CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miawpink

Sham Kamikaze Dikecam Selepas Bicara Soal Agama?(Video di pg2)

[Copy link]
Post time 25-7-2013 12:14 PM | Show all posts
hamtaro posted on 25-7-2013 11:34 AM
aku xphm konsep skrg..asal retis berhijrah stat pakai tudung/kopiah terus entitle utk bg ceramah aga ...

aku pun setuju dgn kata2 ko nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2013 12:23 PM | Show all posts
company wa punn ada jemputtt dia beri tazkirah baru2 nii.... ada seakan2 kerek sedikit dlm memberi tazkirah,,..

yg wa ingat, akhir sekali sebagai penutup kata, dia pesan bahawasanya korek hidung, korek telinga tidak batal puasa... hehehhe..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 12:26 PM | Show all posts
Ustaz celop camni sesuai bagi ceramah komersial sajalah...diri sendiri tarak betul
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 12:34 PM | Show all posts
Ada yang dia cakap tu betul hape.....tapi mak aku cerita orang perlis ni ganas sikit.....pasal kenduri 3 hari ni semua la...kalau pun bidaah, takkan la samapai refer si mati sebagai bangkai.....

dan pasal talkin tu...walaupun dibaca seolah2 berpesan kepada si mati tapi target audience sebenarnya yang hadir tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 12:48 PM | Show all posts
apa yg salahnya? terang2 ler yg kondem tu tak belajar agama betoi2 semua pun main ikut ja kata ustaz, ustazah
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 12:50 PM | Show all posts
watie79 posted on 25-7-2013 10:16 AM
sentap ler teww.....euwwwww

sape yg tersentap eh? sham ke atau forumners kt sini cik watie?

betul apa yg dia ckp... tiada nas kata baca alquran akan sampai kepada simati..sbb bila mati maka TERPUTUSLAH semua amalan melainkan beberapa perkara iaitu sedekah jariah, ilmu dan doa anak2 yang soleh,langsaikan hutang puasa simati..yg kita dok ikut bila org selalu doakan alfatihah kita pun ikut doakan alfatihah,dh jadi mcm trend.. spt cth,bila ada org mati je kita kat sini tulis "alfatihah" tp confirm xbaca pun...terkena kot kt batang hidung sekor2 ?

aku rasa thread nie dibukak kena pada masanya (kes ummi kalsom mati)...haha

Samik na waa toqna ,kami dgr kami patuh... bukannya kami dgr kami ikut trend semasa...


Last edited by gadget on 25-7-2013 01:02 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2013 12:53 PM | Show all posts
gekgucekgi posted on 25-7-2013 11:19 AM
kalo orang perlih, tadak eh budaya kenuri tahlil 3hari3malam bagai nih.  ada insiden jiran lama aku  ...

Ya! aku setuju..ni la yang sebetulnya, Jiran tetangga membantu meringankan beban keluarga si mati. Bukan keluarga si mati yang kena sediakan segala makan minum tapi org lain takde pertalian darah yang pakat-pakat sedekahkan ayat al quran.
Amalan sudah terbalik.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 12:53 PM | Show all posts
good luck sham..atleast dia dah berubah kepada yg lebih baik...bukan mcm kita2 nie,curi tulang time kerja...wallahualam...    Last edited by gadget on 25-7-2013 01:05 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2013 12:56 PM | Show all posts
Sabda Nabi Muhammad S.A.W.

“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”


yg iolz faham adalah amalan dari si mati... ada ustaz mana entah penah hurai pasal benda ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 12:58 PM | Show all posts
bukan segala amalan... tapi amalan dari si mati.. harus la orang dah mati tak leh buat apa2 amalan.. kcuali yg telah di buat waktu hayatnya... contoh sedokah bina masjid..selagi ada org solat kat masjid tu slagi tu la pahala di dapat dari amalannya waktu hayat... tanam pokok kew... pastu ada org makan..burung mkn... monyet kew...

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 01:06 PM | Show all posts
Eliadaisy83 posted on 25-7-2013 12:26 PM
Ustaz celop camni sesuai bagi ceramah komersial sajalah...diri sendiri tarak betul

u r so pathetic
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 01:08 PM | Show all posts
meh setazah setepek sikit bahan bacaan..

