CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3623|Reply: 5

Mazda 6: Penampilan menawan, pemanduan memuaskan

[Copy link]
Post time 2-7-2013 10:01 AM | Show all posts |Read mode



KERETA sedan keluarga dengan semangat Kodo ini dilancarkan ke pasaran negara Mac lalu bersama dua lagi rakannya di bawah lencana Mazda6. Ternyata dari segi rupa, Mazda6 berbeza banding pesaing sekelasnya.

Jentera segmen-D ini merupakan model kedua Mazda selepas CX5 yang menggunakan teknologi Skyactiv.  Penggunaan teknologi itu menyumbang kepada berat badan yang lebih ringan, kecekapan penggunaan bahan api dan kurang pencemaran- tanpa mengorbankan karakter Zoom-Zoom yang sinonim dengan tagline Mazda.

Di tanah air, Bermaz Motor Sdn Bhd menawarkan Mazda6 dengan harga RM189k. Ia tanda harga bagi varian tertinggi 2.5 liter (L) yang diterima oleh Sisipan Pemotoran. Pada harga berkenaan menjadikan ia di tangga teratas dalam persaingan pasaran sedan dengan harga mulai RM160k hingga RM180k.




Luaran

Bila kebanyakan kereta sekelasnya lebih konservatif dan mengetengahkan unsur elegan pada rekaan luaran, ia tidak bagi Mazda6. Kali pertama saya melihatnya secara dekat. Satu kata! Sasa.

Pilihan warna Soul Red bukan sahaja memberi imej garang. Bahkan ia juga ‘sombong’ di jalan raya. Ini adalah hasil rekaan hujung hadapan yang agresif bersama padanan lampu LED nyalaan siang hari dan gril yang sporty.

Sentuhan rekaan lampu hadapan Bi Xenon ke dalam dan tirus bersambung dengan bampar cukup terkesan imej garang. Menggunakan tema rekaan Kodo, yang terinspirasi daripada kekuatan, keindahan dan kelincahan dari gerakan binatang. Dapat dilihat Mazda menitikberatkan kepada ekspresi  gerakan di mana ia memiliki rupa khas garis lekuk badan yang membulat dan tegas pada beberapa bahagian luaran.

Malah menerusi lekukan fender hadapan mulai dari bentuk lampu utama yang ditarik sehingga ke garisan pintu hadapan cukup menegaskan imej maskulin. Hasilnya Mazda6 pasti dilirik sesiapa sahaja di jalan raya.

Namun di sisi lain, ekornya menampilkan rekaan lampu belakang yang tidak lazim dan masih harmoni dengan keseluruhan luaran. Ia begitu sesuai dengan eksekutif muda yang tampil aktif.

Kabin

Saya tidak akan menghabiskan begitu banyak masa untuk membincangkan dalaman Mazda6. Kerana saya fikir perkara utama tentang kabin ialah fungsi- memudahkan akses, peralatan yang disusun dengan teratur dan secara keseluruhannya dari segi praktikaliti adalah baik. Ini kunci utama yang tersedia dalam Mazda6. Walaupun rekaan dalaman adalah ringkas namun ia mudah dikendalikan.

Di dalam kabin, segalanya teratur dan menjadi kawasan yang selesa untuk anda habiskan masa. Kemasan kulit dengan jahitan merah membaluti kerusi memberikan imej sporty. Sokongan kerusi juga di tahap terbaik dan sistem pengaturan elektrik pada kerusi pemandu membantu mendapatkan posisi duduk yang selesa serta jangkauan pandangan ideal terutamanya bagi saya yang bersaiz sederhana.

Sementara itu, kualiti suara yang dihasilkan sangat baik. Kerana pihak Mazda membenamkan sistem audio Bose di sekitar kabin. Seperti diketahui, Mazda6 sudah lama berkolaborasi dengan jenama Bose untuk menghadirkan sistem audio berkualiti tinggi dalam produknya. Dan untuk unit pandu uji yang diterima, ia dilengkapi dengan sistem audio Bose-11 pembesar suara. Selain itu, penggunaan skrin sentuh 5.8 inci sedikit kecil dengan resolusi rendah, dan pilihan sistem navigasi TOMTOM adalah intuitif.

