CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

( Cerita ) Selepas maghrib..Di Padang Solar ..kena sergah ngan ...

  [Copy link]
 Author| Post time 26-5-2014 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
38 -JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

Nenek terus memejamkan mata membiarkan asap kemenyan melabun sehingga menyelubungi seluruh badannya. Di tengah-tengah gegaran tanah itu dia mendengar suara Tok Aji mendehem jauh di udara. Apakala nenek mendongak dia melihat Tok Aji berjalan di udara laksana berjejak di tengah halaman.
“Saya tidak sanggup lagi lindungkan Bidan Ibah, Aji.” lemah sahaja suara Tok Syeikh menunduk sebaik sahaja Tok Aji tercegat di depannya.
“Kamu juga makhluk Allah, tak berhak lindung sesama makhluk,” Tok Aji mengingatkan Tok Syeikh yang tersengih-sengih malu disindir.
Tok Aji memang mengetahui sememangnya perempuan tua rambut putih mengerbang yang dipanggil jembalang tanah itu tidak akan mampu menewaskan Tok Syeikh, penghulu bunian itu. Tetapi Tok Syeikh sendiri tidak berupaya melindungkan nenek sekiranya diganggu. Kalaulah tidak disebabkan hati nenek cekal melawan gangguan itu nescaya dia juga tewas tidak dapat bertahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2014 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
38 -JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

Kemunculan Tok Aji secara tiba-tiba itu menyebabkan perempuan tua berambut putih mengerbang itu menggelisah tidak menentu. Tatkala dia cuba menghambur dari busut hitam kakinya tiba-tiba menjadi lemah. Menyeringai dia menampak gusi yang bergigi jarang laksana anjing disorongkan belantan ke rahang.
“Aku bukan nak bermusuh dengan awak, Aji,” ujar perempuan itu ketakutan menjadikan kulit mukanya yang bertambah berkedut bertambah hodoh.
Tok Aji tidak peduli apapun dituturkan oleh perempuan tua berkenaan. Dia merenung tepat muka hodoh perempuan tua tergolek ke tepi busut hitam terkial-kial berpaut disitu. Belum sempat dia bangun berdiri tegak, Tok Aji mengisar tapak tangan membacakan al-Ikhlas tiga kali menyebabkan perempuan tua itu terhenyak. Terketar-ketar dia memegang pinggangnya bagaikan patah dihentak kuat.
“Nak bunuh aku ke Aji?!” rungut perempuan tua itu menyeka rambutnya yang beruban mengerbang hingga menutup muka. Tetapi Tok Aji tidak hiraukan gerutu perempuan tua berkenaan. Dia bacakan Ayatul Kursi 17 kali dihembuskan sekali gus ke muka perempuan tua itu, hingga tiba-tiba sahaja kulit mukanya cair bagaikan lilin dicucuh api. Kulit mukanya juga luruh laksana kertas buruk terendam di air yang diramas-ramas kasar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2014 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
38 -JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

Kemunculan Tok Aji secara tiba-tiba itu menyebabkan perempuan tua berambut putih mengerbang itu menggelisah tidak menentu. Tatkala dia cuba menghambur dari busut hitam kakinya tiba-tiba menjadi lemah. Menyeringai dia menampak gusi yang bergigi jarang laksana anjing disorongkan belantan ke rahang.
“Aku bukan nak bermusuh dengan awak, Aji,” ujar perempuan itu ketakutan menjadikan kulit mukanya yang bertambah berkedut bertambah hodoh.
Tok Aji tidak peduli apapun dituturkan oleh perempuan tua berkenaan. Dia merenung tepat muka hodoh perempuan tua tergolek ke tepi busut hitam terkial-kial berpaut disitu. Belum sempat dia bangun berdiri tegak, Tok Aji mengisar tapak tangan membacakan al-Ikhlas tiga kali menyebabkan perempuan tua itu terhenyak. Terketar-ketar dia memegang pinggangnya bagaikan patah dihentak kuat.
“Nak bunuh aku ke Aji?!” rungut perempuan tua itu menyeka rambutnya yang beruban mengerbang hingga menutup muka. Tetapi Tok Aji tidak hiraukan gerutu perempuan tua berkenaan. Dia bacakan Ayatul Kursi 17 kali dihembuskan sekali gus ke muka perempuan tua itu, hingga tiba-tiba sahaja kulit mukanya cair bagaikan lilin dicucuh api. Kulit mukanya juga luruh laksana kertas buruk terendam di air yang diramas-ramas kasar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2014 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
38 -JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

