|
Raja Azmi : "Saya cinta Eddie"(dah selamat bertunang@pg12&13)
[Copy link]
|
|
54,,ok lah tu badan camtu..bakal laki pun better la dr ex-hubby..ahaha jahat aku.semoga berbahgia nenek raja..jgn kuar dah dgn lelaki yg bukan muhrim lepas kahwin ni..kuikui |
|
|
|
|
|
|
|
jaga2 bang eddie |
|
|
|
|
|
|
|
ceria betul raja azmi ni. semoga kebahagiaan milik die. aeuwwwwwwww |
|
|
|
|
|
|
|
Kawinla oii! cpt skit oii! asyik dgr cter murahan kau ajer! |
|
|
|
|
|
|
|
Selasa Julai 16, 2013
Raja Azmi Selamat Bertunang Dengan Eddie (CRK)
Oleh FERIDE HIKMET ATAK
SERI BAKAL PENGANTIN… Selepas setahun menjanda, produser filem sensasi, Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, akhirnya bertemu cinta baharunya dengan pemain bes tahun 1990-an iaitu Eddie, 45, (CRK). Majlis pertunangan diadakan di kediaman Raja Azmi di Ukay Perdana, Ampang, Selangor pada Isnin. Istimewanya, anak sulung kedua-dua pasangan tersebut menjadi orang tengah pada sesi meminang untuk orang tua mereka. Raja Azmi dan Eddie memilih 15 September depan untuk bernikah. Gambar menunjukkan Raja Azmi tersenyum riang selepas bakal ibu mertuanya iaitu Mariah Abu Samah menyarungkan cincin pertunangan ke jari manisnya. – FOTO: SHAHRUL FAZRY ISMAIL.
AMPANG: Produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, telah mengikat tali pertunangan dengan seorang gitaris, Mohd Eddie Ghazali, 45, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman wanita itu di Ukay Perdana, Ampang di sini pada Isnin.
Majlis dimulakan dengan acara merisik diiringi dengan ucapan perbincangan oleh anak sulung kedua-dua pasangan itu iaitu Mohd Daniel, 21, bagi pihak ayahnya iaitu Eddie dan Puteri Suraya Mohd Jalani, 28, mewakili Raja Azmi.
Pada majlis tersebut pihak lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran yang berupa buah-buahan, manisan dan coklat serta telekung.
Manakala pihak perempuan membalas dengan dulang hantaran terdiri daripada jam tangan dan beg duit jenama Fossil, kemeja, kek, coklat dan biskut.
Eddie
Eddie yang merupakan pemain bes kumpulan rock 1990-an iaitu CRK sudah pun menduda sejak lima tahun lalu selepas isterinya meninggal dunia pada Januari 2008.
Hasil perkahwinan pertama selain Daniel, Eddie memiliki seorang lagi anak bernama Mohd Effy,19.
Manakala Raja Azmi pula mempunyai tiga orang anak iaitu Puteri Suaida, 24, dan Megat Deli, 19, hasil perkahwinannya dengan jurulatih badminton negara, Jalani Mohamad Sidek.
Mereka bercerai dengan talak satu pada 27 Jun 2012.
Pada majlis bertunang itu, turut dilakukan ialah majlis menyarung cincin yang disempurnakan oleh ibu Eddie, iaitu Mariah Abu Samah.
Anak sulung Raja Azmi dan Eddie iaitu Puteri Suraya dan Mohd Daniel menjadi orang tengah untuk merisik bagi pihak orang tua mereka.
Sementara itu, Raja Azmi yang ditemui bersyukur dan lega kerana majlis berkenaan berjalan lancar.
Biarpun membina hubungan istimewa dalam tempoh yang singkat sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan, Raja Azmi yakin lelaki tersebut adalah pilihan yang tepat buat dirinya.
"Kami mula berkenalan pada 15 Januari lalu. Apa yang menggembirakan saya, anak-anak dapat menerima hubungan ini. Mereka mahu lihat ibunya gembira dan saya cukup terharu.
"Walaupun perkenalan kami cukup singkat, saya yakin Eddie adalah lelaki yang sesuai buat saya," katanya.
Pasangan tersebut merancang akan bernikah pada 15 September depan.
Kumpulan CRK pernah popular dengan lagu Cinta Dan Air Mata.
-mstar-
p/s..tahniah akak & abang....moga berbahgia hgga akhir hayat...Aamin... |
|
|
|
|
|
|
|
mea posted on 16-7-2013 07:04 AM
Selasa Julai 16, 2013
Raja Azmi Selamat Bertunang Dengan Eddie (CRK)
Sweet..,sporting anak2 derang.
|
|
|
|
|
|
|
|
perlu ke pegang2 tangan..... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
-HM-
-tahniah skali lagi....moga berbahgia hgga akhir hayat...Aamin.. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Alahhhh gigih betul... Lg 5,6 tahun nk cecah umur 60 nenek ooiiiii... |
|
|
|
|
|
|
|
hepi nye tengok gambar-gambar diatas
anak-anak dorang (dua-dua belah pihak) mmg sporting dan restu abes
anak eddie tu pung comey gak kan? sepet rambut panjang gitu |
|
|
|
|
|
|
|
curlasttttt ko kak mi... siap bertunang bagai lagi...taniah lah! |
|
|
|
|
|
|
|
-utusan-
persis anak dara youu.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|