View: 2097|Reply: 5
|
Pesta Songkran ragut 218 nyawa
[Copy link]
|
|
BANGKOK - Seramai 45 orang terbunuh dan 494 cedera dalam 451 kemalangan sepanjang sambutan pesta Songkran yang disambut di seluruh Thailand.
Jurucakap Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi melaporkan, pesta yang disambut mulai 11 hingga 17 April itu adalah tujuh hari paling merbahaya dalam kalendar negara tersebut.
“Pada empat hari pertama terdapat 1,897 kemalangan jalan raya menyebabkan 218 kematian dan 2,020 orang cedera,” katanya pada laporan Reuters.
Pesta Songkran disambut orang ramai dan pelancong di sekitar jalan-jalan utama di Thailand.
Menurutnya, jumlah kematian meningkat lapan kali ganda pada tahun lalu dengan wilayah Nakhon Si Thammarat mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 71 mangsa.
“Bandar Prachuap Khiri Khan dan Kanchanaburi pula mencatat masing-masing dengan 11 kes kematian. Punca utama kemalangan disebabkan pemandu mabuk dan memandu secara melulu. Motosikal dan trak pikap antara penyumbang terbesar dalam kemalangan ini,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan berbincang dengan kerajaan untuk mengkhususkan satu lokasi khas bagi menyambut pesta itu dan bukannya dilakukan jalan raya seperti diamalkan sekarang.
Pesta Songkran merupakan pesta air disambut seluruh masyarakat Thailand bagi meraikan sambutan Tahun Baru dalam kalendar tradisional mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Terlalu suka boleh membawa duka |
|
|
|
|
|
|
|
wah ramai ye yang terkorban |
|
|
|
|
|
|
|
huhu
dah mmg bersiap nak mati apa siap ada tarikh2 khas
so mmg tarikh khas akan menggila kan diris.
|
|
|
|
|
|
|
|
jalan raya di hari biasa pun merbahaya apatah lagi hari pesta songkran, jalan mejadi licin dan gangguan pemandu |
|
|
|
|
|
|
|
ramai sangat guna motosikal, tiada lesen tiada helmet, kenderaan besar melebihi muatan, pikap dan mtosikal yg sama2 x selamat berada di jalan2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|