CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: juju_amin84

[J-DRAMA] Itazura Na Kiss ~ Love in Tokyo (2013)

[Copy link]
Post time 11-6-2013 03:01 PM | Show all posts
juju_amin84 posted on 11-6-2013 02:49 PM
dlm 13 ke 16...hr tu de terbc..lupa..ahahaha

x byklah ye...bagus bagus.....boring nanti lama2

rasanya cam tak puas je tengok tenet

nak rembat dvd....kat speedy ada jual ke?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2013 03:03 PM | Show all posts
tsukushi posted on 11-6-2013 03:01 PM
Nak kata recap tu tak le....tak lengkap pun cuma ingat scene2 yang terkesan di hati. Lagi satu suk ...

aine tak tengok versi lain
tapi pada aine ni versi ni besh
pelakun dia pun cam kena je ngan watak
pastu mak irie pun tak boleh blah sengal gak....
nak sangat bermenantukan kotoko hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2013 03:09 PM | Show all posts
WeAiNe posted on 11-6-2013 03:01 PM
x byklah ye...bagus bagus.....boring nanti lama2

rasanya cam tak puas je tengok tenet

msti r blm kuar..cite br lg.tunggu ar smpai hbs epi kt japan..ekeke
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 03:28 PM | Show all posts
Eps 2 : Kotoko pun mulakan study untuk final exam. Yang kelakarnya dia pun tak faham apa yang dia tak faham. Mak Naoki sweet sangat buatkan midnight snack untuk Kotoko. Maknya happy sangat dapat buat macam tu sebab selama ni takde sorang pun anaknya yang pernah belajar sampai tengah malam sebab dua2nya pandai. Dalam pada tu sempat juga kongsikan album lama keluarga keluarga. Masa nilah mak dia dapat tangkap si Kotoko tu ada hati Kat Naoki. Memang mak dia ni le akan jadi captain of the ship Kotoko&Naoki4ever. Dapat pulak gambar si Naoki yang comel masa kecil mak dia pakaikan baju perempuan sebab dia nakkan sangat anak perempuan. Agaknya tu le trauma si Naoki jadi alien tak berperasaan tu.
Esonkya terkejut satu kelas tengok si Naoki yang femes dari kelas A tu cari Kotoko. Rupa2nya dah tertukar bekal. Cerdik si Kotoko ni dapat Naoki janji jadi tutor dia seminggu kalau nak dapat balik gambar lama dia tu. Wahh masa ni suka sangat tengok cara dia mengajar Kotoko. Sangat-sangat sabar. Masa nilah kita baru rasa Irie (Yuki Furukawa) ni cute. Satu lagi  suka tengok Kotoko pun sangat bersungguh. Memang patut le dapat pas periksa dan masa nilah kita rasa Irie mula merasakan sesuatu tapi masa ni belum lagi cinta disebabkan kesungguhan Kotoko tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 03:38 PM | Show all posts
tsukushi posted on 11-6-2013 03:28 PM
Eps 2 : Kotoko pun mulakan study untuk final exam. Yang kelakarnya dia pun tak faham apa yang dia ta ...

yes...baca yg ni aine teringat

irie terus tengok tempat 100 pstu senyum je

dia pun concern pasal kotoko kan.....

yg kotoko sibuk tgk tempat 1 dah tentulah irie punya

sekali melopong terlompat2 hahhahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2013 06:45 PM | Show all posts
tsukushi posted on 11-6-2013 03:28 PM
Eps 2 : Kotoko pun mulakan study untuk final exam. Yang kelakarnya dia pun tak faham apa yang dia ta ...

klo dlm versi lain ..mak irie yg g tukarkan bekal tu..hahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2013 11:08 AM | Show all posts
juju_amin84 posted on 11-6-2013 06:45 PM
klo dlm versi lain ..mak irie yg g tukarkan bekal tu..hahahaha

Betul le tu, tule dah tak kisah walau pun ada perbezaan dari adaptasi sebelum ni sebab memang best.

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 11:09 AM | Show all posts
WeAiNe posted on 11-6-2013 03:38 PM
yes...baca yg ni aine teringat

irie terus tengok tempat 100 pstu senyum je

Cute je kan masa ni. Yang Naoki punya risau gambar tu orang lain nampak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2013 11:13 AM | Show all posts
Eps 3: Perkembangan besar di mana akhirnya Naoki membaca surat cinta Kotoko. Pada episod sebelumnya Naoki marah sangat dengan Kotoko sebab kisah mereka tinggal serumah dipecahkan oleh kawan-kawan Kotoko, Jinko dan Satomi di sekolah. Kesian Kotoko kerana sebelum ini dia menidakkan perasaan dia pada Naoki tapi baru dia sedar sebenarnya dia masih menyintai Naoki. Kisah remah roti kembali lagi pada waktu pagi esoknya. Agaknya Naoki rasa bersalah sebab memarahi Kotoko sebelumnya, kali ini dia yang mengambil remah roti dari muka Kotoko. Terkejut si Kotoko.

