertolak-ansur, ada pula yang mahu menipu. Saya bukan orang baru dalam industri, sudah lebih tiga dekad pun. Kenapa saya dilayan sebegitu?
“Luahan ini bukanlah supaya saya dilayan seperti raja, tetapi apalah salahnya jika mereka ada perasaan hormat dengan kedudukan saya sebagai antara penyanyi senior di negara ini?” ujarnya.
Pastikan kebajikan suami terjaga
Sebagai orang yang dituduh mendatangkan masalah dan dianggap menjadi pemusnah kepada kerjaya suami, hanya kerana cuba bersikap profesional ketika bekerja, Nourish sedikit pun tidak terkesan dengan dakwaan nakal seperti itu. Baginya, apa yang lebih penting ialah kebajikan Amy terjaga.
“Sepanjang 12 tahun bersamanya, saya banyak melihat bagaimana dia sering saja ditipu. Tidak mahu perkara itu berterusan, saya mengambil keputusan untuk menguruskan kerjaya seninya. Saya tak faham mengapa ada pihak mengatakan sukar untuk berurusan dengan saya, walhal perkara itu mudah saja?
“Bagi saya, dalam hal membabitkan kerja, walaupun berkawan rapat, kita haruslah profesional. Jangan hanya kerana kawan, kita boleh perkotak-katikkan dia. Sebab itulah saya kena bertegas. Jika mereka tak boleh terima cara saya, terpulanglah. Namun setakat ini, mereka yang pernah bekerja dengan saya amat berpuas hati dengan cara saya ini,” kata Nourish.
Credits: bharian.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
maka betulle wife amy search |
|
|
|
|
|
|
|
“Bagi saya, dalam hal membabitkan kerja, walaupun berkawan rapat, kita haruslah profesional. Jangan hanya kerana kawan, kita boleh perkotak-katikkan dia. Sebab itulah saya kena bertegas. Jika mereka tak boleh terima cara saya, terpulanglah.
Aku setujuk dgn statement nie. That should be the way, no matter betapa rapat kita dgn kengkawan, tapi bila time kerja, mesti keje sungguh2 dan professional. |
|
|
|
|
|
|
|
da bnyk kali kne tipu kot.. tu yg bini die tegas.. bukan mata duitan, xbaik tuduh2 tau~~ |
|
|
|
|
|
|
|
haha.........terus senyap para gossiper |
|
|
|
|
|
|
|
lampu_liplap posted on 22-3-2013 08:36 AM
“Bagi saya, dalam hal membabitkan kerja, walaupun berkawan rapat, kita haruslah profesional. Jangan ...
amy dh byk kali kena tipu opcos bini dia kena control benda ni
meniaga pn kena tipu, melabur duit pn kena tipu
|
|
|
|
|
|
|
|
ntahnyer.. kalo dah asyik kene tipu.. of kos la kene tegas!!
good job amy n wife!
|
|
|
|
|
|
|
|
Well done and well said Nourish!....kepada para PENIPU berkenaan...tunggu time lah nnt kalau korang pulak yg akan ditipu hidup2....what goes around comes around! |
|
|
|
|
|
|
|
benang ni dah leh tutup sbb dah terjawab sudah gosip yg dimaksudkan itu....next.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian. tak pasal2 nama DH yg naik... |
|
|
|
|
|
|
|
PALING TAK BOLEH PERCAYA TERUTAMA DLM BERNIAGA ADALAH KAWAN BAIK!!!
kawan baik jugaklah yg biasanya nak free, nk murah, nk discount |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke bini amy search ni cun melecun persis model? |
|
|
|
|
|
|
|
[ @ ] qasander Haiii kwn2 pls follow @soundcheckpl to keep updated news for Search Unplugged Concert Live in Spore " Acoustic Malam Edan 1st june 2013 8pm at performance art center spore .. @akuamysearch @sheeqayazit @kupu_kupu @searchband .. Pls get ur ticket seat are limited 1w |
|
|
|
|
|
|
|
betul la la..ape2 pon kena pro |
|
|
|
|
|
|
|
Amy pernah cakap dalam Melodi yg dia memang banyak kali kena tipu. dia jenis lembut hati & tak sampai , tu yg org amik kesempatan. restoran dia lingkup pun sbab kes tipu menipu ni gak |
|
|
|
|
|
|
| |
|