CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15068|Reply: 95

Andartu – Inilah Jalan Penyelesaian

[Copy link]
Post time 5-8-2013 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Andartu – Inilah Jalan Penyelesaian


“Hai golongan pemuda, barangsiapa di antara kamu telah sanggup kahwin maka kahwinlah, kerana berkahwin itu lebih menundukkan mata dan lebih memelihara faraj.” (Maksud Hadis)


Sunnatullah


Sudah menjadi sunnatullah, setiap makhluk yang Allah jadikan itu hidup berpasangan-pasangan. Adam dijadikan berpasangan dengan Hawa, haiwan yang jantan berpasangan dengan yang betina, bunga jantan dengan bunga betina, demi untuk mengembang-biak keturunan masing-masing di muka bumi Allah ini. Allah swt berfirman yang bermaksud:


“Allah menjadikan isteri untukmu dari jenismu jua, dan kemudian dijadikannya dari isterimu itu anak atau cucu dan diberikannya kamu rezeki dari yang baik-baik.”


Firman Allah lagi:


“Dan berkembang-biaklah dari keduanya lelaki dan perempuan yang banyak sekali.”

Perempuan akan menderita jika masih belum berpasangan sedangkan usia sudah semakin lanjut. Apatah lagi jika menerima gelaran “andartu” atau anak dara tua. Mereka tidak rela menerima gelaran itu.


Fakta
Menurut laporan setakat ini seramai lebih kurang 600,000 wanita berusia antara 30 hingga 34 tahun yang masih belum berkahwin. Ini tidak termasuk wanita yang berstatus janda. Masalah andartu mesti diselesaikan segera kerana ia boleh menjejaskan kestabilan masyarakat dengan timbulnya masalah sosio-ekonomi. Tambahan pula, masalah andartu boleh menjerumuskan kaum wanita ke lembah maksiat.


Sebenarnya, tidak ada perempuan yang sanggup digelar andartu. Masalah andartu bukanlah masalah peribadi bagi mereka yang terlibat sahaja, tetapi ia adalah masalah bersama. Ia adalah masalah masyarakat, masalah ummah. Kita mestilah mengkaji dan mencari langkah-langkah praktikal untuk mengatasinya. Tidak sewajarnya kita hanya menggelar, mengejek dan menghina, tetapi eloklah ditinjau akar-umbi masalah mereka sekaligus selesaikan masalah itu jika mampu.


Faktor
Terlalu banyak faktor yang menyebabkan wanita yang menjadi andartu. Antara golongan wanita yang tidak kahwin adalah perempuan-perempuan kota yang intelek dan mempunyai status yang tinggi. Golongan wanita intelektual ini telah ditempatkan pada kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Kadangkala sebagai boss di pejabat, pegawai eksekutif, peguam, doktor dan lain-lain jawatan yang dulunya dipegang oleh kaum lelaki. Walaupun pada zahirnya kelihatan mereka mempunyai banyak keistimewaan kerana kedudukan yang tinggi itu, tetapi hidup mereka sedikit demi sedikit mula terasing. Pergaulan mereka terbatas di kalangan orang-orang atasan sahaja.


Wanita-wanita “istimewa” ini berharap mereka akan bertemu jodoh dengan lelaki golongan atasan juga. Malangnya ini tidak berlaku. Wanita yang berkedudukan tinggi selalunya mudah ditimpa penyakit ego dan suka memerintah. Keterbiasaan mereka memerintah orang-orang bawahan memungkinkan mereka bersifat yang sama dengan suami. Ini yang menyebabkan lelaki takut untuk beristerikan wanita yang berkedudukan tinggi.

Dan gadis-gadis kampung atau gadis-gadis bandar yang sederhana lebih menjadi idaman lelaki status tinggi.


Wanita yang berprofesion menyayangi kerjayanya lebih daripada untuk mendirikan rumahtangga. Mereka takut terkongkong, terbantut kareer. bagi mereka, kononnya beban kerja lebih ringan daripada bebanan rumahtangga.


