CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: haruslah

[Tempatan] Corat Coret Bola Malaysia: JDT vs Selangor utk ke 2 & 3 MSL. Sape menang?

[Copy link]
 Author| Post time 4-7-2013 08:09 AM | Show all posts

Playoff hari pertama puasa



Playoff hari pertama puasa Datuk Hamidin Mohd Amin, Setiausaha Agung FAM
FAM tentukan dua slot terakhir Piala Malaysia musim ini pada awal Ramadan

Kuala Lumpur: Dua slot terakhir ke saingan Piala Malaysia musim ini ditentukan pada dua perlawanan playoff, Rabu ini, iaitu hari pertama Ramadan.
Ia membabitkan dua pasukan tercorot Liga Super serta pasukan tempat kelima dan keenam Liga Perdana.

    Kedua-dua perlawanan pada 10 Julai ini akan berlangsung serentak di dua stadium berkenaan dengan sepak mula lewat jam 9.45 malam kerana ia hari pertama umat Islam berpuasa Ramadan." Datuk Hamidin Mohd Amin, Setiausaha Agung FAM


Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata dua perlawanan playoff itu membabitkan pasukan ke-11 Liga Super menentang pasukan ke-6 Liga Perdana di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan pasukan ke-12 Liga Super menentang pasukan ke-5 Liga Perdana di Stadium Shah Alam.

“Kedua-dua perlawanan pada 10 Julai ini akan berlangsung serentak di dua stadium berkenaan dengan sepak mula lewat jam 9.45 malam kerana ia hari pertama umat Islam berpuasa Ramadan.

“Format playoff ini hanya satu perlawanan saja yang mana dua pemenang perlawanan akan layak ke Piala Malaysia bermula 17 Ogos depan,” kata Hamidin ketika dihubungi, semalam.

Saingan Piala Malaysia membabitkan 16 pasukan yang dipecahkan dalam empat kumpulan dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke suku akhir, seterusnya separuh akhir dan final.
Majlis undiannya dijangka berlangsung 27 Julai ini.

Hamidin berkata, 10 pasukan teratas Liga Super layak secara automatik dengan sembilan sudah mengesahkan tempat iaitu Lions XII, Selangor, Johor Darul Takzim (DT), Tentera, Kelantan, Pahang, PKNS FC, Perak dan Terengganu manakala empat pasukan Liga Perdana yang sudah layak automatik ialah Sarawak, Sime Darby, Johor dan Kedah.

“Empat pasukan untuk perlawanan playoff ini pula, Negeri Sembilan sudah sah tempat ke-12 Liga Super manakala tempat ke-11 sama ada FELDA United atau T-Team.

“Untuk Liga Perdana, Sabah sudah sah layak ke playoff manakala satu lagi pasukan sama ada Pos Malaysia atau Polis,” katanya.

Musim lalu, tiada perlawanan playoff untuk Piala Malaysia apabila 12 pasukan teratas Liga Super (ketika itu 14 pasukan bertanding Liga Super) dan empat pasukan teratas Liga Perdana layak secara automatik untuk melengkapkan 16 pasukan.

Namun, terdapat juga perlawanan playoff bagi merebut slot ke Liga Super dan Liga Perdana 2013 yang diadakan pada 17 dan 19 Julai di Melaka, iaitu beberapa hari sebelum Ramadan bermula pada 21 Julai tahun lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2013 03:04 PM | Show all posts
axl_bach posted on 30-6-2013 11:51 PM
Kelate team paling baik??maybe yes maybe not....but fans??God knows.........

apapun biasa laa k ...

