CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 66315|Reply: 109

Cara memasuki alam bunian - Mohon Penjelasan

[Copy link]
Post time 15-6-2013 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Ada sesiapa boleh bagi penjelasan atau pencerahan dengan artikel yang akan saya masukkan di sini.

*Petikan dari satu sember

Tok akan bagi beberapa tempat yang tok terbiasa pergi lah.......
a) Rawang temple park- air terjun tingkat 4, situ ada 1 batu yang boleh dan selesa untuk baring

b) Gunung Ledang - Kolam Dayang, di situ ada 1 batu juga boleh baring

c) Gunung berlumut - di batu gigi boleh juga baring disebelahnya

d) Di Gunung Jerai - Kawasan mendatar hampir dengan Kubah masjid

e) Di Puncak no2 Gunung Santubong - Baring beralas

f) Di Belakang rumah atau depan rumah yang ada air pancut- Baring beralas di tepi pancutan




CARA CARA DAN TERTIB

1. Semasa berbaring, pastikan tubuh penuh tenaga, bukan dalam keadaan penat atau letih atau kepala kusut

2. Dengarkan bunyian alam seluruhnya

3. Fokuskan kepada aliran air ( kerana aliran air mempunyai arus tenaga yang membantu kita memasuki alam)

4. Fokuskan kepada bunyi air terjun atau pancutan air sehingga bunyian lain ( cengkerik, burung, angin lenyap ), yang anda dengar cuma bunyi air sahaja...terus fokus dan rileks

5. Fokus hanya kepada bunyi deruan air sahaja, di dalam keilmuan batin, anda sebenarnya sedang menyerap tenaga dari air, tenaga yang dihasilkan oleh deruan air

6. Dalam sekejap bunyi air ini akan hilang tiba tiba, dan serentak dengan itu juga anda akan dapati bahawa anda sudah berada di satu tempat lain....di alam yang berbeza dengan alam kita.....jauh berbeza


Di sana, suasananya damai, sunyi, aman dan tenteram sekali.... anda mampu berjalan jalan ke mana sahaja selagi terdaya, selagi adanya tenaga alam ( tenaga deruan air tadi ) , tenaga ini akan digunakan sepanjang penggembaraan anda, jika tenaga ini sikit, maka perjalanan anda juga singkat dan pendek... jika tenaga ini besar, insyallah anda mampu menerokai lebih jauh.....perlu diingat, habisnya tenaga Alam ini, maka anda akan kembali ke alam nyata dan sedar semula..... ingat..jasad tetap di sini, yang pergi hanya Sukma anda sahaja....

Jika anda ingin menyerap lebih banyak tenaga Alam ini, anda perlu memakai Aked jenis Lutsinar Atau aked tembus cahaya. Kerana batu aked mempunyai keupayaan menyerap tenaga dan menukarkannya semula menjadi tenaga yang besar.

Baik dipakai sebagai loket dan cincin kanan kiri melengkapkan tenaga Pusat dan tenaga sayap kiri dan kanan....

Awas....ada risikonya jika anda terlalu lama di sana ( energi Alam terlalu besar ), jika terlalu lama...maka tidak mustahil..apabila bangun anda mendapati diri anda totally 100% jasad juga berada di sana..bangun bangun, anda bukan berada di alam kita...... Haru jugak Kan..?

Jangan cemas...INGAT Pesan TOK Ni....... Jangan cemas.... berjalan lah mencari manusia ( Bangsa bunian ) di sana...

Ada 1 cerita orang yang sesat ke alam sana, beliau berjalan dan terjumpa warung, beliau bertanya pada seorang pakcik " Pakcik, saya sesat..bagai mana saya nak pulang ".... pakcik tersebut bertanya " kamu ni manusia ya, tak apa... kamu berjalan terus ke sana, sambil menuding jari..insyallah kamu akan pulang ke alam manusia ", orang ini mengikut apa yang disuruh, dan alhamdulillah tiba tiba beliau jatuh terduduk dan mendapati beliau sudah berada di alam kita, di mana pemandangannya berbeza sekali dengan pemandangan alam tadi...alhamdulillah....

