CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3785|Reply: 5

Skyfall dinyanyikan Russian Army Choir

[Copy link]
Post time 29-8-2013 05:12 PM | Show all posts |Read mode
Russian Army Choir mempersembahkan lagu Skyfall dalam satu program tv di Russia.

kredit pic:http://www.dailymail.co.uk/news/article-2402140/Skyfall-Move-Adele-Footage-Russian-Army-choir-giving-stirring-rendition-Skyfall-takes-world-storm.html

Video lagu yang memaparkan seramai 7 ahli Russian Army Choir menyanyikan semula lagu Skyfall yang penyanyi asalnya adalah Adele mencapai lebih 1 juta penonton. Ramai orang memberikan komentar yang positif mengenai nyanyian mereka ini malah ada yang mengatakan nyanyian mereka jauh lebih baik jika dibandingkan dengan penyanyi asalnya Adele.

Sedikit maklumat mengenai Russian  Army Choir.

Russian Army Choir atau nama rasminya Alexandrov Ensemble Official Armed Forces Choir. Diasaskan pada era Kesatuan Soviet,kumpulan ini dianggotai  yang terdiri daripada kumpulan koir lelaki, ahli orkestra dan juga penari. Mereka lazimnya mempersembahkan muzik rakyat Russia dan tarian rakyat Russia. Seperti Kalinka, Katyusha, Dark Eyes dan sebagainya lagi.
Persembahan mereka mendapat tempat dikalangan rakyat Russia sendiri juga dan menawan sebahagian besar masyarakat dunia yang mengetahui kehebatan mereka dalam dunia muzik.

Ensembles ini dinamakan sempena dengan nama pengarah mereka yang pertama iaitu Alexander Vasilyevich Alexandrov dan dimasyhurkan oleh Josef Stalin pada 12 Oktober 1928. Muzik adalah salah satu medium yang paling mudah untuk dijadikan sebagai alat propaganda Red Army bagi komunis menyebarkan pengaruhnya di seluruh dunia. Semasa zaman Soviet Union, namanya dikenali sebagai Twice Red-bannered and Red-starred Ensemble of Song and Dance of the Soviet Army named after A. V. Alexandrov atau secara ringkasnya Red Army Choir. Apabila Kesatuan Soviet berakhir, maka namanya juga turut ditukar kepada Alexandrov Ensemble Official Armed Forces Choir. Dibawah ini juga beberapa klip video yang dipersembahkan oleh mereka.

http://www.youtube.com/watch?v=P9605V_A6NY

sumber: Astro Awani, Youtube, Wikipedia



Last edited by zennaya on 30-8-2013 10:43 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2013 05:30 PM | Show all posts
ada sesiapa bole tolong ajar mcm mana nak upload video youtube? byk kali edit, x jadi2. stress betol
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 06:13 PM | Show all posts
zennaya posted on 29-8-2013 05:30 PM
ada sesiapa bole tolong ajar mcm mana nak upload video youtube? byk kali edit, x jadi2. stress betol ...

bak sini link yutube
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 07:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 01:59 PM | Show all posts
Menarik not bad
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 03:21 PM | Show all posts
not bad juga.. best
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.064033 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list