Fan kelate tu letak tepi...... Tp pasukan kelate mmg plg kool...... X mcm jdt berlagak star......
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 03:19 PM | Show all posts
micha posted on 4-7-2013 03:04 PM
Fan kelate tu letak tepi...... Tp pasukan kelate mmg plg kool...... X mcm jdt berlagak star......
...

paling kool??yer laa tu....ptuihhhhhhhhkan jer laaaa

hehehehehehheehhe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2013 03:22 PM | Show all posts
FAM nafi double standard

Hamidin (kanan) menjelaskan tiada lagi majlis penyerahan trofi di Wisma FAM sambil menolak tuduhan adanya layanan istimewa diberikan kepada Lions XII di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR - Kejayaan Lions XII menjulang kejuaraan Liga Super bukan sahaja akan diingati oleh peminat bola sepak tanah air sebagai pasukan jemputan pertama meraih trofi berkenaan sejak diperkenalkan pada tahun 2004, malah layanan kelas pertama diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

Jika dibandingkan dengan apa yang dinikmati oleh juara tahun lalu, Kelantan, jelas seolah-olah terdapat perbezaan antara dua darjat dengan Lions XII berpeluang menjulang trofi berkenaan dan menerima cek di hadapan penyokong sendiri di Stadium Jalan Besar sebaik sahaja mengesahkan kejuaraan menewaskan Felda United 4-0.

Sedangkan Kelantan yang mengesahkan kejuaraan Liga Super dua perlawanan lebih awal musim lalu tidak diberikan kesempatan yang sama oleh FAM apabila disuruh hadir ke Wisma FAM bagi upacara penyerahan trofi berkenaan dan penerimaan cek selepas jadual liga berakhir sehinggakan tidak berpeluang menjulang trofi di hadapan penyokong sendiri pada mulanya.

Perkara itu bagaimanapun selesai apabila rayuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) supaya majlis penyerahan trofi itu diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV pada perlawanan terakhir Liga Super diterima oleh FAM, namun tidak dihadiri mana-mana pemimpin tertinggi FAM.

Namun, pada perlawanan semalam, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin telah hadir sendiri di Stadium Jalan Besar, untuk menyerahkan trofi Liga Super dan cek kepada Lions XII kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Situasi yang terjadi itu jelas mengundang satu persoalan besar mengapa perkara itu boleh terjadi dan menambahkan lagi kekecewaan para penyokong bola sepak tempatan selepas menyaksikan melihat trofi dari liga sendiri terlepas ke tangan orang luar.

Menjelaskan persoalan itu, Hamidin yang dihubungi Utusan Malaysia berkata, mulai tahun lalu FAM sebenarnya telah mengubah pendekatan itu dan tiada lagi majlis penyerahan trofi di Wisma FAM selepas Kelantan berpeluang menjulang trofi Liga Super di hadapan penyokong sendiri sambil menolak tuduhan adanya layanan istimewa diberikan kepada Lions XII.

"Sekarang di FAM kami telah mengamalkan konsep baharu dengan setiap pemenang akan terus diberikan trofi seperti mana yang kita lakukan di Singapura, semalam dan bukannya ada layanan khas kepada Lions XII.

"Memang kami telah bersedia sekiranya Lions XII menang, kami akan terus berikan kepada mereka dan saya harap isu ini tidak perlu diperbesarkan, perkara sama juga berlaku jika pasukan lain yang menang, " katanya

Musim lalu, Kelantan memenangi kejuaraan Liga Super selepas mengalahkan Perak 6-0 pada 6 Julai tetapi FAM memberitahu majlis pemberian hadiah kemenangan akan diadakan pada 20 Julai.

Perkara itu ternyata menimbulkan perasaan kurang penyokong Kelantan sebelum FAM berlembut hati dengan membenarkan majlis pemberian trofi itu diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV pada perlawanan menentang Sarawak pada 14 Julai, iaitu aksi terakhir Liga Super 2012.

Tambah Hamidin, FAM telah mengubah pendekatan ini kerana telah memikirkan lebih meriah jika majlis pemberian trofi diadakan di hadapan penyokong sendiri.

"Perkara ini telah difikirkan sejak tahun lalu apabila Kelantan berpeluang menjulang trofi di hadapan penyokong sendiri dan ia diteruskan lagi pada tahun ini.