Malam tu plak Papa Aihara menyediakan makan malam sebab nak ucapkan terima kasih pada keluarga Irie. Kotoko pun sediakan satu lauk jugak yang memang tak lalu kita menengoknya. Apalagi dua beradik  Irie yang jenis cakap lepas tu. Bapaknya kata tak tahu le macam Kotoko nak kahwin nanti sebab tak tahu masak. Mak Naoki apalagi kata kahwinkan je Kotoko pada keluarga dia. Hehe suka Kotoko dengar kata mak Naoki. Yang bestnya nampak si Irie pandang wajah Kotoko seketika dan takde la plak dia membantah. Selepas adiknya membantah kata2 mak dia dan Kotokopun sama baru dia ikut sama membantah walaupun tak sepenuh hati.

Mak dia tambah lagi yang Kotoko ni jenis perempuan yang Naoki suka. Haha seronok  Kotoko dengar dan bertanya betul ke. Si Irie kata mana betul dan dia pun tak mahukan Kotoko.  Kotoko nak jaga air muka katalah dia pun tak nak Naoki juga. Naoki berkata  ya ke sebabnya Kotoko memberi mesej cinta yang berahi pada dia. Kotoko tak tahu yang Naoki dah baca surat cinta dia dan si Naoki yang genius pun bacalah isi surat Kotoko ayat demi ayat. Apalagi mengamuklah si Kotoko dan tampar muka Naoki. Gaduh dorang kat situ dan akhirnya si Kotoko mengaku dia menaruh hati pada Naoki sebelum mereka pindah ke situ. Mak Naoki punyalah suka sebab impian menjadikan Kotoko menantu bukan angan2. Kinchan dan kawan2 nya yang mengendap di rumah Kotoko pun sama membantah. Yang best kata2 Naoki pada Kinchan, “Saya mungkin bencikan dia semalam tetapi itu tidak bermakna saya tidak akan suka dia pada hari esok” .Uhh macam ada harapan untuk Kotoko.

Kotoko lulus periksa final tapi gagal dalam peperiksaan pertengahan tahun. Akhirnya dia dan hampir semua kelas F kena masuk kelas masa cuti musim panas. Irie plak berlatih tenis untuk pertandingan di sekolah.Kotoko berangan2 dalam kelas dan akhirnya didenda cikgunya berlari 10 pusingan keliling padang. Irie yang baru sedar yang Kotoko ada di situ, memukul bola tenis kearah Kotoko tepat kena kat dahi. Cikgu Kotoko mengherdik dari jauh sebab mereka ni macam gaduh couple gitu. Si Naoki ni pun masa ni dah tunjukkan minat kat Kotoko. Haa dia dah lupa ke amaran jauh 2 meter tu masa di sekolah. Pertama kali tengok Naoki senyum disebabkan telatah Kotoko. Ada satu scene beberapa minggu selepas  tu masa keluarga Iriemeraikan kemenangan Naoki dalam pertandingan tenis yang dia dapat membaca dengan tepat di mana bola tenis akan jatuh. Nampak sangatkan tujuan dia pukul bolapada Kotoko tu yang kononnya tak sengaja .

Malam terakhir musim cuti mereka tinggal berdua di rumah.Apalagi si Kotoko kononnya nak cuba memasak yang akhirnya disaster. Berasap satu dapur. Naoki ambil alih dan masakan dia sebijik macam dalam gambar. Memang kalah Kotoko dahle kerja sekolah dia tak siap lagi. Naoki hari pertama dah siap kerja sekolah dan macam tau2 je kata kalau Kotoko ,seminggu  baru boleh siapkan itupun kalau dia tak tidur.Hehe. Tengah malam tu Kotoko dah tak tahan buat kerja sekolah akhirnya nak mengintai kerja sekolah Naoki. Mengendap dia dalam bilik Naoki yang dah tidur tu. Misi tak Berjaya. “Nosebleed” scene seterusnya. Naoki menyakat si Kotoko masuk bilik dia sebab nak tidur dengan dia. Kotoko yang dah gelabah kata walaupun dia cintakan Naoki tapi cepat sangat kalu tidur bersama. Biar merekaada perhubungan yang sihat dulu. Gelak si Naoki dan barulah Kotoko sedar yang Naoki hanya menyakat dia. Sekali lagi Naoki dapat kepastian  Kotoko masih mencintai dia.

