CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 108812|Reply: 646

[HIJAB]Sixth Sense - Misteri Deria Ke-Enam

[Copy link]
Post time 28-3-2013 02:16 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum w.b.t..
I'm new here.
ok, forum ni dikenalkan oleh ma fren. dia cakap, aku cerita je apa yang terjadi kat aku dalam ni. then, akan ada la otai2 kat sini
yang menjawab.
salam perkenalan dan salam satu Malaysia.
terlebih dahulu kenapa aku buka tajuk 6th sense pulak. banyak cerita aku nak kongsi tapi aku letak tajuk begini la. aku akan ceritakan kisah aku dari kecik sampai lah besar. cerita tak seram, tapi pelik dan misteri la kot. in shaa Allah. sampai sekarang aku pun musykil apa yang terjadi pada diri ni. harap kawan-kawan kat luar sana boleh bantu
sekian pengenalan diri. nanti aku akan ceritakan kisah-kisah tersebut.


Last edited by medangmru on 27-10-2013 03:48 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2013 02:19 PM | Show all posts
awak ni siti nurhaliza ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 02:27 PM | Show all posts
ok, now bermula dengan kisah aku masa kecik.

aku ceritakan bagaimana ni semua berlaku. aku duduk disatu kawasan perkampungan di negeri sembilan daerah Kuala Pilah sana.
disitu aku dibesarkan oleh atuk & nenek aku. satu hari keluarga aku balik ke kampung. atuk menyuruh ayah untuk menebang satu pokok tepi rumah.

buat pengetahuan kawasan rumah aku semua nya hutan.

ayah aku pun mulalah menebang pokok yang diberitahu tu. tapi after tebang tangan ayah jadi sakit. atuk pulak tiba-tiba jatuh sakit. ayah dapat mimpi.. mimpi dia ada 7 orang hitam datang mengangkat dia dan melepaskan dia jatuh. seluruh badan dia sakit-sakit. lepastu datang 7 ekor anjing pulak berkeliaran dihalaman rumah. tak tau mana datang anjing-anjing tersebut. kesihatan atuk semakin teruk. mak panggil dukun untuk berubat. rumah kami di pagar. dukun tu kata ayah da menebang rumah makhluk lain. so mereka marah.

ayah dah beransur pulih. tapi dalam masa yang sama ayah terjumpa satu telur ada 3 calit tanda darah. telur tu tak boleh dipecahkan. pijak dan baling still tak pecah. akhirnya badan ayah sakit balik. atuk pulak semakin tak sihat. setiap malam pelesit asyik berbunyi bising. setelah tu, dukun tu datang lagi sekali. waktu dia asapkan belakang rumah dekat dengan pokok manggis tu keluar satu mata merah bercahaya sedang meninjau kami. bila semua upacara selesai dan benda tu dah hilang, ayah sihat kembali.
yang pelik atuk still sakit.

satu malam atuk tidur tapi berkeruh yang dasyat.. aku cuba nak mengejutkan atuk tapi still tak bangun. mereka semua pun cuba jugak kejutkan tapi tak bangun. akhirnya saudara mara datang, orang kampung datang baca yasin dan doa. atuk still tak bangun. tiba-tiba aku teringat pesanan atuk. "siti, nanti atuk dah sakit teruk bacakan yasin tuk atuk. atuk nak dengar"
aku pun membacakan yasin tuk atuk. sampai abiz. abiz je aku baca yasin, mata atuk aku bergerak-gerak. bila bergerak dia pun membuka mata memandang aku. dia senyum dan menghembuskan nafasnya yang terakhir depan aku. aku rasa sedih sangat. atuk meninggal sebaik saja aku habis membaca yasin.

selang beberapa hari lepas atuk meninggal. aku tinggal sorang-sorang kat rumah. aku dengar bunyi burung gagak yang kuat & dasyat. aku tak tahan dan bila aku buka pintu rumah aku dapati halaman rumah aku dipenuhi dengan beratus-ratus ekor burung gagak. hitammmmm..
lepastu mereka terbang dan pergi.

