CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15268|Reply: 70

Pengacara 'Hijab Stalista' Jauhi Golongan VIP

[Copy link]
Post time 14-5-2013 12:37 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pengacara Hijab Stalista, Nor Ameera Zaini, 24, menganggap tujuan menceburkan diri dalam industri seni tanah air adalah kerana minat yang mendalam dan bukan mengejar populariti atau memasang keinginan mendekati golongan VIP.

Jelasnya, dia seorang yang sukar untuk didekati dan sentiasa menjaga batas pergaulan terutamanya dengan lelaki yang tidak dikenali.



"Saya tahu orang akan berkata jika terlibat dalam industri seni salah satu adalah untuk mencari orang berada, tapi saya bukan begitu, saya bukan wanita metarialistik.

"Saya jenis yang sukar untuk rapat dengan seseorang terutamanya lelaki yang cuba mengenali dengan sesuatu tujuan," katanya ketika ditemui perlancaran program Raudhah Di Hatiku, di sini, Isnin.

Kata Ameera, apa yang lebih penting adalah niat dan matlamat utama berada dalam bidang ini sentiasa diutamakan.

"Ayah banyak beri nasihat agar saya sentiasa berhati-hati dan tidak hilang fokus, lagi pula sekarang saya terpaksa tangguhkan pengajian dalam bidang farmasi di MSU.

"Saya tidak mahu apa yang saya kejar ini menjadi sia-sia kerana hal-hal peribadi," ujarnya.

Sementara itu, Ameera mengakui selama enam bulan mengacarakan rancangan Hijab Stalista memberi peluang kepadanya menjelajahi beberapa negara di dunia.

"Setakat ini kita sudah 17 episod dan sembilan buah negara saya dan produksi sudah pergi bagi melihat perkembangan fesyen muslimah di sana.

"Apa yang dapat saya simpulkan adalah banyak pengajaran yang saya dapat, antaranya bagaimana sesebuah negara yang dikatakan negara Islam tetapi mengharamkan pemakaian tudung di sekolah dan juga masyarakat minoriti di Korea berfesyen ala K-Pop," katanya.

Ketika ditanya tentang peluang mengembangkan bakat kepada bidang lain, jawab Ameera, dia ada menerima tawaran berlakon namun terpaksa menolaknya kerana belum bersedia.

"Buat masa ini biarlah saya fokus satu-satu dulu, saya belum bersedia untuk menceburi bidang lakonan," katanya.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2013 08:06 AM | Show all posts
Lawanya~ Suka tgk muka dia..jeles nih..hehehe [motip jeles?]
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 10:18 AM | Show all posts
tak payah la buat statement camni... mana tau nanti jodoh dgn VIP..tak pasal2 kena keji pulak... kekeke
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 10:23 AM | Show all posts
penah jumpa dia kat butik Humaira...comel loteh je org nya.. slim je badan
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 10:25 AM | Show all posts

statement standard dari selebriti baru nak popular...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 10:32 AM | Show all posts
dia ni ada pakwe dah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2013 10:53 AM | Show all posts
baru mengacara skit je dah poyo. vip cr yg seksi2 la
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 11:01 AM | Show all posts
amboi statement!! jodoh tu bukan kita yg tentukan, jadi jgn wat statement suka suki gitu.... kang diumpan ngan brg2 mahal, terusssssss.... "Sudah jodoh saya"....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2013 11:35 AM | Show all posts
no komen

cuma nk komen anak @freekey comel & bambam
cam copy paste muka ayah nya
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 11:50 AM | Show all posts
kalau muka stok2 mcm ni mmg berpotensi tinggi nak dapat org kaya...anak datuk dan golongan VIP...lepas tu kahwin masuk rancangan Nona..then hidup senang lenang ada bisnis sendiri....contoh dah ramai...keluar statement " Sudah Jodoh Saya"...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 11:51 AM | Show all posts
Mamason posted on 14-5-2013 11:01 AM
amboi statement!! jodoh tu bukan kita yg tentukan, jadi jgn wat statement suka suki gitu.... kang di ...

kaannnn.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 11:53 AM | Show all posts
statement poyo sangat

dah dapat , one more statement poyo:ketentuan illahi. siapa saya nak halang......

as a hijabista, when came this kind of question about jodoh, seharusnya jawabla, terserah pada ibu dan ayah.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 11:59 AM | Show all posts
Sejak tengok Hijab stailista kat tv9 mmg nak tau sapa gerangan si pengacaranya... apa pun sheols mmg comel loteh
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 12:00 PM | Show all posts
sure je kau khen
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 12:18 PM | Show all posts
wah.....cantiknyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 12:33 PM | Show all posts
aku pernah tengok rancangan yg diacarakan beliau ni
sorry to say, nada suara and kaliber beliau sbg pengacara sungguh amatur and x menarik.
and agak 'melentik'. x mencerminkan muslimah yg sejati dlm televisyen mcm wardina.
tp mmg comel ler.itu jek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2013 12:54 PM | Show all posts
mengacara pun mcm gedix2 je..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 12:54 PM | Show all posts
comel dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 01:06 PM | Show all posts
InVendeTTa posted on 14-5-2013 12:33 PM
aku pernah tengok rancangan yg diacarakan beliau ni
sorry to say, nada suara and kaliber beliau sbg ...

aah ..nada flat sangat....kene byk belajar lg..
tp suka tengok muka die ni..cantik..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 01:41 PM | Show all posts
ok laa..cantik sbb mekap..sape2 pun cantik kalau dimekap..

anyway, pernah tertengok dia mengacara..biasa2 jer.. and statement nak menjauhkan diri dari vip tu, tolonglah..too early to tell..
jgn makan diri sudeyh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.102213 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list