AMALAN ORANG HIDUP UNTUK SI MATI

Soalan: Apakah si mati dapat mengambil manfaat dari amalan orang yang masih hidup untuknya?

Jawapan;

Dalam persoalan tersebut ada perkara yang disepakati oleh para ulama’ dan ada perkara yang tidak disepakati (yakni timbul khilaf).

Adapun perkara yang disepakati oleh para ulama’ ialah si mati akan mendapat manfaat dari doa, istighfar, sedekah dan ibadah-ibadah badaniyah-maliyah yang boleh menerima niyabah (gantian) seperti haji dan puasa. Amalan-amalan tersebut telah disepakati oleh para ulamak bahawa ia akan sampai dan akan memberi manfaat kepada si mati di alam barzakh. Dalil-dalil mereka ialah;

1. Firman Allah:

“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu"”. (al-Haysr: 10)

Ayat di atas menceritakan tentang sikap orang-orang beriman yang datang kemudian selepas generasi sahabat iaitu mereka mendoakan keampunan untuk diri mereka dan juga orang-orang yang sebelum mereka. Ayat tersebut menjadi dalil bahawa memohon keampunan untuk orang yang telah mati akan memberi manfaat untuknya.

2. Doa Nabi s.a.w. kepada Abi Salamah r.a. ketika kematiannya sebagaimana yang diriwayatkan dari Ummu Salamah r.a.:

“Rasulullah s.a.w. masuk kepada jenazah Abu Salamah (pada hari kematiannya) dan sesungguhnya matanya terbuka, lalu baginda memejamkannya (yakni baginda menutup kelopak matanya dengan tangan baginda). Kemudian Nabi bersabda: “Sesungguhnya ruh ketika dicabut, diperhatikan oleh mata (yakni ketika ruh ditarik keluar dari badan, mata melihat ke mana ruh pergi)”. Lalu beberapa orang dari keluarganya berpekikan. Maka Nabi bersabda: “Janganlah kamu menyeru kepada mayat-mayat kamu melainkan dengan suatu kebaikan kerana sesungguhnya para malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan”. Kemudian Nabi s.a.w. berdoa:


اللَّهمَّ اغْفِرْ لأَبِي سَلَمَةَ، وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ، وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ، وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ

“Ya Allah! Berilah keampunan kepada Abi Salamah. Angkatlah darjatnya di kalangan orang-orang yang diberi petunjuk. Jadilah penggantinya bagi anak-anaknya yang masih tinggal. Kurniakanlah keampunan untuk kami dan untuknya, wahai Tuhan sekelian alam. Lapangkanlah untuknya di dalam kuburnya dan terangilah untuknya di dalam kuburnya”.
(Riwayat Imam Muslim)

Hadis di atas menjadi dalil bahawa doa orang hidup akan memberi manfaat kepada si mati sekalipun doa itu bukan datang dari anaknya.

3. Diriwayatkan dari Saidatina Aishah r.a. menceritakan: “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; ‘Sesungguhnya ibuku telah mati. Aku mendapatinya jika sekiranya ia berpeluang bercakap (ketika hampir matinya) nescaya ia akan bersedekah (yakni menyuruh agar dikeluarkan sedekah dari hartanya). Maka apakah baginya pahala jika aku bersedekah bagi pihaknya?’. Jawab baginda s.a.w.; ‘Ya’. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas menjadi dalil bahawa sedekah orang hidup memberi manfaat untuk si mati.

4. Diceritakan oleh Ibnu ‘Abbas r.a.; “Seorang perempuan datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata; “Sesungguhnya ibuku telah mati dan tertanggung di atasnya puasa sebulan”. Lalu baginda bersabda: “Apa pandangan kamu jika tertanggung di atas bahunya suatu hutang, apakah kamu akan membayarnya?’. Jawab perempuan itu: “Ya”. Jawab Nabi: “Maka hutang Allah lebih berhak dibayar”. (Riwayat Imam Muslim)