"Memang tidak meriah tanpa kehadiran penyokong sendiri dan sebab itulah kami tidak adakan lagi di Wisma FAM seperti mana sebelum ini sebaliknya memberikan terus di tempat mereka bermain," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ndard#ixzz2Y3jNgg1U
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2013 03:24 PM | Show all posts
Kejayaan Lions XII tamparan pasukan tempatan

JOHOR BAHRU - Kejayaan juara Liga Super musim 2013, Lions XII kelmarin merupakan tamparan hebat buat pasukan tempatan yang lebih mengutamakan pemain bertaraf bintang untuk bersaing pada edisi kali ini.

Sedangkan pasukan negara republik itu hanya meletakkan harapan kepada para pemain tempatan berusia di bawah 23 tahun bagi menggalas cabaran untuk berhadapan pasukan-pasukan berpengalaman dari Malaysia.

Ternyata strategi V. Sundramoorthy membuahkan hasil apabila pasukan yang dikendalikannya berjaya mengekalkan rentak konsisten sepanjang musim ini.

Tanpa tonggak import, Sundramoorthy memberitahu, skuad yang dibarisi anak-anak muda tempatan itu berjaya bergelar juara.

Malah, mereka dikatakan jauh lebih baik berbanding pasukan Singapura pada tahun 1994.

"Berbanding pasukan lain, pasukan ini tidak meletakkan harapan kepada beberapa pemain utama sebaliknya ia dibarisi para pemain muda untuk menggalas setiap cabaran. Sekiranya berlaku kecederaan kita tidak mempunyai sebarang masalah untuk menurunkan pemain muda yang baharu.

"Kebanyakan pasukan tempatan lain, mereka banyak bergantung kepada dua atau tiga pemain utama dan sekiranya berlaku kecederaan mereka mengalami masalah untuk meneruskan cabaran dan menyebabkan mereka tercicir mata kerana tiada pemain mampu menggantikan pemain utama," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Dalam aksi di Stadium Jalan Besar, kelmarin Lions XII membelasah Felda United 4-0 untuk mengesahkan kejuaraan Liga Super.

Mengulas mengenai pertemuan terakhir Liga Super menentang Kelantan di Kota Bharu, Sabtu ini, beliau memberitahu, beberapa pemain akan direhatkan pada pertemuan itu dan akan membariskan para pemain muda.

Sementara itu, pada saingan Piala Malaysia musim ini, beliau berharap pasukan Lions XII akan diundi bersama pasukan yang lebih mudah bagi membolehkan mereka mara lebih jauh dalam saingan itu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... patan#ixzz2Y3jmiI00
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 09:20 PM | Show all posts
smallmama posted on 3-7-2013 03:09 PM
Rumah Mat Yo dekat rumah adik saya kat Besut...tapi dia ramai saudara di Kelantan...isteri anak sa ...

king salang kt Mat Yo ye
mung penah kecek ke dengang Mat Yo

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2013 09:25 PM | Show all posts
haruslah posted on 4-7-2013 03:24 PM
Kejayaan Lions XII tamparan pasukan tempatan

JOHOR BAHRU - Kejayaan juara Liga Super musim 2013,  ...

Malah, mereka dikatakan jauh lebih baik berbanding pasukan Singapura pada tahun 1994.

wow,lebih baik dari era Alistair Edward, Abbas Saad, David Lee,Fandi Ahmad n  co........amazing

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2013 08:28 AM | Show all posts
axl_bach posted on 4-7-2013 09:25 PM
Malah, mereka dikatakan jauh lebih baik berbanding pasukan Singapura pada tahun 1994.

wow,lebih ...

lions betul2 manfaatkn peluang main kt malaysia utk develop team junior diorg + bbrp senior.

HM 23 lak gi slovakia nunnnnn jauh kt sane.....team senior gi aussie....heavennnnn gituuuu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2013 08:47 AM | Show all posts
Padang tiruan beri Lions XII kelebihan

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my



KUALA LUMPUR - Bukan kerana tidak boleh menerima hakikat, namun kelebihan beraksi di atas padang tiruan di Stadium Jalan Besar jelas menjadi faktor paling ketara membantu Lions XII.

Menjuarai Liga Super musim ini dengan 31 mata dikutip di gelanggang sendiri daripada jumlah 43 mata sudah cukup menceritakan segala-galanya.