start dari harini aku nampak benda yang pelik sebelum kejadian. banyak situasi yang akan muncul depan aku. akan ku ceritakan lagi sambungan nya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 02:28 PM | Show all posts
testas posted on 28-3-2013 02:19 PM
awak ni siti nurhaliza ke?

errrrrrrrrrrrrrr.. bukan siti nurhaliza la..hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 02:32 PM | Show all posts
Siti_ViPs posted on 28-3-2013 02:27 PM
ok, now bermula dengan kisah aku masa kecik.

aku ceritakan bagaimana ni semua berlaku. aku duduk  ...

u start dapat 6 sense bila atuk u meninggal ye.?

mcm saka aje ni.. yela lepas u abis baca yasin baru atuk u meninggal.. yasin cam isyarat jin saka turun kat u.. tp entahla...


Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 02:33 PM | Show all posts
ehh takde cerita lagi..
ingatkan dah ada..
huhu~
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-3-2013 02:35 PM | Show all posts

Next, satu harini aku duduk tengok TV malam-malam dengan adik aku dan arwah uwan. Lepas habis program malam tu kami pun masuk bilik nak tido. Aku tukang tutup lampu. Malam tu aku rasa biasa je. Siang tu adik aku Tanya aku lepas aku tutup lampu aku ade dengar orang mengilai tak. Semakin lama bunyi tu semakin perlahan. Aku cakap aku tak dengar. Dalam rumah tu semua orang dengar kecuali aku. Seram je rasa nak tido setiap malam.



Kejadian seterusnya malam jugak. Aku tido bersama dengan adik-adik aku. Malam tu adik aku berasa sejuk sangat. Dia pun bangun nak cari selimut. Tiba-tiba dia ternampak seorang macam perempuan tua muka yang buruk & hodoh duduk dekat dengan kaki aku. Dia hanya memandang aku tido. Benda tu tak ada buat apa-apa. Just merenung aku tido. Adik aku bukan main ketakutan. Dia tutup mukanya dengan bantal tapi still Nampak. Benda tu tak pergi. Hanya duduk di kaki dan merenung aku tido. Besok adik aku cerita dekat aku. Mula-mula dia ingat dia bermimpi tapi dia banyak kali bukak & tutup mata benda tu still ada.


Lagi kejadian. Satu hari arwah uwan badan asyik gatal-gatal. Ada orang tawarkan air. Mereka kata arwah uwan terkena ludah puntianak. Orang tu bagi air tawar. Suruh sapu kat seluruh badan. Aku dengan mak ngah pun sapu kat seluruh badan arwah uwan tapi tak ada apa-apa. Ada satu suara berbisik kat aku. “kau sapu kat bawah ketiak kiri dia” aku pun ikut kata suara tu. Mula-mula arwah uwan menjerit sikit. Lepastu aku letak banyak-banyak dia terus menjerit..jengilkan biji mata yang warna merah dan memandang aku.aku terasa macam ada angin menolak aku, terperanjat lalu terpelanting kebelakang sikit. Menggeletar seluruh tubuh aku masa tu. Akhirnya arwah uwan sihat dah tak gatal-gatal lagi. Malam tu arwah uwan mimpi bermain dekat anak air. Orang kata kalau kite mimpi bermain dengan anak air so tu mesti kak ponti.. wallahuallam aku just cerita apa yang aku lalui..

Lepastu habis tingkatan 5 aku sambung belajar dekat UiTM Melaka. Dekat sana macam-macam hal berlaku. Hal pertama pasal aku terambik buah mangga. Hurm aku suka makan mangga. So merayau-rayau cari mangga. Tiba-tiba malam tu ada orang hysteria mencari buah mangga yang hilang. Nasib baik aku tak makan buah mangga tu lagi. Aku pun cepat pulangkan buah mangga tu.