5. Ibnu ‘Abbas r.a. menceritakan; “Seorang perempuan dari Juhainah datang kepada Nabi s.a.w. dan berkata: ‘Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, lalu ia mati sebelum sempat mengerjakannya. Apakah aku boleh mengerjakan untuknya?’. Jawab Nabi; ‘Tunaikanlah haji bagi pihaknya. Bukankah jika ibumu menanggung hutang kamu yang akan membayarnya? Tunaikanlah (hutang dengan Allah) kerana Allah lebih berhak (ditunaikan hutang dengannya)’. (Riwayat Imam Bukhari)

Adapun perkara yang diikhtilafkan di antara para ulama’ apakah ia akan sampai kepada si mati atau tidak ialah ibadah-ibadah yang bersifat badaniyah semata-mata seperti bacaan al-Quran, zikir dan sebagainya. Dalam hal ini terdapat dua pandangan;

Pertama: Pandangan jumhur ulamak yang terdiri dari ulamak-ulamak mazhab Hanafi, Hanbali dan golongan mutaakhirin dari mazhab Syafi’ie dan mazhab Maliki dan juga Imam Ibnu Taimiyyah. Mereka berpandangan; bacaan al-Quran dan zikir yang dibaca oleh orang hidup kepada si mati adalah sampai kepadanya dan memberi manfaat untuknya.

Antara dalil mereka ialah hadis dari Abi Said Al-Khudri r.a yang menceritakan; “Beberapa orang sahabat Nabi telah keluar dalam satu perjalanan. Mereka berhenti di satu kawasan penempatan Arab dan minta jadi tetamu. Namun penduduk kawasan itu enggan untuk menerima mereka sebagai tetamu. Kebetulan ketua bagi penduduk kawasan itu disengat binatang. Mereka telah berusaha mengubatinya dengan pelbagai cara namun tidak berjaya. Lalu beberapa orang di kalangan penduduk itu mencadangkan; ‘Kalau kamu pergi kepada mereka itu (yakni kumpulan sahabat Nabi tadi) mungkin mereka mempunyai sesuatu untuk mengubati ketua kita’. Lalu mereka pergi kepada kumpulan sahabat tadi dan bertanya; ‘Wahai saudara sekelian! Ketua kami disengat binatang. Kami telah berusaha pelbagai cara namun tak berhasil. Adakah di antara kamu yang pandai mengubati?’. Jawab seorang sahabat; ‘Ya, aku boleh menjampi. Akan tetapi kami telah meminta dari kamu semua sebentar tadi untuk menjadi tetamu tetapi kamu sekelian enggan menerima kami. Jadi aku tidak akan menjampinya melainkan jika kamu sanggup memberi sesuatu kepada kami’. Mereka bersetuju untuk memberi hadiah dengan sebahagian daging kambing. Lalu sahabat itu merawati ketua kaum itu dengan menjampinya dengan membaca surah al-Fatihah. Berkat al-Fatihah itu, ketua kaum itu terus sembuh dan bingkas bangun seperti orang yang terlepas dari ikatan, seolah-olah tidak pernah sakit. Apabila sahabat-sahabat tadi ingin membahagikan daging kambing yang dihadiahkan kepada mereka, berkata sahabat yang menjampi tadi; ‘Jangan kita bahagikan lagi sehingga kita bertanya Nabi terlebih dahulu’. Apabila mereka menceritakan kepada Nabi s.a.w., baginda berkata; “Bagaimana kamu tahu bahawa ia (yakni surah al-Fatihah) adalah jampi?”. Baginda berkata lagi ; “Apa yang kamu lakukan itu adalah betul (sah / halal). Bahagikanlah daging itu dan jadikanlah dalam pembahagian itu satu bahagian untukku”. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini, para ulama’ tersebut menyimpulkan; ‘Bacaan al-Quran jika diqasadkan untuk manfaat orang hidup (seperti untuk menyembuhkan penyakit dalam hadis di atas), maka surah itu memberi manfaat kepadanya dan diakui oleh Nabi dengan kata baginda; ‘Bagaimana kamu tahu bahawa ia (yakni surah al-Fatihah) adalah jampi?’, maka tidak ada sebab untuk kita menafikan manfaatnya untuk orang mati, malah ia lebih aula (utama)’. (Lihat; Al-Fiqhul-Islami wa Adillatuhu, Syeikh Wahbah az-Zuhaili, jil. 2, hlm. 552).