Apakala perempuan tua mahu meraba kulit mukanya biji matanya juga tersembul keluar menyebabkan dia menjerit-jerit tidak ketentuan. Tok Syeikh yang melihat kejadian itu juga menjadi gementar hingga tidak berani bercakap sepatah pun. Sebaik sahaja tubuh perempuan tua melebur menjadi debu, nenek juga tersentak di tengah-tengah rumah. Bara tempat membakar kemenyan juga sudah padam menjadi arang. Terasa seluruhbadannya berpeluh dengan ombak dada termengah-mengah. Usu Jusuh yang berbaring di serambi sekadar mendengar nenek merungut-rungut sahaja di tengah rumah.
Jikalau nenek membakar kemenyan tengah malam memang Usu Jusuh tidak ambil peduli sangat. Dia tahu nenek menyeru Tok Syeikh datang menjelma sekirannya dia terdesak. Lainlah kalau nenek memanggilnya ambilkan air atau perkakas ubat-ubatan yang diperlukan barulah Usu Jusuh membantu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2014 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
38 -JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

Bangun pagi esoknya nenek merasakan tokak di buku lali kaki nya tidak lagi berdenyut sakit. Bengkaknya juga sudah mula mengecut. Tatkala dia datang menjengah saya, memang nenek menghela nafas lega setelah melihat bengkak di pusat saya sudah seruh benar. Dia tahu memang Tok Aji yang doakan supaya bengkak di pusat saya cepat sembuh.
Tidak lama selepas kejadian itu tiap-tiap malam pula saya kembung perut sehingga menangis santak dinihari. Gelabah juga emak dan ayah saya disebabkan kembung perut itu sampai keras macam kulit tabuh surau. Puas ayah saya doakan, tetapi kembung perut itu hanya reda untuk seketika sahaja. Tatkala saya tenar menangis, ayah saya bacakan sahaja surah al-Ikhlas sampai 100 kali. Habis sahaja ayah saya bacakan surah tersebut, lantas sahaja saya terberak tidak bertahan. Selepas terberaklah barulah saya tidur nyenyak sampai ke pagi.
Tetapi malam itu esok pula kembung perut itu berulang kali. Kesal juga nenek kerana dia melanggar pantang larang berbidan, sekali pun Tok Syeikh memberitahu dia tidak melanggar apa-apa pantang larang yang ditetapkan kerana tidak memotong pusat dan tidak memandikan bayi. Macam manapun nenek tetap merasa dirinya bersalah menyebabkan saya sentiasa sakit sahaja semasa baru dilahirkan sampai berusia enam bulan.
“Biarlah nenek tak berbidan lagi,” beritahu nenek selepas bertahun-tahun dia mengambik keputusan nekad berhenti terus menjadi bidan. Puas dipujuk orang-orang kampungnya, nenek tetap dengan keputusannya. Dia tidak akan menjadi bidan lagi selepas sahaja saya dilahirkan.
“Kenapa nenek mesti terima pantang larang?” sengaja saya mengusik apabila sesekali berkunjung ke rumahnya.
“Hah, adat kita berbidan mestilah ikut pantang larang,” jelas nenek perlahan.
“Kalau di hospital nak jadi bidan kena pakaian serba putih, jadi pantang larang inilah pakaian bidan kampung,” tersengih-sengih nenek macam sindir saya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2014 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
38 -JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