Next cerita aku kat sana satu hari aku balik dari meeting jam 1 pagi. Aku jalan kaki dari blok Dang Anum tu sampai Tun Kudu. Kan lalu masjid kat sana. Aku berjalan dan depan aku ada orang berjalan. Tapi mereka berjalan laju sangat. Aku pun rasa pelik je kenapa mereka berjalan laju sangat. Rupanya mereka Nampak benda putih bertenggek kat masjid nya kubah. Padahal aku tak Nampak plak. Mereka Tanya aku sama ada Nampak tak. Aku mmg tak Nampak apa-apa.

Lepastu satu hari ni.. dekat nak maghrib aku basuh kain. Ada budak level datang masuk Nampak aku tiba-tiba menjerit. Aku terperanjat la. Then budak level semua datang toilet. Mereka semua terkejut Nampak aku. Mereka tnya sejak bile aku ada sana. Aku cakap dah lama dah. Aku Nampak yang sorang tu menjerit. Budak tu cakap dia tak Nampak aku tapi Nampak benda bewarna putih. Aku rasa seram sejuk je.



Next cerita time aku ada program latihan bakal komander (LIBK). Aku penganjur program sebagai pemangku YDP & NYDP. Malam tu budak2 komander ada yang keluar kejap. Dorang ade la pergi tengok wayang. Dorang tengok cerita dalam cerita tu ada pasal kucing hitam tiba-tiba ada dalam bilik yang tertutup. Dalam perjalanan balik masing-masing membayangkan tiba-tiba balik bilik ada kucing hitam. Pastu gelak-gelak. Dan apa yang berlaku??? Ye betul ada kucing hitam dalam bilik mereka. Kucing hitam tu mata satu. Mereka cuba halang tapi kucing tu marah dan mengamuk. Mereka lari masuk dalam bilik aku. Mereka menceritakan keadaan pada aku. Aku pn pergi mengadap kucing tu. Aku jerit dekat kucing tu “KAU!!!” kucing tu dengan budak-budak ni semua keluar dari bilik tu dan tinggal lah aku sorang-sorang. Mereka semua menjerit lari keluar. Aku hairan kenapa kucing tu takut pulak. Masa aku keluar bilik aku Nampak kucing tu naik tangga. Bila Nampak aku kucing tu terus berlari turun takut. Memang pelik tapi tu la yang berlaku.



Lepastu aku jatuh sakit. Aku demam tak kebah. Bila check darah hb aku jadi low. Manusia normal hb patut 13 tapi aku hb 5.2 je. Doktor terkejut kot. Dia ckap kalau hb aku turun lagi aku akan meninggal. Kira tahap aku ni dah boleh nazak dah. Tapi aku still boleh berlari dan kuat. Lepas check hospital semua mak aku ajak berubat kampong. Macam biasa lah. Pergi berubat kampong. Orang tu cakap ada “Polong mengikut” dia cakap polong tu duduk je ikut aku..tak masuk or merasuk. Dia ikut saja. Aku pun terkejut jugak. Orang tu cakap lagi dari tempat aku belajar. Keras. Dia ikut aku.. aku dah tension dengar. Lepas beberapa minggu aku pergi check lagi. Kalini aku bagitau aku hanya percayakan Allah s.w.t.. dalam hati aku cakap benda yang sama banyak-banyak kali. Akhirnya dukun tu cakap aku sakit hospital. Dia suruh aku meneruskan perubatan.

Macamtu lah. Ada banyak lagi. Nanti aku sambung lagi.


Last edited by Siti_ViPs on 28-3-2013 05:02 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 02:37 PM | Show all posts
testas posted on 28-3-2013 02:32 PM
u start dapat 6 sense bila atuk u meninggal ye.?

mcm saka aje ni.. yela lepas u abis baca yasin ...

dalam family tak ada pulak saka. dah tanya dah. memang tak ada. tapi satu-satu perkara pelik muncul. sy akan cerita sikit2.. lepastu tolong bagitau apa terjadi..tq..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-3-2013 02:38 PM | Show all posts

kisah ini aku dari dulu anggap ianya kebetulan walaupun ianya selalu terjadi tp sampai harini aku anggap kebetulan. harap korang yang baca pun anggap ianya kebetulan. aku tak tau ade orang macamni ke tak.. dari kecik aku tanggung perkara ni sampai lah kehari ini. ok alkisah aku boleh merasakan akan ada orang yg meninggal dunia. tapi aku tak boleh tau sape. ada beberapa petanda yang akan aku dapat. seperti:



1) Badan-badan aku akan sakit.. seluruh badan aku berasa sangat sakit. even kalau aku pegang or orang usik sekalipun akan sakit. dari pinggang ke atas



2) Akan ada burung gagak datang padaku. berbunyi depan aku. bila aku suruh dia pergi baru dia pergi.