Protokol kerja dan protokol belajar juga menyekat wanita dari berkahwin di usia muda. Contohnya, seorang paramugari yang berumahtangga tidak dibenarkan bekerja di atas kapalterbang. maklumlah, selepas kahwin badan sudah hilang potongannya, mengandung pula, hendak fikir anak dan suami.


Oleh itu, kerana wanita sekarang suka pekerjaan yang mencabar, mereka lebih suka menangguhkan perkahwinan hingga lewat usia.


Masalah andartu juga kadang-kadang berpunca dari sikap ibu bapa. Ada ibu bapa yang bersikap memandang bulu dalam soal memilih menantu ini. mereka rela anak dara mereka terperap di rumah dari bersuamikan lelaki yang tidak sama darjat dan keturunan serta berjawatan tinggi. Kononnya takut status jatuh atau takut anak teraniaya.


Kadang-kadang sikap “pilih bulu” ini datang daripada orang perempuan sendiri. Mereka menjadi terlalu pemilih disebabkan sikap kebanyakan kaum lelaki yang ada pada hari ini. Kehidupan seharian orang lelaki moden yang suka berpoya-poya, curang, akhlak buruk, tidak bertanggungjawab, menyebabkan kaum wanita berfikir beratus-ratus kali sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Apakah bakal suaminya itu setia? Apakah dia bertanggungjawab? Apakah dia penyayang? Keraguan-keraguan ini akhirnya mendorong wanita bersikap pesimis atau “tawar hati” untuk berkahwin.


Sukar hendak cari lelaki bertanggungjawab lebih-lebih lagi yang kuat beragama zaman ini. Justeru itulah wanita sanggup bergelar andartu daripada tersilap pilih, agar tidak menyesal di kemudian hari. Cuma yang kita takuti, pilih punya pilih terpilih punggung cawan!


Ada juga wanita yang tidak mahu berkahwin kerana pernah melalui satu peristiwa pahit dalam hidupnya, yang menyebabkan dia serik untuk menempuh alam rumahtangga. kisah cerai-berai, pertengkaran dan penganiayaan dalam rumahtangga yang terjadi di sekitar hidup mereka selalunya menimbulkan kesan yang sangat mendalam dalam jiwa kaum wanita, hingga boleh menyebabkan dia tawar hati untuk berkahwin. Dan ada juga yang tidak mahu kahwin kerana putus cinta (frust).


Yang belajar dengan pinjaman dan biasiswa terikat pula dengan protokol perjanjian belajar. Mereka tidak boleh kahwin selagi belum tamat belajar.
Masalah ini melibatkan pelajar-pelajar yang belajar di luar negeri. Sedangkan dalam masa yang sama, pengaruh-pengaruh negatif, lucah dan merangsang nafsu terpaksa mereka hadapi. Cara hidup barat yang lepas bebas mencabar sifat fitrah manusia yang inginkan perkahwinan. tapi apakan daya pintu perkahwinan secara halal dan terhormat disekat.


Oleh itu, sebagai jalan keluar, ada yang sanggup bersekedudukan, berzina, semata-mata untuk melayan nafsu. kalau ikut hukum Islam, mereka yang tidak mampu melawan nafsu seks wajib berumahtangga jika dikhuatiri akan terlibat dengan zina dan pergaulan bebas. tetapi, perkahwinan yang halal dilarang, buat maksiat tidak apa. Hadis Nabi saw yang bermaksud:


“Tidak ada suatu dosa di sisi Allah sesudah syirik yang lebih besar daripada seorang leki-laki yang menumpahkan maninya ke dalam rahim (perempuan) yang tidak halal baginya.”


Seperkara lagi yang menggalakkan pertambahan bilangan andartu dalam masyarakat hari ini adalah belanja kahwin yang tinggi. belanja kahwin ini turun naik macam turun naiknya harga barang. Apakah nilai anak perempuan sanggup kita samakan dengan harga barang?