Sebaik sahaja anaknya Sidin menunggang motorsikalnya ke klinik bidan yang bertugas sudah ke kampung lain untuk membidankan orang. Gelabah juga Sidin disebabkan seorang sahaja bidan bertugas di kampung berkenaan dalam masa dua orang ibu sarat mengandung hampirmelahirkan anak. Terpaksalah Sidin berpatah berpatah balik. Setidak-tidaknya dia boleh meminta bantuan jiran-jiran supaya membawa isterinya ke hospital sahaja. Dalam keadaan senja semakin gelap, masih ada masa lagi kalau mahu membawa Mejirah ke hospital sahaja.
Tatkala membelok masuk ke simpang kampungnya dari jalan besar, Sidin ditahan oleh nenek saya. Tergamam juga Saidin disebabkan dia kenal benar dengan ayahnya Ngah Khatib. Memang dia tahu ayahnya datang dari daerah yang disebutkan boleh nenek saya tetapi sudah lama dia tidak jejak kaki balik ke kampung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-5-2014 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
38 -JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

Semenjak berpindah dari kampung halaman ke Segamat, Ngah Khatib tidak pernah lagi jengah muka. Apa sangat yang mahu diharapkan dia sendiri tidak ada saudara mara setelah kedua ibu bapanya meninggal dunia. Apalagi kedua ibu bapa menumpang di tanah nenek untuk tegak rumah semasa di kampung.
“Eh, Mak Ibah buat apa ke Segamat ini?” terkejut juga Ngah Khatib apabila anaknya Sidin membawa nenek saya balik ke rumah bersamanya.
“Aku nak ke rumah Angah, tak tahu di mana,” keluhnya pendek sambil menunjuk alamat saya sewaktu tinggal di Segamat beberapa tahun lampau.
“Dia tinggal di sini ke?” terkejut juga Ngah Khatib apabila diberitahu saya ada di Segamat. Dia sendiri tidak cam muka saya walau terserempak sekalipun kecuali tahu sangat saya cucu Bidan Ibah.
Alamat tempat tinggal saya yang ditunjukkan oleh nenek itu memang jauh dari kampung berkenaan. Masakan nenek boleh sampai tatkala malam sudah bertambah gelap. Lagipun tidak ada lagi bas melintas setelah lebih jam 5 petang.
Disebabkan Merijah semakin sarat mahu melahirkan anak, Sidin tidak peduli sangat kedatangan nenek yang menjadi tetamunya. Dia gelabah mahu membawa isterinya ke hospital sahaja setelah meminta pertolongan jiran-jiran. Mereka terpaksa pula mencari kereta sewa di pekan kecil yang berdekatan sedangkan keadaan Merijah sudah tidak boleh ditahan-tahan lagi.
“Mak Ibah, tolong tengokkan menantu saya ini, “ desak Ngah Khatib cemas melihat keadaan Merijah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2014 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
38 -JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

Nenek saya tidak meyahut. Dia mara kehadapan meraba-raba perut Merijah, Kemudian dia menggeleng kepala sambil bertutur perlahan, “ His, songsang kedudukan budak ini,”
Lantas nenek meminta air segelas. Setelah dihulurkan kepadanya dia menghirup sedikit bagaikan terkumur-kumur, kemudian disemburkannya ke perut Merijah. Apabila tangannya membetulkan punggung bayi di dalam kandungan yang terdorong ke bawah, dengan menolak kepalanya ke bawah, tidak sampai beberapa minit Merijah selamat melahirkan bayinya. Macam manapun nenek enggan memotong pusat bayi. Terpaksa pula menunggu bidan klinik yang sudah dipesankan oleh Sidin. Dalam masa beberapa minit sahaja bidan berkenaan sampai dengan termengah-mengah kerana dia tidak menyangka Merijah nak bersalin pada hari berkenaan.
Tetapi dia tidaklah membantah setelah dibantu oleh nenek saya membidankan bayi berkenaan. Bidan klinik mengerat tali pusat dan memandikan bayi. Nenek bermalam juga di rumah Ngah Khatib sebelum esoknya berkeras mahu cari tempat saya tinggal.
Tiga hari selepas Merijah selamat bersalin, Ngah Khatib mengajak anaknya Sidin mencari rumah saya. Dia percaya tentu nenek masih belum balik ke kampung. Terhutang budi benar dia pada nenek setelah membantu membidankan Merijah.Kalau nenek tidak datang dalam saat Merijah mengerang-ngerang sebelum bidan klinik sampai, memang Ngah Khatib mati akal. Apalagi Bidan Temah tidak berani membantu setelah meraba bayi dalam kandungan itu songsang. Kak Temah sendiri mendesak supaya Merijah dibawa ke hospital sahaja jika bidan klinik tidak sampai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2014 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
38 -JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

