CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16273|Reply: 57

Rita, anak arwah Sosilawati, dikurniakan anak lelaki

[Copy link]
Post time 21-5-2013 03:24 PM | Show all posts |Read mode
kesian arwah, x dpt tengok cucu sulung. tp nasib baik ayah rita @ atok ada lagi.






Kelahiran anak sulung, Raees tambah keceriaan hidup pewaris empayar produk kecantikan, Novelle Visages

Kehadiran cahaya mata pertama, Kaisar Raees Kamarulazlan Mohamad Hanafiah, 8 bulan, melengkapkan kehidupan pewaris empayar produk kecantikan Novelle Visages Erni Dekritawati Yuliana Buhari dan suaminya, Kamarulazlan Mohamad Hanafiah.
Kaisar dalam bahasa Arab bermaksud raja, manakala Raees bererti ketua atau pemimpin. Gabungan nama yang cukup indah dan unik ini sesungguhnya memberi lembaran baru kepada Dekritawati yang lebih mesra dipanggil Rita apabila bergelar ibu.
Kalaulah ibu saya masih ada, mesti dialah yang akan membantu dalam semua keadaan termasuk ketika berpantang dan memberi sepenuh sokongan kepada saya. Tambahan pula, Raess adalah cucu pertama, saya pasti dialah paling 'excited'" Erni Dekritawati Yuliana Buhari, Pewaris empayar kecantikan, Novelle Vigages.

Rita tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira bercerita mengenai anaknya yang juga cucu sulung kepada Allyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya, menjelaskan Raees yang dilahirkan pada 26 September lalu, jam 3.45 petang di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur dengan berat 3.5 kilogram, meningkatkan naluri keibuannya.

Beliau begitu teruja dan gembira mahu melihat cahaya matanya membesar dengan sempurna. "Kali pertama memegang anak sendiri, saya rasa saat dan pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan. Saya mengalirkan air mata kerana terlalu gembira. Perasaan bercampur-baur dan ketika itu barulah saya tahu bagaimana perasaan kasih sayang seorang ibu.

“Saya melahirkan anak secara normal. Proses bersalin memang sakit. Tapi kesakitan itu hilang tatkala dapat menatap dan mendengar tangisan zuriat kami,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Penjagaan anak
Sebagai ibu muda, pengalaman menjaga bayi memang agak mencabar dan terasa kekok. Masalah biasa dihadapi seperti ketika memandikan bayi, bagaimana ingin mententeramkannya apabila menangis atas sebab yang tidak pasti.

"Saya akui minggu pertama kelahiran, Raees kerap menangis. Kali pertama bergelar ibu, saya rasa sedikit panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan tambahan pula tanpa ibu di sisi," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak patah semangat untuk terus mempelajari cara mengendalikan bayi dan kerap bertanya doktor serta jururawat di hospital.

"Sepanjang di hospital, jururawat dan doktor banyak membantu dan mengajar saya bagaimana menjaga, menguruskan dan menyusukan bayi. Walaupun saya sudah menyertai kelas ketika kandungan berusia lima bulan, tetapi ilmu mengurus adalah lebih baik dan praktikal ketika anak di depan mata.


“Kelakarnya, kali pertama Raees menangis dan saya terus memanggil jururawat. Rupa-rupanya tangisan itu disebabkan bayi sejuk dan lapar. Kadang kala saya tergelak sendiri bila mengenangkan peristiwa itu,” katanya.

Bagaimanapun, selepas dua bulan, tidak lagi rasa kekok dan sudah biasa berjaga malam untuk menyusu dan menukar lampin bayi.

Bahagi masa

Bagaikan memahami kesibukan, tanggungjawab dan bebanan tugas yang dipikul ibunya, anak Rita juga tidak banyak kerenah kerana mudah mesra dengan semua orang.

Bagi Rita, wanita berkerjaya seharusnya bijak dari segi pengurusan masa, meskipun banyak tugas mahu dilaksanakan.

“Kini, rutin kehidupan saya banyak berubah. Setiap hari saya bangun awal pagi untuk uruskan bayi dulu sebelum uruskan diri sendiri. Sekiranya saya sibuk, saya akan minta pembantu rumah mengurusnya. Ada kalanya saya akan membawa anak saya ke pejabat atau menghadiri majlis yang difikirkan perlu,” katanya.

Anak Rita kini sudah pandai meniarap dan pandai mengecam orang. Setiap hari hidupnya tambah ceria dan bahagia melihat anak di depan mata dan dirasakan amat bersyukur dengan pengalaman paling indah bergelar ibu.