Pandangan ini turut dipersetujui tiga jurulatih dalam saingan Liga Super, B. Sathianathan (Angkatan Tentera Malaysia), Mohd. Azraai Khor Abdullah (Perak) dan Dollah Salleh (Pahang) yang melihat Lions XII terlalu kebal atas padang tiruan.

Bola yang terlalu laju dan keengganan tuan rumah memberikan ruang kepada lawan menguji satu hari lebih awal permukaan padang di stadium mereka menjadi antara persoalan besar mengapa Jalan Besar menjadi lubuk mata buat Lions XII.

Menurut Sathianathan, yang menyaksikan pasukan bimbingannya kecundang 1-3 kepada Lions XII pada 20 April lalu berkata, walaupun mereka ada mengadakan latihan di padang tiruan dekat Majlis Sukan Negara (MSN), ia masih tidak mencukupi kerana permukaannya yang berbeza.

''Pertama kali, saya hendak memberitahu bukan mudah untuk beraksi di atas padang tiruan sedangkan 21 perlawanan yang lain, kami bermain di atas padang rumput dan jika ada orang berkata padang tiruan memberikan kelebihan besar kepada Lions untuk muncul juara, saya memang bersetuju.

''Tidak banyak tempoh persiapan dapat dilakukan dalam tempoh beberapa hari bagi tujuan penyesuaian malahan permukaan padang tiruan yang ada di padang Majlis Sukan Negara sebenarnya tidak sama seperti mana di Jalan Besar.

''Semasa di sana, kami tidak diberi peluang menguji Stadium Jalan Besar sehari sebelum perlawanan kerana ada perlawanan Liga Singapura (S-League) dan itu memang tidak adil kerana tahap permainan di atas padang tiruan ternyata berbeza sama sekali terutama dalam aspek pergerakan bola," katanya.

Sementara itu, Dollah berkata, Lions XII sebenarnya bergelut apabila beraksi di padang rumput di tempat lawan dengan dua kemenangan sahaja yang mampu dikutip membuktikan mereka hanya gah semasa di kandang sendiri.

''Memang betul, (padang tiruan beri kelebihan), lawan yang bermain di sana benar-benar bergelut kerana daripada segi teknikal, pemain yang jarang-jarang beraksi di atas padang tiruan sukar membuat menduga kelajuan bola.

''Lihatlah sendiri pemain sayap saya, R. Gopinathan yang mempunyai daya kawalan bola yang baik, namun apabila menerima hantaran daripada rakan sepasukan pasti dia akan hilang kawalan sama ada bola akan dirampas lawan atau terkeluar dari kawasan permainan.

''Persoalan saya mengapa mereka tidak boleh bermain di atas padang rumput seperti mana pasukan-pasukan lain dalam saingan Liga Super, kelebihan yang dimiliki mereka terlalu ketara," katanya.

Bagi Azraai, mereka hanya diberikan peluang berlatih di padang latihan terletak di Bukit Timah dan para pemainnya diakui sukar menyesuaikan diri dengan cara permainan di atas padang tiruan.

''Lions XII memang beruntung beraksi di atas gelanggang tiruan kerana kebanyakan pasukan lain jelas tidak memperagakan aksi sebenar apabila bertandang ke sana termasuk pasukan saya sendiri.

''Kita lihatlah sendiri bagaimana kawalan bola pemain-pemain Lions yang cukup selesa dan memudahkan mereka meraih kemenangan apabila bertemu lawan yang tidak biasa bermain di gelanggang tiruan.

''Jika musim depan dibiarkan mereka beraksi di atas padang yang sama, saya tidak fikir mana-mana pasukan mampu merampas kejuaraan daripada mereka dalam saingan Liga Super," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... bihan#ixzz2Y7yVV2Dd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 08:48 AM | Show all posts
salahkan padang plak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2013 08:57 AM | Show all posts

Akibat 'abai' Lesen A


Akibat 'abai' Lesen A
Terbukti keputusan FAM tolak aksi saingan kelas A temu Singapura 'tak bijak', lawan pintas Harimau ranking FIFA

Kuala Lumpur: Selepas Lions XII, skuad 23 tahun Singapura menjuarai Liga Super, Sabtu lalu, bola sepak Malaysia sekali lagi dipalit malu apabila pasukan utama republik itu melonjak sembilan anak tangga dari kedudukan 165 kepada 156 ranking dunia, semalam.
Dalam senarai baru dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu, Harimau Malaya kekal pada kedudukan ke-159, berada tiga mata di belakang Singapura.