3) bunyi burung hutan. aku tak tau bunyi dia macam mana.. aku rasa mesti ramai yang pernah dengar. tu lain kali aku dengar bunyi ni aku try rakam.


4) Bau kapur barus. tiba-tiba je aku akn terbau kapur barus.. yang ni memang la tak selesa..tapi bau dia sekejap je la..

lengkap empat-empat ni, lepastu akan ada lah orang meninggal. tapi masa aku memang tak tau.. dalam beberapa hari la kot.. buat pengetahuan aku baru je lengkap ke empat tanda ni malam tadi dan tadi atuk kawanku meninggal dunia. .. mari kita sedekahkan al-fatihah~
salam takziah buat familay arwah..



ok, aku jugak dapat satu lagi petanda..yang ini petanda hari yang sama.. aku tak tahu adakah ini satu sumpahan buat diri aku. burung jinjang.. origami burung jinjang.. korang mesti pernah dengar kan??? hurm, kali pertama aku buat origami ni masa aku tingkatan 5.



masa tu budak2 kelas nk buat hias kelas. mereka ajar aku buat origami burung jinjang ni. aku pun buat la.. lepastu ade la kawan aku ni nama dia amri.. dia tanya aku ape nama benda ni..burung jinjang aku bagitau dia.. aku cakap kalau orang cina selalu buat burung ni bagi kat orang sakit supaya cepat sembuh. lepas tu dia mintak aku buat kan satu untuk dia.. aku buat la.. petang tu ade kelas tambahan. dia tak datang

besoknya aku dengar semalam dia meninggal masa menuju ke kelas tambahan..eksiden..terperanjat aku.

kali kedua aku buat burung ni masa kat rumah aku. aku teringin nak buat burung ni. aku bagitau adik aku. burung ni kalau kita buat tuk orang sakit..& haritu.. anak buah saudaraku meninggal eksiden.. aku betul-betul takut.. aku jadi takut origami burung ni. lepastu aku tak nak buat.. aku takut syirik..tapi aku still anggap kebetulan dan aku tak mau buat...

tapi benda ni tahan beberapa tahun je.. lepastu keinginan nak buat benda ni membuak.. aku dah lupa lak.. aku tanya kawan-kawan aku yang chinese. tapi aku takut akan ada orang meninggal dunia.. tapi bila difikir balik benda ni sume karut..mana mungkin.. aku pun belajar buat balik.. aku bawak balik rumah..aku bagitau adik aku.. & aku pun ade cerita kejadian misteri disebalik burung ni.. dan malam tu, jiran sebelah rumah aku dan merupakan kawan aku meninggal eksiden.. dah la dia anak tunggal. mak dia menangis kuat dan meraung-raung.. sedey nya aku ketika tu.. adik aku marah aku buat benda tu..

sejak haritu sampai lah sekarang..aku tak pernah sentuh lagi origami burung jinjang..aku takut.. takut akan terjadi perkara yang bukan-bukan lagi.. & satu je aku pinta.. aku anggap benda ni semua kebetulan..dan harap kawan-kawan pun sama..