Ada 1 cara yang lebih profesional lagi ialah dengan mencarikan penghulu kawasan tersebut, insyallah akan ditunjukkan, bila sampai ke rumahnya...jika dia ada anak dara... AWAS!!!, jangan pandang terlalu lama ( pandangan tergoda atau menggoda ), nanti dibuat menantu... haru juga tak boleh balik selamanya, jaga tertib dan kesopanan walau rock macam mana pun kita.... insyallah akan dilayan dengan baik, diberi minum kopi dan sajian .... rasa kopi dia pun dah cukup buat anda macam lupa dan tak mau pulang ke sini...hahaha...jaga jaga..... Nyatakan hasrat...anda..ambil peluang ini secukupnya dengan:

a) Menceritakan akan tujuan kita ( sudah tentu ingin melihat kebesaran Allah )

b) Menanyakan lebih lanjut tentang kehidupan mereka

c) Mengadakan negotiate dengan dia seperti meminta keizinan menjadi pengimport barangan dari alam sana dan lain lain ( sebab tu org yang pernah ke sana , balik je kesini dapat zahirkan macam macam barang pelik )

d) Atau boleh juga meminta di bawa jalan jalan pusing kampung / bandar

e) Atau di bawa berjumpa rajanya untuk eratkan silaturrahim ( namun sampai sini , agak complicated sikit lah jadinya nanti )..... buat dulu baru tau..tok tak tanggung ok

f) Jika dapat, mintakan berjumpa pahlawan dahulu kala atau puteri lagenda seperti P.Gunung ledang... dan jangan lupa meminta untuk berkawan dan jangan lupa juga untuk meminta sebentuk cincin bagi kegunaan kita di sini seperti membantu dalam urusan tarik menarik, urusan perubatan, urusan nak jalan jauh dalam sekelip mata..insyallah..namun jangan lupa... ini cuma kelebihan yang Allah berikan sahaja.... jika boleh elakkan dari BERSYARAT, boleh mengundang syirik, munafik dan kufur...hahaha, semua ada.... bahaya ...bahaya... akidah calar, rosak jiwa.

PASTIKAN semasa melakukan, jasad bersih, jiwa suci .......

PASTIKAN tempat yang nak buat tu takda orang ganggu dengan bunyi bising

Seeloknya....dilakukan pada awal pagi dalam jam 8-9 pagi, malamnya kena berjaga dan berzikir.... seeloknya begitu agar semasa penggembaraan, jasad kita tidak di ganggu makhluk halus seperti Jin, Iblis dan syaitan....

Insyallah..... sesiapa sahaja mampu lakukannya dengan petua ini...........



JAMINAN KE ATAS DIRI TOK

* Tok tidak boleh dipersalahkan di atas kehilangan / ghoib anda dari alam kita, dan tok tidak boleh dipersalahkan atas apa juga perkara buruk yang terjadi ke atas diri anda semasa melakukan petua ini. ( keluarga tuan/puan/cik tak boleh nak mai umah tok sergah sergah haaa..... , sendiri buat , sendiri tanggung, sendiri makan , sendiri simpan )

* Tok tidak akan bertanggungjawab sekiranya terjadi apa apa keatas Jasad semasa anda melakukan ritual ini ( jasad kena baham rimau ke, kena telan anakonda ke ), pastikan masa lakukan ada kawan bersama yang menjaga...ya of course lah boleh ada kawan temankan jasad kita, gilir gilir merasa buat


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2013 04:51 PM | Show all posts
ada ke org nak buat  
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2013 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok ni baca mastika banyak sgt ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2013 06:55 PM | Show all posts
Kaki dvd nih...bukan boleh percaya sangat...orang bunian ni pandai memperdayakan manusia..dikipnapnya smapai ke genting highland..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2013 08:56 PM | Show all posts
percaya kepada 6 perkara.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
TT tak nak cuba dulu? Dlm buku cerita bersiri Tok Awang Ngah biasa dia buat ni utk mengubat mostly. Tapi dia pakai ayat2 dan dlm meraga sukma tu boleh pulak merentas masa kejadian sebelum si pesakit sakit. Dalam cerita, verbal/tulis/wayang, semua boleh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2013 02:49 AM | Show all posts
kiranye dalam alam mimpi jerk. nanti
tetiba dah tak leh balik terus kojol
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 10:14 AM | Show all posts

aku selalu ingin nak tahu bagaimana sesuatu yang ghaib atau tidak nampak, bersaiz besar iaitu satu alam kehidupan, yang dikatakan bertindih dengan alam manusia dimana pada suatu ketika objek berjisim spt tubuh manusia boleh masuk pula.. ianya cukup menghairankan... adakah alam itu satu level dengan alam pemikiran tetapi kenapa benda berjisim boleh masuk...

