CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: yayah8989

kerana sepotong ayat belaan si nenek tua turun kepadanya

[Copy link]
Post time 2-8-2014 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
TT aku tumpang nak bercerita.

Opah aku ni org Kampar. Asal indonesia. Dtg naik tongkang dgn moyang aku dan adik beradik dia. Sampai lah ke Sg Perak. Berkampung lah dorg semua di Bota. Dorg ni semua dtg bukan kosong. Ada ilmu. Moyang aku kawen dua. Satu bini kat Kampar dan satu lagi kat Bota. Masa dtg, bini di Kampar x ikut. Sampai satu masa, moyang aku blk semula ke Kampar. Opah aku x ikut sebab dia dah kawen.

Masa ni aku study lagi. Umur baru 21 mcm tu lah. Campus aku mmg dekat je ngan umah opah aku. Tp aku x penah ziarah dia. Tak de hati. Mungkin sbb dari kecik mak aku selalu ceritakan kat kami adik beradik psal opah aku ni yg membela. Kami pun cuma ziarah opah masa raya je. Sekali setahun. Itupun x sampai sejam mak aku dah ajak abah aku blk kg dia plak. Aku igt lagi ada satu raya tu opah aku excited bila kami sampai. Hidang mcm2. Mak aku x bg makan. Opah bagi duit raya hasil jual getah dia. Bila ckp nak balik, opah menangis. Tp mak aku hati kering terus masuk kete. Kami pun ikut je la mak. Sedih bila igt peristiwa ni. Klau la opah masih hidup, aku nak lawat dia selalu. Bukan salah dia kot psal kes membela ni. Dah keturunan. Kenapa mak aku hati kering, ada sebab. Mak aku bukan menantu pilihan. Opah aku buat mcm2 kat mak aku supaya mak dan abah aku bercerai. Alhamdulillah jodoh mereka pjg.

Blk ke cerita aku. Masa aku study tu, opah byk kali kol abah nak jumpa aku. Lupa nk bgtau yg abah aku ni anak bongsu. Anak Kesayangan opah aku. Opah cuma kenal aku dan abg aku je.  Adik2 aku yg lain, dia x cam sgt. Bila opah kol, abah byk mengelak. Bertahun jugak opah tunggu nak jumpa aku. Masa ni jugak dahg bertahun jugak x blk raya umah opah. Tak tau kenapa. Aku adik beradik pun x tnya. Tak berani.

Satu hari tu abah call aku. Amek aku terus dr campus terus pegi umah mak cik aku. Rupanya opah dah x tinggal umah dia. Mak cik aku yg bela sbb dia dah uzur sgt. Masa jumpa tu, dia senyum pjg tgk aku. Muka berseri2 tp x ckp apa. Aku plak naik segan. Mak aku lagi la x nak masuk umah. Dok dlm kete je. Abah tinggal kan aku dgn opah berdua.

Opah ckp dia nak bg aku brg kemas dia. Dia siap tunjuk rantai emas yg dia pkai dan jugak satu kotak yg dia simpan brg2 kemas dia. Aku ni mmg x suka emas. Mak aku bg rantai pun aku x pkai. Kat badan aku satu emas pun x de. Aku dgn naif ckp la yg aku x suka emas. Aku siap suh opah bg kat org lain. Opah pujuk aku. Tp dia suh aku ambil bila dia dah tiada. Dah berkali2 pujuk, aku pun ckp ok.

Opah meninggal masa umur aku 29. Satu brg kemas pun aku x dpt. Aku rasa makcik2 aku dah ambil. Padahal makcik aku yg sorg tu tahu opah bg kat aku. Mmg aku terkilan sgt.

Opah pergi lepas 3 hari raya. Raya tahun tu abah2 mati2 x nak blk kg. First time raya kat umah x pegi mana. Rupanya abah dan anak sedaranya dah berpakat. Bg opah minum air penawar masa bln puasa. Ustaz tu ckp lepas 3 hari opah akan pergi. So abah takut nnt opah menurun kat aku sbb aku cucu faveret.

Aku x pasti bila aku ckp ok utk terima brg kemas opah tu adakah aku terima belaan dia. Mak aku pun ckp mungkin opah simpan belaan dia dlm brg kemas dia. Mungkin ada hikmah kenapa aku tak dpt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2014 03:28 PM | Show all posts
org dedulu membele ade kegunaan...skarang rasenye takyah da kot...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 11:28 PM | Show all posts
adekah rope budak kecik tu mcm avvy yayah?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 11:28 PM | Show all posts
naimareim posted on 2-8-2014 02:13 AM
laki lak ada ka dapat ilmu mengurut macam kakak-kakak dalam nie bincangkan??

laki pong ada gak yg turun mcm tuh... kata org la......