Selain itu dikiaskan juga masalah ini kepada doa, istighfar, dan sedekah tadi yang disepakati oleh sekelian ulamak bahawa ia akan sampai kepada si mati dan memberi faedah untuknya. Jika doa, istighfar dan sedekah akan sampai kepada si mati maka tidak mustahil bahawa bacaan al-Quran, zikir dan tahlil juga akan sampai dan memberi manfaat kepadanya lebih-lebih lagi jika amalan-amalan tersebut disusuli dengan doa selepasnya. Ini sebagaimana yang disarankan oleh Imam Ibnu as-Sholah; “Hendaklah bacaan al-Quran atau zikir itu diakhiri dengan ucapan:

اَللَّهُمَّ أَوْصِلْ ثَوَابَ مَا قَرَأْنَاهُ لِفُلاَنٍ

“Ya Allah! Sampaikanlah pahala apa yang telah kami bacanya kepada si fulan…”.
Di mana dengan ucapan tersebut, kita menjadikannya sebagai doa untuk si mati dan telah dinyatakan tadi bahawa doa orang hidup bermanfaat untuk si mati. Hal ini telah dipersetujui oleh sekelian ulama’.

Selain itu bacaan al-Quran dan zikir yang dilakukan untuk si mati dapat juga kita anggap sebagai tawassul dari orang hidup kepada Allah untuk mendoakan kesejahteraan si mati di alam kuburnya. Terdapat nas dari al-Quran dan juga as-Sunnah membenarkan kita bertawassul dengan amal-amal soleh kita untuk memohon agar doa dan permohonan kita di makbulkan Allah.

Dalam soheh Imam al-Bukhari dan Muslim terdapat hadis di mana Rasulullah s.a.w. menceritakan kisah tiga orang pemuda yang terperangkap di dalam sebuah gua dan baginda tidak membantah perlakuan mereka yang berdoa dengan bertawassulkan amalan soleh sehinggalah Allah memakbulkan doa mereka dan menyelamatkan mereka dari kecelakaan. (Lihat hadis ini dalam Riyadhus-Salihin, bab al-Ikhlas).

Pandangan kedua: Padangan dari golongan awal (mutaqaddimin) dari ulamak-ulamak mazhab Maliki dan Syafi’ie. Mereka berpandangan; bacaan al-Quran dan zikir (serta semua ibadah-ibadah badaniyyah yang lain seperti sembahyang) tidak akan sampai kepada si mati. Pahalanya hanya untuk orang yang melakukannya sahaja, tidak akan sampai kepada si mati. Dalil mereka ialah firman Allah:

“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya”. (an-Najm: 38)

Namun dijawab oleh ulamak-ulamak yang berpandangan pertama tadi; ayat di atas adalah umum dan keumumannya telah ditakhsiskan oleh hadis-hadis sahih yang menyebutkan tentang doa, istighfar dan sebagainya tadi yang sampai kepada si mati sekalipun bukan datang dari amalan atau usaha darinya. Ada ulamak berpendapat; ayat tersebut ditujukan untuk orang kafir iaitu balasan siksa terhadap mereka tidak lain adalah akibat dari usaha dan perbuatan mereka di dunia. (Lihat; At-Tajul-Jami’ Lil-Ushul Fi Ahadis ar-Rasul, Syeikh Manshur ‘Ali Nashif, jil. 1, hlm. 384, Subulus-Salam, Kitab al-Janaiz dan kitab al-Hajj)

Wallahu A’lam.

Rujukan;

1. At-Tajul-Jami’ Lil Ushul Fi Ahadis ar-Rasul, Syeikh Mansur Ali Nasif, Dar al-Fikr, Beirut-Lubnan (1992).
2. Subulus-Salam, (Kitab al-Janaiz dan kitab al-Hajj), Dar al-Furqan, Jordan.
3. AL-Fiqh Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, Dar al-Fikr, Damsyiq-Syria (1985).
http://koleksi-alqalam.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 01:13 PM | Show all posts
fairiza posted on 25-7-2013 10:15 AM
sesapa tolong bantu...sy slalu suh husband tanya kat ostaz... tapi dia slalu lupa.... sbb sy pernah  ...

