CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4012|Reply: 30

[Jenayah] Badan sihat segar bugar tapi sayangnya menagih dadah dan buat keja menyamun!!

[Copy link]
Post time 25-7-2013 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Penyamun kedai serbaneka dicekup

ROSALWANI CHE SOH & ADILA SHARINNI WAHID
25 Julai 2013


Penyamun kedai serbaneka dicekup


Suspek dikawal anggota polis ketika selesai mengambil perintah reman, semalam.

KOTA BHARU - Kelicikan seorang penagih dadah yang terlibat dalam empat jenayah samun melibatkan rangkaian kedai serbaneka 7 - Eleven di sekitar negeri ini sejak seminggu lalu, berjaya dipatahkan apabila dicekup sepasukan polis, selepas menyamun di sebuah kedai berkenaan di Padang Tembak, malam kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata,  lelaki terbabit bertindak menyamun kedai berkenaan, kira-kira jam 1.45 pagi dengan menggunakan sepucuk pistol angin dan sempat melarikan empat kotak rokok, kad prabayar tambah nilai RM30 dan wang tunai sebanyak RM80.85.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, kira-kira jam 2.30 pagi, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Khas D9, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan terserempak dengan sebuah kereta jenis Perodua Kelisa.

“Kereta berkenaan yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di hadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Panji dan menyedari diekori lelaki berkenaan memecut laju keretanya menghala ke lampu isyarat Panji dan kemudian berpatah balik menghala ke JPJ.

“Suspek itu kemudian memasukkan simpang ke Tanam Desa Kujid dan menghentikan keretanya secara mengejut serta  bertindak membuka pintu untuk melarikan diri. Keadaan tersebut menyebabkan kenderaan anggota polis telah terlanggar suspek mengakibatkannya terjatuh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di IPK Kelantan, di sini semalam.
Jalaluddin berkata, suspek kemudiannya bangun dan melarikan diri sambil membuang sesuatu ke dalam kawasan semak berhampiran.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihaknya menjumpai sepucuk pistol bersama satu kelopak peluru.

“Melalui pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan suspek, polis turut menemui sebilah parang, pedang, serangkai kunci dan beberapa barangan lain. Hasil ujian saringan yang dijalankan ke atas suspek mendapati lelaki itu positif dadah dan ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, suspek  dikenakan perintah tahanan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Kota Bharu, semalam bagi membolehkan polis menjalankan siasatan. Perintah dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Rozita Md Saad, berkuat kuasa semalam sehingga 30 Julai ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2013 12:17 PM | Show all posts
alahai...xsayang masa depan sendiri ke dik..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 12:27 PM | Show all posts
“Suspek itu kemudian memasukkan simpang ke Tanam Desa Kujid dan menghentikan keretanya secara mengejut serta  bertindak membuka pintu untuk melarikan diri. Keadaan tersebut menyebabkan kenderaan anggota polis telah terlanggar suspek mengakibatkannya terjatuh,” katanya.

Terlanggar ke saja nak langgar?

mana2 lah, asalkan dapat tangkap ye dok?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 12:29 PM | Show all posts
msti byk sgt main gta...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 01:22 PM | Show all posts
banyak nye senjata dlm keta dia
xde benda lain ke nak buat ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 01:51 PM | Show all posts
itik_kuning posted on 25-7-2013 12:27 PM
“Suspek itu kemudian memasukkan simpang ke Tanam Desa Kujid dan menghentikan keretanya secara menge ...

Langgar sampai hilang nyawa pon takpe.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2013 01:53 PM | Show all posts
melayu ke apa ni.. bulan pose pun wat jenayah ke.. tangkap dia and caj atas tuduhan menghina islam!!!

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 02:00 PM | Show all posts
badan gagah perkasa
boleh masuk iklan d herbs ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2013 02:10 PM | Show all posts
mungkin dier perasan yg merompak tu ok sebab tengok ramai pemimpin2 melayu terlepas rompak duit rakyat...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sasanya bang. Tgk muka yg diblur rasanya ensem. Jadi maid iols la
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 02:13 PM | Show all posts
shernazz posted on 25-7-2013 02:00 PM
badan gagah perkasa
boleh masuk iklan d herbs ni

baru baru main dadah memang badan okay lagi...

lepas 6 bulan..tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 02:16 PM | Show all posts
that is not sasa. tu chubby.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 02:20 PM | Show all posts
ifanonline posted on 25-7-2013 02:10 PM
mungkin dier perasan yg merompak tu ok sebab tengok ramai pemimpin2 melayu terlepas rompak duit raky ...

First Class studens get technical seats...some become Doctors and some Engineers.

The Second Class students pass, and then get MBA, become Administrators and control the First Class.

The Third Class students pass, enter politics and become Ministers and control both.

Last but not the least...........The Failures join the underworld and control all the above!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 02:28 PM | Show all posts
kenapa dia tak pakai baju lokap?

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 03:42 PM | Show all posts
badan dah mcm boncer kelab malam..
tapi keje menyamun..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 03:44 PM | Show all posts
bila kena tngkap tau tunduk malu.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2013 03:57 PM | Show all posts
lavacall posted on 25-7-2013 02:13 PM
baru baru main dadah memang badan okay lagi...

lepas 6 bulan..tengok...

ye ke..terus masuk iklan langsing plak la lagu tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 04:39 PM | Show all posts
lavacall posted on 25-7-2013 02:13 PM
baru baru main dadah memang badan okay lagi...

lepas 6 bulan..tengok...

trus badan jadik cekeding mcm avatar ko kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 04:46 PM | Show all posts
x berbaloi dgn apa yg dicuri..lain kali nak curi tu banyak sikit
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 04:51 PM | Show all posts
itik_kuning posted on 25-7-2013 12:27 PM
“Suspek itu kemudian memasukkan simpang ke Tanam Desa Kujid dan menghentikan keretanya secara menge ...

tengok badan suspek laa camana..silap haribulan mau polis dikerjakan ..jadi langkah paling mudah...langgor je

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.405912 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list