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 09:47 AM | Show all posts
aku pernah dulu .... pergi rumah atuk angkat belah ayah aku ... which atuk ni pernah bela ayah aku sekejap .... and I just knew I have atuk angkat when I was 17 .. coz he was moved to indonesia .... and one fine day ... we decide untuk pergi bercuti ke indonesia .. smbil melawat atuk angkat kitorg ni ... bila sampai jer rumah dia .... the first thing he said to me .... "Anak kenapa lambat datang? ... atuk dah serahkan ke org lain ..." ...and he's refering to benda2 macam kitab2 kecil ... and barang2 yg "classic" ... and I was like . .... "lucky for me"(dalam hati) ...

and not because aku xpercaya benda2 mcm tu ... but since I was young ... aku try to avoid to involve dengan benda2 mcm2 tu ... walau bnyak yg datang mndekat utk tawarkan ilmu ... I was like NO NO .. I'm not interested ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 10:27 AM | Show all posts
Mula-mula baca ras funny sebab joyah kn? tapi ending tragis tu buat sedih. Mintak jauh-jauh lah dari benda-benda macam ni. Ilmu pun tak tinggi mana nak counter benda-benda ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2014 01:03 PM | Show all posts
ariellin posted on 30-7-2013 01:39 PM
aku x penah belajar mengurut, tp klu aku berdekatan dgn orang yg duk cakap2 dia sakit kepala ke saki ...

eh kes ko sama mcm mak aq...............kalau sakit org tu kuat sangat boleh sampai muntah........kalau kuar angina bunyi.......errrrkkkkk....burrkkkk (ton suara ikut sakit org yg alami)
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 02:12 PM | Show all posts
TT, aku nak tumpang cerita pasal opah aku lagi. tapi kali ni sebelah mak

Opah aku ni keturunan syed/syarifah. Asal dari Arab. Tapi kawen ngan tok aku orang biasa. So, mak aku tak de la syarifah. Nama biasa2 je. Moyang pompuan aku plak bomoh. Mmg orang kenal la satu kampung.

Opah aku ni suri rumah dan tok aku plak polis. Moyang aku org senang jugak la sbb mereka ada kebun getah dan kelapa sawit. Opah aku ni walaupun dok umah je, emas nya byk. Dia mmg suka melawa. Dan orang nya pun mmg lawa.

Selepas kematian tok aku, opah hidup secara normad. Pindah ke umah anak2. Bergilir2 la makcik/pakcik/mak aku menjaga opah. Yg tak best nya, opah aku byk mulut. Begini. Katakan dia pegi umah Mak Yong aku. Tinggal sebulan. Kemudian, giliran Mak Nyah pulak. So bila di rumah Mak Nyah, abes opah cerita segala macam yg terjadi kat umah Mak Yong. Itu belom lagi campur andai dan pandangan dia terhadap sesuatu. Lepas umah Mak Nyah, ke umah Chor plak. Then again, opah cerita semua ke anak-anak dan bini Chor ttg umah Mak Nyah. Dan begitu lah seterusnya. Kami sepupu semua gelar opah 'Astro Bergerak'

Begitulah kehidupan opah setelah menjanda. Bergilir2 tinggal di umah anak2nya. Tiba lah satu masa opah jatuh sakit. Dah tak kuat mcm dulu. Selalu demam dan batuk2. Masa ni aku dah sambung belajar. So tak selalu ada di rumah. Bila aku balik umah pun, bukan giliran opah di rumah kami. Rupanya bila sakit, opah mencari warisnya. Ada ilmu dia nak menurun. Mungkin ilmu perbomohan dari moyang. Dari satu umah ke satu umah dia cuma memujuk anak dan cucu. Tapi tak de sorang pun yg sanggup termasuk mak aku.

Sampailah ke giliran umah Chu aku. Chu ni adik bongsu mak aku. Tinggal pun tak jauh dari umah aku di Ipoh. Chu ni kerjanya menjaga budak2. So dia dok umah je la menjaga opah. Anak2 nya dah tak tinggal sekali. Chu ni tinggal umah teres. Kebanyakkan penduduk di situ kerja kerajaan dan majoriti isterinya suri rumah. Opah ni plak rajin sgt menyembang. Tiap2 hari pegi bertandang ke umah jiran2 Chu. Sampai kadang2 Chu kena pi turut opah suh dia balik. Nasiblah jiran2 Chu memahami.

Boleh di katakan tiap2 hari opah memujuk Chu utk ambil ilmu dia. Tapi Chu tak mahu. Kadang2 dah berbaur ugutan pula. Chu keliru. Ada beberapa kali Chu dtg ke umah berjumpa dgn mak aku utk selesaikan hal opah ni. Akhirnya, mak aku suggest utk bwk opah berjumpa ngan birasnya, yg juga seorang perawat. Setelah beberapa kali buat rawatan, opah nampak makin uzur. Opah minta dia dihantar ke umah Mak Yong. Katanya mahu mati di sana. Tak lama selepas itu, opah pun meninggal.

Semua adik beradik mak aku pun tertanya2. Siapakah yg ambil ilmu mak aku. Lalu berpakat la mak aku adik beradik dtg berjumpa dgn birasnya. Setelah di tanya, pakcik aku tu ckp, opah telah menurun kan ilmu nya ke salah sorang jiran Chu. Katanya jiran itu berminat dan sanggup. Dan pakcik aku tu plak, selepas lebih kurang 2 minggu opah meninggal, dia plak meninggal. Tak tahu lah klau ada kaitan atau kebetulan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2014 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
zilaila posted on 31-7-2014 08:37 PM
selalu nya lps 3 or 4 hari bersalin..org perempuan kene berurut untuk bg bdn segar balik..dan utk  ...

owh mcmtu..  tq. hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2014 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
halimi78 posted on 4-8-2014 11:28 PM
adekah rope budak kecik tu mcm avvy yayah?

haip  tibe2 hahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 04:13 PM | Show all posts
yayah8989 posted on 5-8-2014 03:14 PM
haip  tibe2 hahahaa

tak samo ko?
br nak imejin

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.058320 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list