CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

HaKiKaT sEbUaH cInTa~ TamaT

[Copy link]
Post time 3-6-2013 02:41 PM | Show all posts
lagi lah momey...
lagi lahhhhh
nak tau ending terus..
hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2013 02:55 PM | Show all posts
naszryn posted on 3-6-2013 02:41 PM
lagi lah momey...
lagi lahhhhh
nak tau ending terus..

saja je momey bg kita semua suspen...dah nk habis...kasi habis sekali jalan laaaa....hehehehe anyway tq dear
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 02:56 PM | Show all posts
hihihi jap erk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 02:58 PM | Show all posts
cokolat posted on 3-6-2013 02:25 PM
ntah2 yana mati.. bleeding....
waaaaaaaaa.. betul x..

hihihi mgkin
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 02:59 PM | Show all posts
momey posted on 3-6-2013 02:58 PM
hihihi mgkin

takyah lah mungkin2 sgt
letak je lah sambungan citer ni

hehehehehheehhe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 03:00 PM | Show all posts
naszryn posted on 3-6-2013 02:59 PM
takyah lah mungkin2 sgt
letak je lah sambungan citer ni

hahahaha sabar2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2013 03:04 PM | Show all posts
momey posted on 3-6-2013 03:00 PM
hahahaha sabar2..

tengah sabar lah ni...

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 03:13 PM | Show all posts
momey posted on 3-6-2013 02:56 PM
hihihi jap erk

adehhhhh..... suspen lah....
ending sgt2 dah nie....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2013 03:14 PM | Show all posts
ekekeekek dr td dok reload je nih....x sabar punye pasal....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 03:20 PM | Show all posts
cm nk sakit jantung la menunggu entry yg penuh suspen ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 03:31 PM | Show all posts
Doktor keluar dari wad kecemasan itu. Naufal dan Amani berdiri lalu berjalan ke arah doktor.

"Encik suami Puan Dayana ke?" tanya doktor itu pada Naufal.

"Tak. Saya kawan suami puan Dayana."

"Owh.. Mana suami dia ya?"

"Saya akan call dia." kata Naufal lalu terus menghubungi Qaliff.

"Doktor, macam mana dengan Yana?" tanya Amani yang risau itu.

"Erm.. dia stabil tapi.."

"Saya nak jumpa dia sekejap boleh, doktor? Sekejap saja.."

Doktor membenarkan Amani berjumpa dengan Dayana.


                                                                       *************

Sebaik sahaja Qaliff hendak masuk semula ke dalam hospital, Raziq sempat menarik lengan Qaliff.

"Kau nak apa lagi?!" Qaliff meninggikan suaranya.

"Tolonglah Qaliff.. Jangan ceraikan dia!"

"Abis tu kau nak aku buat apa? Teruskan dengan dia dan kau pula teruskan bermaksiat dengan dia?!  Aku lelaki dan kau pun lelaki. AKu harap kau faham apa yang aku rasa.." kata Qaliff lalu pergi dari situ.


                                                                            *************

Amani menangis. Perlahan-lahan dia duduk disebelah Dayana. Dayana kelihatan cukup lemah. Perut Dayana kempis! Menunjukkan bayinya tidak dapat diselamatkan! Airmata mula mengalir membasahi pipi Dayana. Dibukanya topeng oksigen itu.

"Amani.." Dayana sebak.

Amani terus memeluk Dayana. Mereka menangis.

"Sabar ya, Yana.."

"Aku berdosa dengan Qaliff.."

"Minta ampun dengan dia.."

"Aku curang dengan dia! Kejamnya aku.."

"Aku sentiasa bersama dengan kau."

"Macam mana kalau Qaliff ceraikan aku? Aku tak sanggup, Amani.. AKu tak sanggup!! Apa perlu aku buat Amani?!! Aku takut.."

"Sabar, Yana.." Amani cuba menenangkan Dayana yang sudah seperti dirasuk itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 03:32 PM | Show all posts
cokolat posted on 3-6-2013 03:20 PM
cm nk sakit jantung la menunggu entry yg penuh suspen ni...

ekekeke dh nk abis dh..jap
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 03:37 PM | Show all posts
kite pun nk bantuan oksigen cm YANA
tolon....
Mendera tul la momey ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 03:53 PM | Show all posts
qaliff lbh macho kalau...

1. tak sakitkan tangan tumbuk raziq tp tanya "raziq, kau ok? nak minum"
2. lbh macho "aku nak solat jap"

gentleman kalau...

1."sabar yana, Allah sedang menguji kita" sambil senyum ikhlas dari hati
2."saya pasti awak akan bahagia dengan raziq.  saya ceraikan awak dengan talak 3.  halalkan apa sahaja sepanjang kita hidup bersama"
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 03:54 PM | Show all posts
extra....

amani lak ngorat naufal...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 04:00 PM | Show all posts
leh wat slot drama tv3 ganti teduhan kasih...
hehhehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2013 04:08 PM | Show all posts
momey posted on 3-6-2013 03:32 PM
ekekeke  dh nk abis dh..jap

adeh.... blh sakit jantung mcm nie...
cepatlah ending nya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 04:14 PM | Show all posts
Qaliff berjalan ke arah Naufal.

"Kandungan Yana tak dapat diselamatkan. Doktor benarkan kau masuk tengok dia sekarang." kata Naufal sambil sesekali memandang Raziq yang berdiri agak jauh dari belakang.

Qaliff diam. Matanya sedikit berkaca. Naufal menepuk bahu Qaliff.

