CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9102|Reply: 10

Isa Handy Black, sekarang jadi tauke perabot

[Copy link]
Post time 12-5-2013 10:46 AM | Show all posts |Read mode
Nama bekas vokalis kumpulan rock Handy Black, Isa Rahman, 50, tidak segah Amy Search atau Awie Wing. Tapi dia antara vokalis hebat yang memiliki karekter suara rock tersendiri pada eranya.


  Isa Rahman ialah bekas vokalis Handy Black generasi pertama dan lagu Natrah yang pernah popular lewat 1980-an adalah lagu berhantunya selain Hanya Dalam Lagu dan Tangan Hitam. Isa bersama Handy Black hanya dua tahun dan menghasilkan dua album, Gempak (1988) serta Tangan Hitam (1989).

  Dua album itu berjaya mengangkat nama Isa sebagai vokalis rock terhebat. Kemudian senyap sebelum muncul kembali pada era 1990-an dengan barisan pemuzik baru, termasuk memperkenalkan penyanyi yang kini bergelar pelakon, Zul Suphian.


  Penyanyi rock itu berjaya dijejaki Selebriti hasil bantuan penyanyi Cinta Nusantara, Sheqal yang kebetulan bekerjasama dengan Isa untuk projek baru.    Katanya, selepas keluar dari Handy Black pada 1989, dia pernah menyertai kumpulan Crossfire dan Garuda kemudian pada 1991, muncul dengan album solo dan terus sepi hingga kini.    “Pada era itu masalah cetak rompak terlalu meruncing dan ia mengecewakan banyak karyawan yang jujur berkarya sebagai punca rezeki. Dalam tempoh ‘sepi’, saya bekerja sebagai pereka untuk syarikat perabot antarabangsa.




  “Biarpun tidak lagi menyanyi, jauh di sudut hati, saya masih ingin perjuangkan muzik rock. Saya percaya untuk ‘survive’ perlu bekerja mencari pendapatan tetap.    “Selepas bertahun-tahun belajar ilmu rekaan perabot, saya berjaya membuka syarikat perabot sendiri, Zai’s Furniture di Kampung Melayu Subang,” katanya.

  Berkat kesabaran, syarikat itu kini mula mendapat tempahan dalam dan luar negara malah seni tangan halus yang dimiliki Isa menjadi punca pendapatan utama dia berjaya dalam bisnes diceburi sejak lewat 1990-an.
  Pernah berkahwin pada 1988 dan dikurniakan empat anak perempuan, namun bercerai pada 2008. Isa kemudian berkahwin dengan Zadariah Noh pada 2012 dan belum dikurniakan anak.

  Katanya, pengalaman jatuh bangun dalam industri hiburan terutama muzik rock serta bisnes yang dijalankan banyak mengajarnya erti kesabaran.    Malah sekali sekala buat melepas rindu, dia bertemu anggota asal Handy Black seperti pemain gitarnya, Lee (Rosli Jantan), pemain bass - Bad (Md Badrulhisham MD Noorani) dan pemain dram - Amy (Mohamad Nasfa Mohamed Nasir).



  “Saya masih bertemu mereka tapi lebih kepada pertemuan biasa. Kali terakhir kami berganding pada konsert sambutan ulangtahun Harian Metro di Dataran Merdeka pada 2011.

  “Rindu untuk kembali beraksi di pentas besar memang ada biarpun ada juga jemputan persembahan di majlis tertutup tapi tidak sama berdepan dengan penonton pada skala besar,” katanya.




   Kata Isa, dia kini menyiapkan dua single rock untuk dimuatkan dalam album kompilasi bersama Sheqal dan dua lagi sahabatnya.     Katanya, dia menerima tawaran untuk kembali kerana kesungguhan yang ditunjukkan dua sahabatnya, Hana Febians dan Abu Loving Bone.    “Saya terima kerana memang sudah ada album single rock, Tsunami, mengandungi dua lagu, Rapuh dan Semalam Yang Hilang. Melihat rock adalah genre yang masih berbisa, tidak mustahil kebangkitan lebih ramai vokalis rock 1980-an dan 1990-an,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2013 01:03 PM | Show all posts
alhamdulillah , asalkan halalal
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 01:13 PM | Show all posts
Okla tu....smpai bila nk melalak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 01:14 PM | Show all posts
xtau nak komen apa kat benang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 07:48 PM | Show all posts
semoga bisnes bajaya!
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 07:57 PM | Show all posts
Alhamdulillah................ rezeki kamu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2013 10:27 PM | Show all posts
org skang shopping kat IKEA je
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 10:35 PM | Show all posts
masa nyanyi rock pakai selekeh..dia la hero mat2 rock yg pokai2... last2 dia jadi tokey perabot...yg mat2 rock ttp jadi kuli....

itulah bahayanya muzik rock dan sewaktu dengannye yg cuba mmberikan wajah POKAI!

haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2013 11:02 PM | Show all posts
ade bakat rupenye..alhmdulilah
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 10:30 AM | Show all posts
jd tokei perabut xpe..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 04:40 PM | Show all posts
wah hebat.. tahniah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.271236 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list