CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2183|Reply: 14

[Tempatan] TAHNIAH-Penjawat Awam Negeri Perak Dapat Insentif Tambahan RM500

[Copy link]
Post time 3-4-2013 04:16 PM | Show all posts |Read mode
Penjawat Awam Negeri Perak Dapat Insentif Tambahan RM500

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Rabu mengumumkan pemberian insentif tambahan sebanyak RM500 kepada setiap penjawat awam kerajaan negeri.

Beliau berkata pemberian yang akan dimasukkan dalam pembayaran gaji bulan ini melibatkan lebih 8,000 penjawat dengan peruntukan RM7.5 juta.

Ia sebagai menghargai usaha penjawat awam ekoran peningkatan hasil kerajaan negeri tahun lepas, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri menjangka kutipan hasil RM865 juta bagaimana kita berjaya mencapai RM905 juta," katanya.

Antara penjawat awam yang bakal menerima insentif itu ialah yang berkhidmat di Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan yang merangkumi Majlis Daerah serta Majlis Perbandaran.

Zambry turut menyangkal pemberian itu sebagai 'gula-gula' pilihan raya.Beliau berkata tahun sebelum ini, kerajaan negeri juga memberi insentif tambahan.

Sementara itu beliau berkata mesyuarat exco hari ini merupakan yang terakhir sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Beliau dijadual mengadap Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah petang ini untuk memohon perkenan pembubaran DUN. BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2013 04:17 PM | Show all posts
untung lah.. mana2 kerajaan negeri yang belum bubar sempat lagi kalau nak bagi ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 04:21 PM | Show all posts
Memang tak beretika.
Ini akan menaikkan kemarahan penjawat awam lain di lain-lain negeri
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 04:23 PM | Show all posts
Sementara itu beliau berkata mesyuarat exco hari ini merupakan yang terakhir sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.


mesyuarat terakhir dia ke ...

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 04:27 PM | Show all posts
last minit sempat lagi tabur...kasi kering itu kantung la sblm terlambat... Last edited by cmf_kunyit on 3-4-2013 02:29 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2013 04:33 PM | Show all posts
selangor dengan penang patut bagi rm1K ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2013 04:36 PM | Show all posts
tintabiru73 posted on 3-4-2013 04:21 PM
Memang tak beretika.
Ini akan menaikkan kemarahan penjawat awam lain di lain-lain negeri

bagus laaa.  
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 04:40 PM | Show all posts
ada harapan x pokcik ni nanges mcm Tajol Rosli tu hari?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2013 04:52 PM | Show all posts
along3746 posted on 3-4-2013 04:33 PM
selangor dengan penang patut bagi rm1K ni..

tak lah...diorang bagi 2000 sorang...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 04:54 PM | Show all posts
ini tidak adil kepada org2 swasta yg lain....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 04:55 PM | Show all posts
'rasuah' terakhir ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 04:55 PM | Show all posts
kepada penjawat awam negeri lain...sila lap air liur...banyak sangat dok menitik
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 02:17 PM | Show all posts
melepas lah penjawat awam negeri2 lain nak merasa insentif tambahan mcm negeri perak ni, kebanyakan DUN dah bubar..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 03:00 PM | Show all posts
dah dapat ...kalau tak ingat ...dituduh Melayu lupa diri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 10:30 AM | Show all posts
MB: Anwar umum nama calon, perlu hormati
RUWAIDA MD ZAIN
5 April 2013


Abdul Khalid Ibrahim bersama barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor selepas sidang media semalam. - FOTO : ROSLI TALIB

SHAH ALAM – Ahli PKR yang berdisiplin tidak akan mendahului pimpinan parti mengumumkan kerusi yang bakal dipertandingkan sehinggalah pengisytiharan rasmi dilakukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Anwar akan membuat pengisytiharan untuk Dun Selangor secara rasmi dari semasa ke semasa.

“Dalam PKR, kita ada disiplin. Pengumuman akan dibuat untuk semua, jadi ahli tidak boleh mengumumkan tempat dia akan bertanding sehingga pengumuman rasmi. Biro politik parti akan berikan masa untuk pengumuman bagi tiap-tiap negeri.

“Ini bukan publisiti, tetapi bagi mengelakkan tidak puas hati pihak yang nama atau tempat mereka tidak diberi. Ini untuk menentukan disiplin dalam parti dapat dipertahankan,” katanya ketika mengulas sama ada akan kekal di Dun Ijok atau bersedia bertanding di mana-mana kawasan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, beliau perlu menghormati amanah diberikan pimpinan tertinggi PKR.

“Jika saya menjawab soalan itu, maknanya tiada disiplinlah.

"Sebagai menteri besar, saya tidak boleh buat begitu kerana ada disiplin dalam parti,” katanya.

Beliau turut mengulas mengenai kedudukan Exco kerajaan negeri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang PRU13.

Menurutnya, walaupun ada perbezaan cara dalam kalangan Exco, tetapi mendapat satu keputusan bersama demi kebaikan rakyat, jadi dengan sikap tersebut sudah tentu mereka layak meneruskan kepimpinan.

“Itu saya tidak boleh jawab. Walaupun seorang daripada pasukan kita, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tercicir, saya dapati kerjasama pasukan memuaskan.

"Kita dapat menggunakan masa untuk merancang dan melaksanakan beberapa program pembangunan rakyat dengan terbaik," katanya.

Katanya, mesyuarat Exco semalam, sebulat suara bersetuju memberikan bonus RM300 dalam bentuk simpanan kepada semua penjawat awam termasuk Exco disebabkan kerjasama yang baik itu.

"Itu menunjukkan kejayaan kita menjaga dasar kewangan yang berhemah.

"Dalam masa dua minggu ini, kita akan usahakan supaya semua orang dapat bonus RM300. Ini bonus khas,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.065733 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list