CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4131|Reply: 50

[Jenayah] Utusan Malaysia: Kaum KOMUNIS telah lama kuasai kekayaan negara

[Copy link]
Post time 15-9-2013 10:27 AM | Show all posts |Read mode
Utusan Malaysia: Kaum Cina telah lama kuasai kekayaan negara
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
SEPTEMBER 15, 2013
LATEST UPDATE: SEPTEMBER 15, 2013 10:17 AM



Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat hari ini menyifatkan kaum Cina telah lama menguasai kekayaan negara sambil menegaskan pengumuman pemerkasaan ekonomi Bumiputera oleh Datuk Seri Najib Razak semalam tidak mengambil hak kaum lain.

Beliau menjelaskan sokongan pengundi kaum Bumiputera semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu terbalas setelah pengumuman Perdana Menteri meredakan keresahan golongan itu yang merupakan faktor penentu kejayaan Barisan Nasional (BN).

“Memperkasakan ekonomi Bumiputera yang merupakan kaum teras lebih 60 peratus meliputi Sabah dan Sarawak bukan satu dosa. Bumiputera masih jauh ketinggalan dalam hampir semua bidang terutama sektor korporat, perniagaan dan pemilikan aset.

“Seperti kata Perdana Menteri, jika kaum majoriti tidak dibela dan merasa diri terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan menikmati keamanan serta kestabilan berpanjangan,” katanya melalui akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia.

Dalam ruangan itu, kolumnis tersebut sempat menyelar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan menyifatkan mereka telah lupa diri dan tersasar daripada matlamat penubuhannya.

“Awang setuju sangat kerana ramai peneraju GLC makin lupa diri dan tersasar daripada matlamat penubuhan GLC,” katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata inisiatif terbaru itu perlu dijadikan lonjakan untuk golongan wanita menjana pendapatan.

Beliau berkata dasar yang diumumkan Perdana Menteri itu selari dengan perjuangan Wanita Umno serta memperjuangkan golongan itu dalam bidang politik dan ekonomi.

"Semua peluang yang diumumkan Perdana Menteri perlu direbut usahawan wanita kerana mereka juga tonggak kepada pendapatan isi rumah. Saya minta golongan wanita jangan mengehadkan diri kepada sektor tradisional sahaja kerana peluang yang diberikan begitu banyak untuk mereka terokai," katanya.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali pula gembira dengan pengumuman Perdana Menteri kerana sebahagian besar yang disebut Najib merupakan hasil cadangan yang dikemukakan Perkasa sebelum ini.

Katanya, Perkasa telah memperjuangkan agenda Bumiputera sebagai agenda nasional yang mengambil kira keperluan kaum majoriti.

"Jika yang majoriti tidak dapat menikmati 'kek' ekonomi yang adil, sudah tentu akan menjejaskan masa depan negara. Antara pengumuman yang saya sambut baik adalah mewujudkan kembali Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian yang dahulu telah dihapuskan kerana ini merupakan resolusi meja bulat Perkasa lima tahun lalu," katanya.

Dalam pada itu, Ibrahim turut mengingatkan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) hanya mampu berperanan secara optimum dalam pembangunan ekonomi jika ahlinya mempunyai jati diri Melayu-Bumiputera yang tulen.

Katanya, Perdana Menteri diminta lebih teliti memilih individu yang berwibawa untuk berada dalam MEB tanpa menggunakan khidmat pakar asing.

“Malaysia tidak ketandusan anak Bumiputera yang ada kepakaran, kelayakan dan sifat jujur serta semangat jati diri untuk membincangkan hala tuju pembangunan ekonomi Bumiputera.

“Selaku badan bukan kerajaan, Perkasa sedia memainkan peranan jika diberi kepercayaan untuk berada dalam MEB. Jika Perdana Menteri boleh memberi kepercayaan kepada Hindraf, saya harap beliau juga boleh memberi kepercayaan kepada Perkasa,” katanya seperti disiar akhbar Berita Harian hari ini.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula berkata tidak ada lagi ruang untuk membuat silap oleh pelaksana dasar supaya ianya mampu direalisasikan dan tidak diperlekeh orang lain.

Beliau berkata komitmen kerajaan untuk memberikan tumpuan dan fokus kepada isu ekonomi Bumiputera perlu dilaksanakan oleh penggubal dasar, penjawat awam, kumpulan pengusaha dan usahawan Melayu-Bumiputera dengan amanah bagi mengelak ketirisan.