Last edited by Siti_ViPs on 28-3-2013 05:03 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 02:40 PM | Show all posts

kejadian ni terjadi masa aku belajar kat UiTM Kampus Puncak Alam. ok masa ni aku memegang jawatan kat sana JPK kolej. masa tu cuti semester. so, sume pelajar kene pulang kunci apartment and blah dari situ.. ok kami JPK ditugaskan untuk check stp kunci sama ada boleh digunakan or tak. ok aku diberi blok R2. sebab aku perempuan, penolong pengurus asrama tak bagi aku pergi sorang-sorang. so aku pergi dgn kawan aku ni. nama dia izzah.



sampai kat R2 izzah cakap dia pergi wing 1 dan aku wing 2. tp kami mesti bersama-sama dengan level yang sama..sb blok dah kosong, bahaya. so aku pun setuju. kami bermula dari level atas sekali.. check mana kunci yg tak boleh pakai. kunci pintu utama, bilik a,b,c,d..kunci loker dan laci almari.



kami check spt biasa sampai lah tingkat 7 ke tingkat 4. aku dah tak ingat lagi dah. 7 tak silap. ok masa ni aku pergi satu rumah ni.. kat puncak alam kami duduk apartment..so rumah la kan.. sebelum aku masuk rumah ni aku dah nampak asap hitam. aku tak jadi masuk..kenapa lak ada asap hitam ni. aku tertanya-tanya sendiri. lepastu aku pun rasa berat sangat bahu. macam ada benda bertenggek. asap tu pulak semakin menebal kalau kat dalam rumah. ade benda tak baik ke dalam ni. aku gagah kan diri check jugak.. aku check bilik a, b tp bilik c tak boleh bukak. mungkin sebab kunci rosak. lepastu bilik D.. semua ok la..aku pergi jumpa izzah kat pintu lif.. tapi rumah tu macam memanggil-manggil aku.. aku ckap dengan izzah aku rasa rumah tu pelik .. aku rasa macam ada orang..kat bilik c.. bilik tu pintu kunci..tak boleh bukak..aku ajak izzah pergi lagi sekali..



aku dengan izzah masuk rumah tu..perghhh.. asap hitam tu dengan badan aku berat je rasa... izzah dgn slumber ketuk pintu bilik C tu.. & tau apa?? ada orang jawab salam..betul tekaan aku ade orang.. aku bagitau aku JPK nak check bilik.. aku test kunci tu boleh guna.. aku nmpak loker berkunci.. aku tnya kenapa loker ni berkunci..dia kata bukan loker dia..loker dia yang terbukak..lepastu aku cakap lagi, kenapa dia tak balik..dia ckap nursing ada praktikal..dah habis..harini last..dia balik malam kang.. aku cakap kat dia pastikan dia tinggalkan kolej..



lepastu aku dgr macam bunyi loker.. aku cakap dgn izzah aku rasa budak tu ada simpan barang terlarang dalam loker kot.. dia cakap dah nk habis sem..takpe la..tp aku rasa tak sedap hati..aku terus cakap dgn izzah. ade laki la dalam tu.. izzah terus pandang aku..dia cakap aku jgn mengarut bukan-bukan..tp aku asyik dengar bisikan mengatakan ada lelaki..izzah pn percaya kata-kata ku..dia memanggil penolong pegawai asrama dan pegawai keselamatan..

pen pegawai asrama dan pegawai keselamatan pn datang.. izzah dgn pgawai keselamatan tunggu kat luar. aku dengan pen pegawai asrama masuk. pen pegawai asrama terus menyoal pmpuan tu..kenapa tak balik buat apa.. last pen pegawai asrama tanya pasal loker tu.. kenapa kunci..dia cakap bukan dia punya.. pen pegawai asrama tnya kunci yang dia pegang tu kunci sape...budak tu jawab loker dia..sebelah yang bertutup...

pen pegawai asrama amik kunci tu test dekat loker terbukak tu tak dapat bukak..budak tu cakap kunci dia rosak.. pastu pen pegawai asrama nak bukak yg satu lagi..dia halang..dia cakap bukan loker tu punya..pen pegawai asrama still nak bukak..tp tak boleh..



tiba-tiba satu nombor keluar dalam kepala aku
situasi macam nombor banyak-banyak.. aku terus bukak lampu dan rampas kunci tu dari pen pegawai asrama.. aku tgok kunci tu ada nombor.. loker tu ade nombor..nombor dia sama and match.. aku bagitau pen pegawai asrama.. lepas membuktikan akhirnya pen pegawai asrama try sedaya upaya bukak..hampir 20minit bergelut aku mula nampk tangan & seorang lelaki separuh bogel keluar..bertapa terperanjatnya aku..asap hitam tiba-tiba hilang..badan aku jadi ringan tapi penat dan aku jatuh terjelopok.. macam satu beban besar dah hilang.. aku rasa macam tenang sangat..

akhirnya dorang kene tahan aku dipanggil jadi saksi.