Kalau harga getah, kelapa sawit, koko naik, belanja kahwin juga turut naik. Apakah nilai perkahwinan itu sudah jadi seperti jual beli barang? Belanja kahwin seorang perempuan yang berpelajaran tinggi misalnya meningkat menjadi RM8,000.00. kalau yang kerja kampung RM4,000.00. Ada ibu bapa yang menuntut begitu. Kalau yang berjawatan dan bergaji besar, lagi tinggilah hantaranya? Ini semua menghalang wanita daripada kahwin cepat.


Persoalan andartu ini sebenarnya adalah salah satu faktor yang menyebabkan perkembangan maksiat dalam masyarakat. Iaitu akibat dari menyusah-nyusahkan perkahwinan yang halal. Bila saluran yang halal di sisi Allah swt disekat, timbulah berbagai-bagai krisis dalam masyarakat dan menggalakkan perkara-perkara yang mendorong pelepasan nafsu seks secara haram.


Kalau semua pihak ikut panduan syariat Islam, tidak dicampur budaya Melayu yang bidaah, perkahwinan akan jadi mudah. Tidak akan timbul “jalan belakang” untuk menyelesaikan runtunan hawa nafsu yang tidak dapat tidak mesti ada dalam diri manusia. Hanya manusia yang beriman sahaja dapat menyalurkan nafsunya secara yang diredhai Allah, selamat, bahagia, dunia dan akhirat.


Tanpa iman, jalan-jalan yang haram akan terus ditempuh, akan lahirlah anak-anak zina yang merosakkan salasilah keturunan. Hubungan keturunan dan pertalian darah sudah tidak suci lagi. Sebab itu generasi yang lahir susah untuk dididik dan dilembutkan hatinya untuk menerima kebenaran.


Begitulah tenatnya masalah andartu ini jika tidak cuba diselesaikan atau cuba diselesaikan tetapi tidak mengikut kaedah yang ditetapkan oleh Allah swt. namun, masih ada pihak-pihak yang menganggap masalah andartu ini remeh-temeh dan tidak perlu diambil perhatian berat. Kalau sebut bab poligami kita cepat melenting. Pada hakikat sebenarnya ia boleh menggugat kestabilan negara. Bila masyarakat rosak, keselamatan akan tergugat dan ini akan menyebabkan pelaburan asing berkurangan, kedudukan ekonomi tergugat. Tetapi yang paling penting adalah kutukan Allah swt. Sabda Rasulullah saw:


Jalan Penyelesaian
“Wanita adalah tiang negara, bila ia baik, baiklah negara. Dan bila ia rosak, maka rosak pula negara.”


Justeru, penyelesaian yang utama untuk menyelesaikan masalah andartu ini adalah dengan mengatur perkahwinan mengikut syariat tanpa menyusahkan mana-mana pihak. Sabda Nabi Besar saw yang diriwayatkan oleh Bukhari-Muslim:


“Hai golongan pemuda, barangsiapa di antara kamu telah sanggup kahwin maka kahwinlah, kerana berkahwin itu lebih menundukkan mata dan lebih memelihara faraj.”


Kalau ikut syarat, perkahwinan ini terlalu mudah untuk dilaksanakan. yang penting lima rukun nikah dipenuhi iaitu: 1. Pengantin perempuan 2. Pengantin lelaki 3. Wali, 4 Saksi dan 5. Ijab dan kabul.


Mas kahwin bukannya rukun nikah. Ia boleh berbentuk cincin seperti yang pernah dilakukan di zaman Rasulullah. Sabda Rasulullah saw:

“Carilah mas kahwin walau hanya cincin besi.”


Belanja kahwin pula boleh dirundingkan. Sepatutnya kenduri kahwin hendaklah dibuat atas dasar kemampuan bukan untuk bermegah-megah.