"Kita mengalu-alukan pewujudan semula Unit Penyertaan Bumiputera namun semua yang diberikan tanggungjawab menjaga unit ini perlu menandatangani Ikrar Integriti supaya tidak malas dalam melaksanakan tanggungjawab.

"Jika boleh, UPB dianggotai kumpulan penjawat awam yang mempunyai semangat dan komitmen tegas mengenai agenda Bumiputera," katanya seperti dilapor akhbar Mingguan Malaysia.

Katanya, kerajaan dipinta agar mengkaji kaedah memperkenalkan Pinjaman Modal Tunai Mudah untuk usahawan kecil Bumiputera tanpa penjamin dan cagaran.

"injaman itu khusus untuk usahawan yang memerlukan modal yang kecil (bawah RM10,000). Berdasarkan maklum balas diterima, modal tunai mudah ini menjadi sangat penting kepada usahawan kecil Bumiputera.

"Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) juga perlukan dana dan suntikan sumber manusia yang lebih baik. Berdasarkan maklumat, SL1M tidak mendapat bantuan syarikat gergasi bukan Bumiputera," jelasnya. - 15 September, 2013.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kaum-cina-telah-lama-kuasai-kekayaan-negara-kata-awang-selamat


@BotakChinPeng

cina kan jadik amah.... merempat kat malaya....... so nie kiranya utusan kaki bohong kaa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2013 10:32 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 11:56 AM | Show all posts
Pekerja utusan kan semua bodo bodo.

Tak payah layan la komen puak yang terpaksa mengemis iklan menerusi Najib nih.

Diedarkan percuma pun orang tak mau. Hahahaha. Sampah
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 11:58 AM | Show all posts
Acong posted on 15-9-2013 10:32 AM

terrbaeek!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum PRU dekat cina jugak umno tabur duit, bila cina berpaling tadah baru ler terpikir sapa yang setia menyokong selama ini... itupun tak tau la berapa lama umno akan ingat kena kencing dengan cina... esok lusa melayu dipinggirkan lagi bila cina kembali kpd bn...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2013 11:59 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 15-9-2013 11:56 AM
Pekerja utusan kan semua bodo bodo.

Tak payah layan la komen puak yang terpaksa mengemis iklan me ...



hina utusan = hina islam

@Magika  suh @Anak_Nogori  report polis......!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2013 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Cina kuasa ekonomi sebab diorang rajin cari duit,,, apa yg melayu nsk butthurt pulak.. Ko rajin ko dapat duit,,,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2013 12:08 PM | Show all posts
sahamboi posted on 15-9-2013 11:59 AM
Sebelum PRU dekat cina jugak umno tabur duit, bila cina berpaling tadah baru ler terpikir sapa yang  ...

yg undi BN semua dpt merasa kenaikkan 20 sen dgn pengundi PR......


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2013 12:10 PM | Show all posts
peYno posted on 15-9-2013 12:02 PM
Cina kuasa ekonomi sebab diorang rajin cari duit,,, apa yg melayu nsk butthurt pulak.. Ko rajin ko d ...

betul, tapi diorang suka bisness family & race 1st sejak era british lagi,  kononya contribute yg terbesar pembangunan, kerja sebagai pelombong menjarah untuk british pon, bukan utk local people,

contribute or traitor?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 12:12 PM | Show all posts
apa lg lah menteri ternak lembu dalam kondo tu nak bg ucapan?  dah lah perompak. orang jahat.. geli betul lah umno ni. buat jahat tp tak insaf2.. fikir rakyat suka sgt... konon bantu org melayu, last2 masuk poket sendiri. konon nak bantu ternakan lembu last2 beli kondo... dh tau dh sep2 umno punya kerja.. cium keris pakai songkok tak jamin seseorang tu baik dan tak makan rasuah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
H猷L鰃頧 posted on 15-9-2013 12:10 PM
betul, tapi diorang suka bisness family & race 1st sejak era british lagi,  kononya contribute yg  ...

