CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18658|Reply: 86

[Jenayah] Berhati-Hati..!! Lelaki ‘Gila Seks’ Di Shah Alam

  [Copy link]
Post time 29-4-2013 05:36 PM | Show all posts |Read mode

Lelaki ‘Gila Seks’ - SHAH ALAM : Golongan wanita di Seksyen 7, di sini, terutama gadis berada dalam ketakutan berikutan diganggung ’lelaki gila seks’ yang gemar mengintai dan mencuri pakaian dalam mereka.

Anehnya, lelaki tersebut hanya mengambil pakaian dalam yang cantik dan mengghairahkan sahaja.

Mereka mendakwa kegiatan lelaki ’gila seks’ berkenaan semakin menjadi-jadi dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sebelum kejadian tidak diingini berlaku.

Seorang wanita yang tinggal di Jalan Lazuar yang hanya mahu dikenali sebagai Salsabila berkata, kejadian kehilangan pakaian dalam berlaku sejak 2006 ketika dia masih menuntut di institusi pengajian tinggi berhampiran dan masih berlarutan sekarang.

“Saya pernah terserempak dengan lelaki gila seks ini berdiri di luar bilik sambil cuba mengendap dengan menyelak langsir. Dia cuba masuk ke dalam rumah tetapi tidak berjaya kerana berjeriji,” katanya.:

Menurutnya, lelaki gila seks itu yang berusia dalam lingkungan 30-an pernah mengumpil pintu dapur tetapi tidak berjaya.

“Malam minggu lepas dia berdiri di hadapan rumah saya dengan tidak berbaju tetapi melarikan diri melarikan diri dengan menaiki motosikal apabila saya menyergahnya,” katanya.

Seorang penduduk di Jalan Ferum yang hanya mahu dikenali sebagai Adriana berkata, dia pernah terserempak lelaki gila seks itu sedang terhendap-hendap di belakang rumahnya pada jam 6 pagi.

”Ketika cuba memanjat pagar rumah, kami terus menyergahnya. Dia terus lari lintang-pukang,” katanya.

Menurutnya, laporan polis telah dibuat di balai polis berhampiran dan berharap pemantauan lebih kerap dilakukan kerana bimbang keselamatannya.

“Sudah beberapa kali juga pakaian dalam yang disidai di luar rumah hilang menyebabkan kami semua trauma dan takut kerana khuatir kejadian ini akan berlaku secara berterusan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Polis Komuniti Seksyen 7, yang dihubungi berkata, pihaknya telah menerima aduan mengenai kejadian mengintai dan kecurian pakaian dalam wanita di kawasan itu awal Mei lalu.

“Kebanyakan rumah di sewa pelajar dan mungkin ramai yang pernah mengalami masalah ini tetapi tidak membuat laporan kepada pihak polis,” katanya.

Beliau berharap penduduk memberikan maklumat sekiranya berlaku kejadian yang sama dengan menghubungi 03- 55103022. – Sinar Harian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2013 05:37 PM | Show all posts
Zul Noordin?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 05:37 PM | Show all posts
sebelum ni aman je shah alam..adekah ni suma berlaku sejak zul nordin hadir di shah alam??


jgn marah saya.saya atas pagar...nubis kubis...


prftfhfffffffffffffffffffffffffff
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 05:39 PM | Show all posts
salah anwar lg nih
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 05:44 PM | Show all posts
dah ada bakat merogol ni..

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 05:46 PM | Show all posts
Nama dia Salsabila
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2013 05:48 PM | Show all posts
aiyooo, takutnya ada orang macam ni kat shah alam. dah tak aman la pasni
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 05:48 PM | Show all posts
Selain persende2kan artikel di atas, mohon le telefon POLIS kalau ternmpk lelaki gile seks itu. ingat ye. Ia mungkin boleh  berlaku pada uols sendiri, famili, bespren, gelpren atau ibu tersyg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2013 05:49 PM | Show all posts
itik_kuning posted on 29-4-2013 05:48 PM
aiyooo, takutnya ada orang macam ni kat shah alam. dah tak aman la pasni

bukan Shah Alam dah lama ke tak aman?

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 05:50 PM | Show all posts
SulurBidar posted on 29-4-2013 05:49 PM
bukan Shah Alam dah lama ke tak aman?

iols elok je duk shah alam dari zaman belajar lagi aman je xde masalah. tang mana yang x aman nya?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 05:58 PM | Show all posts
itik_kuning posted on 29-4-2013 05:50 PM
iols elok je duk shah alam dari zaman belajar lagi aman je xde masalah. tang mana yang x aman nya? ...

takpe.. abaikan pertanyaan aku..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingTomey posted on 29-4-2013 05:37 PM
sebelum ni aman je shah alam..adekah ni suma berlaku sejak zul nordin hadir di shah alam??



katanya sespek berjalan mcm ala2 kucing nk beromen,adakah adakah adakah....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 06:03 PM | Show all posts
zulkiflieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee nooooooooooooooooooooooooooordin...

parlimen bubar...zul bakal MP...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 06:04 PM | Show all posts
SulurBidar posted on 29-4-2013 05:58 PM
takpe.. abaikan pertanyaan aku..

pulakkk  
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 06:12 PM | Show all posts
dekat ampang pon bahaya jugak..

baru minggu lepas rabu pagi ada kes rogol berlaku kat taman teratai..aku rasa yg nie x masuk berita

pompuan melayu kena rogol dengan 2 orang india waktu pagi..org india tue masuk rumah dia time dia tengah duk sorang2..

orang india dapat masuk rumah tue pon pasal abg ipar budak pompuan tue terlupa kunci pintu..

memang celaka india tue..kesian dak pompuan tue dahlah nak kawin ujung tahun nie..

so moral of the story pastikan rumah anda sentiasa berkunci..xleh lepa sekejap..org jahat ada merata2
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 06:17 PM | Show all posts
wunan88 posted on 29-4-2013 06:12 PM
dekat ampang pon bahaya jugak..

baru minggu lepas rabu pagi ada kes rogol berlaku kat taman terat ...

nashroy ke tu. aku syak dia pasal dia india.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2013 06:26 PM | Show all posts
Anehnya, lelaki tersebut hanya mengambil pakaian dalam yang cantik dan mengghairahkan sahaja.


Apa yg anehnya?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 06:33 PM | Show all posts
Muntz posted on 29-4-2013 05:37 PM
Zul Noordin?



diminta ibu bapa dan anak2 gadis di shah alam berhati2...dikhabarkan penama di atas sedang aktif merayau2 serata shah alam pagi petang siang malam tika ini

Last edited by hzln on 29-4-2013 06:49 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 06:38 PM | Show all posts
“Sudah beberapa kali juga pakaian dalam yang disidai di luar rumah hilang menyebabkan kami semua trauma dan takut kerana khuatir kejadian ini akan berlaku secara berterusan,” katanya.

pakaian dalam ilang nak trauma nape?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 06:48 PM | Show all posts
Ni bukan gila seks.. Tapi tokey bundle lingerie...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.069705 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list