Perkahwinan boleh diatur dengan berbagai cara yang tepat dan cepat. Ia boleh diatur oleh badan khas sesuai dengan keistemewaan pasangan tersebut. Contohnya, kalau individu itu seorang guru kemungkinan bakal isterinya juga seorang guru. Kayu ukur dalam seluruh tindakan dan membuat keputusan ialah syariat, bermula daripada memilih jodoh, peminangan, majlis pernikahan, kenduri kendara dan seterusnya.


Perkahwinan dalam Islam boleh dilaksanakan dengan berbagai bagai cara dalam usaha menyelesaikan masalah andartu antaranya: – Melalui persetujuan ibu bapa kedua belah pihak.


- Peminangan pihak lelaki dengan pihak perempuan.
- Pinangan pihak perempuan terhadap lelaki.
- Menganjurkan perkahwinan antara bangsa dengan tujuan menyebarkan ajaran Islam.
- Mempercepatkan perkahwinan bagi mereka yang telah layak dan mampu.
- Merendahkan belanja perkahwinan dan elakkan perkara-perkara yang menyusahkan dan membazir.
- Memahami peranan poligami yang diharuskan dalam Islam.


Semua jalan-jalan perkahwinan yang disebutkan di atas boleh diatur sama ada perkahwinan monogami atau poligami. Bila matlamat perkahwinan kita jelas kerana Allah semata-mata, maka poligami atau monogami tidak jadi masalah. Firman Allah swt yang bermaksud:


“Hai manusia! Patuhlah kepada Tuhanmu, yang menjadikan kamu dari diri yang satu (jenis) dan menjadikanisterinya dari jenisnya (bangsanya) sendiri, dan kemudian Tuhan memperkembang-biakkan dari keduanya, laki-laki dan perempuan yang banyak.” Di zaman teknologi moden sekarang ini, ada yang menggunakan mesin komputer untuk mengatur perkahwinan. Apakah manusia sudah tidak punya hati, akal dan perasaan hingga terpaksa menyerahkan keputusan dan pilihan teman hidupnya kepada komputer yang tidak berakal? mana pertimbangan agama dan Iman? Oleh itu kembalilah kepada Islam dalam urusan perkahwinan ini. Mudah dan senang.


Didikan agama dari kecil adalah penting. Dan apabila tiba masa yang ia telah layak berkahwin, bekalan ilmu, iman dan rezekinya telah tersedia. Ia mampu menjadi isteri atau suami yang baik di sudut rohani dan jasmani sebaik sahaja meningkat dewasa. Dan detik itu tidak boleh disia-siakan melainkan mesti dipergunakan…. kahwinkan mereka segera!


Dengan didikan agama itu juga dapat melindungi diri kita dari tergelincir ke lembah dosa. Tidak akan timbul lagi masalah andartu. Dan jika berlaku juga, itu merupakan ujian sementara sebelum Allah berikan jodoh yang sesuai, dan terimalah ianya.


Oleh itu, masalah andartu ini boleh diselesaikan bila manusia kembali kepada agama. Barulah hati akan mengaku kelebihan berkahwin yang dapat menyelesaikan banyak penyakit masyarakat yang berpunca dari nafsu syahwat. maka, selamatlah diri, terpelihara agama dan bersihlah masyarakat. Jika dari awal lagi kita mengikut syariat Islam, dengan mempelajari ilmu agama, menutup aurat, menjaga akhlak, InsyaAllah jodoh akan datang dengan cepat dan pasti membawa berkat!

Last edited by ifanonline on 5-8-2013 11:18 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2013 03:00 PM | Show all posts
rugi wooo tak kawen
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 04:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 04:23 PM | Show all posts
gegeh incik ipan bagi ceramah...
taaariikk napaaasss...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 04:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 04:36 PM | Show all posts
Panas discussion arini dear.... x haus ker?
Malam kang, minum lebih skit & baca Al-Quran banyak skit, moga tenang jiwa
Bulan mulia ni x baik berkeras sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-8-2013 04:37 PM | Show all posts
Innrukia posted on 5-8-2013 04:36 PM
Panas discussion arini dear.... x haus ker?
Malam kang, minum lebih skit & baca Al-Quran banyak s ...

kita beradab dear...ade sorang andartu mcm kena angin kus-kus...mungkin dildo dier patah kot...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 04:46 PM | Show all posts
ifanonline posted on 5-8-2013 04:37 PM
kita beradab dear...ade sorang andartu mcm kena angin kus-kus...mungkin dildo dier patah kot...
...