ini kalau dapat 'pintunya' secara nyata tentu akan menguntungkan manusia kerana sumber keperluan boleh diperolehi pulak dari alam itu... minyak, kayubalak, emas, etc... ...kewujudan pintu ini mungkin selari dengan teori wormhole yang menghubungkan beberapa universe... jika saintis akhirnya berjaya mencipta wormhole yang boleh dilalui manusia ... pergh... aku nak try holiday kat situ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2013 02:07 PM | Show all posts
aku ni pun baru nak menjinak2 ke alam bunian...persoalannnya ada ke bunian?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 03:34 PM | Show all posts
tak yah nak carik nahas.... kot termasuk alam bunian.. tak boleh balik ke alam manusia macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 04:23 PM | Show all posts
dah ada yg pernah cuba  ke...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 05:55 PM | Show all posts
tak pasal2 pergi tak kembali...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 11:27 PM | Show all posts
ada web yg siarkan dialog dia bercakap dgn waris keturunan bunian
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 03:01 AM | Show all posts
Mak guard atok ni.
Bagi petue bukan main ROCK lagi ayat dye.
Boleh caye ke ni.
Kan bukan pergi alam bunian,ke alam lain lak nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 11:17 AM | Show all posts
hmm..ada sorg lelaki di kg.sebelah mak dikatakan berkahwin dgn bunian dan dah beranak pinak pun..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 11:34 AM | Show all posts
ni kwn saya cita, dia ada sepupu yg dah kawin dgn org bunian..info ni dia dpt dr mak sedara dia sendiri, tiap2 tahun sebelum raya dlm mimpi anak dia akan ziarah maknya dan cita pasal kehidupan dia..bahgia dan beranak pinak dah..
sepupu kawan saya ni pg mandi air terjun, sekali tu menyelam dia tak timbul2..puas org cari pun tak jumpa..ada juga org yg pakar telek menelek cakap memang sepupu dia ni dah masuk ke alam tu dah..
kesian kat mak dia, anak tunggal lak tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2013 11:59 AM | Show all posts
ermmm ... baguslah tu cuba mender2 yg tak berpaedah nih ... elok2 nak pergi ke alam bunian .. terus pergi ke alam barzah
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 12:16 PM | Show all posts
x yah la cari masalah...x psl2 jd warganegara bunian plak nti
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 11:05 PM | Show all posts
sibuk korg nk masuk alam bunian ye...heheeeee...
g je cari dlm hutan tue yg tumbuh bunga kiri kanan denai/jalan...
pokok bunga tue kena berkembang mekar di waktu mahgrib...
kata bapak aku tue pintu gerbang ke alam bunian...
nasib aku perasan lain mcm je lepas melepasi beberapa meter dari pintu gerbang tue, pasal aku tgk dh lain mcm...
heheheheheeee...
nie bukan tipu2 punye atau mcm cerita atas cerita org lain..,...
nie pengalaman aku, hampir2 masuk ke alam bunian...
masa tue aku g camping Pengakap di Kem Kota, Layang2 Kiri... kalau nk cube try le g sana cari pokok bunga yg berkembang mekar di tasik layu...(mcm tajuk lagu pulak...heheheheee) bunga tue warna unggu... ape jenis tak le teman ketahui... kalau tempat lain tak pasti la ada...

walaubagaimanapun, terdapat cara atau kaedah lain untuk masuk ke dlm dunia BUNIAN nie...
heheheeheeee....
Allahua'lam....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 02:48 PM | Show all posts
ade pulak petua nak masuk ke alam bunian ni eh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.062527 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list