Last edited by Siti_ViPs on 28-3-2013 05:04 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 02:44 PM | Show all posts
aku ada join satu group paranormal ni.buat aktiviti jadi volunteer.

aku nak bercerita pengalaman aneh aku selepas program haritu. aku tak cerita details kan pengalaman aneh tu. aku nak balik dr rumah RB. naik KTM nak balik seremban. sampai KL Central mata aku berkedip kuat. train smpai. aku naik. lepas KL Central train akn berhenti di Mid Valley. train mmg,berhenti kat sana.aku nmpak org turun ikut pintu d belakang aku..lampu kat atas tu pun cakap mid valley..sign board pun tulis mid valley..

train pn meneruskan perjalanan.. lepastu berbunyi lagi.. "next station mid valley.. next station mid valley" aku dengan terkejut and terkebil-kebil memandang keadaan sekeliling dan mendengar dengan betul.. betul ke mid valley?? kenapa lak mid valley dua kali.. mid valley punya lampu berkelip-kelip.. train berhenti..signboard tulis midvalley..tapi kalini orang turun ikut pintu depan aku..tp td org turun je..ni org turun dan naik..train pn meneruskan perjalanan. nak di pendekkan cerita, hal yang sama berlaku di bandar tasik selatan dengan batang benar. aku banyak kali berdoa takut aku tak sampai seremban..

akhirnya aku sampai seremban. tu pun aku suruh kawan-kawan aku jangan bagi aku berkhayal. sampai kat seremban depan mata aku aku nampak perempuan muka separuh buruk dan separuh cantik.. aku terperanjat terkedu dan terhenti langkah ku sebentar.. dia datang menghampiriku..stp urat kat muka dia mengeluarkan api.. bergerak-gerak keseluruh muka.. menggigil badan aku nampak dia.. semakin hampir dia kepadaku muka dia jadi cantik..tak ada separuh-separuh lagi..

aku terpaku selama 5 minit kerana tak percaya dengan apa yang aku nampak.. lepastu aku call mak & ayah aku suruh amik aku kat seremban bawak balik kuala pilah..aku takut kalau aku balik sorang aku tak akan balik..



lepastu aku ada fans group tu jugak PM aku. dia tanya aku, waktu live streaming dia nampak ade dua benda follow aku disebelah kiri aku.. dia takut ada yang mengganggu. tapi dia bagitau aku benda tu tak buat pape lak. dia ikut je mana aku pergi.. ada dua semuanya.. lepastu camera yang rakam aku offline



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 02:48 PM | Show all posts
Siti_ViPs posted on 28-3-2013 02:40 PM
kejadian ni terjadi masa aku belajar kat UiTM Kampus Puncak Alam. ok masa ni aku memegang jawatan ka ...

buat la paragrapgh. sakit mata nak baca.

kira budak blik C tu bawak bf die beromen heh?

asap itam tu kau sorang aje ke boleh tgk?kawan kau leh nampak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 02:51 PM | Show all posts
lagi masa aku belajar kat uitm puncak alam jugak. masa ni aku tengah lepak-lepak dengan kawan-kawan dekat bawah kolej.
masa lepak ni nmpak la sorang budak ni dia parking motor masuk. dia lalu depan aku. tiba-tiba satu situasi masuk dalam minda aku. aku terus cakap dengan kawan aku.

