CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10857|Reply: 33

Spirit Of The Coin

[Copy link]
Post time 29-7-2013 12:27 PM | Show all posts |Read mode


Misteri Permainan 'Spirit Of The Coin'

Pelajar sekolah terutamanya mungkin pernah mendengar dengan satu permainan roh duit syiling atau dikenali sebagai Spirit Of The Coin. Permainan ini merupakan aktiviti yang boleh dilakukan sendirian mahupun bersama kawan.

Kalau bercakap tentang golongan yang sama pada 10 atau 20 tahun lalu, untuk mendapatkan keseronokan yang lebih, hanya boleh dicapai dengan sedikit kreativiti dan keberanian. Kita tidak pasti sama ada generasi sekarang masih melakukan perkara ini, tetapi percaya cerita tentangnya sudah disampaikan dari mulut ke mulut.

Ia adalah suatu yang biasa di kalangan pelajar-pelajar sekolah, penghuni asrama dan juga kawan-kawan sepermainan di kawasan perumahan.

Tanpa diketahui ibu bapa, aktiviti ini dianggap suatu cara untuk menguji keberanian.

Malangnya, ramai yang tidak menyedari akan risiko emosi, soal hukum agama dan akibat buruk lain daripadanya.
Ia melibatkan sekeping kertas atau kad manila yang ditulis secara jelas abjad A hingga Z dan nombor 0 hingga 9 di sudut keliling. Tertera padanya juga perkataan ‘HOME’ atau ‘GOODBYE’ di tengah-tengah kertas. Tulisan itu diapit pula oleh perkataan ‘YES’ dan ‘NO’.

Lebih baik jika ia dilakukan dalam ruang tertutup dan hanya diterangi cahaya lilin. Sekeping duit syiling diperlukan.

Lebih lama usia duit syiling itu lebih baik.

Diletakkan di tengah-tengah perkataan ‘HOME’ jari telunjuk setiap pemain perlu diletak secara perlahan di atasnya sebelum seruan dimulakan.

‘Spirit-spirit of the coin, if you can hear me, please come’, seruan itu berbunyi. Setelah disebutkan berulang kali, duit syiling itu akan bergerak dengan sendirinya.

Maka, pemain akan mula bertanya pelbagai soalan tentang siapa, apa, bila dan bagaimana. Namun, ada juga percubaan yang tidak menjadi.

Selalunya ‘roh’ yang datang ialah daripada orang yang mati bunuh diri dan ia siap memberitahu bila dan di mana ia membunuh diri.

Setiap soalan akan dijawab berdasarkan pergerakan duit syiling itu yang mengeja mengikut abjad yang disediakan. Kelakar juga apabila pertanyaan peribadi, cerita masa depan, serta rahsia sulit pemain didedahkan dalam permainan tersebut.
Tapi apakah benar, pergerakan itu berpunca dari roh yang diseru? Mungkinkah ia satu muslihat permainan yang dirancang oleh salah satu daripada pemainnya?

Tidak mungkin. Sekeping duit syiling disentuh oleh dua atau lebih jari mengikut bilangan pemain. Pasti ada salah seorang akan sedar kalau pergerakan itu sengaja didorong.

Setiap permainan ada syaratnya. Begitu juga dengan yang ini. Sekiranya permainan ini hendak diselesaikan, pemain akan menyuruh ‘roh’ itu pulang.
Kalau ia menurut, duit syiling itu akan bergerak kembali ke tulisan ‘HOME’ iaitu tempat ia mula-mula diseru.

Ada juga yang degil untuk pulang hinggakan permainan itu berlanjutan ke pagi. Antara jawapan menakutkan adalah ia tidak mahu pulang kerana mahu berdamping dengan pemain yang disukainya, atau mahu minta dibebaskan begitu sahaja untuk membalas dendam pada yang menyebabkan kematiannya.

Selagi tidak kembali ke perkataan ‘HOME’, selagi itulah juga jari setiap pemain tidak boleh dilepaskan daripada duit syiling itu. Bayangkanlah, ada yang keletihan, marah, menggigil dan juga menangis.

Walau bagaimanapun tidak pasti pula tentang akibatnya jika syarat menyudahkan permainan itu dilanggar. Tetapi dia pernah mendengar tentang pemain-pemain yang mengalami tekanan perasaan, sering ketakutan dan meracau ketika tidur.

Pada awalnya ada yang tidak percaya permainan seperti itu boleh membawa keburukan mahupun menyalahi agama. Namun, keseronokan begini sebenarnya boleh ditemui dalam diri sendiri dan juga apabila bersama keluarga dan kawan-kawan dalam aktiviti sihat.

Spirit of the coin sebaliknya, seperti membuka pintu untuk mendapat ‘kawan’ dari dimensi lain.

Ironi permainan itu juga terlintas dalam fikiran kita. Semua ‘roh’ itu memahami abjad roman, cekap mengeja, kenal nombor, serta tahu fungsi perkataan ‘YES’, ’NO’ dan ‘HOME’ di atas kertas itu.

Pernah main ke?? pagil roh2  ni?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2013 12:51 PM | Show all posts
dah ade kot thread ni...
bleh rujuk kat sini...