Dalam saat cemas inilah Ngah Khatib berulang kali menyebut nama nenek fasal kemahirannya membidankan sekalipun bayi itu songsang kandungan. Tahu sangat Ngah Khatib disebabkan dia lama duduk di tanah nenek sampai berkawan rapat dengan Abang Taha anak angkat nenek.Tetapi Ngah Khatib tidak menyedari nenek tidak lagi membidankan setelah saya dilahirkan. Sehingga dewasa pun Ngah Khatib tak tahu nenek tidak berbidan disebabkan bekerja di estet. Hanya sekali sekala menjengah emak dan ayahnya sahaja semasa hidup lagi. Selepas kedua-duanya meninggal memang Ngah Khatib tidak balik ke kampung lagi.
Hampir tak tercam saya sewaktu dia menjengah di halaman memberi salam. “Macam mana Ngah tahu saya tinggal disini?” hairan juga saya tiba2 dia terjengah lantas mempelawanya naik kerumah.
Tersengih-sengih dia. Perkara dapat mana alamat tidak lagi penting setelah berjumpa setelah dua puluh tahun tak bersua menyebabkan masing-masing banyak berubah. Tubuh dia sudah gemuk dengan kepala botak di tengah dan beruban rambut di tepinya tidak sama sewaktu dia balik sekali sekala menjengah emak dan ayahnya.
Lama dia mejengah-jengah kedalam rumah saya macam mencari seseorang, barulah Ngah Khatib memberitahu mengenai nenek membidankan menantunya Merijah. Kalau disebabkan nenek tidak memberi alamat tentulah dia tidak akan tahu dimana saya tinggal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2014 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
38 -JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

“Ah, takkan nenek yang bidankan.” getus saya tidak percaya.
“Betul ustaz, saya yang bawa dia naik motorsikal,”sampuk Sidin fasal terserempak nenek di simpang ke jalan besar selepas turun dari bas.
“Nenek tak mahu bidankan orang lagi,”jelas saya selanjutnya.
“Dia kata nak ke sini, tak ada dia datang,” Ngah Khatib bertanya setelah menunggu nenek tidak juga keluar.
Barulah saya menghela nafas sambil beristighfar panjang menginsafi akan kebesaran Allah Azzawajalla. Terasa begitu kerdilnya diri di sisi Allah Yang Khaliq. Tidak saya sedari pelupuk mata digenangi air menahan terharu menyebak di dada. Apabila kenangkan seumur hidup tidak mahu lagi berbidan, tiba-tiba sahaja membantu menantu Ngah Khatib sewaktu lelaki itu berulang kali menyebut namanya.
“Kalaulah Mak Ibah (nenek) ada tentulah tak susah Merijah nak bersalin,” tidak putus-putus Ngah Khatib menuturkan setiap kali melihat anaknya Merijah mengerang-ngerang kesakitan.
Sebab itulah tidak bertangguh lagi dia mencari tempat tinggal saya setelahnenek memberitahu akan ke rumah saya. Sekalipun Sidin mahu menghantarkan, tetapi dia sekadar menyuruh anak muda itu menjaga isterinya.
“ Sebenarnya, nenek sudah meninggal lebih 15 belas tahun dahulu,” bisik saya perlahan menyebabkan Ngah Khatib tersentak tidak percaya dengan perjelasan saya.
Ketika ini saya melihat pelupuk mata Ngah Khatib juga digenangi air mata.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2014 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
- Misteri penumpang bas