Erm itu la gunanya tolak ansur. Sorg keras sorang kena lembut.
Kalau x sampai ke sudah x abis.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2013 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ifan ini kamu tulis sendirikah? kamu mungkin patut hantar ke paper supaya lebih ramai golongan dpt membacanya dan membantu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 05:56 PM | Show all posts
faktor kerjaya tu satu hal... faktor duit satu isu lagi... ramai kengkawan yg aku borak... cha ya nun alip terutama nye... dorang tak nk anak ramai... sbb nnt financial byk kuar... x dpt nk enjoy... ader gak antara pompuan cha ya nun alip ni tak nk kawin sbb mls nk melayan baby... nnt nk kene berjaga mlm dan sebagainya...

lama kelamaan... merebak penyakit malas nk urus umah tangga ni ke merata tempat tak kira laki ke pompuan... kalau dulu... org pompuan dok umah... jaga anak.. masak dan seabgainya... org laki balik keje leh rehat.... tido... tapi zaman skang ni org pompuan pon kojo... penat gak... kerja rumah kene bahagi 2... tapi bape ramai lelaki yg sanggup wat keje2 umah? sbb tu org pompuan ni rasa terbeban dek kerja umah...dan lebih memilih kerjaya... sbb kerjaya tak melayan karenah anak2 kecik... tak yah kemas benda2 kotor cam kemas dapur...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ramai kawan umur lebih 30 an yg blum kawin. Umur 50 pun ada...kesian pun ada kat depa ni. Ada jugak tlg match tp tak menjadik
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ape kate u buka agensi cari jodoh...hehehe... itu baru real jalan penyelesaian....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 11:30 PM | Show all posts
Samsung1.3mega posted on 5-8-2013 05:56 PM
faktor kerjaya tu satu hal... faktor duit satu isu lagi... ramai kengkawan yg aku borak... cha ya nu ...

laaa asal tak ambik maid kalau hubby wife kerja dua dua patot $ bertambah kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 11:32 PM | Show all posts
korang yg 30 above tak kawin lagi ni, parents potpet tak? diorang kate tak nak matchkan ngan sape2 atau kasi timeframe, kalo within timeframe tu tak kawin dgn pilihan hati..diorang akan kenalkan kat sape2
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 11:24 AM | Show all posts
Dan gadis-gadis kampung atau gadis-gadis bandar yang sederhana lebih menjadi idaman lelaki status tinggi.


akulah gadis kampong ittewww
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 11:55 AM | Show all posts
Aku teruna kampung.... ada awek nakkan saya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2013 01:06 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 6-8-2013 11:55 AM
Aku teruna kampung.... ada awek nakkan saya?

kat sini ramai match maker...jgn risau yer...nt ada la tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 02:50 PM | Show all posts
wah masalah global ini semakin membimbangkan..
Di mana peranan pihak berkuasa tempatan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 03:42 PM | Show all posts
limesherbet posted on 5-8-2013 11:30 PM
laaa asal tak ambik maid kalau hubby wife kerja dua dua patot $ bertambah kan

dik..maid kan, mahal tau. bulan2 lagi. upfront lagi. upfront tu mcm beli kete mahal/import spt toyota/honda tau. skrg kete pun downpayment 0. maid lagi mahal dari beli kete viva tau.
kalau lakibini keje biasa2, mana mampu nak ambik maid.


Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 04:06 PM | Show all posts
muskil skit.....pompuan2 andartu buat maksiat dengan saper?????.......bukan dgn lelaki ke......tapi artikel tu cam bimbang sangat pasal pompuan andartu tu buat maksiat bagai......pelik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.889010 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list