CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
Author: mea

Raja Azmi : "Saya cinta Eddie"(dah selamat bertunang@pg12&13)

[Copy link]

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 27-6-2013 03:04 PM |All posts
Hampa nii biaqla kat dia..dulu2 dia memg x penah tunang ka..jaki sunggoh  

dia berhak utk kecap bahagia  
Dimurahkan rezeki oleh Nya setiap hari. Amin..
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 27-6-2013 03:40 PM |All posts
hasmania posted on 27-6-2013 12:14 PM
beruntung le dapat kawin ngan Raja Azmi tuh .....dia janda kaya !!!!
sampai mati duit dia tak habis ...

janda kaya? bukan ker dia yg bangkrapkan sidek adik-beradik pasal nak finance movies dia yang nanhado tuh? elok la dia dah dengan lelaki biasa2 sekarang ni. ikhlas bercinta kekdahnyer. doakan jodoh makcik ni berkekalan kali ni. aminnn....
Reply

Props Report

mea  

Conqueror

Mama Faiz

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 3-7-2013 09:09 AM |All posts


Raja Azmi dilamun cinta
Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR



Pasangan iini memilih 15 Julai ini sebagai tarikh pertunangan.

RASA sakit, kecewa dan derita yang ditanggung, tidak terlalu lama. Genap setahun berpisah dengan suami sebelum ini, Jailani Sidek, hari ini hati wanitanya kembali terisi dengan bunga-bunga cinta. Bagi produser Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, kehadiran Mohd. Eddie Ghazali, 45, sejak lima bulan lalu umpama cahaya yang menerangi kegelapan.

Ternyata kehadiran pemain bass dari kumpulan rock CRK yang terkenal pada awal 90-an itu merobah kehidupan Raja Azmi atau mesra dengan panggilan Kak Mi itu sebanyak 360 darjah.

Diperkenalkan oleh anak saudara pemuzik itu kepadanya pada Februari lalu, Raja Azmi memberitahu kamar hatinya terus terbuka untuk menerima kehadiran seorang lelaki baru dalam hidupnya. Tambah mengejutkan, hanya dalam masa beberapa hari sahaja, dia seterusnya nekad untuk menjadikan lelaki itu sebagai nakhoda rumah tangga.

Menurut penerbit filem ...Dalam Botol itu, pada pertemuan kali pertama sewaktu bertentang mata dengan Eddie, hatinya terus terpaut dan yakin bahawa lelaki itulah yang layak untuk membimbing dan bersamanya dalam susah dan senang.

"Tak tahu nak kata macam mana. Ibarat ada tarikan magnet. Sekali pandang dari mata turun ke hati. Terpandang sahaja Eddie, hati saya tergerak berkata, inilah orangnya, inilah orangnya.

"ada pertemuan pertama itu juga, saya selesa mendengar perbualannya dan percaya antara kami ada sesuatu yang boleh diperpanjangkan," ceritanya kepada Mega sewaktu berkunjung ke studio Utusan Malaysia baru-baru ini.

Sepanjang tembu bual dan sesi foto jelas menunjukkan yang Raja Azmi amat bahagia saat ini, kerana kehadirannya ditemani oleh Eddie.

Sewaktu ditanya kenapa begitu pantas dia mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan duda beranak dua itu Raja Azmi berkata: "Keputusan yang dibuat bukan bergantung kepada tempoh waktu cepat atau lambat kami saling mengenali. Tetapi keserasian yang wujud. Biarpun kami baru rapat tetapi sejak pertemuan pertama lagi naluri saya berkata, inilah orangnya.

"Sebelum ini sewaktu saya memberitahu bercinta dengan Hafiz adalah satu kesilapan. Sebenarnya ketika itu saya hanya memerlukan seorang teman untuk meluahkan isi hati yang kecewa selepas bercerai. Tetapi untuk kali ini, memang benar saya dilamun cinta."

Malah katanya, Eddie yang mahir bermain gitar bas itu juga sanggup mendendangkan lagu Cinta Tak Kenal Siapa dendangan Aris Ariwatan untuk ditujukan kepadanya sebagai gambaran isi hatinya.

Bercerita lanjut tentang cinta hatinya, Raja Azmi berkata, sewaktu kemunculan Eddie bersama CRK pada awal 1990-an, dia tidak pernah sedar pun akan kewujudan kumpulan tersebut, selain mengikuti perkembangan kumpulan Wings dan Search.