Dingin, aku merapatkan jaketku. Entah sudah berapa batang rokok yang kuhabiskan menunggu bas sialan ini. Kulihat jam di tanganku sudah menunjukkan pukul 12 malam. Mataku sampai bosan melihat ke arah
jambatan gantung yang berdekatan. Sudah hampir dua jam aku menunggu di sini, benar-benar celaka, tak satu pun bas yang mahu berhenti. Mana sendirian pula, jadi agak-agak merinding, campuran antara takut ada penjenayah dan menghidu bauan aroma kewangian malam Jumaat Kliwon yang dikenal orang Jawa sebagai malam keramat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2014 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
- Misteri penumpang bas

Dari arah barat kulihat sebuah motorsikal bergerak perlahan, nampaknya dia mahu menunggu bas juga. Yang dibonceng oleh seorang pemuda berambut panjang dengan jaket bergambar lambang salah satu perguruan tinggi di satu daerah di utara, dia turun sambil membuka topi keledarnya.
"Hati-hati... Dib!" Si penunggang motor memusing balik sambil melambaikan tangannya.
Baguslah, ada jugak buat kawan di sini, sekurang kurangnya kalau sampai ada yang mahu mbuat celaka bolehlah lari ke arah yang berlainan biar penjenayah itu bingung mahu mengejar yang mana.
Ndak usah ketawa, aku malas bergaduh sama orang yang tidak memikirkan masa depan macam penjenayah jalanan, sedikit trauma juga gara-gara dulu waktu bersemuka dengan penjenayah, mereka seenaknya menggunakan pisau. Laaa..siapapun yang kena kan pasti berurusan sama polis, dia mungkin pikirnya masuk tahanan takder masalah, boleh makan percuma. Kalau aku pulak nanti dipukul olehbapakku!
"Mahu balik ke mana, bang?" Sapaku mencuba beramah mesra.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2014 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Aaah! Sombong sekali abang yang seorang ini, berapa kali aku
menyapa tak sekalipun dia menjawab, pura-pura tidak
tidak mendengar, dia hanya sibuk melihat ke arah datangnya bas dari arah jambatan.
Untunglah tak berapa lama kemudian basnya datang dan kali ini basnya mahu berhenti. Si lelaki yang berambut panjang naik duhulu, a ..eh ..la .. aku baru naik menjangkau satu kaki basnya sudah mahu jalan lagi, benar-benar tak sopan!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2014 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
- Misteri penumpang bas

Tapi mungkin memang sudah jadi kebiasaan, kerana jadual keberangkatan antara bas yang kekadang cuma selisih 5 minit membuat mereka tak boleh berhenti lama-lama, khuatir berdekatan dengan bas yang belakang.
Mula baru sampai hentian pertama saja basnya sudah penuh, ada satu dua kerusi yang kapasitasnya tiga orang baru
ditempati dua orang tapi penumpang yang di situ tak
ada yang menawarkan tempat duduk padaku. Lebih tepatnya mereka tidak bereaksi apapun saat aku memohon mahu duduk. Blah! Makin lama makin keterlaluan orang-orang ini, terbiasa hidup sendiri-sendiri mungkin, sudah hilang segala  keramahan yang konon dulu pernah jadi salah satu ciri orang sini.
Untung ada tiga kerusi kosong di bangku paling belakang,lega juga, boleh juga melunjurkan
kaki, mungkin sambil merokok untuk mengusir bosan nanti. Peduli setan sama orang-orang
bakal terganggu atau tidak, lantaran mereka disapa gak
menyahut, harusnya diganggu juga tak apa apa!
Sekarang yang penting pejam dulu, menggantikan kepenatan
berdiri hampir dua jam waktu menunggu bas tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2014 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
- Misteri penumpang bas