"meh ikut aku jumpa guard. budak tadi datang nak buat kacau."
kawan aku reply

"dah kau ni kenapa?? dah jangan nak megarut."

aku tetap bertegas
"betul la..jom ikut aku"

aku berlari pergi ke pondok pengawal. aku cakap ade orang nak buat kacau. dia pengkid mengganggu satu rumah ni ..bukan student sini. mereka perlukan  bukti. disana aku memaksa pengwal keselamatan ikut aku. aku ikut kata hati aku.. direct aku bawak pengawal keselamatan dan pegawai buat pemeriksaan .. dan betul. rumah yang aku bawak tu aku nmpak pengkid tu. aku dah berdebar.
after check dan betul dia memang budak luar. dia disuruh keluar dan nombor flat motor diambil. tiba-tiba ada sorang budak penghuni rumah tu mengadu kat aku dia di raba dan diganggu oleh pengkid tu.. aduan pun dicatat.. aku memang takut giler.. tapi lepas kes ni selesai badan aku rasa ringan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 02:52 PM | Show all posts
testas posted on 28-3-2013 02:48 PM
buat la paragrapgh. sakit mata nak baca.

kira budak blik C tu bawak bf die beromen heh?

asap hitam tu aku je yang nampak. mereka yang lain tak nampak.. huhu..sori2.. aku tak pakar lagi bercerita..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 02:54 PM | Show all posts
oohh rupanya dah banyak cerita..
hehehe~

okayy, time to rempitz now~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 02:56 PM | Show all posts
hurm..baru-baru ni ada la kawan mistik aku ni. bagitau aku.. dia cakap macamni.

"awak saya tak tau patut bagitau awak ke tak.. ok sy ada mimpi tentang awak"

bila aku tanya dia mimpi pasal apa

"saya mimpi sorang budak  kecik disusu oleh seorang wanita. ada satu wanita lain sedang memerhati"

dia pelik dengan mimpi dia tu. dan kerap sangat mimpi macamtu. so dia tanya guru dia. guru dia jawab

"ada seorang yang dijaga oleh dua orang wanita"

dan dia tanya lagi guru dia. kenapa dia asyik mimpi tu je. banyak kali.
guru dia tanya dengan sapa dia berkawan sekarang. kawan tu cakap aku.. guru dia cakap, aku la budak dalam mimpi tu..
hurmmmm pe ye?? kenapa pelik..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2013 03:00 PM | Show all posts
kalau ada kes aje.. badan kau jadi berat heh...
aduhh letih la mcm ni kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 03:01 PM | Show all posts
ok, baru-baru ni time aku balik dari kerja telinga aku berdesing kuat.. kuat sangat sampai sakit.
pastu aku balik nak mandi. masuk dalam bilik air tiba-tiba aku nampak ular hitam.. ular hitam tu pulak menyorok.
aku takut. aku bagitau ayah aku.
ayah aku pergi bunuh ular tu. time dia nak bunuh tu aku dengar ular tu menjerit. menjerit macam lolongan yang menyeramkan..suara macam kasar gila.. bila dah habis, telinga aku tiba-tiba berhenti berdesing..

lepastu semalam pulak tiba-tiba aku nampak sepasukan hijau depan mata aku. ada ramai.. lepastu mereka hilang..

lagi satu baru je tadi.. aku tiba-tiba ternampak orang ni.. mata putih..tak ada mata hitam..

yang lagi pelik.. aku jugak boleh nampak aura dalam badan manusia.. aura tu tak selalu nampak.. macam warna merah.. hijau, biru hitam..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 03:01 PM | Show all posts
testas posted on 28-3-2013 03:00 PM
kalau ada kes aje.. badan kau jadi berat heh...
aduhh letih la mcm ni kan...

yup..bila ada kes, badan aku jadi berat.. sakit.. lepas selesai baru ok
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 03:03 PM | Show all posts
Siti_ViPs posted on 28-3-2013 03:01 PM
yup..bila ada kes, badan aku jadi berat.. sakit.. lepas selesai baru ok

mcm ada penglibatan jin aje ni..
baik kau berubat... letih la badan kena tenggek bende tu..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.098439 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list