2013/03/27 - 20:35:35 PM Oleh Fatin Farhana Ariffin
Beberapa hari lalu, kedengaran khabar mengatakan penyanyi terkenal, Hafiz Suip, 23, akan berehat daripada aktiviti nyanyian selama enam bulan akibat sakit tekak. Kononnya, dek terlalu banyak menerima tawaran mengadakan persembahan, ia memberikan kesan kurang baik kepada kesihatannya.
Bagaimanapun, juara Akademi Fantasia 7 yang memenangi kategori Vokal Terbaik sebanyak tiga kali pada Anugerah Juara Lagu itu menafikan perkara terbabit. Biarpun mengaku akan bercuti selama sebulan, namun ia bukanlah akibat kesakitan tekak seperti didakwa sesetengah pihak.
Sebaliknya, Hafiz memberitahu, dia akan berehat kira-kira empat minggu pada Jun depan untuk memberikan tumpuan kepada konsert solo di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur. Konsert berkenaan akan berlangsung pada 3 Julai nanti.
Ditemui ketika menjayakan siri jelajah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 di Johor Bahru, Ahad lalu, Hafiz yang juga calon Top 5 kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Duo/Berkumpulan Popular (bersama Adira) nyata teruja apabila bercerita mengenai persembahannya di DFP kerana ia menjadi impiannya sejak mula bergelar penyanyi.
Jaga vokal
"Saya akan berehat selama sebulan saja pada Jun nanti. Saya mahu menumpukan sepenuhnya pada persiapan untuk konsert itu dan juga bagi menjaga vokal.
"Sudah lama saya merancang untuk mengadakan konsert terbabit. Malah, saya percaya semua penyanyi menyimpan impian untuk mengadakan konsert solo di pentas berprestij itu, sama seperti Datuk M Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza.
“Konsert ini pula saya ingin hadiahkan kepada keluarga dan peminat. Begitupun saya enggan mendedahkan butiran lanjut awal-awal. Tunggu benda sudah nak siap, baru saya nak kongsi. Saya akan menyanyikan 10 lagu pada konsert itu nanti dan selebihnya adalah kejutan. Kalau nak tahu, datanglah ke konsert saya itu nanti,” katanya bersemangat.
Sebagai persiapan awal, Hafiz akan menghadiri kelas vokal seminggu sekali bersama Cikgu Shafi manakala persembahan pentas nanti mendapat tunjuk ajak daripada pereka tari, Pat Ibrahim. Katanya juga, bagi arahan muzik, ia diletakkan di bawah kuasa Aubrey Suwito.
Album baru April depan
Sementara itu, artis kelahiran Kuching, Sarawak, ini akan muncul bersama album ketiga pada April nanti. Kali ini, dia memilih judul Hafiz Suip, Luahan Hati Seorang Anak Seni.
Memuatkan sembilan lagu, Hafiz turut menyatakan beberapa lagu daripada album berkenaan ialah karyanya sendiri. Komposer berpengalaman lain yang turut menghulurkan karya termasuk Ajai, Kuncidemak, LY dan Baiduri.
"Ada lagu yang saya hasilkan bersama Kuncidemak dan ada juga yang saya cipta dengan sepupu. Saya cukup berpuas hati apabila dapat sama-sama terbabit dalam penulisan lagu untuk album kali ini.
"Lebih menarik apabila saya menggunakan konsep berbeza untuk album ini, yang dirasakan belum dicuba penyanyi lain di Malaysia. Saya mengetengahkan konsep majalah, supaya orang ramai yang membeli album ini menyimpannya, bukannya dibuang selepas beli.
"Idea itu hasil perbincangan bersama Astro. Saya sudah lama merancangnya, iaitu sejak tahun lalu. Kini, tiba masanya untuk album itu menemui peminat," katanya yang merakam album terbabit dalam tempoh kurang daripada setahun.
~~~ bharian.com.my ~~~ Last edited by Along_XX on 1-6-2013 04:27 PM
wow..cant wait.. apsal tajuk album sgt tak komersial? cuba imagine kat award mcm AIM pengacara announce album terbaik jatuh pada LUAHAN HATI SEORANG ANAK SENI--OMG sgt tak best..huhu..
LUAHAN HATI je dahla.. semua org pun tahu HAFIZ tu seorang anak seni.. kan ada tajuk lagu DEKLAMASIKU tu..sangat sesuai jadi tajuk album..
apapun aku suka sebab album ni macam personal album..maksudnya semua lagu dalam album ni memang ada kena mengena dengan penyanyi itu sendiri..jarang kat Malaysia ni ada album yg personal macam TRANSKRIPSI dan juga DAYANG SAYANG KAMU..
Sudah dengar keseluruhan lagu dari album baru hafiz. Paling suka lagu 'satu cerita'. Suara hafiz sangat mantap dalam lagu ni...
Lagu 'kesimpulan yang tak nampak' pun best, cuma ketara sangat lagu tu ajai punya... Last edited by invader97 on 25-5-2013 04:49 PM
Dah beli album......dah pernah dgr lagu Mungkinkah versi 4 tahun sudah tapi versi 2013 ni jauh lebih mantap music arrangementnya.....maybe coz yg arrange AG coco? Hehehe......lagu yg lain belum sempat nak masuk dlm hati coz baru dgr sekali lalu.....lom boleh nak komen....
tak sangka buah tangan LY untuk hafiz ni lain sangat2....
selalu melodi lagu2 LY ni sepesen jer especially lagu2 90an dulu...
terbayang lagu ni kalau Dayang bawak...sesuai jugak dan pasti meletop!