willow12 posted on 1-8-2013 01:01 PM
Ada smthg fishy. Kat notis tu ada no ic dia lahir tahun 91. Betul ke aweera ni baru 22 tahun? Rasa m ...
betol la umo dia 22 tahun ni . lahir tahun 1991
ni iols amek kt gua.com
berita tahun lepas .
Vokalis kumpulan MOJO, Aweera mengakui hubungan cintanya dengan finalis Bintang RTM 2012 masih kukuh. Namun menafikan mereka sedang merancang untuk melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat ini. Menerut jejaka berasal dari Perlis ini, masih terlalu awal memikirkan tentang perkahwinan kerana masing-masing terlalu muda da nada komitmen yang lebih penting. “Saya baru berusia 21 tahun dan dia pula berumur 19 tahun. Jadi, masih terlalu awal untuk membicarakan soal kahwin. Tunggulah masa yang sesuai. Saya mahu menumpukan sepenuh perhatian pada karier seni dahulu. Manakala Shazia perlu beri tumpuan pada pengajiannya di Universiti Teknologi Mara,” ujar Aweera yang mengakui mengenali Shazia sejak enam tahun lalu. Memandangkan Aweera dan MOJO semakin popular ketika ini, timbul persoalan sama ada teman wanitanya itu mula menaruh perasaan cemburu terhadapnya. Maklumlah, apabila nama sudah popular pasti ada peminat wanita yang cuba menghimpit. “Shazia tidak pernah cemburu tidak tentu pasal. Dia faham dengan kerja saya. Setakat ini kami tidak pernah saling mencemburui kerana kami ada persefahaman,” ujar Aweera yang teringin berduet dengan teman wanitanya itu pada masa akan datang. Menyentuh tentang perkembangan terbaru MOJO, Aweera memberitahu kumpulannya itu sedang dalam perancangan untuk muncul dengan single terbaru. “Mungkin akan dilancarkan pada Disember ini. Kami menunggu lagu ciptaan Edry Abdul Halim. Harap peminat boleh sabar menunggu buah tangan terbaru kami,” ujar pelantun lagu popular ‘Andai Ku Bercinta Lagi’ ini. Selain bakal menghangatkan pentas Anugerah Industri Muzik ke 19 pada 17 November hadapan, MOJO juga bakal beraksi di Anugerah Planet Muzik 2012 pada 15 Disember 2012.
|