Sume manydia hidup utk diri sendiri laa.. Jgn la nak menipu... Klu malas n tak kaya.. Jgn nak tuding jari sakahkan org lain
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 12:15 PM | Show all posts
Cliché sungguh lar...
Jgn kata cina..aku yg melayu ni pun rasa dah loya2 tekak dgr ayat ni jugak yg diulang2 saban tahun...
Smlm tgk tv1, ader sorang panel ni kata ader diskriminasi dlm bisnes. .
Org melayu beli brg dgn harga lebih mahal..
Berbanding kaum (read:cina) yg satu lagi...
Ini lar natijahnya, biler yg berckp tu ada ilmu secara teori jea..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 12:18 PM | Show all posts
kenapala paper utusan ni selalu mengeluarkan berita ikut sesedap rasa...konon mewakili kerajaan....tp berita2 selalu bersifat perkauman...tak sensitif pada bangsa2 lain...dari dulu lagi...


bak kata peyno...siapa yang rajin, kuat berusaha diala kaya...kita pun tahu bangsa kita sendiri macam mana tahap kerajinan dalam pekerjaan...tak percaya? pi jela berurusan dgn jabatan kerajaan...

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 12:22 PM | Show all posts
karengkang posted on 15-9-2013 12:15 PM
Cliché sungguh lar...
Jgn kata cina..aku yg melayu ni pun rasa dah loya2 tekak dgr ayat ni jugak y ...

Masalahnya yg merungut ni asyik Melayu saja, cuba tengok pakistan yg jual karpet dekat nilai 3 tu, tak dak pun duk meratap hiba dapat stok mahal, sama la dengan melayu jual tudung, jual mahal sebab dapat borong mahal katanya, pakistan jual tudung tu boleh pulak jual murah. Cina tak tindas pakistan, dia tindas melayu saja

Kalau macam ni punya perangai 100 tahun lagi pun Melayu duk layu saja

Kontrak gomen dah lama priority diberi pada bumi tapi bila hantar barang muka Cina jugak, melayu pemalas tukang sign ali baba saja, nak memperkasakan apa macam ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 12:24 PM | Show all posts
peYno posted on 15-9-2013 12:15 PM
Sume manydia hidup utk diri sendiri laa.. Jgn la nak menipu... Klu malas n tak kaya.. Jgn nak tudi ...

apa yg nak tipu pulak?  komen aku on topic, betultak kekayaan ni mereka dah monopoli sejak perang bijih lagi? apakah sebab British atau sebab UMNO favour?

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 12:25 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 15-9-2013 12:12 PM
apa lg lah menteri ternak lembu dalam kondo tu nak bg ucapan?  dah lah perompak. orang jahat.. geli  ...

Dah tak orang lain ke dari K. Ijat lembu kondo ni? Duit yg dia songlap tu boleh mengkayakan 250 orang penternak lembu bumiputera dia tak mau cerita. Modal sorang 1juta, entah dah berapa jutawan dah terhasil...

Tapi perangai UMNO, atas kertas saja cantik, yg kaya set yang sama jugak nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2013 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
sahamboi posted on 15-9-2013 11:59 AM
Sebelum PRU dekat cina jugak umno tabur duit, bila cina berpaling tadah baru ler terpikir sapa yang  ...

Setuju boi......

Dulu dorang merempat.....bila dah kaya skrg, mula pertikaikan keistimewaan bumiputera.....nak sama taraf.....

Amik kau najib.....tu pun ko tak sedor-sedor lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 12:32 PM | Show all posts
peYno posted on 15-9-2013 12:02 PM
Cina kuasa ekonomi sebab diorang rajin cari duit,,, apa yg melayu nsk butthurt pulak.. Ko rajin ko d ...

Dah makan ubat belum ?

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 12:35 PM | Show all posts


utusan melayu.. mewakili puak umngok.. cuma mamainkan isu melayu..melayu.. bila tersepit..
heloo.. melayu utusan@umngok.. tak sodar laei ko ekeu..
kaum malayu dah lamo merempat kat tanah air sendighi..
sapo punyo kojo kalau tak umngok bodoh punyo polisi.. dan korupsi..


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 12:35 PM | Show all posts
bit posted on 15-9-2013 12:22 PM
Masalahnya yg merungut ni asyik Melayu saja, cuba tengok pakistan yg jual karpet dekat nilai 3 tu, ...

cina tu hantar sebab dia kerja dengan kontraktor melayu la bongok.

pakistan sekadar jual karpet & jadi ayam saja di malaysia apa mau heran.

cina mundur sebab selalu kutip projek yang melayu buang dalam longkang sebab dah tau tak boleh untung.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.110239 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list