BETUL. Ada TIGA perkara yg dibawa lepas kita mati:

1. Sedekah jariah. iaitu sedekah yg berpanjangan. Cth: kita waqafkan tanah utk buat surau, waqafkan al-quran, beri dana/sumbangan buat masjid/rumah anak yatim...selagi semua tu ada yg guna, selagi tu kita dapat pahalanya.

2. Ilmu yg bermanfaat. cth: ajar org perkara baik (ajar ilmu agama/ilmu dunia yg baik2), share kat fb/blog perkara2 baik. Selagi org guna ilmu yg kita beri tu, kita dapat pahalanya.

3. Doa anak yg soleh. Kalau bkn anak soleh pun doanya tetap baik dan berguna. Tapi kalau soleh, lebih makbul doanya. So, kenalah didik anak jadi insan soleh (ikut perintah Allah & Rasul, tinggalkan larangannya). Anak yg soleh biasanya akan ingat nak doakan kesejahteraan & keampunan ibubapanya yg dah meninggal.

wallahu a'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 01:16 PM | Show all posts
Sebab sham yg cakap maka org pertikai sebab x sesuai dgn apa yg tok nenek depa buat selama ni. Tapi kalau ustaz ternama yg cakap, org akan terima ilmu tu sebagai ilmu 'baru' buat yg baru dengar.. reputasi ustaz tu mempengaruhi penerimaan org terhadap ilmu yg nak disampaikan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 01:16 PM | Show all posts
korang yang bajet hebat agama sangat sampai nak kutuk2 mamat nih..
kasi lah dalil2 atau ayat2 yang boleh patahkan hujah sham..
ini setakat bagi komen cakap main hembus ja, main personal attack....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ustaz celop macam ni la 2kali5 ustazah lobaai pas abby
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2013 01:20 PM | Show all posts
krukx posted on 25-7-2013 10:52 AM
berkenaan amalan sedekahkan Al Fatihah/bacaan ayat2 Al Quran kepada org yg telah meninggal dunia ni  ...

yup. Ada dua pendapat. Yang sham cakap ni pun betul, tak salah.
terpulang pd masing2 cenderung kpd pendapat mana.  


Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 01:23 PM | Show all posts
Aiya, nape mesti nk amik ustaz2 celup sepert sham n serap jd penceramah??? dah berhijrah dr luaran tp tak semestinye boleh bg ceramah n nasihati org.... Org mcm ni klu nk jd ustaz bg ceramah bagai harus belajar dr ustaz yg benar2 arif selama 10 thun bru boleh nk bg ceramah...
Ni sesuke je nk bg ceramah sedangkan diri sendiri tak arif lg ttg nye..

Byk ustaz n ustazah yg tersedia bagus cth: ustaz don, ustaz imam muda asyraf, ustaz zaharuddin , ustaz harun din, n ustaz zahazan, ustazah hafizah n banyak lg la ustaz n ustazah yg mmg lg arif ttg hukum hakam ni.... Dan dorg mmg belajar pon ttg hukun hakam...

**** tp nak kene tgok jugak penampilan ustaz n ustazah tu... Klu mcm dr m*shi*ah tu baik hindarkn je la bg ceramah bgai..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 01:24 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 25-7-2013 10:35 AM
ada bini lawa cerai....bodoh ponya mat kopiah...

ko nmpk yg lawa je kann
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 01:29 PM | Show all posts
pinkaddict posted on 25-7-2013 01:16 PM
Sebab sham yg cakap maka org pertikai sebab x sesuai dgn apa yg tok nenek depa buat selama ni. Tapi  ...

ustaz2 dah banyak kali dah bincangkan isu ni..ni bukan isu baru pun...

cuma orang kita, kalau ustaz yang cakap, banyak mana sangatlah bagi perhatian..dengar ceramah pun ramai yang malas...

tapi bila artis bercakap, dan2 tu juga semua nak ambil tahu sebab keluar dari mulut artis...memang dah jadi tabiat orang kita melebihkan artis lebih dari ustaz2...hat bijak akan cari dalil dan korek lagi mendalam betul atau tak artis ni cakap, hat bodoh cuma tahu maki hamun artis aja tapi nak siasat betul ke tidak malas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.072182 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list