Bas sudah melaju sampai setengah jam, biasanya ketika ini kondaktor sudah meminta bayaran dari semua penumpang, tapi hairan,sejak dari tadi tak ada kondaktor padahal duit sudah aku siapkan. Terserah lah, kalau nanti tak membayar... ya bersyukur.
Tunggu dulu, sunyi waktu naik bas di malam hari sudah biasa, tapi sepertinya yang sekarang ini terlalu sunyi. Mungkin ada satu dua celoteh perlahan, tapi kenapa dari tadi ekspresi orang-orang ini terlalu datar? Lebih tepatnya tiada ekspresi yang tergambar di wajah mereka. Bahkan orang di sebelahku pun seperti tidak merasakan kehadiranku. Aku jadi sedikit merinding, dulu makcikku pernah
memberitahu bahawa, kalau malam jangan menunggu bas dari tempat itu, lebih baik dari terminal saja kerana kononnya ada bas hantu yang suka mengambil penumpang di situ.
Bas hantu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2014 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
- Misteri penumpang bas

Iya, bas hantu. Desas desus khabar mengatakan bas ini
mengalami kemalangan teruk dan semua penumpangnya maut, waktu kita naik itu semua penumpangnya berwajah pucat dan tidak menghiraukan kehadiran kita. Konon kalau naik bas itu
dari kota boleh sampai ke tempat tujuan ku dalam waktu tidak sampai tiga jam, tapi kalau nasib tak baik, boleh juga tak sampai ke destinasinya, kita malah dibawa ke alam antah-berantah. Lebih celaka lagi katanya bas hantu itu yang memang terkenal amat suka bawa laju.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-6-2014 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
- Misteri penumpang bas

"Bang, Batu 13 nak turun kat mana?" Aku cuba menyapa penumpang di sebelah, sekaligus mengusir rasa tidak puashatiku, masa..kan ada bas hantu.

Dia tidak menjawab, lebih tepatnya tidak bereaksi seperti
semua orang yang dari tadi ku sapa,tidak ada ekspresi.

Ini mulai menakutkan. Kucuba menepuk bahunya agar dia menyahut sapaanku.
Sial! Tanganku menembus bahunya! Dia tidak nyata, dia bukan manusia!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2014 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
- Misteri penumpang bas

Aku memicit loceng berkali kali sambil berteriak ..."Berhenti! Berhenti! Saya turun sini!" Teriakku panik, tapi mereka tetap dingin tanpa ekspresi.
Aduh! Mungkinkah aku akan terbawa ke alam ghaib seperti yang orang-orang pernah ceritakan?
Bulu tengkukku meriding naik, badanku terasa dingin.
Tapi tiada gunanya aku panik sekarang, aku mencuba mengingat doa- doa yang diajarkan dulu, sial,lupa semua!
Hampir tanpa sedar, aku mengambil sebatang rokok, aku nyalakan perlahan dan aku hisap dalam-dalam untuk mengusir ketegangan.

Last edited by rdzaccess on 4-6-2014 06:45 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2014 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
- Misteri penumpang bas

"Cik, macam ada bau kemenyan?" Penumpang di sebelahku mendadak menutup hidung, menatap lurus seakan menembusku dan bertanya pada seorang yang berdiri di pintu belakang.
"Tak ada apapa lah, kekadang memang akan tercium bau kemenyan. Katanya dulu di Batu 13, kat situ pernah ada penumpang sedang menunggu bas meninggal dunia ditusuk waktu bergaduh sama penjenayah, kalau malam Jumaat Kliwon macam sekarang ini katanya dia suka ikut naik bas. Kasihan, mungkin matinya tidak tenang."

Last edited by rdzaccess on 4-6-2014 06:46 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2014 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku termangu, dan bas terus melaju...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.166105 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list