“Saya membawa anak saya ke mana saja saya pergi termasuk ke pejabat. Suami juga membantu menjaga anak. Dalam keadaan tertentu, saya bergilir-gilir pada siang atau malam menjaga anak. Sesibuk mana pun, Kami sebaik mungkin meluangkan masa bersama anak untuk memastikan anak mendapat kasih sayang sepenuhnya,” katanya.

Teringat Sosilawati

Selepas melahirkan anak, terdetik di hati mahu menjadi seperti ibunya yang sangat menyayangi anak. Ia menambahkan lagi pemahamannya betapa pengorbanan seorang ibu amat tinggi dan begitu berharga. Tidak mustahil sering dinyatakan ‘syurga di bawah tapak kaki ibu’.

Bagi beliau, kehadiran ibu tiada tolak bandingnya, lantaran beliau akan mengambil kesempatan ini untuk menumpu perhatian, membesarkan anak dan mendidik dengan sebaiknya.

Malah, ketika melahirkan Raees, wajah ibunya Sosilawati sentiasa terbayang.
“Kalaulah ibu saya masih ada, mesti dialah orangnya yang akan membantu dalam semua keadaan termasuk ketika berpantang dan memberi sepenuh sokongan kepada saya. Tambahan pula ,Raess adalah cucu pertama, saya pasti dialah paling ‘excited!’.

“Pernah suatu ketika dulu, arwah emak bercakap ‘kalau mak ada cucu nanti, biar mak saja yang menjaga bayi di rumah dan Rita uruskan kerja pejabat’. Masih lagi terbayang raut wajah ibu berkata sedemikian dan kata-kata itu masih lagi terngiang-ngiang di telinga saya.

“Setiap peristiwa dan kenangan yang berlalu bersama ibu, saya tidak akan dapat lupakan kerana ‘masa tidak boleh diundur’. Bagi saya, biarlah semuanya tersemat di dada dan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila,” katanya yang berpantang secara tradisional dengan menerusi perkhidmatan pakar perbidanan bagi menjaganya dan bayi.

Rita juga berterima kasih kepada suami dan seluruh ahli keluarga yang sama-sama banyak membantunya dalam pengurusan bayi dan saya sejak keluar hospital sehingga selesai berpantang.

Marah kerana sayang

Katanya, kasih sayang ibu tiada penghujungnya dan sekiranya ibu marah tidak bererti benci kepada anak, sebaliknya mahu melihat zuriat berada pada tahap terbaik.

“Marah itu kerana sayang. Saya mendalaminya dan merasai keadaan seorang ibu. Azam saya ialah mencurahkan kasih sayang kepada anak dan meluangkan masa lebih banyak bersamanya. Itu sebab ke mana saya pergi, saya akan membawa Raees bersama,” katanya yang hanya berserah kepada rezeki Allah tanpa tidak merancang jumlah anak yang diinginkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2013 03:51 PM | Show all posts
Tak de pic babynya?? Teringin nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 03:52 PM | Show all posts
tk pasal2 aku teringat dekat dua ikon politik negeri sembilan yang cemerlang gemilang dan terbilang serta temberang... isham rais pembohong dan rais anak yatim
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 03:52 PM | Show all posts
Opss...ada eh paste kat atas tu?? Tapi aku tak nampak...nampak tanda X jer
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 03:54 PM | Show all posts
Tahniah laa...kosmetik beliau laris kt ngra mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 03:59 PM | Show all posts
gambo anak rita, pd sape yg x nampak kat atas tu.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2013 04:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 04:05 PM | Show all posts
ni anak dia

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2013 04:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 04:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 04:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 04:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 04:07 PM | Show all posts
time tdo

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 04:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 04:11 PM | Show all posts
COMEL .. JARI SOMPOT2 ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 04:26 PM | Show all posts
deboknyerrrr raees
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2013 04:44 PM | Show all posts
Ingatkan dah dpt anak kedua...rupanya cerita anak first
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 04:46 PM | Show all posts
kaisar raess tu ape maknenye ye..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 04:57 PM | Show all posts
edoraixora posted on 21-5-2013 04:46 PM
kaisar raess tu ape maknenye ye..

ni mesti kes malas nak baca
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 05:02 PM | Show all posts
ayuniaa posted on 21-5-2013 04:57 PM
ni mesti kes malas nak baca

panjang nau artikel nye....pepetang ari gini, lemau aku nk bace
so, ade dlm artikel tu la ye? rajin kang, aku selak lah balik

edited~padahal perenggan pertama dh ade tulis~hehehhh
Last edited by edoraixora on 21-5-2013 05:04 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.075061 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list