Last edited by tsukushi on 12-6-2013 11:16 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 11:55 AM | Show all posts
tsukushi posted on 12-6-2013 11:13 AM
Eps 3: Perkembangan besar di mana akhirnya Naoki membaca surat cinta Kotoko. Pada episod sebelumnya  ...

kui kui kui.....tepat sekali yg besh masa bed scene tu.....

arghhhhhh irie ampu badan kotoko aduyaiiiiiiiii

ok next ep...hhehehee
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 10:33 PM | Show all posts
Meriah la plak thread nih ye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2013 10:37 PM | Show all posts
mari meriahkan lg benang neh..ekeke
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 09:44 AM | Show all posts
whitedove posted on 12-6-2013 10:33 PM
Meriah la plak thread nih ye...

marilah sama kita memeriahkan yeeeeeeeee
irie kun
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 09:46 AM | Show all posts
juju_amin84 posted on 12-6-2013 10:37 PM
mari meriahkan lg benang neh..ekeke

nanti ending dorang kawin tak?
nak tengok kotoko dlm baju pengantin
mesti cantik kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2013 12:06 PM | Show all posts
WeAiNe posted on 13-6-2013 09:46 AM
nanti ending dorang kawin tak?
nak tengok kotoko dlm baju pengantin
mesti cantik kan

versi jepun kawen..versi lain xtau..ahahha
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 01:05 PM | Show all posts
juju_amin84 posted on 13-6-2013 12:06 PM
versi jepun kawen..versi lain xtau..ahahha

aine tengok versi  manga punya
siap ada adengan bed lagi......
tapi sebelum tu kotoko mengamuk sebab ada minah
gatai merenyam ngan irie


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2013 03:11 PM | Show all posts
WeAiNe posted on 13-6-2013 01:05 PM
aine tengok versi  manga punya
siap ada adengan bed lagi......
tapi sebelum tu kotoko mengamuk s ...

versi anime pn ok ..ekeke
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 05:10 PM | Show all posts
Eps 4: Kotoko diterima masuk ke Univesiti Tonan dan mereka sekeluarga meraikan Kotoko. Kotoko memberi hadiah atas tanda terima kasih kepada Naoki kerana membantunya  belajar selama ini. Adik Naoki pelik melihat hadiah Kotoko yang memberi pengurut kepala kepada Naoki tapi rupanya macam pemukul telur. Naoki pula mengejutkan keluarganya kerana masih belum berkeputusan samada meneruskan pengajian di Universiti Tokyo atau mana2 Uni yang lain.

Kotoko membuat azimat(omamori) untuk Naoki yang akan menduduki peperiksaan awam kelayakan untuk masuk universiti. Pada malam sebelum peperiksaan Kotoko pun memberi azimat tersebut kepada Naoki . Naoki yang masih kurang yakin tentang masa depannya bertanya kenapa Kotoko dan yang lain-lain beria sangat hendak masuk university. Naoki merasakan kenapa dia perlu memasuki universiti sedangkan dia boleh belajar  sendiri. Kotoko memberi pendapatnya yang  mereka perlukan kelulusan dan kepintaran Naoki bukan saja boleh digunakan untuk diri sendiri tetapi untuk perkembangan negara.Naoki kagum melihat Kotoko yang sendiri tidak pasti tentang cita-citanya dantak suka belajar boleh bersemangat untuk memasuki universiti. Naoki: “ Awak hebat”,“Dia memberikan segala usaha tapi masih tak mampu melakukannya…” , dan gaya cakap Naoki  tetap pedas. Dari scene nipun kita dah nampak Naoki mula mengambil kira pandangan Kotoko yang  lama-kelamaan makin bertapak dihatinya.

Bermulalah hari yang kurang bernasib baik untuk Naoki pada hari peperiksaan . Pertama, Naoki yang rasa hampir demam makan ubat yang diberi Kotoko kemudian baru sedar ubat itu boleh membuat mengantuk. Kedua, dalam perjalanan ke tempat peperiksaan ,azimat Kotoko yang dilekatkan pada beg sekolahnya terlekat plak pada lif dan hampir terlewat sampai. Ketiga,disebabkan azimat tu juga Naoki jatuh dari tangga. Keempat, semua penselnya patah masa nak menjawab soalan exam dan dia hanya ada 30 minit saja nak menjawab selepas keluar dari bilik sakit.. Nasib baik Watanabe meminjamkan penselnya pada Naoki. Kelima, makanan bekal bentonya plak tak lalu dia nak makan sebab cute sangat. Keenam, ubat yang Naoki makan pagi tadi mula tunjuk kesannya. Dia dah tertidur masa nak jawab peperiksaan tapi dikejutkan oleh pengawas peperiksaan. Naoki ingatkan dia dah hilangkan azimat semasa dia jatuh tadi rupa-rupanya dah diselitkan kedalam jaketnya. Memang ada jodoh betul dia dengan azimat tu. Watanabe, kawan Naoki pun kata rasanya Naoki dan Kotoko akan bersama selalma-lamanya. Hhehe…