    Berbeza dengan Singapura yang sedar ranking begitu penting, skuad republik itu yang kecewa dengan tindakan Malaysia menolak aksi persahabatan, pantas mencari lawan lain sebagai ganti dan hasilnya dua kemenangan ke atas Laos (5-2) dan Myanmar (2-0), mengubah kedudukan mereka.


Keputusan jurulatih skuad negara, Datuk K Rajagobal untuk menentang tiga pasukan kelab di Australia dan menolak aksi persahabatan kelas A dengan Singapura terbukti ‘bukan keputusan bijak’ apabila Harimau Malaya dipintas negara jiran itu dalam kedudukan ranking dunia.

Berbeza dengan Singapura yang sedar ranking begitu penting, skuad republik itu yang kecewa dengan tindakan Malaysia menolak aksi persahabatan, pantas mencari lawan lain sebagai ganti dan hasilnya dua kemenangan ke atas Laos (5-2) dan Myanmar (2-0), mengubah kedudukan mereka.

Perkhabaran baru ini bukan saja mengejutkan peminat bola sepak negara, malah memberi tamparan hebat buat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dilihat terus ‘memanjakan jurulatih kesayangannya - Rajagobal’ dalam usaha membentuk skuad kebangsaan lebih mantap sekali gus menempatkan kedudukan bola sepak negara kepada tahap lebih baik.

Bekas pemain kebangsaan, Shukor Salleh, berkata ini yang akan terjadi jika skuad negara tidak mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A.
“Kita orang luar tidak boleh buat apa-apa kerana semua keputusan dibuat pengurusan pasukan. Singapura pantas memanfaatkannya dengan mengadakan aksi persahabatan itu sekali gus berjaya menumpaskan Laos dan Myanmar,” katanya semalam.

Pada Januari lalu, skuad negara menghuni tangga ke-158, Februari (159), Mac (164), April (163) dan Mei (161). Kedudukan terbaru itu meletakkan mereka setaraf Palestin (151), Bangladesh (152), Maldives (154) dan Chad (160).

Di Asia, Malaysia kekal ke-31 daripada 46 negara.

Malaysia sepatutnya bertemu Singapura pada 4 dan 7 Jun lalu, namun dibatalkan atas alasan persetujuan bersama sebaliknya mengambil keputusan untuk berlatih di Australia dan mengadakan aksi persahabatan menentang kelab, Canberra All Stars, Marconi Stallions FC, dan Sydney United FC.

Pada kunjungan ke Australia itu, skuad Rajagobal mencatatkan satu kemenangan dan dua kali kalah. Tewas 3-2 kepada Canberra FC pada aksi pembukaan, menang 3-0 ke atas Sydney Olympic dan kalah 2-0 kepada Marconi Stallions.

Kejayaan menumpaskan Sydney Olympic itu sebenarnya tidak membawa apa-apa makna dalam kedudukan ranking dunia bola sepak negara.

INFO: Ranking Malaysia di Asia Tenggara
1 Thailand (138)
2 Filipina (144)
3 Vietnam (145)
4 Singapura (156)
5 Malaysia (159)
6 Myanmar (163)
7 Indonesia (168)
8 Laos (173)
9 Brunei (182)
10 Timur Leste (182)
11 Kemboja (198)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2013 09:02 AM | Show all posts
jofizo posted on 5-7-2013 08:48 AM
salahkan padang plak....

singapore 'untung' bleh main padang rumput biase selang 1 game compare ngn team malaysia yg sekali jer main kt padang tiruan...

malaysia x gunakan kesempatan yg ade utk develop pasukan maalysia jd lebih baik

lwn sgpore utk ranking pon dibatalkn aritu kn.... ape nk ckp lg...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.348157 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list