"Sekarang ini bila sudah mengenali Eddie, saya paling suka dengar lagu CRK Kita Yang Bernama Manusia dan Pandang Pertama. Lirik lagu-lagu itu menarik dan relevan dengan diri saya," ujarnya.

Ditanya kriteria lain selain naluri wanita yang menguatkan dia untuk memilih Eddie sebagai teman hidup, Raja Azmi berkata, yang paling penting status mereka sama iaitu janda dan duda.

Katanya, itu memudahkan mereka untuk berbicara dalam apa jua perkara.

"Kalau ikutkan percakapan, memanglah saya yang paling banyak bercakap dan dia pula setia mendengar.

"Dia selalu tegur sebab katanya saya ni jenis yang suka cakap benda ' bukan-bukan'. Dalam hubungan kami ini, Eddie yang banyak mengetuai biarpun usianya lebih muda daripada saya," katanya jujur.

Dalam pada itu, kata Raja Azmi, sikap romantik dan kelakar yang dimiliki Eddie membuatkan hatinya tertawan dan ingin selalu berada di samping bapa kepada Muhamad Daniel, 21, dan Muhamad Effy, 19.

Kehendak anak-anak

Dalam perbualan itu, Hits sempat bertanya kepada Raja Azmi perasaannya apabila di usia 54 tahun pun masih mahu bertunang seperti anak dara.

Sambil ketawa, wanita itu berkata, bukan dia yang memilih untuk bertunang. Baginya cukuplah sekadar melakukan perkara wajib iaitu akad nikah.

Namun katanya, bagi menghormati kehendak anak-anak, dia akur dan majlis pertunangannya dengan Eddie akan dilakukan pada 15 Julai ini di kediamannya di Ukay Perdana, Hulu Klang, Kuala Lumpur selepas waktu Asar.

"Anak-anak yang nak sangat saya bertunang. Kata mereka selama ini saya kuat sangat dengan adat pelbagai, kenapa bila tiba waktunya, tidak mahu ikut adat pula. Bila anak-anak sudah pulangkan paku buah keras, saya pun terpaksa ikut.

"Sebenarnya, mereka nak uji sejauh mana kesabaran Uncle Eddie (panggilan anak-anak kepada Eddie) untuk menjadikan saya sebagai isteri.

"Rupa-rupanya Eddie pun tidak kisah dan keluarganya juga bersetuju untuk mengikut adat," katanya yang kini sudah mula melakukan persiapan untuk majlis pertunangan itu.

Tarikh 15 Julai bertunang dan 15 September nanti sebagai hari pernikahan, ia memang sengaja dipilih kerana pertemuan pertama mereka berlaku pada 15 Februari lalu.

"Senang untuk diingati. Dan majlis pertunangan dibuat di rumah saya saja.Untuk kenduri nanti belum pasti di mana sebab tengah mencari tempat.

"Sebenarnya yang teruja sangat bukanlah saya tetapi anak-anak. Mereka yang sibuk mencari barang untuk buat hantaran. Bagi saya, kalau anak-anak gembira apa salahnya ikut sahaja kehendak mereka. Lagipun apa yang mereka buat itu untuk ibu dia orang juga," katanya.

Sebagai orang yang berpengalaman dan sering terdedah kepada mangsa gosip, Raja Azmi tahu ramai yang mempersendakan majlis pertunangannya itu.

Katanya, orang boleh kata apa sahaja kerana itu hak masing-masing.

Namun, sebagai ibu yang sentiasa mengambil berat perasaan anak-anak, dia telan sahaja tohmahan itu kerana objektif utama adalah untuk menggembirakan insan-insan tersayang.

Hits sempat juga mengusik, jika anak-anaknya teruja untuk melihat dia bertunang, bagaimana pula dengan penerimaan anak-anak Eddie terhadapnya?

Dalam gelak tawa, Raja Azmi berkata, dia tidak ada masalah dengan anak-anak teruna Eddie kerana sebagai ibu, dia tahu menangani mereka.

"Anak sulung Eddie masih malu-malu dengan saya. Tetapi anak bongsunya, ramah dan banyak bertanya dengan saya. Kami boleh berkawan, lagipun umurnya sama dengan anak bongsu saya, Megat Deli.