"Buatlah keputusan yang terbaik.." kata Naufal yang sungguh mengenali sahabatnya itu.

Qaliff memandang pintu wad itu. Kemudian dengan langkah yang perlahan dia masuk ke dalam wad itu. Kelihatan Amani tengah menenangkan Dayana. Dayana terkejut melihat Qaliff.

"Abang.." panggil Dayana sambil tersenyum.

Amani meminta diri untuk beredar. Sekarang tinggal mereka berdua sahaja di dalam wad itu. Qaliff duduk bersebelahan Dayana. Dayana mengambil tangan Qaliff lalu mengucupnya. Digenggam erat tangan itu.

"Maafkan Yana, abang.."

Qaliff dan Dayana bertentangan mata.

"Yana dah bertaubat! Yana janji takkan buat lagi.."

"Apa salah abang sayang?"

Dayana terus sebak. Dalam keadaan macam tu Qaliff masih boleh berlembut dengannya.

"Abang tak salah apa-apa pun.. Yana yang bersalah!"

"Abang tak boleh terima semua ni, Yana. Walaupun abang sayangkan Yana tapi.. abang rasa mungkin dah tiba masanya.."

"Jangan tinggalkan Yana, abang!!"

"Bukankah ini yang Yana nak?"

"Tolong, abang.. Dah la kandungan Yana tak dapat diselamatkan."

"Salah siapa tu?! Baby tu tak dapat diselamatkan sebab perbuatan dosa yang Yana dah buat! Abang kecewa dengan Yana. Selama ini abang sanjung Yana. Abang percayakan, Yana. Tapi apa yang abang dapat?! Abang tak pernah pun berkasar dengan Yana kan? Apa yang Yana nak, semua abang turutkan. Apa lagi yang kurang dengan abang ni, Yana.." Airmata jantan mula mengalir.

"Ampunkan Yana,abang.."

Qaliff memegang muka Dayana. Mereka bertentangan mata.

"Abang terlalu sayangkan Yana. Hanya Yana seorang sahaja dalam hati abang. Tapi itu dulu! Sekarang abang dah buat keputusan."

Dayana sentap! Adakah hubungannya dengan Qaliff hampir ke penghujungnya?

"Yana, oleh kerana abang tak nak lagi Yana tanggung lebih banyak dosa..dengan ini, abang ceraikan Yana. Abang tak boleh terima perempuan yang tipu dan curang di belakang abang.."

"Abang..jangan abang.."

"Dari awal lagi abang dah bagi tahu, abang memang tak suka orang tipu abang. Dan abang juga nak bagi tahu, semua yang abang dah bagi kat Yana tu abang hadiahkan untuk Yana. Tak perlu pulangkan kembali pada abang.."

"Jangan tinggalkan Yana, abang.. Yana janji tak buat lagi."

Raziq yang curi-curi dengar perbualan Dayana dan Qaliff itu terus membuka pintu.

"Yana tak bersalah, Qaliff. AKu yang bersalah. Hukum aku!" kata Raziq yang kesal dengan apa yang dah berlaku.

"Jangan cari abang lagi. Abang akan pergi jauh." kata Qaliff yang tak endahkan langsung dengan kehadiran Raziq itu.

"lease abang.. Yana perlukan abang"

Qaliff berdiri. Perlahan-lahan tangan yang digenggam Dayana itu dilepaskan.

"Abang doakan Yana bahagia. Assalammualaikum.." Qaliff terus memalingkan mukanya dan terus beredar dari situ.

"Abang!!!!!!!" jerit Dayana lalu menangis.


                                                                         ************

Raziq sememangnya bukan lelaki yang baik. Dia tipu Dayana! Dia hanya jadikan Dayana hanya patung untuk memuaskan nafsunya. Betapa bodohnya Dayana!

Raziq akhirnya kembali rujuk bersama Maria dan membina kembali rumahtangga mereka. Mereka hidup bahagia bersama anak mereka, Mimi. Datin Khaty pula telah selamat berkahwin dengan lelaki negro pilihannya dan tinggal di Nigeria memulakan hidup baru.

Qaliff sekarang membawa diri ke luar negara membuka syarikat baru bersama sahabat baiknya, Naufal. Qaliff memulakan hidup baru tanpa Dayana disisinya. Perlahan-lahan dia cuba melupakan Dayana dalam hidupnya. Sakit! Namun dia kena terima hakikat ini.

Dayana pula sekarang sudah tidak waras. Kata orang, gila meroyan! Keluarga Amani lah yang menjaga Dayana sekarang. Ini lah balasan yang diterima Dayana. Namun, Dayana masih menunggu kepulangan Qaliff ke pangkuannya.

"Abang..Yana nak abang!" kata Dayana sendirian di tangga rumah kampung Amani itu.

Amani mendapatkan Dayana. Dipeluknya Dayana. Amani menangis.

"Qaliff takkan kembali, Dayana. Dia dah pergi jauh." Amani cuba memujuk Dayana.

Dayana diam. Kemudian dia tergelak sendirian. Amani hanya mampu tolong untuk menenangkan fikiran Dayana yang makin hari nampak sukar untuk dipulihkan.



Sekian. Wassalam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 04:16 PM | Show all posts
tu dia komen hahhaha dah tamat dah! salah silap kata harap maaf ya! .. insyaallah sehingga bjumpa lagi dgn cerita baru hihihi tataaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 04:19 PM | Show all posts
cokolat posted on 3-6-2013 04:00 PM
leh wat slot drama tv3 ganti teduhan kasih...
hehhehe

yelah tu ekeke nmpak benor mcm perli je hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.117200 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list