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 12:59 PM | Show all posts
aku penah main benda ni...dah tu aku tanya...wahai spirit sapakah forumer yang bakal berkahwin ramai tapi ada masakalah mati pucok... dah tu duit syiling tu pergi ke huruf P...E....S...T... lepas tu tak bergerak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
pnah tgk mak sepupu main benda ni..dia cakap saja suka2..huhuhu..siap ajak join sekali lg
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ms kt itm pnh tgk member main..soalan yg dtanya ialah "dia" dtg dgn apa...dia jwb dgn bas mini wilayah
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ai penah lakukan spirit2 ni masa dok asrama skolah. tapi agak extrim juga sampai kawan ai exteria hantu xnak balik. Masa tu kitaorg guna darah skit pastu titiskan kat duit tu sebelum letak jari. Puncanya nak cari sape yang curi duit kawan aiols yg hilang kat dorm masa tu.. Dari tuduh menuduh terpaksa la guna hantu nak cari bukti..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2013 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
mimi77 posted on 6-8-2013 06:57 AM
Dulu ms kt itm pnh tgk member main..soalan yg dtanya ialah "dia" dtg dgn apa...dia jwb dgn bas mini  ...

Ok yg ni mmg kelakar....hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2013 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dulu pn penah main ngan kwn sekolah. Hantu tu kt dia sekeluarga mt kene bunuh ngan perompak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2014 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu la nak tanya la sape penah men bendalah ni eh? Cam xramai je??

Aku baru nak bukak thread pasal ni. Coz tetiba teringat lak kenangan2 masa skolah dolu2. Ye aku penah main benda ni. X silap aku ada la 2-3x. Xtau la hape kejadahnye aku leh setuju ngan ajakan member2 skul aku nak men benda nih
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah main ni masa sekolah dulu..
2 kali.. Sekali kat sekolah masa rehat
Sekali lg kt umah kawan..
Siap tanye jodoh kitorang lg.. Nnt kawen ngan sape.. Tp x betul pun. Rupanye sume kawen ngan org lain..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
penah join main.. tp coin x gerak..  penat tunggu. klu kwn2 ja yang main coin gerak pula... hairan
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 02:35 PM | Show all posts
Masa zaman hostel pernah kacau bebudak main benda ni. Masa diorang main saya ngan kawan2 ikut pegang coin tu. Masa nak ending game kami tak pulangkan coin tu ke HOME. Budak yg jadi tekong tu panik dan kami balik bilik memasing sambil ketawa.

Ada lagi teknik yg gantung cincin guna benang. Ada setengah penilik guna teknik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 02:27 PM | Show all posts
Kwn aku penah main, dok main kat tangga lif, aku xkose nak lyn lepak dpn uma dgn pakwe aku. tbe2x dier berlari masuk uma.. pastu dier kuar aku tnya lah, apahal mengelabah.. katanye spirit tu kata spirit ade kat sebelah ank die.. cuak sume yg tgh layan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 02:47 PM | Show all posts
Zaman asrama penah la tgk orang main. Sampai ada benda tu tak nak balik sebab dah melekat dengan seorang akak senior tu. hantu tu nama farah. Mati sebab eksiden. Last2 warden jugak yang susah nak pelepas benda tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 02:57 PM | Show all posts
GadisShizuka posted on 16-10-2014 02:47 PM
Zaman asrama penah la tgk orang main. Sampai ada benda tu tak nak balik sebab dah melekat dengan seo ...

betol2 menjadi ke main ni????
coin tu grak sendiri ke???
cite r.. xpenah tgk pon secara live..huhuhuh
uols...seru2 ckp melayu ke bi?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 03:06 PM | Show all posts
fiezameysekali posted on 16-10-2014 02:57 PM
betol2 menjadi ke main ni????
coin tu grak sendiri ke???
cite r.. xpenah tgk pon secara live..hu ...

Menjadi. Selalu main time lewat malam lepas tutup lampu dia da ayat cuma aku pun tak faham ape yg senior aku baca.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2014 03:08 PM | Show all posts
GadisShizuka posted on 16-10-2014 03:06 PM
Menjadi. Selalu main time lewat malam lepas tutup lampu dia da ayat cuma aku pun tak faham ape yg  ...

seyesss????
giler r.. mst seram kan..
betol ke ade yg ckp kene titiskan darah peyed ek???
ke gane??
mase roh tu mai kan.. dgr sore die ke?
ke die jawab berpandukan pada kertas yg da buat hrup2 tu?

byk tye ni sbb da lame nk tahu pengalaman org sal spirit2 ni..huhuuh
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 03:15 PM | Show all posts
fiezameysekali posted on 16-10-2014 03:08 PM
seyesss????
giler r.. mst seram kan..
betol ke ade yg ckp kene titiskan darah peyed ek???

Ehhh tak dengar sore. coin je bergerak ikut abjad tuh. yes dan no semua. Aku sbnrnye xde amek port sgt time org main.Penakuttt.Hahahaha.
Pegi jenguk kadang-2 je.
Tapi akak senior aku tu mmg addict lepas kes spirit tu taknak balik ak duk dengan dia tu yang last dia main.


Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 03:18 PM | Show all posts
GadisShizuka posted on 16-10-2014 03:15 PM
Ehhh tak dengar sore. coin je bergerak ikut abjad tuh. yes dan no semua. Aku sbnrnye xde amek port ...

hahahahaa
yelaa..lupe lak..hahahha
tp ishh berani sungguh ye
slu main ni mlm2 yg sunyi ye
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 03:20 PM | Show all posts
fiezameysekali posted on 16-10-2014 03:18 PM
hahahahaa
yelaa..lupe lak..hahahha
tp ishh berani sungguh ye

Malam jumaat la.baru thrill.tapi kan benda ni tak syirik ke? mcm percaya dengan antu yang tah dari mana kan.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.661900 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list