"Saya layan dia sebagaimana layan anak sendiri," katanya yang turut mempunyai anak, Puteri Suraya, 28, dan Puteri Suaida, 24, serta seorang cucu, Muhammad Akid Muhammad Shadan, 2.


-utusan-

tahniah lagi sekali...
Last edited by mea on 3-7-2013 10:29 AM

レoر  キoرر
Reply

Props Report

mea  

Conqueror

Mama Faiz

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 3-7-2013 09:10 AM |All posts
nampak staylo cik  mi pakai baju merah tu..sebaya kekdahnya..
レoر  キoرر
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 3-7-2013 09:10 AM |All posts
lawa gak mak cik ni...nmpk muda dr umo sebenar
pinjamkan hatimu...
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 3-7-2013 09:13 AM |All posts
I Had To See U So I Can Breathe Rewind Pls
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 3-7-2013 09:15 AM |All posts
alahai... mcm2 dia nih...
Don't compare ur life with others.
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 3-7-2013 09:25 AM |All posts
untonglah...aku ni entah bilenye la nk bertunang....huhuhuhuhu
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 3-7-2013 09:29 AM |All posts
OMGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG....
why so serious..
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 3-7-2013 09:30 AM |All posts
tp masih tak boleh kalahkan ella... ella lagi suwitt bersama somi nya...
1) Edel=geng dimorian, haters RR=geng dimeroyan 2)nora=geng dimorian,haters=geng dimeroyan
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 3-7-2013 09:35 AM |All posts
rambut raja azmi lawalah... tebal... kalaulah rambutku begitu... huhuhu...
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 3-7-2013 09:37 AM |All posts
mudah2an jodoh berkekalan hinggan ke syurga...amin
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 3-7-2013 09:37 AM |All posts
kak mie ni msti jenis tak amik pusing ape org ckp pasal dia
muka pun awet muda je
Reply

Props Report

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 3-7-2013 09:46 AM |All posts


umur 54 tapi nampak meletop lagi makcik nih....aku nanti kalau umur 54 akan meletop camni jugakka?
~syukran~
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 3-7-2013 09:47 AM |All posts
nampak RA ni lg muda dr bakal tunang she...
Aduh!! Besar gemuk-gemuknya TIMUN... :P
Reply

Props Report

Rank: 6Rank: 6

Post on 3-7-2013 10:03 AM |All posts
errrr........ semoga makcik Mie dan bakal suami sama2 mencari keberkatan dariNya..... amin
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 3-7-2013 10:16 AM |All posts
alahai posted on 3-7-2013 09:46 AM
umur 54 tapi nampak meletop lagi makcik nih....aku nanti kalau umur 54 akan meletop camni jugakk ...

pakai la cenggini kot meletus terus bukan meletup lagi dah

ala noks kak mi dh sedaya upaya kot kasi nampak muda. kasi chan la kan.
Dilarang Syak
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 3-7-2013 10:19 AM |All posts
patah tumbuh, hilang berganti...
semoga kali ni betul-betul serius yer..
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 3-7-2013 10:27 AM |All posts
pakcik tu kalau dia trim rambut dia pendek lagi nampak muda kot... rambut skang so yesterday cam tahun 80-an nyer pesen... body dah mantap dah pakcik tuh
1박 2일
Reply

Props Report

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 3-7-2013 10:29 AM |All posts

Karat No 1 Jihan Muse!
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 3-7-2013 10:32 AM |All posts
lawa cik mi ni, maintain lg
Thorin: Out of the frying pan
Gandalf: Into the fire.. Run!
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 3-7-2013 10:45 AM |All posts
novlin posted on 3-7-2013 09:30 AM
tp masih tak boleh kalahkan ella... ella lagi suwitt bersama somi nya...

setujuk setujuk, aku pun suke tgk kesweetan mereka
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 3-7-2013 10:47 AM |All posts
dia cantik
tuk org umo 54
Reply

Props Report

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 3-7-2013 10:51 AM |All posts
baju merah tuh nmpk cantik n muda skit..slalunyer..nenek neh serabai jeh! berkat cinta ngan pucuk muda..
nama aku sekaimaniam karrupan cheliah! kau ada?? mampoo???
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 3-7-2013 10:53 AM |All posts
stylo la kak mi..masih ngancam...

moga bahagia ke akhir hayat ye kak mi...!!!
Reply

Props Report

You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 25-10-2014 04:44 PM , Processed in 0.325749 second(s), 41 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top