Tawaran but seluas 438 liter pula adalah mencukupi untuk segmennya.

Prestasi

Berbicara tentang prestasi, Mazda6 dibekali enjin SKYACTIV-G 2.5 liter, empat silinder sebaris, DOHC. Ia punyai keunggulan pada putaran bawah dengan bahasa mudah iaitu memiliki pecutan mantap.

Hasilnya, dari saat pertama kali pendikit dipijak sehingga saya meningkatkan kelajuan, kereta langsung menghembuskan tenaga cukup besar diiringi pergantian gear transmisi automatik yang lancar.

Tak perlu lama untuk beradaptasi, enjin Mazda6 langsung bertindak balas dan menghantar kuasa terus ke roda hadapan memenuhi kelajuan yang diinginkan. Memandunya di jalan lurus, kecepatan mampu dikembangkan hingga 150 kilometer sejam (km/j). Saya mampu mengajak jentera berlari sehingga 200 km/j. Untuk melebihi pecutan maksimum di atas kertas 221km/j masih boleh dicapai dengan menggunakan manual menerusi pedal shifter.

Beralih kepada kecekapan petrol, Mazda6 tidak mengecewakan. Untuk perjalanan sekitar 300 kilometer dari Shah Alam ke Ipoh dan kembali ke Slim River, Perak, saya mencatatkan penggunaan minyak 10.5 liter per 100 kilometer. Pemanduan agresif bercampur di jalan bandar dan lebuh raya dengan muatan empat penumpang bagi saya masih menjimatkan. Tiba di Slim River baki minyak yang tinggal masih mampu pergi sejauh 60km.

Apa yang menyumbang kepada penjimatan berkenaan? Ia adalah teknologi unik yang dinamakan i-Stop dan i-ELOOP. Sistem i-STOP merupakan ciri standard Mazda6 yang berfungsi mematikan dan menghidupkan enjin secara automatik dalam tempoh 35 saat ketika berhenti. Ini membantu menjimatkan minyak ketika berhenti di lampu isyarat atau terperangkap dalam kesesakan. Aplikasi ini sama seperti jentera hibrid.

Selain itu, penjimatan berkenaan juga disempurnakan oleh i-ELOOP (hanya varian 2.5L). Sistem ini akan mengecas bateri ketika anda membrek dan tenaga yang disimpan itu digunakan untuk menjana peralatan elektronik di dalam kereta seperti radio dan pendingin hawa ketika kereta berhenti. Proses mengecas penuh mengambil masa 10 saat.

Seperti mana jentera sekelasnya, Mazda 6 turut melimpahkan ciri keselamatan buat penggunanya yang dinamakan i-Activeness.

Jika dipertimbangkan dalam kanta segmen pertengahan yang membosankan, Mazda6 tidak dapat dinafikan menarik. Namun kompromi itu membuatkan anda ingin mencapai kebaikan yang kecil dalam perbandingan. Ia sekali gus berkesan, Mazda6 seronok dipandu dan cantik  di mata.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2013 11:32 AM | Show all posts
Serius Mazda mula memikat hati .... bukan design luaran sahaja, malahan function dalam kereta, sistem enjin yang efisien... tapi tang harga tu  hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2013 02:29 PM | Show all posts
maddox101 posted on 2-7-2013 11:32 AM
Serius Mazda mula memikat hati .... bukan design luaran sahaja, malahan function dalam kereta, siste ...

pkai kereta apa mari share pndapat... mazda yg aku minat ni ha>>


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2013 02:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 01:53 PM | Show all posts
menawan sungguh
tapi mimpi jah la income takat 3k lebih sikit nak pakai mazda 3 pun aku tak lepaih

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 10:10 AM | Show all posts
nak tanye pomen mazda la, alat ganti mahal x? untuk model cx5 dia x de i-loop dan i-stop ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.055430 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list