Walau berbagai cabaran yang dihadapi Naoki, akhirnya dia masih mendapat markah tertinggi seluruh negara. Jadi Naoki akan menduduki periksaan memasuki  Universiti Tokyo pula. Kotoko yang risaukan keadaan Naoki setelah mengetahui peristiwa yang berlaku sebelumnya dari Watanabe mengikut Naoki senyap-senyap . Seperti biasa le memang tak pas Kotoko ni bab stalking ,diketahui Naoki dan dia pun tak halang Kotoko menghantarnya ke tempat peperiksaan. Kotoko tiba2 berasa sakit perut tapi dia menyembunyikan kesakitannya kerana tak mahu Naoki risau. Setelah tak tahan lagi Kotoko pengsan dan Naoki yang sudah seberang jalan kembali semula dan memangku Kotoko ke hospital. Keluarga Kotoko dan Irie mengelilingi Kotoko dan setelah sedar dia lega kerana Naoki tiada di situ dan mungkin sedang mengambil peperiksaan. Tetapi jadi haru biru semuanya bila Naoki muncul dan mengatakan dia tidak mengambil periksa. Ayah Kotoko berlutut meminta maaf pada keluarga Irie kerana peristiwa berlaku disebabkan oleh anaknya .

Kotoko yang rasa bersalah berkeputusan meninggalkan rumah Irie. Dia berjumpa plak dengan Naoki) di simpang jalan rumah. (rasanya Naoki ni ada Kotoko radar, macam tau2 je Kotoko di mana) Kotoko meminta Naoki supaya tidak menghalangnya pergi tapi kalau dah namanya pun Naoki takdenya dia nak halang Kotoko.Cuma dia nak memastikan samada Kotoko hendak pergi adakah disebabkan dia tidak pergi ke Universiti Tokyo.
Naoki: “Memang betul tidak pernah sesuatu yang baik pun berlaku bila kamu ada.Awak selalu mengganggu langkahku. Orang di sekolah menyebarkan khabar angin tentang kita.Awak membuat saya membantumu belajar. Dan yang akhir sekali, awak menghancurkan saya punya periksaan kelayakan..Tetapi..ia agak menyeronokkan. Pertama kali saya merasa risau. Pertama kali dalam hidup saya , saya takut untuk melihat markah periksa. Itu suatu pengalaman yang menakjubkan”
Kotoko: “Tetapi bagaimana dengan university Tokyo”

Naoki mengatakan bukan sebab Kotoko dia tidak mengambil peperiksaan. Dia punya banyak masa selepas menghantar Kotoko kehospital untuk kembali ke dewan peperiksaan. Dia teringat kata-kata Kotoko yang menyatakan ingin memasuki Universiti untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan pada masa hadapan.Dia merasa seronok bersama dengan Kotoko dan berperasaan gementar da teruja. Jadi di berkeputusan memasuki Universiti Tonan tanpa perlu menduduki peperiksaan.Naoki keliru dengan apa yang perlu dibuat jika dia meneruskan pengajian di Universiti Tokyo.
Kotoko: “Maksud awak,awak memilih sekolah yang sama disebabkan saya?”
Hehe malu plak si Naoki dan menidakkan kata Kotoko dan menyuruh Kotoko pergi. Kotoko yang seronok dengan kata Naoki meminta untuk tinggal lebih lama di rumah Naoki dan berjanji tidak menyusahkan Naoki lagi.
Naoki: “Tak mungkin  awak  tidak membawa masalah.”
Kotoko: “Betul tu, jadi saya berjanji memberi kehidupan yang menerujakan”
Naoki: “Cepat betul awak bertukar fikiran.”
Kotoko mengingatkan Naoki hari itu adalah hari Valentine.Naoki bertanya samada Kotoko ada menyediakan coklat untuknya.
Kotoko: “Awak mengharapkan coklat dari saya tak?”
Naoki: “Tak juga”

Omg selepas tu memang dia mencari juga kalau ada coklat dari Kotoko di dalam peti ais. Cute sangat Naoki punya expresion bila menggigit coklat Kotoko.Dan yang bestnya scene selepas itu pasangan sama-sama memandang salji yangturun dari jendela bilik masing2 sambil Naoki masih memegang coklat diberi Kotoko. Masa nilah kita rasa Naoki sebenarnya sudah jatuh cinta.

Last edited by tsukushi on 13-6-2013 05:15 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 03:38 PM | Show all posts
yessss mlm ni ep baru
tak sabar nak tengok
lalalala
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2013 03:49 PM | Show all posts
citer nih de 16 episod
doakan sy free tuk buat screencaps b4 bulai julai..ahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.076927 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list